FOLLOWER

Friday, March 30, 2012

HARIMAU JAVANESE

Assalamualaikum.

Mencari barangan dapur bersama Harimau Javanese ! Haha.

Sangat huru-hara,
Bila dalam kereta :

"KakTin, laju lagu.. Laju lagi.. Laju lagi !!"
-dia suruh saya drive laju.

Then nyanyi-nyanyi bersama dalam kereta, fav song dia lagu iklan KFC baru. Pernah dengar tak ? Ala, kt tv pun ada, macam lagu balik kg music nye.

Bila my fav song pula kelua, bila saya kuat kan radio dan menyanyi, dia kata :
"Ssssshhhhhhhh... Diam ah !" Haha. Kurang asam betul ;p

Bila part balik, masing2 berebut makan snek kat blakang, so saya warning lah "awallll... Jangan buat sepah dalam kerete kakak ye" lepastu dia buat tak tahu je, saya panggil lagi, "AWALL" dan dia geram dia mjerit "KAKTINNNNNN !!" Haha :D

Even haru biru dan senak juga lah perut menolak mereka dalam troli dengan keadaan huyung hayang tetapi SERONOK !!


*psstt, nanti kakak bawak korang pi Gunung Ledang ye ! Tggu awal bulan :)


With love,
FatinFashiekin

SEDAR DAN TAHU

" Bila hati berkata : Mungkin ini pertama kali terasa nya sangat dalam. "

Tolong berlapik ketika mengajukan soalan, dan tolong jangan memaksa mahukan jawapan kalau ia melibatkan isu yang secara terang-terangan sangat sensitif dan privacy.

Kadang-kadang saya hairan, how could you ? Yela, sesetengah orang sesuka hati bertanya soalan yang boleh mengecik kan hati orang lain.

Contoh :
1)Eh kenapa kau nampak makin gemuk ? -padahal empunya diri sedang gmbira bjaye menurunkn bert badan sbyak 5 kilo

2)Aku dah naik BMW tapi kau still dengan motor buruk kau ? Bila nak maju ?? -padahal empunya diri bpenat keringat mencari rezeki

3)Kau bila nak ade boyfriend ? Tak laku kan kau ni ?? -padahal empunye diri setiap hari bdoa dn mngis diats sejadah agar ditemukan dengan kekasih hatinya



Susah kan nak berinteraksi dengan orang yang sebegini ? Saya tabik kepada kepetahan bercakap awak. But please behave, jaga lidah awak sebaiknya. Jangan mudah luka kan hati orang. Dan jangan mudah sebarkan cerita-cerita mengikut andaian awak.

Ye, bila kita bercakap, kita lupa pada apa yang kita perkatakan, dan awak kena ingat, mereka yang mendengar akan sentiasa mengingatinya.

Get it ??

*kerana mulut dia saya tersalah faham dgn incik lalan. Haish, SubhanaAllah.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GOODBYE JEANS WELCOME PALAZZO

Currently falling in love wif palazzo.
Sangat selesa ! Stylish ! Stylo ! Fashionista and feminine :)

Kan ??

Seriously, must have !
say good bye kepada jeans yg semakin membuatkan peha saya mbengkak akibat kekekatan yang melampau dan mengundang keresahan !

Dan katekan "hai" kepada palazzo,
Berjalan dgn langkah yg confident bersama palazzo :)

With love,
FatinFashiekin

Thursday, March 29, 2012

I AM TAKEN

He : " I have something to tell you today, So please just listen to what I have to say. This is very hard, Like walking on shards. Yes.. I'm afraid, But finally I'm made a dcsion. It'll take a little while,
But for you.. I'd walk a mile. "

...............................................................

She : " Bismillahirohmanirrahim. Please, u know right ? I have Him. and we're always counting as our LOVE continues to grow. Its not that easy to make me fall for you or even others. * mark my words.
You are educated. So He is.
You are smart. So He is.
You are charismatic. So He is.
You are nice. He is nicer.
The truth is..
He has my heart.

It is better to you to know earlier and be disappointed than to not know and always wonder.
I'm sorry. "

I have no idea where are you right now.
I hope you are doing fine. I'll pray for your happiness.
I value you as a friend.
Hope someday you can see me in the same way.
take care.

