FOLLOWER

Wednesday, December 9, 2015

8 BULAN MENGANDUNG

Allhamdulillah, sekarang dah 8bulan pregnant,
InsyaAllah bersalin hujung bulan depan atau awal bulan 2. saya dah ambil suntikan ke2 untuk kancing gigi. Allhamdulillah sengal sikit je tangan ni.


Sekarang, semua persiapan dah pun settle. KECUALI tilam baby dan bath tub, nak tunggu supplyer datang farmasi. Oder je dengan supplyer, lagi senang. Saya ni cerewet sikit, lagisatu, malas nak berjalan lah. Better dengan supplyer. Senang dan mudah. Segalanya dihujung jari, pilih je dari katalog, 


Persediaan beg bersalin utk dibawa ke hospital pun dah siap. Mama saya siapkan. Untung still balik rumah family, semua mama settle kan. Tu pun mama dah suruh standby letak dalam kereta saya asyik hang kan je. Macammana agaknya orang yang kat perantauan jauh dari keluarga kan. Kalau saya, cnfirm nangis.



Nak share simptom2 sepanjang mengandung 8 bulan ni :

1) kaki mudah lenguh :
Last week pergi wedding kawan, rumah dia atas bukit yang tinggi, so kena jalan kaki naik ke atas, parking kereta dah lah jauh kat bawah. Gigih kaki menapak, sampai lenguh dan rasa kebas kaki + tercungap. Macammana next week nak jalan2 dengan family dan anak2 ni.. 


2) rasa nak pitam kalau duduk / berdiri lama :
Bayangkan, duduk diam kat klinik kesihatan dengan selesa pun saya boleh rasa tetiba pandangan kelam, rasa nak pitam. ‎Terpaksalah kejap bangun kejap duduk. Rase peluh sejuk tu basah kat muke. Tapi HB saya cun, 13 tau! 


3) sentiasa rasa panas :
kalau nak tidur, saya orang paling banyak merungut, panas-panas-panas, terpaksa mandi berulang kali. Kat farmasi, saya tukar air cond kepada 17 sebab tak puas dengan suhu yang tinggi. Bila rasa panas, tu pun jadi punce saya rasa nak pitam.


4) susah tidur :
Malam susah tidur -- siang susah bangun.. serius kualiti tidur jatuh menjunam. Tidur tak selesa, bila tidur telentang incik lalan bising sebab saya akan ngadu sakit tulang belakang. So saya tidur mengiring kiri dan kanan. Bila tidur mengiring, baby pula menendang macam tak setuju dengan corak tidur saya walau saya dah sendal perut dengan bantal. At last, tidurlah saya dengan gelisah. Asyik2 "ehek.. ehekkk.. ehekkk..." minta perhatian suami. Nanti suami pun urutkan badan, padahal bukan sakit badan pun, saje je suh suami urutkan sampai khayal tertidur.


5) tulang pelvic sakit :
Pelvic atau kangkang sakit. Bila nak alih tidur dari kiri ke kanan, atau kanan ke kiri. Peh dia punya sakittttt... sampai kerut-kerut muka menahan sakit. cara saya buat kalau nak tukar arah, tolak punggung guna tangan.. tak boleh bagi tekanan pada otot pelvic..


6) rambut dah tak gugur :
Baru perasan, since pregnant, saya tak ada rambut gugurrrr. Terperasan pun sebab incik lalan shave misai dia. Tengah perhati-perhati, baru terperasan, dah lama tak jumpa rambut gugur! Waaa, suka-suka-sukaaaa. Sebut pasal rambut, incik lalan dah kata "nak bersalin ni, tak nak potong rambut ke? Dah panjang sampai pinggang, awak tu, tak pantang, masuk wad haritupun lorat saya yang kena sikat rambut awak, sepitlah, baik trimm awal, mudah kan awak nanti" saya kata "tak boleh-- pantang jawa, tak boleh kena kan apa2 pemotongan pada rambut, orang tua2 kata takut bersalin bedah pula nanti.." haha. ‎


7) saya benci lelaki dewasa yg banyak songeh :
Ye, tak suka lelaki dewasa. Aneh kan? Tapi xde lah tak suka semua lelaki. Just yang annoying laa..


8) mudah letih / tercungap ketika bernafas :
Sekarang kat farmasi sempena hujung tahun, ada cek stok, saya ni mengira pun cungap-cungap. Contoh kiraan 1-52 kan, sampai 30 saya dah mengah-mengah. Sangat orang tua ;p



Ok, apapun, semua yg saya share ni bukan keluhan ye. Hanya menceritakan apa terjadi. Saya tahu, mesti ada juga yang cari simptom2 perubahan kehamilan bulan ke bulan. Sebab saya pun cari, nak bandingkan, normel atau tak.




Lady faizal,
FatinFashiekin

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...