Si suami sering rasa perut membengkak, kami suspek gastrik, tapi masih tak baik-baik. Darah tinggi, kolestrol semua okey. Dan kami sarankan dia berjumpa doktor pakar. Saya ingat lagi, suami dia merungut, suami dia kata, appoinment dengan goverment masih lambat iaitu bulan 7. Ye saya masih ingat dia bercerita yang dia risau sakit apa yang menimpa dia. Dan kami mencadangkan dia ke swasta sebab swasta lagi profesionel dan cekap.
Beberapa hari lepastu, si isteri datang lagi ke farmasi, katanya suami dia pengsan dah dibawa ke hospital dan disah kan menghidap penyakit kanser hati. Oh, tak sangka, penyakit yang disangka kan gastrik lah, jantung lah, rupanya kanser hati.
Kerap kali si isteri datang ke farmasi, tak jemu-jemu mencari ubat dan masih percaya pada ubat yang kami beri walaupun suaminya sedang dirawat di hospital. Dan kami juga tak jemu bertanya mengenai perkembangan suaminya.
Puasa berlalu dan tibanya syawal, dan ahad lepas adalah hari terakhir syawal. Isnin seperti biasa farmasi mula beroperasi setelah cuti hujung minggu berlalu. Si isteri datang ke farmasi, saya tersenyum pada si isteri dan mengucapkan salam maaf zahir batin even syawal sudah berlalu.
Si isteri memandang saya dan kata "suami akak dah tak ada", terdiam saya (tolong sedekahkan Alfatihah untuk allahyarham), cepatnya masa berlalu ? Macam semalam saya baru bertegur sapa dengan si suami, terserempak di kedai makan dan saling berbalas senyuman. Sekarang dia sudah tiada.
Si isteri mula bercerita,
"Suami akak meninggal jumaat minggu lepas, Allhamdulillah dia pergi pada hari yang bagus dan masa betul2 waktu orang sedang menunaikan solat jumaat, sebelum dia meninggal, dia asyik bertanya esok hari apa, dan bila akak jawab jumaat, dia tersenyum dan kata cantikk hari tu.."
Msa akak ni baru buka cerita, saya sendiri dan meremamng bulu roma, macam tak percaya si suami dah tak ada, then si isteri kembali bercerita keadaan arwah suami nya masa dihospital "masa kat hospital dia tak banyak ragam, cuma seminggu sebelum meninggal, arwah melawan doktor, minta dibawa pulang sebab dia rindukan anak2 dia"
"Yang buat kan akk sedih, khamis sehari sebelum dia meninggal, masa doktor ambil darah dia, dia asyik minta akak peluk dia dan dia asyik kata "mama, nak peluk ma, maa nak peluk maaa" "- masa ni serius air mata saya dah bertakung. Macammana lah kakak ni tabah macamni.
"Masa semua pergi solat jumaat termasuk anak lelaki akak, so tinggallah akak dengan anak2 perempuan, arwah meninggal masa betul2 masuknya waktu solat jumaat, apa pun akak lega dan akak redha, akak tak sanggup tengk dia sakit depan mata akak." -kuat sungguh kakak ni kan ??
Dan part paling saya tak sangka, "sebelum dia meninggal, arwah ada minta akak sampaikan salam pada kamu semua, katanya tak dapat nak datang sini lagi, tak sempat nak minta maaf pada kamu semua" subhanaAllah, masa ni saya menahan airmata, terharu + sedih bila ada pelanggan yang masih mengingati kami, jasa kami yang tak seberapa ni diingat sebelum dia meninggal dunia ;'(
Saya cuma mampu kata "kak, banyakkan bersabar, saya tahu akak kuat ! Arwah tak ada bt salah dgn kami," Dan akak tu tersenyum pahit dan kata "demi anak-anak akak terpaksa kuatkan semangat"
Kuat betul semangat kakak ni, anda bayangkan, kakak tu bawa kereta pun tak reti, berharap ke mana saja dengan bantuan si suami. Selama ni suami selalu disisi.. Sekarang ??
Semoga kakak tu kuat !
InsyaAllah pasti ada hikmahnya.
With love,
Fatinfashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment