FOLLOWER

Sunday, September 30, 2012

AKU TELAH MEMBUNUH

Awal-awal pagi je lil bro saya dah menjerit "kaktin !! Kure-kure kaktin mati !!" Dan kematian disebabkan oleh saya. Even tanpa saksi pun, ye saya mengaku telah melakukan kesalahan itu walaupun tanpa sengaja (-_-')

Bila tengk keadaan kura-kura yang mati tu, sangat sadis ! Mati tersepit dicelahan batu. Leher patah, sebab pada leher dia nampak dah terkoyak.

Kenapa terselit dicelahan batu ?
Saya cuci lah tempat tinggal mereka, dan main letak je batu tu. Kura-kura kan suke main hidden2. So saya rasa, saya letakkan batu tu dalam keadaan tak kukuh. Bila kura-kura tu cuba berenang ke bawah batu tu. Apa lagi, tersepit, dan mati lah :(

Haih. Tak pa, ada lagi 4 ekor. Tak pa.. Kura-kura, maafkan saya ye. Bukan niat menyiksa, niat saya baik untuk membersihkan kawasan, tak sangka menimbulkan kecelakaan.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MENCARI MAKANAN IKAN KOI. Eh, koi ea ejaan ? ;p

1pm dia call kata,
Nak ke BatuPahat.
Semata-mata nak mencari makanan ikan kesayangan dia !
Huh, sayang betul pada ikan dia kan,
So alang2 dia ke batupahat akan melalui pagoh, ajak dia datang rumah, makan tengahari jap. Kemudian ke batu pahat.

2pm : dia sampai rmh saya
3pm : kami smpai BP
4pm : kami onthway balik
5pm : sampai rumah saya semula
6pm : dia sampai melaka

Sayang betul dia pada ikan dia,
Saya tak tahu lah kenapa saya still tak dapat hayati keindahan ikan ?? Sepanjang temankan dia. Mengantuk adalah. TAPI kalau kura-kura saya suka ! Hehe.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 29, 2012

ITS FUNNY

Saya rasa, gambar ni sangat lawak.
Actually saya ambil dari pic profile AZT (Ahmad Zaidi Taharim), dia buat pic profile for BBM dia. Bila terbaca saya rasa lawak dan buat saya tersengih sorang-sorang.

So, saya tak nak sengih sorang-sorang. Saya nak uall pun sengih ! Hah ! Terkena kat batang hidung sendiri juga kan ? Kan ? Hehe ;p

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

FARMASI SIHAT

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 28, 2012

my Prophet Muhammad SAW

"I know a man who lost his parents at a young age. He was man enough to love a strong woman years older than him, worked for her and made her stronger, opened his heart to her, shared his fears to no one but her. He was romantic and was faithful to her till her last breath. Cleaned after himself and sewed his own clothes.

He was good looking, courageous and fearless. He never judged anyone on their pasts or looks, and was moderate, open minded and tolerant. His neighbour was Jewish and his cousin-in- law was a Christian priest.

Beaten and exiled when he was helpless, he was merciful when he became stronger. Intelligent, wise and a hard worker, he built a long lasting nation out of nothing in the last 20 years of his life.

He had no parents, but loved his daughters and grandchildren.

His last will was "Be good to women".

This man was a mercy for all mankind,this is my Prophet Muhammad salalahu alayhi wasalaam Peace be Upon Him"

<3

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SELAMAT MALAM

Gd nite uall.
Sweet dream !

From me with si dinzly danish anuar yang mengada ni. Minta ditepuk dn diusap kepala sampai ttidur. Berjam jam usap kpla dia, boolat lg mata dia ni haa.. Mana tak boolat mata ? Senjata dia ada ditangan (-_-)

Selamat beradu kalian !
Pastikan yang perempuan, jangan mengikat rambut ketika tidur kerana bukan menjadikan rambut anda konon bangun pagi bila buka ikatan rambut konon macam hanis zalikha ? No no no. Rambut akan rosak dan akan jadi macam mak lampir. Kembang dan rosak.

Kepada yang lelaki, pastikan kepada penghisap tegar rokok. Jangan merokok sebelum tidur KERANA nafas anda akan berbau keesokkan hari, even uall dah gosok gg.

*penyelidikkan dilakukan pada perbualan dengan custmer dipagi hari. Haha. So even sebelum tidur dan selepas bangun tidur, take care urself.

Lagi2 before nak melangkah kaki kelua ke rumah, even ke 7Eleven. NORMAL lah, bekerja dikawsan bertutup dan aircond dan bkerja berinteraksi dengan orang ramai, akan membuatkan kami sangat peka pada bau, rambut, kasut dan semua nya lah.

Seriously, kami bijak mengetahui dan mengawal ragam pelanggan. So, kami juga bijak untuk memerhati dengan peka apa yang menimbulkan kehairanan pada pelanggan kami. Entry ni juga bertujuan supaya kite same2 menjaga penampilan diri ye. Supaya beringat. Bukan main hentam keromo dan berfikir "ah ! Tk perasan kot"

Contoh pagi tadi :
Saya ada custmer chinese yang mencari omega3. Pandang je muke aunty tu. SubhanaAllah. Bulu hidung dia terkelua2. Tak trim ke ?? (-_-) spoil. Terus terpesong-pesong penerangan saya mengenai vitamin tu dek kerana pandangan yang menggerunkan itu. Huhu


Jaga diri, anda dihormati.
Sekian, selamat malam.
Jumpa lagi esok.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KENAPA PEREMPUAN KUAT MEMBEBEL DAN MENGONGKONG

Assalamualaikum

dengan rasa hati berbungga-bunga,
harini saya nak buat entry yang sebenarnya saya sendiri lakukan,
hehe. ye, saya kuat membebel dan mengongkong.
TAPI, istilah membebel dan mengongkong itu
bukan lah menjurus pada makna yang terlalu over.

kenapa perempuan kuat mengongkong dan membebel :

research yang dilakukan ke atas google,
saya dapati semua nya jawapan selamat,
dan sangat membosankan. huh. what ??
so saya nak buat entry jujur
dari sanubari perempuan :

1) TANDA SAYANG : siapa tak sayang kekasih oi.
perempuan ni hatinya senstitif. contoh drive dari melaka ke kedah,
saya ni jenis selagi dia tak sampai kedah,
saya tak kan tidur. saya tunggu. dan saya akan mbebel
"jangan lupa singgah beli alicafe banyak2, takut mengantu nanti,
kalau mengantuk berhenti kt RNR bahaya bhenti tepi jalan,
kalau ada orang tahan kereta dn minta tolong konon tayar pancit ke apa,
jangan bhenti ! jangan ! nanti kena rompak,
jangan paksa diri mmndu kalau da penat, kalau tiap kali bhenti kt RNR 
nk tidur jngn lupe call baguitahu, kite risau....."
dan actually panjang lagi. HAHA

2) TAKUT DIRAMPAS ; jujur, siapa tak sayang laki oi.
saya dah pesan awal2. kalau kantoi benda bukan2 saya akan tusuk dia
guna pisau pizza hut. hahahaha. kadang2 dia panggil saya
"malaikat maut". ala, tapi tak da lah kasar2 dan ugut2,
tak da lah. dalam nada gurau2.
sebab tu lah pengawalan ketat sentiasa dilakukan. 
memang lah kalau tak da jodoh nk buat camna,
but for me, selagi still in a relationship,
trat sebaik mingkin. kalau tak da jodoh,
saya selalu kata pada dia
"tak da sapa mampu treat dia macam saya buat"

3) AMBIL BERAT : entah, saya risau. selalu risau.
risau dia tak makan lagi. risau sangat lah.
sebabtu lah kadang2 even saya ni johor, dia melaka.
weekend je, saya sanggup drive dan hantar makanan pd dia
dan berjumpa even 2minit sahaja.
almaklumlah, orang BUJANG,
selain macD, tak da resepi lain dia tahu. hehe

SEBAB YANG KE 4 : incik lalan je tahu. huhu
kenapa saya sangat kuat bleter 
dan berleterrr

tu je lah 3 bnda penting yang buatkan saya (perempuan) mengongkong lelaki.
3 sebab. 1) sebab sayang. 
2) sebab takut dirampas. 3)ambil berat.
cuma lelaki ni, bila kita ambil berat mula kata kita mbebel,
nanti kita ambil berat kat orang lain kang. haaa,
baru tahuuuuu~


with love,
Fatinfashiekin


Thursday, September 27, 2012

BILIK TIDUR IDAMAN DENGAN GAMBAR YANG HOT

I don't know why, saya rasa bilik ni sangat moden, simple dan sexy.

Adakah mungkin sebab warna ?
Adakah mungkin sebab gambar perempuan yang tergantung tu ?? Huhu.

Kedua-dua kemungkinan tu memang ada. So, saya nak gambar bilik saya ada macamtu. Tapi tak ada lah nak bogel nampak bahu macamtu. Jangan buang tebiat oiii. Nanti kalau saudara mara datang rumah tumpang solat ke. Ternganga tengk gambar saya macamtu. Dan sedar diri hoi, badan tak melepak mana hoi ;p

So, sila ambil kan gambar saya ! Silaaa. Saya nak macamtu juga.. Ada mana2 photographer lain tak ? Asyik incik lalan je ambil kn gambar. Rasa sakit pula hati ni. Boleh lemah jantung dibuatnya.

Sebab ? Bila dia ambil gambar saya, mulut dia tak henti-henti membebel serta mengkritik:

1) "aduhh makin bulat muka dia ni la, macam bola dah !"

2) "hari2 makan apple, jangan makan nasi. Makin hari makin gemuk. Makin gemuk hari-hari"

3) "senyum macam cantik sangat, bukan cantik pun"

3 statement kat atas ni je mampu buat saya menangis air mata darah okeh. Peh, mana tak stress ?? Haha. Lagi2 kalau dia dah explain bab kalori lah. Seerius stress.

Actually tak amik hati pun, sebab statement dia : "ala kamu tu, kalau kite cakap berkias pun jawapannya 'ADA CAKAP KE? BILE' so sebabtulah ayat kite ni tak ada bkias2, straight je, senang faham, tu pn asyikk tak faham juga"

Cuma statement makan hati : "gemukk, kita kahwin lain" peh !! Memang makan jantung berulam hempedu ! Haha.

Nak buat joget ganggam style pulak lah tiap malam. Bagi langsing. Hahaha. Ok, bye.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 26, 2012

UBAT UNTUK HATI

"Seandainya kamu tidak mampu melihat kedepan kerana masa depanmu gelap tiada halatuju dan kamu tidak sanggup menoleh kebelakang kerana zaman lampaumu amat memeritkan,
Dongaklah keatas (dgn menadah doa) disitu kamu akan dapati satu kuasa yg amat menyayangi kamu,mengambil berat ttg dirimu, menjaga hal ehwalmu, menolong kesulitanmu, mendengar rintihanmu serta melihat segala usahamu..itulah ALLAH! DIA tidak mengambil sesuatu darimu melainkan ingin memberi kurniaan (yg terbaik), DIA tidak memberikan kamu rasa dukacita melainkan utk kurnia kegembiraan yg lebih lagi, DIA tidak menyekat sesuatu keatasmu melainkan utk beri anugerah yg lebih hebat, DIA tidak menimpakan kamu sesuatu musibah keatasmu melainkan DIA sayang kamu"

*da faham kan ?
So, Put ur trust on him ok :)


With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

IKIA (AQUARIA PET)

Jangan uall ingat melaka tak ada IKEA ok, cuma sebutan tu je lain sikit menjadi IKIA. Hehe. Sangat best ! Mula-mula sekadar terfikir mencari makanan kure2. Tapi bila ke sana macam-macam ada.

Dan saya sangat lega ! Kerana tak ada ular ! Fuhhhhhh. Saya alahan betul dengan ular, ampun maaf lah. Ingat lagi dulu masa sekolah rendah, so dapat tiket untuk tengk pameran ular. Sebelum masuk tu memang bersemangat waja lah. Fikiran terbayang-bayang pameran ular tu maybe macam zoo, ada macam2 binatang lain juga. Tapi ! Bila masuk je. Ternampak ular sawa besar mak oi kat tengah dewan ! Terus lari keluar dan muntah. Eee, bukan takut, tapi geliii.

Seriously, dan even uall guna handbag/wallet berharga rm100,000.00 tetapi menggunakan kulit ular. SORRY. Bagi percuma, letak berlian pun tak kan saya ambil. Huh, memang rasa nak pitam dan nak muntah kalau nampak ular / kulit ular / corak ular.. TERMASUK ULAR PLASTIK ATAU KAYU. Yg mainan tu. Sorry. Jangan bergurau dengan saya menggunakan itu, kerana anda akan berjaya mmbuat saya menangis dan memusuhi anda sepanjang hayat.

Ok, berbalik pada topik. Actually tempat tu baru dibuka, sebelum ni dikawasan batu berendam. So kalau uall nak apa2 peralatan/permainan atau apa2 lah untuk haiwan pliharaan uall, semua ada di IKIA tau. Pakaian hamster dan anjing pun ada. Dan mungkin juga bagi yang muslim, anda ingin memakaikan kucing anda pakaian ?? Anda boleh cuba. Haha

Ok. Lain kali kita berjumpa disana ye :)
Saya berminat pada kura-kura.
Anda ???

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 25, 2012

MIMPI

Anganan saya pada hari ini, hopefully, one day saya dapat menunaikan haji by my own money, then sponser my family, then ajak dan sponser pula sahabat handai yang disayangi. Menunaikan haji, beribadat dan berkumpul di Rumah Allah bersama-sama ! BY MY OWN MONEY !

Tanpa mimpi, impian tak mungkin jadi knyataan. Tanpa impian tak mungkin cita-cita dapat kita tunaikan :)

I'm hold : tak luak sedikit pun rezeki kita kalau kita ikhlas dan redha dalam hati untuk bantu orang lain, dalam erti kata lain, MENJADI ORANG YG DAPAT MBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN. Allah tu Maha Pemurah.

Cuba kau cuba, contoh : kau sembahyang di masjid, kemudian kau terpandang tabung masjid. Hati tergerak nak mderma, tapi bila kau tgk wallet, cuma ada rm10. Redha kan dan ikhlas kn hati, senyum dan bergembira dengan nilai yang kau dah sedekah tu dn tanam dalam hati "DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI". Percaya lah, kau akan tenang gembira dan Allah murahkan rzeki kau :)

Bukan bermakna saya tulis post macamni so lepasni kau pi masjid masukkan RM10 dan berharap RM10 akan berubah menjadi RM100 dan kau tertunggu-tunggu. Kau ingat ASB ? Hehe. Ikhlaskan hati dan tawakal. Percayalah. Allah tak menjadikan sesuatu tu sia-sia.

Put ur trust on Him.
Put ur trust on Him.
Put ur trust on Him.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

THIS YEAR

Assalamualaikum

what ???? next week oktober ok.
so another 3 month untuk berakhirnya 2012.
seriously, perasaan nak memasuki 2013 membuatkan saya takut
dan selalu berfikir dan terfikir
"makin tua hoi !"
memang lah tak ada tua mana punn
cuma umur muda remaja semakin meninggal kan diri ni

serius risau okey !
semakin meningkat usia,
so semakin lah serius perkara mengenai future yg harus
difikirkan tau.

apapun untuk 2012 ni sangat berasa bangga,
azam berjaya di kekal kan prestasi yg baik !

this year tak ada pun shopping apa2 bnd remeh,
inflasi sifar.
saving more more more !
tak kisah orang nak kata kedekut ke apa,
tak pedulik ! haha

tempat tinggal : family
permakanan : family
kt farmasi  (makan) : pantry

see, dari situ dah jimat byak !
bab dating pula, 
saya tak bagi incik lalan ajak saya pi kdai makan
macam sebelum2 ni,
bila datingg je macam2 makan..,
this year banyak bila dating je
saya akan memasak dari rumah dan bawa ke melaka,
kami makan sama2 kat mana2
sambil tu dating lah.
see, jimat ! disamping dapat ambil hati dia
dan tunjukkan kewanitaan saya ni. HAHA
*point sebenar adalah ayt yg di bold kn


lepastu, still tak ada apa2 komitment langsung,
nikmat bujang ni sangat2 terasa,
kadang2 kesian tgk orang lain,
hutang kereta, rumah, dan lain2.
rasa lega duduk dengan family dan dekat dengan bf.
memang berbaloi !


with love,
FatinFashiekin



Monday, September 24, 2012

AYER KEROH MELAKA : DUA MAUT DALAM KEMALANGAN LIBATKAN 10 KENDERAAN

Ontheway ke Melaka semalam,
Dah masuk hway,
So macam biasa dengar berita kesesakkan lalu lintas. Sejujurnya, saya tak pernah ambil port dalam berita2 macamtu. Tapi semalam entah macammana rasa nak dengar. Dan betul ! Jammed teruk dari Tol ayer keroh hingga traffic light simpang 4 nak menghala ke MITC, bukit katil, tol semula dan ke bandar melaka.

Dah lah melaka ni, tak accident pun jammed teruk. So apatah lagi ada kes accident macamni. Dan melaka ni kalau jammed teruk, confirm dekat tol pn dah sesak, kalau da lepas tol ok juga, bayangkan kalau before exit pn dah jammed ?? Tak sanggup den. Dan saya pun ambil alternatif lain, call incik lalan dan dia suruh masuk jasin. Dah lah jasin tu jalan pekan kecil, dan saya pula tak tahu jalan, so melalui jalan mengikut arahan incik lalan je.. Sbb situ kawasan dia, dia ada farm kat situ.

Then masa nak onthewy balik, 8.45 macamtu lah.. Jalan still ditutup. Dan gelabah pula nak lalu mana (-_-) so cara terakhir, follow je lah kereta2 yang banyak tu.. Dan I'm did it ! Berjaya ! Huhu. Actually bab ingat jalan, bab cari jalan. Saya memang failed. Entah, dah namanya perempuan kan. Semua benda berharap pada abah dan incik lalan.

Ok. Nak cerita je yg saya berjaya melalui jalan baru tanpa memerlukan orang menjemput saya dan saya menjerit "macammana ni, macammana ni, macammana ni.." Hehe. Kalau call abah, abah alert lah juga risaukan anak dara dia ni. Abah memang penyelamat nusa dan bangsa, kalau sesat, abah datang tau kat saya. Tapi kalau call incik lalan ? Hah, segala-galanya dia suruh berdikari.
Perkara pertama dengar dia berleterr panjang, lepas tu baru dia kata "kat mana sebenarnya sekarang ?".. Ceh, spoil.. So then dia bg arah jalan mlalui phone. Ye, hp saya memang ada GPS tapi saya tak reti guna. Haha !


Ok. Nak pi kerja.

Gd morning,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BUDAK TERUJE

"Nak tidur dengan kaktin, bilik kaktin lawa wangi.. Boleh lah, awal tak takut hantuu.."
-kata my lil siblings (awal), yg puji bilik lawa wangi tu ok lah juga, tersenyum.. Part hantu tu spoil. Huhu

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 23, 2012

SYUKUR

Rasa tersenyum baca ayat ni tau. Rasa bersemangat, rasa bersyukur. Cukup lah jadi yang sederhana kan ?

As long ada insan kesayangan disisi,
As long masih mampu bernafas,
As long badan still sihat walafiat,
As long akal fikiran masih waras,
As long Allah masih mengurniakan rezekiNya yang halal buat kita,
Kita kena bersyukur !!

Semua nya dah cukup sempurna, semuanya dah cukup dan cukup :)
Kadang-kadang apa yang ada depan mata kita tak rasa apa,
Tapi apa yang orang lain ada, kita mula lah terasa.. Ishh, isshh, ishh.

Contoh saya :
Me : bestnye kalau lahir2 je anak dato'
Hati : eh ! Kau cucu datuk. Ok what.
Me : fine (-_-)

Me : bestnya kalau dapat makan KFC
Hati : baru semalam kau makan macD, apa bezanya ??
Me : betul juga.

Me : bestnya kalau dpt perut slim
Hati : dulu sebelm buncit kau bukan main berharap nak gemuk kan ??
Me : ye ye ye mengaku...

Me : bestnya kalau boleh bawa BMW. Fuhhh, hari2 konfem sgp basuh.
Hati : kereta sekarang pun tak terbela, kononnnn..
Me : ok, fine.

Contoh remeh temeh kan ? Tp tu lah contoh tak bersyukur.. So harini, kita belajar topik untuk lebih bsyukur ye :)

Ok. Gudnite.
Aha, incik lalan dapat jemputan supaya jadi lectre jemputan di UK (univesiti kelantan not united kindom), for me, its good. Boleh jadi side income juga, why not ? Tapi, trust me lah,. Orang disini yang akan menjadi mangsa.. Mangsa apa ? Mangsa peminjaman telinga. Hahaha

Ok lah.
Jom, let's sleep :)

With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DIA DATANG

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 22, 2012

HARI YANG DI GEMARI

Ouh, I love sunday !
Sangat menenangkan.
Pagi-pagi ambil aza dimadrasah,
Then terus ke pasar tani,
Balik dari pasar tani terus memasak.

Dan, 11.35am, I'm done.
Harini saya masak ikan talapia masak cili api. My favourite ! Then sayur tambahan dan tempe goreng kegemaran adik. Almaklumlah, javanese kan ? ;p

And now !
Settle ! Ini lah masanya untuk terdampar di ruang tamu sambil menonton tv, petang ni ada wardrobe sampai. Incik lalan harini busy sebab kakak kat melaka :)

Ok. Selamat berehat kalian.
Have a nice weekend.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PSIKO

Psiko. Psiko. Psiko.
Psiko berkait rapat dengan gila. Tapi, orang psiko masih waras, tau apa yang difikirkan. Tapi biasanya, hati yang kawal tingkahlakunya, bukannya akal fikiran.

So kebiasaannya, orang psiko apabila marah, terus akan memaki hamun. Tapi apabila tersedar cepat kesalahan diri, bila tersedar sure meroyan ! Melutut di kaki 7 hari 7 malam pun sanggup.

Bukan tu je, kalau si psiko tu duduk pulau pinang dan si kekasih johor (sempadan singapore), nak memujuk punya pasal, sanggup bawa motor dan secepat mungkin dia akan tiba dihadapan mata anda semata-mata nak buktikan keikhlasan. Sapa sanggup drive utara selatan bawa motor non stop ? Org psiko je sanggup.

Orang psiko juga biasanya "tak putus asa" walaupun direject. Dengan kata lainnya, "keras kepala" Orang dah tak nak, masih dipaksakan kehendak. Usaha usaha dan usaha nak kita balik semula pada dia.


Cara menangani psiko

1) Orang gila, kalau dilayan, dia akan jadi semakin gila. "Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi". So, tipsnya mudah je. Jangan dilayan langsung orang yang macam ni.

2) Setiap call, sms, ataupun email, surat, PM kat facebook, jangan sesekali bagi feedback. Jangan angkat call dari dia untuk ucap "tak mau la, jangan la,entah la,ataupun marah-marah". Sia-sia je.

3) Orang psiko biasanya jenis tak faham bahasa. Hanya dengan "totally ignore", dan matter of time, dia akan pergi jugak dari hidup korang sebab bosan tak dilayan.sangat kesian. Huhu.tapi apa nak buat, siapa suruh dia jadi psiko. Kan ?


"Macam mana kalau dia ugut nak apa-apakan korang/kenalan korang?"

Jangan sesekali cabar orang psiko. Orang macam ni bergerak dengan naluri hati. Bukannya akal fikiran. So, amat bahaya kalau kita buat sesuatu yang boleh bangkitkan kemarahan dia.

Seperti yang saya kata tadi, "orang gila akan jadi semakin gila kalau dilayan". So, caranya masih masih sama. Jangan kasi apa2 feedback. Tetaplah abaikan dia.

Nota hati : ada sebab saya buat entry ni. Stress gila ok. Tolong lah jangan jadi psiko. Kalau awak nak teruskan juga, jangan risau, insyaAllah anda akan dihantar ke Pakar Psikitiari dengan jayanya. Hehe

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 21, 2012

PERKARA YANG SAYA HARUS LAKSANAKAN SEBELUM BERKAHWIN

Seriously ini apa yang saya nak buat dan step by step sedang kami lakukan fikirkan dan bicangkan dari masa ke semasa.

So saya rasa why not kongsikan bersama. Sebab saya selalu dengar keluhan kawan-kawan dan dieorang kata "kalau lah aku masih bujang". That's y saya menitik berat kan "sebelum saya menamatkan zaman bujang saya"

1) Pelaburan. Penting sebab memastikan ada pelindungan kewangan. Yela, kalau2 terdesak nanti. Hehe. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara : muda sebelum tua. Sihat sebelum sakit. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati.

2) Makesure rumah idaman kami berdua dah tersedia. Lepas kawin, cuci kaki je dan nikmati.

3) Bercuti ke tempat yang sangat-sangattt nak pergi ! ;D

4) Dating without make up. Semulajadi ! No foundation dan no compact powder supaya pasangan tk terkejut bila pandang pula nanti pada pagi selepas malam pertama. *pang ! Melampau kau ;p

5) Buat list kenapa nak bkahwin dan makesure dah bersedia. Then list tu bagi pada bakal suami. Tajuk "kenapa saya nak jadi isteri awak" supaya dia pn memahami dn mbantu merealisasikan apa yang diimpikan.

6) Mmastikan psediaan kwangan dah cukup hebat. SAVE ! SAVE ! SAVE ! Sekarang pn 2012 saya dah start bajet gila-gila. Pergi kerja bawa bekal. Dan sangat mengawal nafsu perbelanjaan.

7) Buat perjumpaan bsama bestfriend dan ajak mereka bcuti ! Single time. Let's have fun gengg.

8) Bt sesuatu yg disukai dan pasangan tak sukai dan paksa pasangan untuk join. Contoh ; pergi saloon. Ajak je ur partner. Treatment rambut dia. Why not ?

9) Bt pkara paling manis dan hebat untuk bakal keluarga mertua *wajib* saya kan suka bagi kejutan. Hehe

10) Sudah bersedia dengan bajet yang terancang untuk honeymoon terhebat. Tak kisah lah, even nak honey moon kat gunung ledang (30minit dari rumah). Yang penting, isikan masa tu mjadi sesuatu yang menyeronokkn !

11) your last real alone time. Dan hargaii. Pastikan masa bujang ni sangat-sangat dihargai. Lepasni dah busy dengan makan pakai suami dan anak-anak.

12) Diet yg serius ! Even kau kurus, ingt ! Six pack ! Perut tu, pastikan slim !

13) Segala hutang piutang adalah RM0.00 harus settle. Pay off as much credit card debt and student loans as possible.

14) Talk about future finances, Talk about family,Discuss future career, education, and moving plans! Meeting bersama pasangan untuk FUTURE adalah penting. Dan jangan semua benda nak buat lepas kahwin. Confirm delay je.

15) Go diving, Go Skydiving, Go SCUBA diving. Mampu ke saya buat ? Huhu. Tak pa. InsyaAllah. Citer pada incik lalan pn dia gelak guling-guling. Spoil (-_-")

16) Matang. Start thinking like a married person. Tak boleh malas-malas. Waktu solat harus tepat dan jangan dilambatkan ! Kalau kau delay, anak cucu kau cemane nti ? Jadi good wife, good mother, good daughter, good aunty, good sister, goodfriend and one day, goodgrandma :)

17) Cook for the future in-laws. Sedap atau tak, belakang cerita. Yang pentingg ikhlas.

18) Tanye pasangan dan tahu ape yg dia teringin sangat nak buat dan bg sokongan jangan asyik kata "tak boleh !"

19) Pemberian bermakna untuk pasangan dan apa yang dia nak sangat

20) Get life insurance. Pastikan kau dan pasangan ada insurance.

21) PENTINGGG. SEBELUM KAWIN. CARI SPONSER ! Hahah. Contoh : kak alai nak sponser wedding planner. Kak ani nak sponser goodie bag bserta kreativiti. Kak Aida nak sponser buat kuih muih dan bagi tetamu. Kawan-kawan incik lalan sponser gambar kwin free. Kak Ain sponser tenaga 7hari 7 malam rewang tanpa henti. Kak zura sponser honeymoon ke luarnegara. HAHAHA.

Ok. Bye.
Saya rasa idea number 21 tu berbaloi lah. Hehehe ;p

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 20, 2012

YOU

O ALLAH,
If he’s meant for me
and i meant for him
Let us be together through ijabkabul.


O ALLAH,
If we are not meant to be together
Please avoid us from
seeing one another.


O ALLAH
If he’s the right person for me
let his iman be the one that I adores
and let him make my way easier to Jannah.


O ALLAH
If he’s the wrong person for me,
show him the right way
so that he can lead others instead.



 Dear my future husband, whoever you are, 
please lead me & guide me to the true path. 
guide me to get closer to Allah SWT. 
That’s all I need from you. 
Be the true Imam for me & our kids. Insya Allah. amin. amin.

WITH LOVE,
FatinFashiekin



WAHAI PEMUDA DAN PEMUDI



Dear encik ,
" sombong saya bertempat,
sombong saya untuk menjaga maruah,
& adab saya sebagai seorang perempuan "

mengertilah dan fahamilah wahai pemuda pemudi sekalian


with love,
FatinFashiekin


Wednesday, September 19, 2012

REZEKI

Ketika ALLAH memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.

"ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN. REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA ALLAH BOLEH AMBIL BALIK."

Saya selalu ingat ! Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Walaupun saya bukan kaya raya, kalau saya mampu, saya akan tolong. Sebab saya tahu, Allah sentiasa memerhati kita, cuma kita perlu memilih, samaada baik atau buruk jalan yang kita pilih. Pahala atau dosa yang kita kehendakki.

Saya nak masuk syurga, saya nak tambah pahala. Kawan-kawan bimbinglah saya ye. Tolong jadi kawan yang dapat menyempurnakan iman saya. Tu yang saya perlukan :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BERBUAT BAIK PADA SEMUA (KISAH NABI MUHAMMAD SAW)

"Jika engkau merasa disakiti, bersabar untuk mengharapkan
pahala dari Allah SWT dan bersyukur,
kerana dengannya engkau
mengetahui bagaimana merasai kesakitan, lalu kau tidak akan sekali-kali menyakiti orang lain."


sebuah kisah yang dapat dipelajari dan dijadikan tauladan, dimana Rasulullah Saw, di hina, di fitnah, dan di caci maki dihadapan orang ramai oleh seorang pengemis yang sudah tua, dia adalah wanita Yahudi dan kemudian akhirnya mengucapkan kalimah syahadah didepan Saidinah Abu Bakar Shiddiq r.a. atas kemuliaan dan keluhuran sifat yang ada pada diri Nabi Muhammad SAW.

"Sungguh pada diri Rasulullah itu terdapat sifat teladan yang baik."

Di sebuah pasar di kota Madinah. Ada seorang pengemis Yahudi buta, setiap kali ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia
itu pembohong, dia itu ahli
sihir, apabila anda mendekatinya anda akan terpengaruh..!!"

Namun setiap pagi, Rasulullah Saw akan tetap menziarahinya. Baginda tak
pernah lupa untuk selalu membawakan
makanan kepada pengemis itu. Semua itu baginda lakukan tanpa berkata apa pun dan hanya mendiamkan diri. Dengan rendah hati dan penuh kasih sayang, baginda menyuapkan makanan yang dibawanya tersebut, kepada si pengemis. Dan setiap hari juga lah, si
pengemis tak lupa berpesan dengan ayat yang sama dan tanpa henti menghina Rasulullah. Namun, Rasulullah SAW masih dan terus melaksanakan kebiasaannya itu, sehingga akhirnya baginda wafat.

Suatu hari Saidina Abu Bakar ra. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah radhiyallahu'anha. Saidina Abu Bakar bertanya kepada Aisyah, tentang masih adakah sunnah dari Rasulullah Saw, yang belum dilaksanakannya. Maka Aisyah memberitahu bahwa setiap pagi Rasulullah selalu pergi ke pasar membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana.

Keesokan harinya Saidina Abu Bakar pergi ke pasar dengan membawa
makanan dan menemui pengemis
buta itu. Beliau datang dan memberi makanan kepada si pengemis yahudi.
Ketika beliau mula menyuapkan makanan ke mulut si pengemis,
tiba-tiba si pengemis itu berkata,
"Siapa kau ? engkau bukan orang yang biasa menziarahiku. Apabila dia datang kepadaku, aku tak perlu memegang dan mengunyah makananku sendiri. Dia yang biasa menghaluskan makanan itu
dengan mulutnya, setelah itu dia
menyuapkannya untukku", kata
pengemis itu dengan nada marah.

Subhanallah,.. Saidina Abu Bakar terkejut
mendengar kalimah itu, dan beliau tidak dapat menahan air matanya. Sambil
menangis, Beliau menceritakan
kepada pengemis itu, bahawa beliau memang bukanlah orang yang biasa menziarahinya. "Beliau adalah Rasulullah
Muhammad SAW" kata Saidina Abu bakar.

Mendengar kata-kata itu, kemudian si pengemis pun ikut
menangis dan kemudian berkata,
"Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, tapi dia tidak pernah memarahiku, sedikitpun ! Dia masih tetap datang menziarahiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia benar- benar mulia" kata si pengemis sambil menangis teresak-esak.

Dan di akhirnya si
Pengemis Yahudi buta tersebut,
Mengucap kan kalimah syahadah dihadapan Saidina Abu Bakar.

Sungguh mulia peribadi Rasulullah Saw. Baginda mengajar kita tentang bersikap rendah diri dan tetap menjaga silaturahim sesama kita dengan baik, walau betapa jahat dan teruknya diri kita diperlakukan, terus bersabar dan teruskan !

Baginda juga mengajar kita
tentang hikmah dari
sebuah kemaafan, dan kasih sayang dalam mengasihi.

*bila baca kisah ini, saya akan tersenyum, dan seikhlasnya saya akan memaafkan semua orang dan berusaha jadi yang lebih baik tanpa mengharapkan balasan.. "Tiada Tuhan Selain ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AZIMAT HATI

Masa demi masa kian datang dan berlalu, rasa bahagia, rasa gembira, rasa takut, rasa teruja dan rasa tertanya..

"Ya Allah berkatilah perjalanan hubungan kami. Sesungguhnya aku amat memerlukan restu darimu Ya Allah dalam merancana masa depanku dan dalam memastikan setiap apa yang kami rancangkan berjalan lancar sehingga ke akhir nyawa kami. Restuilah hubungan kami, permudahkan segala nya.. Aminn"

--------------------------------------------------------

AZIMAT HATI :

Sentiasa dipesan kepada saya bahawa, bila mengahwini seseorang, maka kita mengahwini seluruh keluarganya.

Bukan sekadar kasih kepada pasangan, tetapi kasih kepada seluruh keluarga.

Bukan sekadar menyantuni pasangan, tetapi menyantuni seluruh keluarga.

Bukan sekadar sibuk nak masuk syurga dengan pasangan, tetapi berusaha juga nak masuk syurga bersama keluarganya.

Semoga sentiasa diredhai Allah :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MAKAN BINCANG KENYANG

Makan sambil berbincang sambil kenyang, benda paling syokk sekali bila makan sambil berbincang tau. Rasa mood tu elokk ja.

Cakap-cakap sambil kunyah dan minum, cakap-cakap lagi, bagi pandangan masing-masing, argue-argue, bidas membidas, logik tak logik, dan at last, still tak dapat penyelesaian, kenyang dan blah dari situ. HAHA

Bagi saya duduk depan dia 24jam dan bagi satu topik. Kami boleh bahaskan tau tanpa henti, yg penting jangan bagi orang perhatikan kami berbincang secara berbahas, sebab automatik kami akan jadi pendiam.

Yela, kami kan pasangan yang sentiasa menjaga keadaban dihadapan orang ramai, tapi kebiadapan akan terserlah bila kami berdua, haha. Dia kan kawan lelaki a.k.a boyfren a.k.a kawan karib a.k.a kekasih a.k.a kaunselor a.k.a future husband saya. Hhuhu. Eh ! Ayat last tu ? Ok sila abaikan.

with love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

JAKEL

Keterujaan !

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 18, 2012

HIDUP SEBELUM MATI

Di farmasi, kami ada pelanggan tetap, Kakak ni kalau datang famasi sure dengan suami dia, memang manja dengan suami dia, baru-baru ni suami dia tukar kereta baru, kereta alza. Tapi kakak ni tak tahu bawa. So senang kata, kemana jua dia pergi suami dia ada disisi. Dan suami dia umpama tulang belakang besar dia.

Si suami sering rasa perut membengkak, kami suspek gastrik, tapi masih tak baik-baik. Darah tinggi, kolestrol semua okey. Dan kami sarankan dia berjumpa doktor pakar. Saya ingat lagi, suami dia merungut, suami dia kata, appoinment dengan goverment masih lambat iaitu bulan 7. Ye saya masih ingat dia bercerita yang dia risau sakit apa yang menimpa dia. Dan kami mencadangkan dia ke swasta sebab swasta lagi profesionel dan cekap.

Beberapa hari lepastu, si isteri datang lagi ke farmasi, katanya suami dia pengsan dah dibawa ke hospital dan disah kan menghidap penyakit kanser hati. Oh, tak sangka, penyakit yang disangka kan gastrik lah, jantung lah, rupanya kanser hati.

Kerap kali si isteri datang ke farmasi, tak jemu-jemu mencari ubat dan masih percaya pada ubat yang kami beri walaupun suaminya sedang dirawat di hospital. Dan kami juga tak jemu bertanya mengenai perkembangan suaminya.

Puasa berlalu dan tibanya syawal, dan ahad lepas adalah hari terakhir syawal. Isnin seperti biasa farmasi mula beroperasi setelah cuti hujung minggu berlalu. Si isteri datang ke farmasi, saya tersenyum pada si isteri dan mengucapkan salam maaf zahir batin even syawal sudah berlalu.

Si isteri memandang saya dan kata "suami akak dah tak ada", terdiam saya (tolong sedekahkan Alfatihah untuk allahyarham), cepatnya masa berlalu ? Macam semalam saya baru bertegur sapa dengan si suami, terserempak di kedai makan dan saling berbalas senyuman. Sekarang dia sudah tiada.

Si isteri mula bercerita,
"Suami akak meninggal jumaat minggu lepas, Allhamdulillah dia pergi pada hari yang bagus dan masa betul2 waktu orang sedang menunaikan solat jumaat, sebelum dia meninggal, dia asyik bertanya esok hari apa, dan bila akak jawab jumaat, dia tersenyum dan kata cantikk hari tu.."

Msa akak ni baru buka cerita, saya sendiri dan meremamng bulu roma, macam tak percaya si suami dah tak ada, then si isteri kembali bercerita keadaan arwah suami nya masa dihospital "masa kat hospital dia tak banyak ragam, cuma seminggu sebelum meninggal, arwah melawan doktor, minta dibawa pulang sebab dia rindukan anak2 dia"

"Yang buat kan akk sedih, khamis sehari sebelum dia meninggal, masa doktor ambil darah dia, dia asyik minta akak peluk dia dan dia asyik kata "mama, nak peluk ma, maa nak peluk maaa" "- masa ni serius air mata saya dah bertakung. Macammana lah kakak ni tabah macamni.

"Masa semua pergi solat jumaat termasuk anak lelaki akak, so tinggallah akak dengan anak2 perempuan, arwah meninggal masa betul2 masuknya waktu solat jumaat, apa pun akak lega dan akak redha, akak tak sanggup tengk dia sakit depan mata akak." -kuat sungguh kakak ni kan ??

Dan part paling saya tak sangka, "sebelum dia meninggal, arwah ada minta akak sampaikan salam pada kamu semua, katanya tak dapat nak datang sini lagi, tak sempat nak minta maaf pada kamu semua" subhanaAllah, masa ni saya menahan airmata, terharu + sedih bila ada pelanggan yang masih mengingati kami, jasa kami yang tak seberapa ni diingat sebelum dia meninggal dunia ;'(

Saya cuma mampu kata "kak, banyakkan bersabar, saya tahu akak kuat ! Arwah tak ada bt salah dgn kami," Dan akak tu tersenyum pahit dan kata "demi anak-anak akak terpaksa kuatkan semangat"

Kuat betul semangat kakak ni, anda bayangkan, kakak tu bawa kereta pun tak reti, berharap ke mana saja dengan bantuan si suami. Selama ni suami selalu disisi.. Sekarang ??

Semoga kakak tu kuat !
InsyaAllah pasti ada hikmahnya.

With love,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BEFORE AND AFTER

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 17, 2012

IKEA MUTIARA DAMANSARA

Assalamualaikum

semalam macam yang uols tahu,
saya kakak dan incik lalan ke Ikea (Mutiara Damansara)
mencari barang-barang rumah.


haa ! ada pun gambar saya dengan incik lalan,
sejak kes saya upload gambar dia buat muka duckface,
incik lalan TRAUMA bila sy pegang kamera.
asyik-asyik dia menjerit
"haa !! haaa !!! haaaaaa !!"
suasana gamat gila,

ok, perjalanan ke Ikea,
kami tiba pada pukul 2 petang,
masalah parking yang sangatt memeningkan,
nasib baik lah ada GPS,
even blackberry punya GPS tak sehebat iphone.


shopping di IKEA tapi parking di Tesco, haha.
sebelah ikea TheCurve. rugi ! kalau x blh shopping kat the curve kan ?
tak pa, bak kata incik lalan,
next time pi lagi, kalini dah tahu jalan,
so lepasni kalau shopping kat ikea lagi, segalanya mudah ;D


Aih, bila masuk je,
rasa "woaaaaaaa~"
nak tu nak ni.. dan ayat saya :
"ini lah dapur idaman saya"
"ini lah bedroom idaman saya"
"ini lah bathroom idaman saya"
"ini lah wardrobe idaman saya"
tapi just mampu cakap jelah,
mampu beli ?? insyaAllah lepas kahwin nanti,
sekarang tak mau lagi, membazir..

Incik lalan over juga,
dia paling suke kerusi santai yg boleh bsandar
diruangan menonton.
1 kerusi simple2 pun harga 2k,


yang ni dia tengah berangan,
nak beli meja bkerja simple yg jimat ruang


showroom di ikea memang sangat menarik,
TAPI yang saya tak sukaa
dan lenguh kaki dan minda
bila part mencari 


perghh (-_-")
bukan senang nak mencari okeh

apapun,
hari yg sangat indah ! dan seronok :)
bile2 kite pi lagi ye


with love,
FatinFashiekin


DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...