FOLLOWER

Showing posts with label Saya Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Saya Mengandung. Show all posts

Monday, October 12, 2015

DAH KELUAR WAD! (6BULAN HAMIL)



Happy gile dapat keluar wad,
Yg x bleh blah nya,
Nurse dan doctor kat wad dah kenal saya.
Hahahah


Doctor kata :
"Ape kene ko ni fatin.. dah 6 bulan pn problem lagi ke? Baru minggu lepas ko jumpa aku, harini jumpe lagi.. padan muke kena tahan wad"


Haha


Nurse kata :
"Fatin Fashiekin, awak yang 2 kali masuk wad sebelum ni kan? Nama awak unik, tu saya ingat tu"


Haha


Tengah baring-baring,
Ada lawatan orang dari pejabat agama sebab nak bagi risalah doa-doa orang sedang sakit.


Staff Pejbt Agama (puan aza) :
"Fatin Fashiekin, yang baru ambil sijil nikah originel tu kan? Berjumpa lagi kite"..


Kecik dunia. Selamani whatsapp2 je dengan dia, sebab bertangguh nak ambil sijil nikah originel tu, dh boyot ni baru lah saya terkedik-kedik nak pi ambil. Kebetulan pula, staff in charge kwsan saya tu round hospital ni. So rancak lah borak.


Saya :
Maaf lah lambat ambil sijil nikah tu, dh nak bsalin baru kelam kabut. Almaklumlah, dh nikah ni, x heran dah kalau nk kena tangkap basah dengan suami sendiri. Rasa seronok pula kalau kene tangkap, hehehehe


Pung pang pung pang,
4.30pm keluar wad.
Lambat sebab incik lalan dri negeri sembilan,
Jenuh menunggu.
Sampai je rumah, saya bantai tidur.
Sebab tidur kat wad tak lena,
Kena kejuttt je utk makan ubat @ amik BP dan jantung baby..


Doktor suruh saya bedrest 2weeks,
Tapi saya tak mau. Saya nk kerja.
Oh tak sanggup nak melayan kebosanan dirumah,
Boleh pening kepala tgk dindinggg je.
Kalau kerja boleh borak2 dengan kawan2,
Kerja farmasi pun bukan berat, kalau berat kawan2 pun faham tak bagi saya tolong.


Nampak tak, betapa sayangnya saya pada pekerjaan saya? Nampak tak? 


Ok lah.
Esk nk kerja,
Jom tdr.


*nasib baik masuk wad masa suami still kat malaysia, kalau dia dh gerak ke german@holland, nangis saya kat wad sbb dahagakan perhatian suami*hahahahahaha




Lady faizal,
FatinFashiekin



Sunday, October 11, 2015

BOY KE GIRL


Jantina masih tak jelas kelihatan,
Semua doktr bagi jwpan teragak-agak
"Maybe girl atau boy kot" -jwpan cmni
Tapi naluri kuat mengatakan bby girl,
Sebab serius nk girl.


Orang tgk perut saya kata "boy"
Tapi saya tahu girl
Sebab terlalu geram gigit bibir dgn girl
*kalau slh, ampunkan den* haha



Me :
Yang, kakak dgn adik jeles tak kalau bby kite nanti manje dengan awak? Yela, awak kan manjakan adik dan kakak. Agaknya nanti klu dpt bby girl dn lbh manja dri mereka, mcmne ye?


Incik lalan :
Tak lah. Hritu kite sendiri tanye kakak adik, dia nak girl ke boy, dieorg kata nk girl sbb boleh main bersama kan.


Risau sbenarnya,
Anak incik lalan memang manja gila dengan incik lalan. Berebut selalu nk dipangku abah mereka, sampai bergaduh gaduh semata nak kena pangku tau. Sampai merajuk2 kalau abah mereka pilih kasih. Anak saya, haruslah ngam dengan saya. Tapi org kata, kalau girl mmg rapat dgn daddy, klu boy dengan mummy.


Dan saya mmg nk girl yg rapat dgn daddy nya juga,
Senang saya. Hahahaa.


Persiapan baju,
Saya beli unisex,
Boleh sampai 6 orang anak pakai.
Nk 3laki + 3pmpn.


Lady faizal,
FatinFashiekin


6 BULAN MENGANDUNG

Hadiah bersempena 6 bulan hamil.
Masuk wad. Hahahha


Sebelum kahwin dulu,
Saya lah orang paling kuat, cergas dan bertenaga.
Tak de jumpe doktor tau,
satu2nya doktor tu lah incik lalan tu.
Yang len2, saya kuat dan hebat.


Sejak kahwin,
Sejak hamil,
Keluar masuk wad je,
(-_-")


‎Doktor kata baby sangat aktif,
Allhamdulillah.
Tapi doktor kata uri still tak naik lagi,
Tak menutup jalan rahim,
Tapi masih dibawah.


Semoga esk dapat keluar wad,
Pasni doktr bagi cuti 3 minggu pn saya tak mo,
Nk kerje. Cukuplah sebelum ni kebosanan memandang dinding rumah 2 minggu.
Tak nak lagi daaa--


Lady faizal,
FatinFashiekin


Sunday, October 4, 2015

MOM BABY EXPO MELAKA

Expo diadakan 2-4oktober,
Tepat 1 oktober gaji, iols dah terbayang-byg kan expo ni haha. Gigih iols bekerja kumpul komisyen, mom and baby care ni lah jadi pemacu semangat. Allhamdulillah berjalan lancar ;)


3oktober,
Lepas incik lalan celebrte my birthday,
Dengan hati yang girang, terus ke expo.


Memang ramai gile orang, 
Tapi percaya tak, saya langsung tak rasa letih, 
Banyak kali round rasa bersemangat je,
Incik lalan je yang lorat suruh saya berhenti berehat. 


Entry sebelum ini saya ada menyatakan,
Yang incik lalan tak bagi beli stroller lah, baby carrier lah. TETAPI, lain cerita nya disana. Dia excited melebih pula nak beli baby carrier / car seat / stroller. Saya bisik pada dia perlahan dan kata "haritu kemain lagi konon sanggup nak dukung baby? Sekarang bila semua depan mata, aik, dia yang excited".. keadaan terbalik, saya pula yang buat tak tahu je..  incik lalan kata "kita kena train anak kita duk diam2 kat car seat, baru selamat, jangan didik pangku dieorang".. saya balas "eh, siapa yang ajar? Kakak dn adik? Berebut nak dipangku masa awak drive? Abah dieoranggg ajarr kan????" hahahahaha. Dia sengih je.


Kami dah berbincang,
Part leceh-leceh macam baju / baby shower / baby lotion / tilam baby / towel baby, part kecik2 saya beli. Part besar2 stroller / car seat / set pantang.. yang besar2 tu saya pas pada incik lalan. Hahahaha. Car seat sebijik 1k++ ampun kan saya, memang kena daddy yang sponser. Mommy memang berkira.‎ 


Kesimpulannya,
Mombabycare ni tak mengecewekan.
Memang best--


:)


Lady faizal,
FatinFashiekin

Sunday, September 27, 2015

BABY TAK CUKUP BULAN


22hb 09,
dapat berita gembira dari kawan setugas,
Ecah. Katanya selamat melahirkan seorang putera. Allhamdulillah.


Allah Maha Berkuasa,
Bila scan, doktor sahkan perempuan,
Lahir-lahir keluarnya lelaki.
Happy sangt ecah,
Memang jantina lelaki yg sgt dia nak,
Memandangkan anak pertamanya perempuan‎.


Ecah kata,
Suaminya ucap syukur dan terima kasih.‎
Saya pun tumpang gembira,
Meremang bulu roma saya memikirkan kekuasaan Allah dalam memakbulkan doa hambanya.
Allah Maha Besar.‎


saya tanya ecah ttg persiapan baby,
Semuanya serba sederhana,
Pagi bersalin baru kalot cari pampers,
Mayb juga sbb dh tahu baby girl, 
So boleh guna baju anak pertama,
Preparation sederhana.
Tak sangka keluarnya boy.‎


Kekalutan berlaku kerana baby dilahirkan tak cukup bulan, keluar ketika 34week (8bulan hamil)
Berat babt : 1.9kg,


Saya tak bimbang dn rasa sbrang kerisauan,
Sebab saya sendiri dlhirkan tak cukup bulan,
Saya dilahirkan pada usia 7bulan, 
Mama kata berat saya 1.8kg shja (saiz botol kicap) haha‎


Tapi,‎
Ecah sekeluarga diduga,
-doktor kata putera ecah kurang darah
-putera ecah dimasukkan ke wd rwtan rapi
-putera ecah berak berdarah
-najis memenuhi perut
-usus putera ecah bocor
-putera ecah dijangkiti kuman


5.24pagi (24/9/15 : raya haji)
Putera kesayangan ecah yang dinanti pergi buat selamanya. Alfatihah.


Banyak pengajaran yang saya dapat,
Incik lalan cukup marah bila saya taksub ingin kan baby girl. Incik lalan cukup marah bila saya suka tengk baby yang comel. 


Incik lalan kata,
"Tak kisah lelaki atau perempuan, tak kisah comel atau tak, yang wajib didoakan adalah kesejahteraan baby, kesihatan baby, kecerdasan baby, kepintaran baby, soleh dn solehah baby.. ambil iktibar setiap sekeliling, sbb bila ssuatu jd, yang kita minta adalah Ya Allah yg aku pinta, panjangkan usianya bukan kecomelan dapat membantu"


Incik lalan part ni memang marah,
Dia tahu ketaksuban saya pada baby girl tambahan pula dihantui dengan anak che ta yang tembam tu.


Sekarang,‎
Bila saya termenung sejenak,
Perhati tiap pengajaran disekeliling,
Saya rasa kekuasaanNya.‎
Segalanya Kun Fayakun atas keinginanNya.


Even scan 4D atau 5D,
Jika Allah nak kan ianya lelaki,
Allah beri lelaki.
Walaupun scan dengan apa jua alatan tcanggih.


dan jika Allah ingin menarik nikmatnya kembali,
Sekelip mata sahja boleh dilaksanakan.


Allahuakbar.
Allah Maha Besar.


Lady faizal,
FatinFashiekin‎



URI MASIH DIBAWAH

Last week ada appointment dengan doktor,
Appointment simple sbb just nak scan,
Masuk bilik doktor, terus jumpa doktr mariam,
Dia dah kenal saya dah. Sbb saya kan ada kes 2kali masuk wad tu. Doktor mariam lah yang handle urusan saya.


Masuk je bilik doktor,
Terus doktor tanya khabar saya.
Saya ofcz lah, kuat, bersemangat, bertenaga.
Doktor gelak je.
Cuma doktr kata
"Sebab awak kuat lh awak masuk wad 2 kali ye fatin, beringat ye, jangan lupa yg awak tu mengandung"


Ok. Scan.
Ok. Dah tengk uri.
Ok. Uri tak ok.
Ok. Uri masih dibawahhhh (-_-")


Bila uri nak naik? 
Tapi doktor kata, nanti uri boleh naik lagi,
Jangan risau--
Ok. Semoga uri akan naik.


7/10 : 
Appointment dengan pakar di-HPSF + appointment dengan Raja specialist utk 4D scan

12/10 : ‎
Appointment dengan KK

9/11 : ‎
Appointment dengan doktor utk repeat scan


saya cakap dengan incik lalan "yang, saya dah nak 6 bulan.. sekejap je kan" incik lalan terkejut, dia kata cepat je masa berlalu, bermakna 3 bulan lagi nak bersalin.

Incik lalan :
"Tak takut ke nak bersalin?"

Saya :
"Langsung tak, rasa happy, tak sabar nak jumpa baby.."

Incik lalan : 
"Betul tak takut sakit? "

Saya :
"Tak. Saya selalu tgk video orang bersalin kat youtube, saya terharu tgk, semua org yang bersalin tak kira apa agama, semua happy lahirkan baby, tak rasa sakit pun bila baby keluar. Semua senyum bila dapat peluk baby dieorg"

Incik lalan :
"Berani pula awak tgk, biasanya awak paling takut sakit, tgk orang luka pun awak jerit-jerit"‎

Saya :
"Tak takutttt langsung. Saya sayang baby. Nak jumpa baby. Tak sabar nak bersalin! Nk cium baby. Nak ajak baby mainnnnn.. sayanggg daddy! Sayanggg babyyyyy! "


Masa mengandung ni, saya seronok tau baca pengalaman orang bersalin. Sampai bertakung air mata sbb terharu. Saya ada join group MOM TO BE. Group dari BRIDE TO BE, bila dh pregnnt, akan di invite masuk group mom to be. Baca file pengalaman org bsalin yang banyak kat situ, korang mummy baru nak join? Bg nama fb, nanti saya invite k. 


:)


Lady faizal,
FatinFashiekin




Sunday, September 20, 2015

5 BULAN PREGNANT


My baby dah mula mnendang,
Dah timbul-timbul diperut,
Happy sangat..


Masa 1st time rasa, 2.30pagi,
Tengah tidur tetiba macam ada benda bergerak dalam perut. Saya letak tangan saya, lepastu ada respon, kena kick 2kali. 


Terus saya capai tangan incik lalan yg tgh tidur, saya letak diperut saya. Incik lalan terpingge, saya pula dah celik mata masa tu, sambil sengih lebar saya kata "baby dah mula tendang sampai timbul-timbul!!!" incik lalan sengih lebar je, dia sambung tdr sambil tangan letak kat perut saya, lepastu saya alihkn tgan incik lalan. eh, feeling pertama, haruslah iols nikmati keindahan ni, daddy nak rasa nanti dulu k :)


5bulan pregnnt, baby dh mula mendengar, saya dari awal tahu pregnnt memang kerap berborak dengan baby. Tengah mandi pun saya borak, saya kata "sorry baby, dah pukul 11 baru mummy nak mandi, mesti baby sejuk".. lalu tetibe saya dengar jeritan dari luar bilik air "oiiiii,... borak dengan sape dalam bilik air...... dengan hantu keeeeee....." incik lalan jerit. saya pun balas "saya borak dengan baby laaaa, takut baby sejuk mandi malam-malam".. incik lalan balas "habislah, cnfirm anak pun banyak cakap macam awak nanti.." hahahahah


Sekarang, bila dah rasa pergerakkan baby dengan lebih kuat, lagi lah sangat berhati-hati makan. Kalau nak makan perkara bukan2 tu, ttbe baby tendang, so saya cepat2 behave.. kalau x, sebelum ni, smuaaa saya balon dalam perut.


Ok lah, apa2 nanti saya share lagi dengan korang ye-- ‎ bye! Muah! 



Lady faizal,
FatinFashiekin

Tuesday, September 15, 2015

BAHAYA KUCING PADA WANITA HAMIL


Dilema betul,
Saya sangat sayang kucing saya.
Tapi incik lalan sangat marah bila saya sentuh kucing saya. Marah incik lalan tu marah bersungguh sampai tepis2 tangan saya bila saya pegang kucing. sampai iols pn ketap2 gigi dan kerut2 kening marah bila incik lalan marah iols. Sebab bagi iols, kucing saya tu sangat baik, tak kan lah dia nak apa2kan saya.


Incik lalan kata kucing ada bawa sejenis parasit,
Yang boleh buatkan ibu mengandung keguguran dan baby bermasalah. Tapi naluri saya kuat mengatakan "my cat akan jaga saya.." lepastu incik lalan marah saya lagiii, tapi saya tetap tak nak percaya..


Terus saya kata pada dia :
"Tak caya cakap awak laaaaaaa, ye ye je awak ni, jeleouse lah tu, nnti nak tny doktor"


Lalu incik lalan pandang saya,
Tarik telinga saya dan pulas kuat sambil kata :
"Habisss, apa pekerjaan suami awak ni? Yang tengah nasihatkan awak ni?cakap saya awak tak nak dengar, cakap orang lain baru nk dengr"...


So sekaranggggg,
Saya dilema, antara suami, baby dan zoro (kucing saya), suami saya saya‎ng.. zoro sayang..baby lagi lah sayangggg... cuma tak tahan bila zoro datang tetiba panjat peha saya, gigit2 manja, jilat2 saya..
Dia manja sangat, saya suka cium kepala dia. Geletek dia.


Kesimpulannya,
Entah. Blur lagi lah nak bagi result.
Haha.


Lady faizal,
FatinFashiekin






Wednesday, August 26, 2015

PENJAGAAN ISTERI HAMIL



Since kes saya keluar wad,
Incik lalan memang anti kalau saya buat kerja berat,
Incik lalan memang anti kalau saya jln laju,
Incik lalan memang anti kalau saya mencangkung,
Incik lalan lagi anti bila saya drive sebab dia tahu isteri dia ni kalau bawa kereta mengalahkan pelumba formula1. Hahaha.


So semalam balik kerja,
Dia dah tunggu saya awal-awal,
Dia follow saya balik sampai rumah melaka,
Dia nak makesure yang saya tak merempit masa memandu, kalau saya tekan laju sikit terus dia call "bawa kereta laju-laju nak ke mana? ".. padahal saya bawa 80kmj kot, perlahan gila.. boleh dia kata saya bawa laju??


Bukan part drive je,
Part makan pun dia alert,
Saya suka sup2 @ tomyam sekarang,
Saya suka hirup kuah,
Incik lalan marahhhhh bila sy tak makan nasi,
Dia kata : "baby nak makan nasi, skg makan nasi"
So terkulat-kulat iols paksa diri menelah.


aha, tadi ada appointmnt dgn doktr,
Saya infom doktor ttg masalah kerap kencing,
Saya kata :
"Doktor tiap 10minit saya nk ke toilet, sampaikan dah tak larat, tenaga dh hilang, rasa seram sejuk nak demam, saya ada sakit buah pinggang ke! "


Doktor tu gelak tgk saya panik,
"Tak lah puan, warna urine pun cantik ni, baby dah membesar, memang normel perkara ni"


Legaaa dengar,
Sepanjang hari laa saya duk pikir
"Sakit buah pinggang ke ni"
Hahahah


Lady faizal,
Fatinfashiekin



Saturday, August 15, 2015

4BULAN MENGANDUNG

Setelah dibiarkan dirumah,
Tidak dibenarkan keluar,
Tidak dibenarkan memandu,
Tidak dibenarkan asyik berjalan,
Tidak dibenarkan membuat kerja rumah,
Hanya dibenarkan baring-baring-baring,


Setelah saya asyik memujuk incik lalan,
Harini incik lalan ajak jalan-jalan,
Mula2 pi shopping barang dapur kt the store,‎
Yela, seminggu saya kat rumah pagoh,‎
So incik lalan belikan barang dapur kat rumah my parent sebagai tanda penghargaan menjaga isterinya even mama abah tak kisah pun, 
Yela, saya kan anak mama abah,,‎
Cuma incik lalan kata "tak pe lah, sayang juga yang makan nanti"..‎


Lepas cari barang2 dapur,
Incik lalan bebel-bebel suruh cari baju maternity,
Saya baru 4 bulan pregnnt,
Tapi incik lalan kurang berkenan dengan baju saya, almaklumlah, saya punya koleksi pakaian kurang yang longgar, ada pun blause tp banyak dah tak boleh kancing perut, nasib baik lah uniform kerja saya jenis cutting macam kebaya, so pinggang ketat, tapi part perut dia kembang, boleh lagi sorok perut.


Incik lalan tak bagi orang nak tgk baby bump sy,
Saya yang peninggggg, huhu.
Ni baru 4bulan, 9bulan nanti, macammana nak tutup baby bump? haha.


‎Ha, nak cerite alkisah mengandung 4 bulan saya :
MENGANDUNG 4 BULAN :

1) ketagih bau suami :
Serius! Incik lalan balik kerja, saya nak baju dia. Kn 2minggu saya kat rumah, incik lalan kdg2 kat melaka, so baju kerja incik lalan, saya cium, saya gentel kemana-mana saya bawa. Cium bahagian ketiak pula tu letak kat hidung. 

Incik lalan dah thu perangai saya, dia gelak, dia kata saya aneh, mula2 dia tk bgi baju kotr dia pd saya, tp bila dia tgk saya histeria kalau nampak dia asyik nak melekat je, so dia bagi baju dia yg ada bau dia, bila dia tgk saya asyik cium baju dia, dia datang kt saya, jentik kepala saya dn kata "sayang mmg aneh" 


Saya syak, baby dalam perut ni mesti jenis manja dengan daddy dia. Yela, dalam perut pun asyik nak bau daddy dia je. Bila tk dapat, resah. 


2) Masalah penghadaman :
Bila saya makan sesuatu, saya dapat rasakan makanan tu tersangkut kat tekak, lambat sangat nak hadam dalam perut.‎

So saya wajib ada stok yakult,
Yakult sangat membantu sistem penghadaman dalam perut saya. 


3) Perut saya berbulu :
Part ni saya panik, saya kelam kabut inform incik lalan "kenapa perut saya ada buluuuuuu.. kenapaaa? Kenapaaaa?" tak ada lah lebat, tapi rasa terkejut kot, apasal lah tetiba saya berbuluuuuu!

Incik lalan kata sbb hormon,
Haih lah hormon, pelik2 rupanya ye hormon mengandung ni. Sangat mengejutkan dan menerujakan. Haha


‎4) dah mula rasa tendangan baby :
Kalau sebelum ni tertanya-tanya macammana baby menendang. Sekarang dah tahu. Even still tak kuat, bila baby tendang, saya rasa mcm tk percaya ada baby dalam perut ni. Hehe.

Incik lalan suka takutkan saya,
Dia kata "nanti kan nampak bentuk tapak kaki"
Bunyi macam funn, bila nak membayangkan, seram juga saya..


5) Masalah susah tidur :
Tiap malam, saya akan cergas. Sangat cergas. Segala bagai cara saya dah buat untuk membuatkan saya mengantuk, tapi tak berjaya.

Sampaikan incik lalan malas nak melayan saya dah, dia suruh saya layan diri sendiri, bercakap dengan dinding ke, sbb dia ngantuk, malas melayan saya yang tak ngantuk. Haha.


6) sakit pinggang melampau :
Yes, kadang2 sampai rasa nak nangis. Sakit pinggang mcm rasa pinggang ni bengkak. Tak boleh nak baring lurus, bila baring lurus, nak bangun punya lah seksa.

Rasa nak gi berurut je,
Siap suruh incik lalan carikan tukg urut thai ke vietnam ke yang tahu urut orang pregnnt. Tapi incik lalan tak bagi. Dia kata "selagi tak bersalin, selagi tu lah sakit pinggang tak kan hilang"..


7) lidah pahit :
Deria rasa lidah saya sangat mengelirukan,
Rasa pahit melampau bila makan sesuatu.
Terpaksa kumur dengan air limau masam,
Sehari dua berhasil, then tak berhasil.

So kehulu kehilir dalam handbag,
Bawa berus gigi, kalau tk bawa berus gigi, beli asam, asalkan pahit lidah hilang, kalau tak, memang nak meludah dan termuntah rasenya.



Ok. Tu je apa yg saya rasa kan,
Nanti 5bulan pregnant, saya update lagi,

Akhirnya stelah 2 minggu cuti,
Esok kerjaaaaa!!!!
Rasa rindu menggunung kat farmasi,
Rasa nak peluk pintu farmasi,
Saya memang tak layak jadi surirumah,
Baru 2minggu dah rasa nak termuntah pandang dinding rumah. So tabik pada surirumah! Korang memangg superb! 


Lady faizal,
FatinFashiekin


Thursday, July 30, 2015

BUAT BUKU PINK DI KLINIK KESIHATAN SELANDAR

Hai! Setelah berjaya menangguhkan berkali-kali, setelah incik lalan memaksa-maksa, setelah semua orang asyik-asyik terkejut kerana saya melengahkan membuat buku pink.


Akhirnya! Semalam saya berjaya mengagahkan diri ‎membuat buku pink! Seronoknyaaa ada buku pink ni! Perasaannya jauh lebih indah berbanding buat buku merah (pasport) tu tau.. ni lagi indah..


Pagi-pagi buta pada jam 8.30pagi saya menjejakkan kaki di klinik kesihatan selandar, pada mulanya takut juga, sebab saya baca banyak review yang menceritekan betapa leceh dan seramnya prosuder buku pink ni.


Buka je pintu klinik kesihatan selandar, saya terpingga nk kemana, terus ke ruang pendaftaran, then saya disambut dengan senyuman manis nurse di situ. Baik sangat! Saya rasa lega dengan layanan dia.


Saya letakkan ic di tempat disediakan dan duduk diruang menunggu, 5minit kemudian seorang nurse datang bertanya saya tinggal dimana. Puas lah nak cerita duduk mana, yela incik lalan tahu lah nk explain, saya ni manatahu, yang saya tahu nak explain "straight ni kak, kat selekoh, rumah baru buat warna kuning".. nurse tu balas "ooo, sebelum jambatan, ada pagar? Sebelah rumah salina".. saya tak tahu salina mana, saya sengih je lah sambil bagi nurse tu bill elektrik rumah menyatakan alamat kediaman.


Ramai orang kat klinik kesihatan selandar ni, setengah jam lepastu nurse datang lagi, nurse kata, bahagian handle kawasan saya busy dengan appointment, so saya kena datang lagi tepat 2petang. Nasib baik lah saya memang dah minta cuti awal-awal, kalau tak, tak ke naya nak ulang alik lagi. Tapi its okey, sebab nurse baik-baik dan manis-manis, saya okey je,


2petang,
Masuk klinik, sengih, letak ic tempat mula-mula masuk, nurse tegur "eh, awak yang pagi tadi kan? Kenapa datang lagi?".. saya pun cerita lah apa terjadi, nurse kat pendaftaran cepat2 layan saya, bawa saya ke kaunter ibu dan anak. 


Nurse kat kaunter ibu dan anak pun baik juga, tak silap namanya rosma ke risma ke rasma, ala lupe pula, dia tanya butir2 peribadi, isikan buku pink saya, ambil tekanan darah, tinggi saya, 3bulan pregnant, berat badan naik 2kg so sekarang 52kg + tinggi 152 sahaja. Pendek aku ni. Haha


Panjang prosuder dia tau. 
Step nya :
Pendaftaran-Ambil darah cek HIV-pergi makmal-masuk bilik 3 utk pemeriksaan breast-naik klinik pergigian-masuk bilik 2 untuk scan-masuk bilik 1 untuk ambil senarai nama ubat-farmasi.


Setiap 1 tempat, memakan masa, sebab orang ramai, tapi saya tetap sengih 24jam, sebab nurse-nurse dan doktor semuaaa baik-baikkkkk! Sangattt baikkkkkkkk--


Pada jam 5petang, 
Selesaiiiiii, buku pink dalam genggaman! 
Nak cakap lagi, nurse semuaa baik-baik,
Doktor semuaaa baik-baik..


Saya pernah ke klinik kesihatan TUTTTTTTTT dan mendapat layanan yang masam mencuka 24jam, so bagi saya, klinik kesihatan selandar harus mendapat pujian yang tinggi. Sesuai dengan moto mereka "kami akan bekerjasama dan produktif kerana kesejahteraan anda keutamaan kami" -lebih kurang camtu lah moto dia. Sangat bersesuaian, sebab nampak kerjasama mereka, senyum sentiasa, sopan santun. Saya suka :)


Dan Allhamdulillah, rekod kesihatan saya semua baik. Doktor pun memuji. Doktor kata saya nampak bertenaga, doktor tanya "nak anak berapa?" saya jawab "saya nak 6 orang, saya nak bersalin normel" doktor ketawa dengar jawapan saya.


Aha, masa scan, saya nampak baby lompat-lompat, seronoknyaaaa..... bertenaga sungguh baby, sama macam mommy dia. hehe. Balik rumah, cerita kat incik lalan sungguh-sungguh. Saya cerita bby lompat-lompat, incik lalan happy gila, dia bising sbb saya tak rakam video masa scan tu. Ceh.


Subuh tadi incik lalan terjaga dari tidur dan terus cerita "Yang! Yang! Malam tadi saya mimpi awak bersalin. Saya mimpi awak baru lepas bersalin, keluar dari bilik bersalin tu awak slumber berjalan sambil senyum, tak pakai wheelchair pun, awak ketawe2".. saya dengar mimpi incik lalan tu, saya senyum je, happy sangat lah tu sampai terbawa dalam mimpi. Yela, dia bukan jenis nak tunjuk tahap excited dia, kalau dah sampai mimpi, faham2 ler betapa dia happy bila saya cerita baby lompat-lompat :)


Masa buat buku, memang saya pesan pada incik lalan tak perlu ambil cuti untuk teman kan saya, sebab jenis saya, ada incik lalan, lagi saya mengada, nanti saya jadi lagi manja.


Bersalin nanti incik lalan nk teman saya sama, dia dah kata "saya teman bukan nak genggam2 tangan, saya nak tgk baby keluar tau".. saya balas "buat ape nk tgk saya 'punya' keluar bby, ptt nya awak genggam tgan saya, bisikkan kata2 kekuatan, bacakan ayat2 alquran, bisikkan ditelinga sayaaaaa".. incik lalan balas "no-no, yg saya boleh kata "kepala bby dah keluar, cepat teran! Cepat! Kuat lagi".. kurg asam dia ni hahahah


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Monday, June 15, 2015

GASTRIK KETIKA HAMIL

Pakej lengkap dari incik lalan untuk saya,
Elak gastrik menimpa diri.
Sebelum gi kerja,
Masa saya bersiap,
Saya dengar dia sibuk betul kat meja makan,
Rupanya packingkan saya punya biskut.
Bersemangat betul dia menyiapkan bekalan saya.


Ah. Sebenarnya saya benci biskut dan roti,
Totally not my favorite pun,
Bila makan rasa macam kunyah kapas.


Tapi, memandangkan gastrik teruk menimpa diri, saya kunyah juga.
Setiap 30minit, saya akan mengunyah biskut.
Wpun masa drive,
Saya akan mengunyah.
Kalau tak, perut saya akan seperti ada ikan berenang-renang dalamnya,
Penuh dengan angin sehingga memeningkan kepala.


Dan harini masuk minggu baru,
Allhamdulillah! Perut pulih! Rasa lebih bertenaga,
Tak mengantuk, perut pun xda kembung lagi,
Cuma, saya cepat lapar.


Saya perasan,
Saya kerap makan kurma, setiap jam dengan kurma, betullah, makanan sunnah nabi penyembuh segala penyakit. Allhamdulillah. Perut semakin kuat.


Saya memang bukan orang yang tahan sakit,
Tapi, untuk minggu ini dan seterusnya, InsyaAllah, saya akan belajar menikmati dan mempelajari setiap rasa dari perut saya ni.


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Wednesday, June 10, 2015

GASTRIK DAN BERJERAWAT KETIKA MENGANDUNG

Masa pregnnt tak masuk 6 minggu,
Semua nampak ohsem,
Semua gerenti beres.‎

Menjengah je 6 minggu,
Saya ada 3 masalah
1) gastrik
2) jerawat dimuka
3) mengantuk terlampau.

Ok saya explain ye,

1) GASTRIK :
Sesungguhnya saya tak pernah kena gastrik. Tak pernah tahu macamma perasaan menghidapi gastrik. Selama ‎ni perut saya paling kuat. Bedal lah apa sekalipun, kunyah cili begitu sahaja pun perut saya tetap kuat dan hebat.


Tapi sekarang,‎
Hampir setiap hari perut saya meragam,
Terutama "malam".. malam tadi paling teruk sampaikan saya menangis. Haha. Jenuh lah incik lalan melayan dan memujuk saya makan eno.. lepastu urut pinggang dan dia kata "nasib ada suami tau boleh manja-manja, cemana orang tak ada suami.."


Kalau sebelum ni saya disuruh diet. Sekarangg, dipaksa-paksa makan. Saya pula since 7 weeks ni memang malas nak makan, perut kembung, so rase kenyang je, tapi dipaksa-paksa saya makan. Saya yg rasa aneh. Then dia kata dengan baby dalam perut "tak pa masa pregnnt banyak ragam, orang kata dah kelua nanti bijak baby ni.. kan baby...." cehh


2) BERJERAWAT dan BERMINYAK :
Memang tak bagi can saya pakai makeup. Pakai eyebrow, kening bjerawat. Pakai lipstick, bibirrrrr pun ada jerawatttt (bawah hidung so bibir pun bengkak). ‎Pakai bedak, pipi berjerawat.. susah hati dibuatnya..


Paling seksa sekarang ni, bawah hidung kena jerawat, bengkak okey so bibir atas saya dah macam bibir kilafairy, incik lalan asyik gelak perhatikan saya. Dia panggil saya "burung pipit".. tensionnnnn.. so sekarang saya pergi kerja pakai facemask nak cover jerawat.


Tapi saya google, orang kata kalau masa pregnnt bjerawat / muka comot, nanti baby comel.. apa saja untuk mu lah baby, mummy sanggup, asalkan awak sihat.


3) MENGANTUK TERLAMPAU :
Part ni memang tak boleh nak disanggah. Ngantuk yang super duper ngantuk. Letak kepala je tidur. Sanggup perut kosong asalkan tidur. Nak drive pun diri sendi‎ri rase tak confident, takut terlelap..


Ok. Niat share diatas, bukan merungut tau,
Just untuk simpnan kenangan,
Almaklumlah, anak pertama,
Even ada ragamnya tapi ada rasa bahgia.
:)


Lady faizal,
Fatinfashiekin


Sunday, June 7, 2015

6 MINGGU MENGANDUNG

**gambar perut ehsan google**

Sekarang saya dah 6 minggu pregnnt,
So ofcz lah sekarang saya membuncit,
Lemak badan 4cm + pregnnt 2cm = BONCIT
HAHAHA *pang*


Saya happy dengan baby bump saya ni,
Saya suka tiap kali saya tgk diri saya dicermin.


Tapi orang assume saya buncitt, sadis betul.
*nangis*


Orang : aik, makin buncit lepas kawin, tembam.

Saya : memang lah buncit, ada isiiii *berdarah hidung*


so saya terasa diri seperti dugong di atas daratan yang berjalan perlahan lahan haha ;p


Incik lalan pun selalu usik 
"eh x boleh beza kan baby dengan lemak" kurang asam betul (-_-)


Tapi dia usik je lah,
Haritu saya sedih, saya call incik lalan :
"Orang tak tahu saya mengandung, dieorang kata saya buncit..


Incik lalan :
Orang mengandung memang lah naik berat badan.. buat apa nak sedih, kan ada baby dalam perut tu



Saya :
Orang tu tak tahu saya pregnnt, orang tu ingatkan saya buncit. Tak sabar nak tunggu perut besar, so tak payah explain nk kata saya mengandung bukannya buncittt‎.


Incik lalan :
Dah orang tu tak tahu awak mengandung, kalau tahu, dieorang tak cakap.‎


Apapun, 
Allhamdulillah,
Buncit pun buncit lah,
Baby bump look seksi what. 
Haha 


Lady faizal,
FatinFashiekin



Wednesday, June 3, 2015

KEJUTAN MENGANDUNG UNTUK SUAMI


Sebelum kahwin incik lalan dah kata "kalau bunting pelamin, mesti bersalin febuari tahun depan".. saya buat muka tak berperasaan je bila incik lalan cakap macamtu.


Saya pula asyik cakap "eh, badan rase tak sedap. Nak period lah ni"... saya asyik bagi hint "eh, nak period lah ni".. "eh, berjerawat pula, nak period lah ni".. sengaja saya cakap kuat-kuat, incik lalan pula pandang saya dengan muke toye je. haha.


Bukan apa, saya takut letak pengharapan, takut incik lalan kecewa. Saya pun nak lah bunting pelamin, tapi tak nak lah menonjol sangat. Nanti kalau tak ada, sedih, frust memanjang.


TETAPI,
Bila cek kat UPT sah saya positif bunting pelamin, Ya Allah!!! Seronok sangat.. ikutkan hati ni, nak je call incik lalan terus inform berita gembira ni. TETAPI, saya sabar. Nak buat surprise untuk suami.


Yela, selama ni kan saya buat derk je ‎depan incik lalan tentang bunting pelamin atau tak. Langsung tak berharap, tapi berusaha lah. Haha


Petang tu, saya call incik lalan nak ajak dinner kat luar, saya tak bagi incik lalan ke kebun. So saya bersiap, incik lalan pun bersiap. Bila dah nk keluar rumah, saya tahan incik lalan, saya suruh dia pejam mata, tangan kanan tekup mata, tangan kiri menadah tangan. Saya kata saya nak bagi hadiah sebab dia jadi suami yang baik.


Saya letakkan UPT pada tapak tangan incik lalan,
Saya kata "1----2------3---------buka mata perlahan-lahan"...‎


Incik lalan terus kata "ni apa??"
Saya terus rasa beng-kekk je. Hahaha. Kalau saya kahwin dengan bujang ok lah tak tahu apa tu UPT, ni duda anak 2 kot (-_-") tapi maybe sebab terkejut, incik lalan jadi blur. Dia perhati je UPT tu. Dia belek-belek UPT tu. Then dia pandang saya dan kata "mengandung lah ni ye?"...


So dengan terkulatnya saya jawab "yela, mengandunggg".. incik lalan balas "ada baby ye..".. saya balas lagi "yelaaaa, ada babyyyyy"... then incik lalan happy gile, dia terus cium saya dan berie nak tengk perut saya ;p


Allhamdulillah,
Terime kasih Ya Allah atas rezeki ini,

Untuk anak pertama,
Saya nak anak perempuan,‎
"Felisya Akilah Binti Ahmad Faizal"
---> gambungan nama alisya + akila :)‎


Ok. Bye.
Muah.


Lady faizal,
FatinFashiekin


Tuesday, June 2, 2015

CEK KEHAMILAN SEBELUM PERIOD

**gambar UPT sebelum delay period**

Kepada pengantin baru sekalian,
Ingat, kalau UPT blur pn, sebenarnya still POSITIVE. Sbb UPT yg negative tak kan tinggalkn apa2 kesan.


:)


Ekin doakan uols ye.

Pertanyaan :
Fatinfashiekin@yahoo.com




BUNTING PELAMIN

‎Harini 27/5/1015
(semasa saya menaip)

Setelah 10 UPT saya beli,
Dan terbukti "saya mengandung"!!

Allhamdulillah ..
Allahuakbar..
SubhanaAllah..

Begini ceritanya,

Saya kahwin 2/5/15,
Sebelum kahwin, saya period pada 25/4/15,
Menjadi kebiasaan setiap bulan, period saya akan lewat 3 hari.. so next period saya aim 28/5/15..


TANDA-TANDA MENGANDUNG :
Betullah, naluri ibu tak pernah silap kan, pada 23/5/15 saya beli pregnancy test. Semangat! Cek pregnant seminggu sebelum tarikh period. Haha


Saya beli sebab rasa badan semacam,
Antara tanda-tanda mengandung yang saya dapat kesan,


1) LETIH TERLAMPAU :
Serius! Letih! Rasa nak tidur je. Mata ni rasa nak pejam je. Mulut menguap berpuluh kali. Tengah berborak dengan incik lalan pun saya boleh sandar kat dinding dan terlelap. Haha. Incik lalan aneh pandang saya, dia kata "kesian sayang penat, mesti penat drive ni balik melaka".. so saya pn rasa macam letih sbb drive jauh.‎


2) MENGIDAM :‎
Nak kata mengidam teruk, tak lah, cuma teringin sangat kat "tom yam thailand".. ada 1 hari tu, saya cakap pada incik lalan "nak makan tom yam thailand kat kedai boleh?".. tapi incik lalan kata "tak boleh, dah lambat ni, ada urusan".. so saya pn memahamilah. Masa incik lalan bersiap nak keluar, saya keluarkan barang2 nak buat tom yam thai. Then daun limau purut tak ade, terus tanye incik lalan "tk ada limau purut, sedap tak tomyamnya nanti".. incik lalan kata "sedap, cuma tak ada aroma lah".. kemudian incik lalan pun keluar, 1minit lepastu telefon berbunyi "saya bungkuskan tom yam thai ye.. sayang tak payah buat, sian sayang penat".. 15minit lepastu incik lalan sampai rumah, saya makan tom yam thai sambil menangis sebab terharu dapat tom yam, incik lalan pandang saya aneh. Tapi saya tak syak saya pregnant masa ni, sebab saya kan memang aneh.


3) KUAT MAKAN :
Asyik laparrr je. Pagi-pagi dah menghadap kari kambing. Huhu..‎


4) GEMUK :
Apabila kuat makan, harus lah gemuk, incik lalan tegur perut saya, saya pn aneh dengan perut saya. Bila kenyang memang lah buncit, tpi ni buncit 24jam dan keras. So hari2 saya duk perhati perut sendiri depan cermin *nasib baik saya x pakai corset*‎


5) KERAP KENCING ;
Part ni saya memang tak tahan, puas ngadu kat incik lalan, incik lalan kata "penyakit pengantin baru".. masalahnya, kerap kencing tapi tak sakit, lenguh kaki asyik nak ke toilet tau. ‎


6) PERUT KERAS / PERUT KREM :
Tanda ni paling menguatkan naluri saya yang saya prengnnt, perut rase keras, bile tarik nafas dan tahan perut rase krem, macam ada sesuatu dalam perut. Drive pakai belt pun rase perut senak.‎


So bila semua tanda diatas kerap menimpa diri, saya pn tertarik-tarik untuk membeli UPT. Tapi hati berkata "wei kin, kau ni belum delay period lagi, bile seminggu dah delay period baru cek, kau patut period minggu depan, so 2 minggu lagi baru beli UPT"


Tapi! Saya kan degil, beli juga, 5 saya beli. Haha. 
23/5 saya cek : negatif. Rase sedih, tapi pegang perut dan kata "walaupun negatif tapi mommy dapat rasa yang awak ada dalam perut mommy".. very the drama kan? Hahaha


24/5 saya cek : KABUR. Masa ni rase tersengih-sengih, 24jam saya duk google "UPT KABUR SANGAT" dan ramai kata kalau kabur still pregnnt.


25/5 saya cek : KABUR TAPI JELAS. Masa ni happy, kabur tp jelas nampak 2line. Orang pertama saya share adalah abah dan mama, kebetulan 25hb birthday abah, so cakap kat abah "hadiah kan abah cucu" hehe,


26/5 saya cek : KABUR TAPI MASIH JELAS. Bawa UPT jumpa kak lai, dan kak lai pun kata "prengnnt ni".. kk ani / nieza / kk sue / kk ain, semua cakap pregnant. Lagi happy dan plan untuk buat kejutan pada incik lalan.


Apa kejutan saya buat? 
Next entry ok :)

*gambar UPT diatas gambar terbaru*

Ada rasa nak share apa2,
Email saya : fatinfashiekin@yahoo.com


Lady Faizal,
FatinFashiekin‎

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...