FOLLOWER

Thursday, April 6, 2017

CARA BUAT AKAUN SYARIKAT DI MAYBANK




Hai !! Allhamdulillah, lalanfood dah melangkah 1 lagi langkah kehadapan. Berdasarkan kenaikan positif selama 7bulan lalanfood beroperasi, saya dan suami rasa, WAJIB untuk lebih mengukuhkan legasi perniagaan kami dengan mewujudkan akaun khas syarikat.

Kelebihan akaun syarikat : 
-lebih tahu aliran kewangan syarikat
-memudahkan urusan untuk buat pinjaman/memohon mesin untuk menambahbaik perniagaan
-urusan pengambilan staff, pun dpermudahkan untuk pendaftaran kwsp dan lain3.

CARA BUKA AKAUN SEMASA / AKAUN PERNIAGAAN / AKAUN SYARIKAT DI MAYBANK

1) Pergilah ke cawangan Maybank yang terdekat (better tempat bisnes beroperasi) Beritahu pada pegawai bank yang bertugas di kaunter nombor giliran tu yang anda nak buka Current Account Company. Nanti dia akan bagitaulah nak kena jumpa siapa atau ke kaunter mana. Setelah berjumpa,  pegawai bank akan beri borang Introducer yang perlu di isi.
.
Siapa yang boleh jadi introducer ni? Satu saja syaratnya. Beliau perlu memiliki current account perniagaan dengan Maybank sekurang-kurangnya 2tahun dan masih aktif hingga ke hari ini., beliau perlu copkan juga cop perniagaannya lengkap dengan nama & nombor SSM pada borang. Itu saja. mudah kan? (Yang buat tak mudah bila introducer ada history cek tendang / transaction account tak cantik direject ye)
.
2) Setelah borang tersebut telah dilengkapkan, bawa dokumen-dokumen berikut ke bank semula:
1- Borang introducer yang telah lengkap di isi.
2- Dokumen pendaftaran SSM yang 3muka surat tu.
3- Kad Pengenalan (MyKad).
4- Cop yang ada tertulis nama perniagaan dan nombor SSM.
5- RM 2,000 diperlukan untuk buka akaun bank
.
3)Berjumpa lagi dengan pegawai yang bertanggungjawab. Mereka akan beri nombor akaun untuk kita masukkan RM 2,000 (minima) nak masukkan lebih pun boleh ke akaun tersebut. Setelah itu, kita perlu isi borang untuk permohonan buku cek. Ini wajib, tak boleh taknak. Setelah itu, kita akan diberi guidance untuk membuka akaun Maybank.2u. 
.
Apabila akaun dah siap, memang dah adalah duit RM 2,000 kita kat dalam tu. Wang yang kita masukkan tu tak beku, boleh digunakan atau dikeluarkan semula jika perlu. Selesai tu, boleh lah balik. Tapi sebelum balik, korang nak tanya apa-apa, tanya aje pada pegawai tu supaya tiada kekeliruan kelak. Saya tanya macam-macam jugak seperti had pengeluaran, dan sebagainya. 
.
4) selepas 3 hari, pergi ke bank dan ambil buku cek yang setebal 100helai. Banyak....hahaha...buku cek ini dicas RM15 ditolak dari akaun. Tak ada tarikh luput untuk cek ini. Cuma kalau guna, cek ini sah selama 6bulan dari tarikh yang tertulis pada cek dan akan dicas 53sen termasuk GST ke akaun kita untuk setiap cek yang ditunaikan.

Demikianlah langkah-langkah umum untuk membuka akaun perniagaan di Maybank. Moga kita semua sama-sama akan maju dalam perniagaan demi mencari rezeki yang halal dan berkat untuk dunia dan akhirat. Insyaallah.






Sent from my iPhone

No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...