FOLLOWER

NUFFNANG ADS

PSIKO

Psiko. Psiko. Psiko.
Psiko berkait rapat dengan gila. Tapi, orang psiko masih waras, tau apa yang difikirkan. Tapi biasanya, hati yang kawal tingkahlakunya, bukannya akal fikiran.

So kebiasaannya, orang psiko apabila marah, terus akan memaki hamun. Tapi apabila tersedar cepat kesalahan diri, bila tersedar sure meroyan ! Melutut di kaki 7 hari 7 malam pun sanggup.

Bukan tu je, kalau si psiko tu duduk pulau pinang dan si kekasih johor (sempadan singapore), nak memujuk punya pasal, sanggup bawa motor dan secepat mungkin dia akan tiba dihadapan mata anda semata-mata nak buktikan keikhlasan. Sapa sanggup drive utara selatan bawa motor non stop ? Org psiko je sanggup.

Orang psiko juga biasanya "tak putus asa" walaupun direject. Dengan kata lainnya, "keras kepala" Orang dah tak nak, masih dipaksakan kehendak. Usaha usaha dan usaha nak kita balik semula pada dia.


Cara menangani psiko

1) Orang gila, kalau dilayan, dia akan jadi semakin gila. "Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi". So, tipsnya mudah je. Jangan dilayan langsung orang yang macam ni.

2) Setiap call, sms, ataupun email, surat, PM kat facebook, jangan sesekali bagi feedback. Jangan angkat call dari dia untuk ucap "tak mau la, jangan la,entah la,ataupun marah-marah". Sia-sia je.

3) Orang psiko biasanya jenis tak faham bahasa. Hanya dengan "totally ignore", dan matter of time, dia akan pergi jugak dari hidup korang sebab bosan tak dilayan.sangat kesian. Huhu.tapi apa nak buat, siapa suruh dia jadi psiko. Kan ?


"Macam mana kalau dia ugut nak apa-apakan korang/kenalan korang?"

Jangan sesekali cabar orang psiko. Orang macam ni bergerak dengan naluri hati. Bukannya akal fikiran. So, amat bahaya kalau kita buat sesuatu yang boleh bangkitkan kemarahan dia.

Seperti yang saya kata tadi, "orang gila akan jadi semakin gila kalau dilayan". So, caranya masih masih sama. Jangan kasi apa2 feedback. Tetaplah abaikan dia.

Nota hati : ada sebab saya buat entry ni. Stress gila ok. Tolong lah jangan jadi psiko. Kalau awak nak teruskan juga, jangan risau, insyaAllah anda akan dihantar ke Pakar Psikitiari dengan jayanya. Hehe

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: