FOLLOWER

Showing posts with label Lalanfood. Show all posts
Showing posts with label Lalanfood. Show all posts

Monday, July 22, 2019

BISNES APA PATUT SAYA BUATKAN



Camne ek nak mulakan story,
Mengenai ramai mesej dengan pertanyaan “saya da berhenti kerja, bisnes apa patut saya buat”
Serius soalan ni agak berat dan saya sendiri tak boleh suka hati bercakap dan bagi pendapat

Nak minta tolong saya ajar macammana nak marketingkan produk saya boleh ajar, untuk memilih produk apa patut diniagakan, itu menakutkan.

Kerana.
Setiap orang ada minat berbeza, kemahiran berbeza, semangat berbeza dan impian berbeza.

Tapi nak mulai bisnes ni bukan lah atas dasar minat apa, kemahiran apa, bagi saya paling penting kena get ready adalah “semangat”

Percayalah. Bila anda kata anda nak berhenti kerja, perkara utama paling penting adalah “semangat dan nekad” tu je.

Kalau semangat dan nekad tinggi,
Bagi lah produk apa sekalipun, semuanya akan berjaya. Sebab anda da letakkn semangat dan nekad ke tahap maksimum dan tak kisah orang nak cakap apa dan awak akan minat nak belajar.


Tapi, kalau awak ada kemahiran, tapi awak tak ada semangat. Awak arif buat produk tu, tapi malu lah nak iklankan, malu lah nak mengaku menjual produk, malu lah nak war-warkan pada kawan-kawan. Haaa ini lah orang yang tidak bersemangat, so segala kemahiran akhirnya sekadar diperam dan at last salah kan ekonomi malaysia, salahkan orang lain.

Saya sendiri bermula dengan semangat dan nekad. Saya tak suka pun kerepek, bagi saya makan kerepek menyakitkan gigi, leceh. Tapi rupanya kerepek lah sumber rezeki saya. 


Yang buatkan saya bersemangat dan nekad adalah :
1) saya adalah anak sulung yang perlu bagi mama abah duit, walaupun abah mama tak pernah meminta apa, tapi saya sedar tanggungjawab saya sebagai anak.

2) SAYA TAK SUKA ORANG KATA SAYA UNTUNG BERSUAMIKAN DOKTOR. Bila saya berhenti orang kata “boleh la berhenti, suami doktor” hellooooo—- dan tiap ayat tu buat kan saya bersemangat untuk ada income sendiri, dan sekarang saya da buktikan.

Point pling penting adalah, saya tak suka jadi beban. So apa jua jadi, saya kena berniaga ! Walaupun ditepi jalan, Allhamdulillah sekarang nak masuk tahun ke 4 😇


Ok berbalik pada topik,
Faham kan?
Sebelum nk berniaga awak kena bina semangat dn kekuatan setinggi gunung, barulah awak boleh fight segala keletihan.


Dan,
Saya pun sedar,
Bukan atas semangat juga semata,
Tapi disebabkan jasa baik kak alai ajar saya handle pelanggan, saya suka cara kak lai calm dengan segala bagai pelanggan punya karenah. Saya suka tiap cerita kak lai macammana dia survive untuk naikkan farmasi sihat, so saya syukur atas 8tahun pengalaman dalam bidang retail.


Sebabtu, mereka yang zero tentang dunia bisnes, saya sudi share apa yang saya tahu sampai anda faham. Semoga dengan perkongsian saya dapat memberi manfaat pada perniagaan orang lain.


( Fatinfashiekin)


PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...