FOLLOWER

NUFFNANG ADS

BASUH BAJU BABY



Ikut petua jawarian,
Baju baby jangan dibasuh,
Nanti anak selseme
*konon* haha


Tapi, untuk kesihatan baby,
Kene lah basuh.
Tak tahu macammana penjagaan baju tu agaknya.



Kalau ikut petua ni,
Macam-macam saya dengar,
Tapi yang paling awkward,
"Lepas bersalin elakkan pakai baju kuning, ibu dn baby x boleh pakai baju warna kuning.. dinding rumah pun tak boleh warna kuning.. sebab nanti baby kena demam kuning"


Saya masa dengar,
Saya rasa sangattt tak logik,
Rumah melaka pula dalam memang siap cat kuning, so saya pun kata lah "habis tak kan nak cat semula rumah"... mama kata, untuk seminggu dua je xboleh tgk warna kuning..


Saya still rasa tak logik + funny, haha,
Then, last month ade lah gi kenduri rumah pkcik saya, bkumpul lah ramai2, mak uda pun cakap perkara yang sama mengenai warna kuning. Lepastu anak mak uda saya kata "so kakak dah tahu lah masa lahirkan kakak mama duduk mana, mesti mama duduk kat bahagian dinding gelap, tu yg kakak gelap" hahahaha. Yela, duk dinding kuning, bby kuning, so kalau hitam? Hijau? Biru? ;p


Walau apapun,‎
Saya still layankan je lah,
Kang tak dengar kang, 
Apa pula kata orang tua.


Tapi, still memilih lah,
Kalau bab urut2 masa pregnnt,
Adat atau apa jua sklipun,
Maaf. Saya tolak keras.


Eh, saya ada cerita tak yg adik ipar saya dah bersalin? Dpt bby girl, namanya hanis nabila zara bin muhamad zuraidi. Saya dengan ita, pregnnt selisih sebulan. Tapi bbeza tahun, sbb ita bsalin hujung bulan 12/2015. Saya pula dah 2016.


Semalam call mak incik lalan,
Tanya khabar, dn nak ucap terima kasih sbb jahitkan tilam bantal baby utk saya. Mak incik lalan kata ita bersalin normel, hopefully diberikan rezeki bersalin normel juga, amin.‎



Lady faizal,
FatinFashiekin

No comments: