FOLLOWER

Thursday, December 31, 2015

NEW YEAR 2016 KAMI


Malam tadi tahun baru yang boringgg,
Mula-mula incik lalan ajak tgk bunga api,
Saya ofcz lah malas,
Tapi kesian kat suami, saya kata "okey jom"


Tapi, malamtu,‎
Hujan lebatttttt--
So nak tengk bunga api mcmana kan,
Weols duduk lah rumah,‎


Saya menghadap cerita
"Cinta si wedding planner" kat tonton.com sebab masa maghrib tu tak sempat tgk, sibuk memasak.
incik lalan pula sibuk menghadap laptop siapkan urusan dia. Booo-ringggggg.



Dah habis cerita cinta si wedding planner,
Incik lalan still menghadap laptop,
Walaupun saya dah duk menganggu ketenteraman dia, saya tarik rambut dia, gigit lengan dia, baring kat peha dia.. mata dia masihhhhh fokus kat laptop.. grrrr, boo-ringgggg.



Pukul 11.15pm,
Saya dah bosan yang amat sangat dan mengantuk, malas tunggu detik 12tghmalam, dn malas tunggu incik lalan siapkan kerja dia. 



So saya sambut detik 12tghmalam dalam mimpi,
Tu pun sayup2 dengar incik lalan kata "selamat tahun baru yang.."


Pagi tu, buka mata,
Hujan masih turun,
Ishhhh, macam nak banjir kan? 


Terus saya kata pada incik lalan :
"Selamat tahun baru 2016!!! Saya dah dewasa!! Saya dah 26 tahun!!!! awak dah tuaa, awak dah 35tahunn... euwwww, dah nak 40tahunnnnn...euwww dah tuaaaa"



Incik lalan kata "baru 26tahun dah boyot dah nak jadi mak orang daaa... eeee, dah matang lum..."



Kuangajo betul. 
Hahahah


Lady faizal,
FatinFashiekin








Wednesday, December 30, 2015

KELUARGA PIHAK LELAKI

Suke keluarga incik lalan,
Semua ramah tamah.
Semua best.


Even saya ni kahwin dengan duda,
Dan mereka lebih dulu kenal 1st wife incik lalan,
Bila saya masuk dalam family ni,
Sangat dialu-alukan.


Mula-mula,
Saya rasa gementar juga,
But then, eh, best lah dieorang! 


Semua happy gd lucky,
Semua memahami,
Semua caring.


Masuk je dalam family incik lalan,
Dilayan macam dari kecik dah kite kat situ.
Sebabtu saya tak heran kalau incik lalan tinggal saya bersendirian.


Contoh nak ambil anak2,
Jarak pergi balik dalam 3jam,
Incik lalan pujuk juga suruh ikut,
Saya jawab "tak nak.." sebab saya sangat selesa join sanak saudara incik lalan, langsung tak rasa janggal dan nak mengekor kemane pun incik lalan pergi.



Kadang-kadang incik lalan yang asyik ngendap saya tgk saya selesa tak. Haha. Eh, rindu nak balik kedah ni!! Nak naik motor skuter dengan husband pusing bendang. Pastu pergi pasar malam sambil pegang tangan ;p


#throwback #fashiekinfaizal


Lady faizal,
FatinFashiekin



TIPS PILIH TARIKH KAHWIN CARA SAYA

1) saya pilih tarikh subur saya
2) makesure setahun sebelum majlis dah mula makan folic asid


Sekian


Hahahahaha‎


*bagi yg ada masalah period tk teratur ke, period berlebihan ke, mkesure masa anak dara lah refer doctr ye sayang... ikhtiarkan masalah.. tapi jgn tlalu stress, rezeki tu ktentuan Allah. Saya ada kawan yg period 3 bulan setitik je, Allhamdulillah, bunting pelamin juga*


Pergi farmasi,
Beli folic asid + evening primerose oil,
Makan hari2 sampai disahkan pregnant (jangan berhenti selagi tak pregnant)‎
Bila dah pregnant, stopkan evening primerose oil,
Teruskan makan asid folic sehingga 3bulan mengandung.. kemudian baru tukar pula ambil obimin. Ok sayang :)


Lady faizal,
FatinFashiekin

Tuesday, December 29, 2015

GUBAHAN HANTARAN DI MELAKA



Akak manis yang buat gubahan hantaran saya namanya rien. Cantik molek manis orangnya. Berurusan dengan dia pun mudah.


Mula-mula, plan nak gubah hantaran sendiri, tapi, kesempatan masa dan idea tu tak ada. So saya pun google2 lah siapa yang boleh tolong gubahkan, dan tadaaaa--- kak rien ni, owner cafe dan butik violet station sudi gubahkan.


