FOLLOWER

Sunday, December 27, 2015

TANGGUNGJAWAB ISTERI PADA JIRAN


Maulidurrasul haritu,
Saya balik lah melaka,
Seronok gila bila diistiharkan yg farmasi tutup.


Dalam kepala ni dah bersedia dah nk bt perancangan seharian dirumah, semangat waja, incik lalan pula kerja, tapi saya tak kisah, kalau nak mengemas rumah, memang saya suka incik lalan tak ada, so saya boleh fokus. Kalau dia ada, dia bebel je suruh saya rehat, sebab saya kalau mengemas mulut saya potpetpotpet. 


Pukul 8.45pagi, cium dahi, cium pp kiri kanan, cium tangan, incik lalan punnn pergi kerja.. dia dah pesan yang lunch dia tak balik, lagi lah saya lega so boleh fokus pada aktiviti sehari suntuk.‎


Dengan hati girang, buka semua tingkap kat rumah, pasang lagu ketty perry, nyanyi-nyanyi kecik, tukar cadar tilam. Tetibe dengar orang bagi salam. Sayup-sayup je dengar. Rupenye jiran kami (jarak 5 rumah).. saya mendapat jemputan untuk REWANG bersempena tahlil arwah mak long yang meninggal tu. Tahlil dibuat dimasjid, tapi jemputan rewang ni untuk saling gotong royong persediaan masakan lah. ‎



Terus call suami :
"Cik nuar dengan bini dia ajak dtg rumah, rewang-rewang.. awak tak ade, ngelat.. awkward nyeee nk join rewang kampungggg"...


Incik lalan :
"La, nk awkward apa, awak tu campak kat mana pun mulut awak tu boleh hidup.. awak kan mesra rakyat, saya ni pula jenis busy.. awak lah wakil saya untuk beramah mesra dengan penduduk kampung sayanggggggg.. saya ni jenis pendiam, awak tu ramah tamah sayangggggg"



*kemain ayat sayang dia tu, kemain panjang, nak bodek, saya ni idok ler kisah kene rewang, tapi perasaan awkward sebab tak de geng. Tetiba je saya dapat idea, terus pi rumah orang sebelah, jiran baru, ajak gi ssama. Haha. Alang-alang incik lalan kata saya ni kaki ramah, so dengan tak malunya gi ramah-ramah dengan jiran sebelah. Pukul 11pagi, kami pun beriringan pergi rumah cik nuar.



Nama jiran sebelah kami, namanya "anis" umurnya 36tahun, dia tanya siapa budak 2 orang yg datang rumah kami minggu lepas, saya ceritalah yg suami saya duda dn tu anak incik lalan. Rupanya, dia punya suami pun duda laaa.. terus lah kami bertambah kamcing.‎



Dari pukul 11 rewang, habis rewang pukul 2 sebab nak minta diri solat zohor. Tak ada lah awkward, betul lah kata incik lalan, saya ni dicampak ke mana pun, senang cari kawan. Dan maybe sebab dh biasa bborak dengan orang tua sebab custmer farmasi kbnyakknnya 50 60an.. pergaulan sangat mudah.



Kesimpulannya disini, cuma nak bagitahu ye anak dara sekalian. Since anda bersetuju nak berkahwin, anda bukan ber2 lagi life dengan suami sahaja, jiran-jiran pun dah macam ahli keluarga dah. Tambahan pula jenis macam saya, tanah kampung, so kena rajin bergaul dengan apa jua event, tambahan lagi, incik lalan tu famouse kat sini, famouse sebab rajin bersedekah pisang pada orang kampung. Sebagai isteri, tanggungjwab saya, bawa nama baik suami, tak boleh menyombong.



Kesimpulannya lagi,
Dapat kemas rumah simple-simple je, nak sapu-sapu halaman rumah, sental longkang, tak sempat ye. YB Fatin Fashiekin sibuk bermasyarakat. Haha.




Lady faizal,
FatinFashiekin


No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...