Hantaran saya + hantaran incik lalan, 
1 dulang hantran : RM50.00,
Saya buat 9 dulang (pihak perempuan)
Berbalas 7 dulang (pihak lelaki)
So total RM800.00 dan dapat free FRESH FLOWER


Berminat? Boleh add owner ye :
https://mobile.facebook.com/cintaviolet.riensuriani?fref=nf&pn_ref=story


Gambar2 diatas adalah hantaran dari pihak perempuan ke pihak lelaki,
Hantaran dari incik lalan,
Alamak-- gambar kat phone incik lalan,
Next time saya upload ye :)


Pertanyaaan,
Fatinfashiekin@yahoo.com








FLOWER CROWN UNTUK PENGAPIT DAN DULANG GIRL


Saya oder online melalui siti ani : https://mobile.facebook.com/Flower-CROWN-by-Siti-Ani-360706290745152/


1 flower crown RM10.00
Berminat, add lah owner ye,
Tekan link diatas


‎Pertanyaan :
Fatinfashiekin@yahoo.com
Mesej saya di facebook pun boleh :)


KASUT KAHWIN UNTUK DIJUAL


Memandangkan,
Tak ada maknanya saya nak pakai heels ni kalau berjalan, daripada jadi kasut cinderella tak bertuan, better saya letgo lah kan.


Saiz 6.
Pernah guna sekali je,
Tu pun masa nikah dan sanding sahaja.


Harga letgo RM50.00
With FREE POSTAGE



Harga saya beli jauh lagi mahal sebenarnya,
Tapi, tak nak ambil untung,
Just nak bantu bride to be sahaja,
Sebab saya tahu, nak jadi pengantin perlu mengeluarkan banyak duit belanja, dah lah nak nampak gojes.



Heels ni, bwarna silver,
Yes, merelip bersinar,
Kata nak jadi princess kan,
Ofcz lah heels kahwin kena bersinar-sinar :)



Berminat,
Do add me di facebook / mesej private di fb,
Atau paling senang, email sbb saya slu on email.


( fatinfashiekin@yahoo.com) 


PAKEJ KAHWIN BERSAMA SALINA



Pakej yang saya ambil dengan salina bridal :

-pelamin dalam rumah (design saya sndiri)
-make up 2kali (sanding/nikah)
-baju BARU sanding L/P
-baju nikah P
-meja makan berdamai
-bilik tidur (skirting sekeliling bilik)
-bantal nikah


Jumlahnya *termasuk cas lori*
RM6,000.00


Mula-mula deal RM4,500.00..
At last tukar baju sbb saya ambil baju baru,
Dn tambah cas pergi balik lori,
Tambah cas tebus pelamin,
Total RM6,000.00


Kesimpulan,
Memuaskan! :)


Pertanyaan,
Email saya atau msj di fb :
Fatinfashiekin@yahoo.com



PHOTOBOOTH PERKAHWINAN



Benda ni paling leceh,
Nk dapatkan idea tu, jenuh memikirkan.


Zaman moden,
Semua orang print macam banner tp saiz besar,
Then just pacak. 



Tapi, saya tak nak membazir.
Banner tu murah2 pun RM150.00,
Lepas habis majlis nak buat apa kan? 
Paling bguna pun saya tgk ramai orang letak kat garaj kereta bila majlis dh selesai,
Tu pun berfungsi elak kena tempias ;p


So saya memikirkan something tak membazir,
Guna apa yang ada kat rumah.



Nak kahwin ni,
Jangan pk trend je,
Kena pk sama "lepas majlis apa jadi"
*ceh konon ek aku ni* haha



Lady faizal,
FatinFashiekin

ARROW MAJLIS KAHWIN



Even bab-bab arrow ni simple,
Tapi sebenarnya kena ambil berat tau! 
Yela, pernah nampak tak arrow majlis kahwin sekadar tulisan tangan? Dibuatnya hujan, luntur tulisan dan koyak pula kertas.


Arrow ni tulisannya mama print out dari ofis mama,
Dan abah buatkan. Yang letak disetiap penjuru jalan adalah my uncle, cik ari.


Memang saya memilih papan merah + tulisan hitam, biar jelas terang mata tetamu. Confirm tak sesat. Haha.


Untuk parking pihak pengantin lelaki pun saya letak signboard, even abah ada upah rela untuk jaga lot parking, tapi, sajers je nak lebih ditekankan, takut, ada yang buat tak faham. Kesian nanti keluarga pihak lelaki kena blok parking.



Nak tahu lg lanjut,
Email saya : fatinfashiekin@yahoo.com


#throwback #fashiekinfaizal




INAI HENNA DI RENGIT BATU PAHAT



Tengah musim kawan-kawan pun nak kahwin,
Saya throwback lah ye mana yang sempat.


Ok, ukiran henna saya daripada my kakak gojes,
Facebook : norsyahani hamsan
Boleh lah add kak hani kalau berkenan kan,
Dia memang serius berseni gila,
Bukan setakat ukiran tangan,
Melukis / tulisan khat / mencanting, 
Semua dia kreatif. Senang kata, apa jua benda berkaitan "seni" ada dalam diri kak hani.


Kak hani orang rengit, batupahat.
Suami orang pagoh,
Berminat pm saya di facebook,
Nanti saya inform kak hani ye :)


Bab corak henna saya,
Saya memang tak suka sarat,
Sebab saya bakal pengantin yg rajin,
Confirm akan ke dapur je,
So saya minta kak hani buat simple,
Kalau buat design sarat, kemudian sibuk membasuh pinggan ke, mudah hilang.


Allhamdulillah,
Henna ni cantik bertahan 4 hari! 
Tak perlu topup ukiran ke apa,
Puas hati! 





Lady faizal,
FatinFashiekin

Sunday, December 27, 2015

TANGGUNGJAWAB ISTERI PADA JIRAN


Maulidurrasul haritu,
Saya balik lah melaka,
Seronok gila bila diistiharkan yg farmasi tutup.


Dalam kepala ni dah bersedia dah nk bt perancangan seharian dirumah, semangat waja, incik lalan pula kerja, tapi saya tak kisah, kalau nak mengemas rumah, memang saya suka incik lalan tak ada, so saya boleh fokus. Kalau dia ada, dia bebel je suruh saya rehat, sebab saya kalau mengemas mulut saya potpetpotpet. 


Pukul 8.45pagi, cium dahi, cium pp kiri kanan, cium tangan, incik lalan punnn pergi kerja.. dia dah pesan yang lunch dia tak balik, lagi lah saya lega so boleh fokus pada aktiviti sehari suntuk.‎


Dengan hati girang, buka semua tingkap kat rumah, pasang lagu ketty perry, nyanyi-nyanyi kecik, tukar cadar tilam. Tetibe dengar orang bagi salam. Sayup-sayup je dengar. Rupenye jiran kami (jarak 5 rumah).. saya mendapat jemputan untuk REWANG bersempena tahlil arwah mak long yang meninggal tu. Tahlil dibuat dimasjid, tapi jemputan rewang ni untuk saling gotong royong persediaan masakan lah. ‎



Terus call suami :
"Cik nuar dengan bini dia ajak dtg rumah, rewang-rewang.. awak tak ade, ngelat.. awkward nyeee nk join rewang kampungggg"...


Incik lalan :
"La, nk awkward apa, awak tu campak kat mana pun mulut awak tu boleh hidup.. awak kan mesra rakyat, saya ni pula jenis busy.. awak lah wakil saya untuk beramah mesra dengan penduduk kampung sayanggggggg.. saya ni jenis pendiam, awak tu ramah tamah sayangggggg"



*kemain ayat sayang dia tu, kemain panjang, nak bodek, saya ni idok ler kisah kene rewang, tapi perasaan awkward sebab tak de geng. Tetiba je saya dapat idea, terus pi rumah orang sebelah, jiran baru, ajak gi ssama. Haha. Alang-alang incik lalan kata saya ni kaki ramah, so dengan tak malunya gi ramah-ramah dengan jiran sebelah. Pukul 11pagi, kami pun beriringan pergi rumah cik nuar.



Nama jiran sebelah kami, namanya "anis" umurnya 36tahun, dia tanya siapa budak 2 orang yg datang rumah kami minggu lepas, saya ceritalah yg suami saya duda dn tu anak incik lalan. Rupanya, dia punya suami pun duda laaa.. terus lah kami bertambah kamcing.‎



Dari pukul 11 rewang, habis rewang pukul 2 sebab nak minta diri solat zohor. Tak ada lah awkward, betul lah kata incik lalan, saya ni dicampak ke mana pun, senang cari kawan. Dan maybe sebab dh biasa bborak dengan orang tua sebab custmer farmasi kbnyakknnya 50 60an.. pergaulan sangat mudah.



Kesimpulannya disini, cuma nak bagitahu ye anak dara sekalian. Since anda bersetuju nak berkahwin, anda bukan ber2 lagi life dengan suami sahaja, jiran-jiran pun dah macam ahli keluarga dah. Tambahan pula jenis macam saya, tanah kampung, so kena rajin bergaul dengan apa jua event, tambahan lagi, incik lalan tu famouse kat sini, famouse sebab rajin bersedekah pisang pada orang kampung. Sebagai isteri, tanggungjwab saya, bawa nama baik suami, tak boleh menyombong.



Kesimpulannya lagi,
Dapat kemas rumah simple-simple je, nak sapu-sapu halaman rumah, sental longkang, tak sempat ye. YB Fatin Fashiekin sibuk bermasyarakat. Haha.




Lady faizal,
FatinFashiekin


Saturday, December 26, 2015

BASUH BAJU BABY



Ikut petua jawarian,
Baju baby jangan dibasuh,
Nanti anak selseme
*konon* haha


Tapi, untuk kesihatan baby,
Kene lah basuh.
Tak tahu macammana penjagaan baju tu agaknya.



Kalau ikut petua ni,
Macam-macam saya dengar,
Tapi yang paling awkward,
"Lepas bersalin elakkan pakai baju kuning, ibu dn baby x boleh pakai baju warna kuning.. dinding rumah pun tak boleh warna kuning.. sebab nanti baby kena demam kuning"


Saya masa dengar,
Saya rasa sangattt tak logik,
Rumah melaka pula dalam memang siap cat kuning, so saya pun kata lah "habis tak kan nak cat semula rumah"... mama kata, untuk seminggu dua je xboleh tgk warna kuning..


Saya still rasa tak logik + funny, haha,
Then, last month ade lah gi kenduri rumah pkcik saya, bkumpul lah ramai2, mak uda pun cakap perkara yang sama mengenai warna kuning. Lepastu anak mak uda saya kata "so kakak dah tahu lah masa lahirkan kakak mama duduk mana, mesti mama duduk kat bahagian dinding gelap, tu yg kakak gelap" hahahaha. Yela, duk dinding kuning, bby kuning, so kalau hitam? Hijau? Biru? ;p


Walau apapun,‎
Saya still layankan je lah,
Kang tak dengar kang, 
Apa pula kata orang tua.


Tapi, still memilih lah,
Kalau bab urut2 masa pregnnt,
Adat atau apa jua sklipun,
Maaf. Saya tolak keras.


Eh, saya ada cerita tak yg adik ipar saya dah bersalin? Dpt bby girl, namanya hanis nabila zara bin muhamad zuraidi. Saya dengan ita, pregnnt selisih sebulan. Tapi bbeza tahun, sbb ita bsalin hujung bulan 12/2015. Saya pula dah 2016.


Semalam call mak incik lalan,
Tanya khabar, dn nak ucap terima kasih sbb jahitkan tilam bantal baby utk saya. Mak incik lalan kata ita bersalin normel, hopefully diberikan rezeki bersalin normel juga, amin.‎



Lady faizal,
FatinFashiekin

Thursday, December 24, 2015

KONON SAYANG BINI

Entry sebelum ni kan saya ada cerita,
Entah kenapa tetiba incik lalan bermurah hati nak belanja saya macam2.


Rabu malam khamis,
Dia belanja barang-barang dapur,
Pastu belanja cari barang-barang sekolah adik-adik saya.


Khamis malam jumaat,
Dia ajak shopping lagi,
Dia ajak saya pi jusco,
Dia kata nak beli iron,
Actually ada 2 iron dah kat rumah kami,
1 jenis stim / 1 jenis normel.
Tapi yg jenis stim tu tapak dia kasar.
Yang jenis normel pula berat dan lambat nk hilangkan kedutan.


Memandangkan incik lalan sangat susah hati bila tgk bini dia iron dalam keadaan yang sangat mengambil masa, terutama sekali dah boyot2 ni, dia beria sungguh nak belikan iron terbaik katanya. Ceh, padahal pasni kan saya bersalin dalm pantang, so dia kena iron sendiri baju kerja, so dia xmau jenis iron yang leceh2 *tahu sangat trick tu* 



Dah lepas cari iron,
Dia asyik tanya ‎
"Nak ape-ape lagi tak"
Saya geleng kepala. 
Terlalu bosan sampaikan,
Dia cari barang, saya duk bersila kat lantai supermarket. Hahaha.


Saya, bukan minat benar bab shopping2 ni,
Benda2 penting je. Nak cuci2 mata ni, malasss laaaa... bazir je... 


Incik lalan : "nk microwave x? Nak set bbq jenis elektrik x? Nak vacuum baru tak?" 


Saya :"tak nak. tak nak. tak nak"


Incik lalan : "ee boring lah awak ni, nk belanje pun tak nakkkk... shopping tak suke, jalan2 bercuti pun tak suke, yang awak suka, duk rumah je.. klu bcuti pun, duk dalam hotel je malas jalan-jalan"


Saya : "eh, untung lah dapat isteri macamni.. kalau dapat yang demand, hah, berpeluh awak..."



Saya tak suka shopping, kalau beli barang pun saya jenis yang pk banyak kali, perlu atau tak.. harga tu wajar atau tak.. saya akan makesure berbaloi.. contoh semalam juga, antara jag RM88.00 dengan RM6.00.. bagi saya, ala, jug minuman je pun, minum ber2 je, buat ape mahal2.. lain lah khas utk tetamu punya.. so btelagah juga dengan incik lalan, at last dia menanglah, sebab malas nak banyak songeh, dia yang bayar kn, biar lah dia. Lgsatu, saya dah tak larat nak membontoti dia mengelilingi pasaraya tu. Letih oi.


12tghmalam baru sampai rumah,
Mata pun dah terkebil-kebil,‎
Tetiba dia kata "yang,esk nak mihun goreng, nak ada udang, ayam, fish cake, sawi, tahu dan tak nak telur"... aduyai, so malam tu juga blender bahan2 dn siap2 tumis, part paling leceh adalah udang, incik lalan tak makan tahi udang ye. so sekor2 udang saya bogelkan, dn belah belakang badan udang untuk dibuang tahi udang, pukul 1.30 selesai sediakan bahan2 dn menumis, esk cuma gaul je dengan mihun.. senang..



Ok,
Esk kawan paling cun kat sekolah nak kawin! 
Bedah!!!! Tahniah bed :)


Lady faizal,
FatinFashiekin


Tuesday, December 22, 2015

LAKI AKU


4.45pm,
Rutin balik kerja dia akan call,
Tapi harini happy semacam.


Suami :
Sayang! Sayang nak makan ape! Apa sayang nak, abang akan tunaikan! *happy kemain bunyiknye*


Saya :
Aik, dapat durian runtuh ke! Citer lah. Kenapa-kenapa? Ada orang oder anak pisang 5000pokok ke? Ade orang oder pisang bertan-tan ke? Bonus dah masuk ke? 


Suami :
Semua kat atas tak. Adalah, dapat rezeki terpijak.


Saya :
Main judi ea! Kene no ekor ea!


Suami :
Ishhhhhhh-- maneade.. adelah.. rezeki terpijak ni, tu yang nak belanja isteri..


Saya :
Esk kita pi jusco dn mydin, beli barang2 rumah yg dah nak habis je lah. Lagi elok. 


Suami :
La, barang rumah je?.. tu dah memang rutin tiap awal bulan.. ni nak belanje isteri tersayang yang sentiasa disisi susah senang ni..


‎________________________________________


Very isteri2 dah saya ni sekarang kan? 
Kalau dulu, masa free je, terus ajak jalan-jalan,
Sekarang??-- pentingkan isi rumah dulu, keadaan rumah, ape belum buat, kekemasan sekeliling, ni pun dalam kepala duk pikir bila nk sental longkang rumah. Suami memang bantu, tapi saya kan spesis lorat memanjang.‎


Bila suami kate nak belanja makan benda mahal-mahal kat restaurant hebat pun saya kata "tak yah lah, biar saya masak je lagi sedap.. 1 pinggan RM200-RM300 tu membazir je.. bukan boleh peram jadi emas pun dalam perut, baik saya masak lagi sedap! "



Incik lalan sengih je bila saya kata camtu, dan dia setuju untuk cari barang keperluan rumah esk. terus saya rasa bahwasanya saya isteri yang sangat solehah. *kibas shawl* h‎ahaha


Lady faizal,
FatinFashiekin




Monday, December 21, 2015

PENGANTIN LAMA


Bila tgk gambar kahwin orang,
Baru teringat ttg gambar kahwin sendiri.


Entah bile mase nak buat entry tentang
-barang hantaran
-bajet bridal
-bajet goodies
-persiapan sebelum kahwin
-tips jimat masa majlis


Entah bila nak buat--


So bila timbul keinsafan,
Harini, belek-belek lah gambar2 dari kamera photog, gambar non edit. Banyakkk gile keping gambar. Lemah tulang belakang duk menghadap tiap keping.


Gambar diri sendiri yang dah diedit mmg ada,
Tapi, kalau boleh, nk upload gambar bersama tetamu yang hadir. Yela, dieorang dah posing atas pelamin dengan kita, tak kan tak upload kan? So jenuh la mengedit sdn bhd secara cincai.


Dah siap buat pemilihan,
Pendrive pula tak dijumpai, mencik betul.
At last, tutup laptop, cukup 9 bulan mengandung baru post gambar kat fb nampaknya. Haha.



Masa tengah tgk gambar-gambar non edit dari photographer, ternampak gambar diatas. Bila teringat, lawak, hehe. Lepas sah nikah, weols terus melarikan diri ke kebun abah, ambil gambar kat celahan kelapa sawit. Yela, nk outdoor jauh2 mane sempat. sebab saya nikah + sanding kn sehari, habis nikah pn dah pukul 11.30pg, nak makeup sanding lagi, so memang tak boleh lari jauh, kebun abah lah mangsa aksi pengantin baru.


Mula-mula bergambar, malu-malu juga, yela, dah boleh pegang-pegang sentuh-sentuh. Tapi saya ni kan gila sikit, incik lalan pula bab bergambar dia memang out asyik tersenyum sengih malu. Bila part tenung-tenung saya pula ada saka gelak memanjang.‎ Memang payah nak bergambar. Syok menyakat incik lalan, masa maros kata "ekin, tenung doc".. iols pun tenung lah, pastu iols muncungkan mulut nk gambar kiss. Ketawa semua. Hahahaha. 


Rasa teruja ok. Tetibe dah sah. Tetibe dah boleh gedik2. Tu yang dok menyakat incik lalan je. Tapi, apapun, puas hati juga lah, at least nampak effort incik lalan serius dan slumber bila maros bagi arahan-arahan bergambar. Walaupun saya punya gelak dah macam kuntilanak.


Ok lah, ada kkuatan saya upload semua gambar okey :) hujung bulan depan dh bersalin, kalau tgu lepas bsalin, saya yakin, dh memang tak ada upload lah, mesti saya excited ambil gambar baby.


Next week saya upload kat fb ye.
K bye.
Muah.


Lady faizal,
FatinFashiekin



Saturday, December 19, 2015

SEHARI KETIADAAN


Bile dieorang dah balik kedah,
Rindu pula--
Biasenye riuh asyik
"Ibu-ibu-ibu-ibu-ibuuu... dibuuuu" haha


Si adik banyak cakap :
"Ibu, nak tu..", "ibu, nak ni.."
"Nak duduk sebelah ibu"
"Nak ibu suap"
"Nak ibu.. ibu.. ibuuu..."


Si kakak sbb dah besar, dia pandai bawa diri,
Tapi sama juga lah asyik
"Ibu.. ibu.. ibu"‎
-makan ibu
-berak ibu
-air ibu
-seluar terbalik pn minta ibu betulkan
-pakaikan baju pun ibu
-sikat rambut pun ibu


Tambahan pula abah mereka,
Sibuk dengan kerja dan kebun,
80percent masa mereka dengan saya lah.‎
 Dan dieorang tak heran pun dengan abah dieorang, tak tanya pun abah nak kemana..
So abah mereka sangat riang dan girang.



S‎o, 4hari menjadi surirumahtangga sepenuh masa,
Bagi saya, ok mengaku, saya tak sesuai. Baru cuti hari pertama dah rindu kerja. Dan potensi untuk gemuk sangat tinggi dirumah sbb rasa lapar 24jam mencengkam perut. Haha.


Esk saya mula kerja,
Rindu farmasi!!!


Tadi gi majlis kahwin jannah, kawan sekolah saya jiran sekampung, semua org kat situ tegur saya. Yela, atas bidang kerja saya. Adik saya si aza kata "eeee, knpa kawan2 akak semua orang tua atok-atok?" siot betul. Pang kang. huhu.


Lady faizal,
FatinFashiekin

Thursday, December 17, 2015

SURIRUMAH SEMENTARA



Esk mereka nak balik kedah,
Keriuhan akan hilang.
Mesti rindu! 




Lady faizal,
Fatinfashiekin



Saturday, December 12, 2015

MAKIN HAMPIR 2016


Dah nak masuk 2016! 
Sat lagi umur dah 26tahun--
Allhamdulillah, misi 2015 berjalan lancar.
Tak sangka 2015 memberi banyak perubahan.


1) kahwin :
Tak sangka dah berjaya menjadi seorang isteri dan menjaga suami. Bila orang tanya "suami orang mana?" baru teringat "eh! Dh ada laki lah. Haha"


2) mengandung :
Allhamdulillah dberikan rezeki dengan cepat. Allhamdulillah. 


Tahun depan nampaknya lagi berubah,
This year terkejut ada suami. Tahun depan sure masih tak caya kalau ada anak depan mata. Haha


Allhamdulillah, ada anak pada usia 26tahun. Hmm, ok lah. Pertengahan usia kan? Sedang elok lah kan? Allhamdulillah.


Untuk 2016,
Kalau tahun lepas azam 2015 terus fokus dalam belanjawan kahwin. Untuk 2016 ni, lagi akan berubah. Suami dah beria dengan plan 2016 dia. 
Dan dia heret saya sama. Suami kata, saya patut bersyukur sebab masih muda. Macam dia dah 35tahun, banyak benda nak buat sampai rasa tak cukup masa.


Hai 2016! 

Thursday, December 10, 2015

DIA BALIK KEDAH



Orang sebelah balik kedah ambil anak-anak,
Alaaaa-- asyik kena tinggal. Nak ikut balik kedah.. since kahwin, baru sekali balik kedah, tu pun raya, lepastu terus mengandung, then masalah uri kat bawah, bila masalah uri dah settle, saya pula dah sarat.. syok nya kalau dapat ikut! 


Rindu bendang--
Rindu mak ayah--
Rindu kakak, ita, dikmat--
Eceh------
Padahal rindu somi.
Haha.


Bila nak balik melakaaaa? 
Dah rindu bau ni,



Entah camna ea,
Anak2 incik lalan panggil incik lalan "abah/ibu".
Saya nk train anak saya "mommy/daddy"
Bukan apa, nk guna abah,
Saya dah ada abah dah pun,
Mama pun dah ada..
So 25 tahun hidup dah biase bebenar dengan sebutan mama / abah,
Nak ler jugak tukar ;p



Nak sebut abi/umi,
Eh! Nama ex aku tu,
Gile ko. Hahahaha.



Lady faizal,
FatinFashiekin



AIR KETUBAN BANYAK


Harini appointment dengan pakar,
Allhamdulillah, uri dah naikkk..
No wonder lah this month tak ade bleeding macam last month. Rupanya uri dah totally naik. Allhamdulillah. Rezeki nak bersalin normel terbuka luas nampaknya.


CUMA,
Doctor kata air ketuban banyak.. tapi bukan dalam kadar merisaukan. Air ketuban berlebihan pada bacaan 20++.. air ketuban normel 8-20.. air ketuban kurang bacaan 8 kebawah.. saya punya bacaan 20.. doc kata still normel dan kena follow up kat klinik kesihatan. Selagi belum 36minggu, boleh bertambah doc kata (-_-)


Camna boleh banyak air ketuban? 
Doc sendiri tak ada jawapannya. 


Saya rasa perut kecik je, macammana boleh air ketuban banyak ea? So disebabkan air ketuban banyak, doc suruh saya continue dengan kk dan minum air gula.


Next appointment saya masa 36minggu pregnant, dah 36 minggu perlu ke minum air gula? (-_-) dah nak bersalin kan, tak yah lah..... nanti nak pujuk doc kk lah.. haha..



Bila saya tidur dan tukar posisi, incik lalan terjaga dan kata "ishhhh.. tidur betul2.. jangan ubah2 posisi.. air ketuban awak banyak, kesian baby tengah sedap tidur tetibe terapung-apung".. hahahah. Rase nk debik je dia tau dengar dia cakap macamtu. 


Lady faizal,
FatinFashiekin



Wednesday, December 9, 2015

8 BULAN MENGANDUNG

Allhamdulillah, sekarang dah 8bulan pregnant,
InsyaAllah bersalin hujung bulan depan atau awal bulan 2. saya dah ambil suntikan ke2 untuk kancing gigi. Allhamdulillah sengal sikit je tangan ni.


Sekarang, semua persiapan dah pun settle. KECUALI tilam baby dan bath tub, nak tunggu supplyer datang farmasi. Oder je dengan supplyer, lagi senang. Saya ni cerewet sikit, lagisatu, malas nak berjalan lah. Better dengan supplyer. Senang dan mudah. Segalanya dihujung jari, pilih je dari katalog, 


Persediaan beg bersalin utk dibawa ke hospital pun dah siap. Mama saya siapkan. Untung still balik rumah family, semua mama settle kan. Tu pun mama dah suruh standby letak dalam kereta saya asyik hang kan je. Macammana agaknya orang yang kat perantauan jauh dari keluarga kan. Kalau saya, cnfirm nangis.



Nak share simptom2 sepanjang mengandung 8 bulan ni :

1) kaki mudah lenguh :
Last week pergi wedding kawan, rumah dia atas bukit yang tinggi, so kena jalan kaki naik ke atas, parking kereta dah lah jauh kat bawah. Gigih kaki menapak, sampai lenguh dan rasa kebas kaki + tercungap. Macammana next week nak jalan2 dengan family dan anak2 ni.. 


2) rasa nak pitam kalau duduk / berdiri lama :
Bayangkan, duduk diam kat klinik kesihatan dengan selesa pun saya boleh rasa tetiba pandangan kelam, rasa nak pitam. ‎Terpaksalah kejap bangun kejap duduk. Rase peluh sejuk tu basah kat muke. Tapi HB saya cun, 13 tau! 


3) sentiasa rasa panas :
kalau nak tidur, saya orang paling banyak merungut, panas-panas-panas, terpaksa mandi berulang kali. Kat farmasi, saya tukar air cond kepada 17 sebab tak puas dengan suhu yang tinggi. Bila rasa panas, tu pun jadi punce saya rasa nak pitam.


4) susah tidur :
Malam susah tidur -- siang susah bangun.. serius kualiti tidur jatuh menjunam. Tidur tak selesa, bila tidur telentang incik lalan bising sebab saya akan ngadu sakit tulang belakang. So saya tidur mengiring kiri dan kanan. Bila tidur mengiring, baby pula menendang macam tak setuju dengan corak tidur saya walau saya dah sendal perut dengan bantal. At last, tidurlah saya dengan gelisah. Asyik2 "ehek.. ehekkk.. ehekkk..." minta perhatian suami. Nanti suami pun urutkan badan, padahal bukan sakit badan pun, saje je suh suami urutkan sampai khayal tertidur.


5) tulang pelvic sakit :
Pelvic atau kangkang sakit. Bila nak alih tidur dari kiri ke kanan, atau kanan ke kiri. Peh dia punya sakittttt... sampai kerut-kerut muka menahan sakit. cara saya buat kalau nak tukar arah, tolak punggung guna tangan.. tak boleh bagi tekanan pada otot pelvic..


6) rambut dah tak gugur :
Baru perasan, since pregnant, saya tak ada rambut gugurrrr. Terperasan pun sebab incik lalan shave misai dia. Tengah perhati-perhati, baru terperasan, dah lama tak jumpa rambut gugur! Waaa, suka-suka-sukaaaa. Sebut pasal rambut, incik lalan dah kata "nak bersalin ni, tak nak potong rambut ke? Dah panjang sampai pinggang, awak tu, tak pantang, masuk wad haritupun lorat saya yang kena sikat rambut awak, sepitlah, baik trimm awal, mudah kan awak nanti" saya kata "tak boleh-- pantang jawa, tak boleh kena kan apa2 pemotongan pada rambut, orang tua2 kata takut bersalin bedah pula nanti.." haha. ‎


7) saya benci lelaki dewasa yg banyak songeh :
Ye, tak suka lelaki dewasa. Aneh kan? Tapi xde lah tak suka semua lelaki. Just yang annoying laa..


8) mudah letih / tercungap ketika bernafas :
Sekarang kat farmasi sempena hujung tahun, ada cek stok, saya ni mengira pun cungap-cungap. Contoh kiraan 1-52 kan, sampai 30 saya dah mengah-mengah. Sangat orang tua ;p



Ok, apapun, semua yg saya share ni bukan keluhan ye. Hanya menceritakan apa terjadi. Saya tahu, mesti ada juga yang cari simptom2 perubahan kehamilan bulan ke bulan. Sebab saya pun cari, nak bandingkan, normel atau tak.




Lady faizal,
FatinFashiekin

Tuesday, December 8, 2015

PUTERA JOHOR

Satu2nya anak raja yang akan dikenang sepanjang zaman, Anak raja yang penuh rapat dengan rakyatnya, Tanpa mengira status darah yang mengalir dalam tubuhnya. 



Patik turut berdukacita atas kemangkatan Almarhum YAM Tunku Laksamana Abdul Jalil. Tiada yang dapat diungkapkan bagi mengambarkan dukacita sebagai anak jati johor.



Al‎lahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu
"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia"‎



A good heart has stopped beating. A good soul ascended to heaven. We part with our beloved Young Prince in Pain. We will never forget you YAM Tunku Abdul Jalil.‎


Alfatihah

Saturday, December 5, 2015

MOVIE WITH LOVE



Semalam kat melaka, hujan lebat sangat lebat,
Jiran rumah kami yang saya cerita ( http://fatinovela.blogspot.my/2015/11/alkisah-tentang-jiran.html?m=1 ) yang meninggal tu, ingat tak? Semalam ada penyewa baru masuk. Cepat betul melaka ni kalau bab2 rumah kosong. ade je yang masuk.


So semalam bisik-bisik dengan incik lalan dan kata "confirm penyewa ni tak tahu tragedi 2 minggu lepas, kalau tahu, tak berani punye nk sewa".. incik lalan gelak2 je sambil kata "shhhh, perlahan kan suara, kantoi nanti" haha. Actually tak salah pun nak duduk rumah tu, daripada dibiarkan kosong, saya juga yang seram. Seronok! Ada juga jiran. Kalau incik lalan pi kebun, tak adalah saya takut :) 


Hujan lebat reda dalam lepas maghrib,
saya pun baring-baring lah depan tv, melepaskan kelelahan, sekarang saya cepat mengah, rase tak cukup nafas. Tengah-tengah baring, incik lalan ajak midnight movie (-_-") Allahuakbar. Kalau ikutkan rasa hati, malas sebenarnya hoi, sbb dah mengantuk dan letih, balik dah sah pukul 1pagi.


Tapi, memikirkan keinginan suami, kesian pula kat dia. Memang lah dia asyik kata "sayang letih tak? Kalau letih tak pa lah.. letih tak? Sian sayang..".. saya balas "tak.. jom lah..".. 


Bukan apa, sian kat incik lalan, InsyaAllah hujung bulan depan saya bersalin, lepas bersalin entah bile nak pi tgk movie, paling awal pun tunggu baby 5 bulan, tu yang gagahkan diri juga teman suami pi tgk movie. Walaupun hakikatnya, juta kali duk menguap masa bersiap. Haha.


Sampai je panggung wayang, saya ceria dah! Kemain lagi kan, tadi konon letih, boleh shopping, tenaga tu macam dicas-cas. Haha. Sementara tunggu waktu tayangan, pergi jalan-jalan dan beli barang. 


Cerita yang kami tengk "Hunger Game" memang best! 5/5 bintang.. sebab apa saya suka, sebab ending tak tergantung. Biaselah cerita omputeh, kebanyakkan mesti tergantung. Tapi utk hunger game ni, memang terbaik!!!!! 



Lady faizal,
FatinFashiekin


MENU JUDAH WEEKEND SIMPLE



Juadah weekend,
Memang simple, tapi saje nak share.
Hehe. Eh, bukan senang juga tau nk pikir juadah, saya ni kadang2 sampai tanya mama "esok nak masak ape ye".. dn macam yg saya pernah cerita, my suami bab makan bitt cerewet. Tak suka makan masak lemak cili api / tak suka makan asam pedas..
Senang kata, segala menu wajib yang ada kat kedai makan, dia tak suka..


Tapi, weekend ni, saya buat juga masak lemak cili api. Tapi, demi suami tercinta yang tak tahan pedas, saya letak lada cuma 2 biji sahaja..  haha.


Menu saya :
1) ikan masak lemak cili api
2) kailan udang
3) bawal goreng kegemaran suami


Incik lalan memang suka bawal goreng,
Kalau saya, suka masak berlada ke, sweet sour ke, 3 rasa ke.. dia suka goreng camtu je.. layan kan je lah.‎


‎Aha, ada menu lain juga petang tu,
"Bubur keledek"..
Tapi tak ambil gambr,
Dah kenyang makan nasi,
Hilang nafsu kat bubur hehe



Lady faizal,
FatinFashiekin



DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...