( FATIN FASHIEKIN )
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 28, 2012

RUMAH IDAMANKU ADA DI IKEA

Assalamualaikum

hai guys ! welcome.
welcome to my house !!

eh jangan lah malu-malu,
mari-mari,
jemput masuk ye ;p


jemput lah duduk,
buat macam rumah sendiri ye..
oh ! sekejap,
saya nak ke dapur..


maaf lah,
dapur saya memang saya suka suasana yang suram,
romantik gituh bila nak dinner dengan hubby.

ha ?? awak nak ke bathroom ??
ok. mari saya tunjukkn bathroom saya


malam ni tak nak tidur rumah saya ke ?
jauh kan perjalanan uolls nak ke rumah saya ni,
saya tunjukkan awak bilik tetamu k


semoga tidur lena,
hah, tingkat atas bilik saya,
manatahu tibe-tibe awak nak mencari sya,


bukan apa, takut awak tersalah masuk bilik
BABY BOY saya


sebab berdekatan dengan bilik
BABY GIRL saya


haa, kalau awak terjaga malam2
dan tengk ada lembaga berlegar-legar.
jangan risau,
hubby saya selalu bt kerja lewat malam


ok. itu je lah ye :)


p/s : wah ! hopefully ! one day !
mimpi akan jadi nyata. haha *pang ! kuat berangan !

With love,
FatinFashiekin

Tuesday, March 27, 2012

MAKE UP YOURSELF



" For the lips is truth.
For the voice is prayer.
For the eyes is pity.
For the hands is charity.
For the head is care. "

Always keep all these in your beauty box my dear girlfriend !
With love,
FatinFashiekin

TERKADANG

Assalamualaikum

kadang kadang kita terlupa.
kadang kadang kita tak ingat.
kadang kadang kita tak perasan pun.
kadang kadang kita saja saja ego.
kadang kadang kita lalai.
kadang kadang kita ingat lepas tu tak dah.
kadang kadang kita nak selalu cakap tapi takut orang selalu salah anggap.

apa-apa pun jom selalu cakap & bersyukur dengan apa adanya ..

Terima kasih Ya Allah. Atas segala-galanya.

Ya Allah. Aku bersyukur dengan setiap kurniaan & rezeki MU.
Kekal kan & peliharalah setiap keindahan dalam hidup ku ini.

Alhamdullilah.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, March 26, 2012

TUA KAH AKU ?

Mengikut pengalaman para ibu bapa, terdapat 2 turning point di dalam hidup seorang remaja iaitu ketika berumur 14-15 tahun dan ketika di alam universiti. Majoriti remaja pada peringkat umur tersebut memiliki tendency mencari jati diri atau membentuk personaliti "siapa saya". Pada waktu itu mereka merasakan ibu bapa tidak akan memahami gejolak yang berlaku di dalam diri mereka. Dengan itu, pemberontakan pun berlaku dan tercetusnya revolusi dalam kehidupan remaja tersebut.

Ini menerangkan keadaan masalah sosial sekarang. Namun perbezaan dulu dan sekarang ialah tahap keberanian remaja masa kini berbanding dulu.

nota: saya belum memiliki keluarga sendiri apatah lagi anak-anak tetapi saya pernah menjadi remaja dan pernah melalui fasa tersebut. meskipun saya nerd pada ketika itu, saya mempelajarinya melalui pemerhatian keadaan sekeliling, melalui pergaulan dengan rakan sebaya dan melalui pembacaan buku-buku dan isu semasa.

*huhu... tetiba terasa tua ;p

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HAPPY SUNDAY !

Together ! :)
*saya suke temankan dia makan !

With love,
FatinFashiekin

Sunday, March 25, 2012

NO EXCUSE ! ANDA BILA LAGI ?

Assalamualaikum

Macam-macam ada !!
*trademark iklan astro*
Tapi saya bukan nak suruh korang pasang astro kat rumah ok. Tiada kena mengena dengan astro. Hehe

Cuma nak kata,
Zaman dah makin moden,
Dari kesenangan dan disenangkan lagi,
Segalanya didepan mata dan dhujung jri,
Hanya tpulang pada indivdu, nak atau tak nak..

Kalau dulu,
Sumber bacaan alquran hanya dari kitab alquran lah. So bila nak baca, kena bawa kemana-mana, dan bila bawa kemana-mana kita kena jaga dengan elok. Yela, Alquran adalah sesuatu yg Wajib kita HORMATI :)

kemudian kemodenan semakin pesat mbangun, dicanggih kan lagi,
Iaitu wujudnya
" ALQURAN DIGITAL "
Kalau nak beli beratus-ratus.
Bagi mereka yang bkemampuan,
Allhamdulillah kerana mampu memilikinya..
Saya nak bercerita bagi mereka yang kurang berkemampuan tetapi mahu mendalami nya :)

sekarang,
Kemudahan internet semakin semakin semakin meningkat dan tak tercapai dek akal..

Kepada yang tidak mampu,
Tapi mempunyai semangat untuk menjadikan AlQuran sebagai temannya,
Kita boleh dapat kan segalanya
PERCUMA !!!!

Yeah ! PERCUMA !!!!
Anda mahu ??
Anda berminat ??


Anda tak perlu mengeluarkan duit yg banyak, anda tak perlu memenatkan kaki anda ke pusat2 bacaan untk mcarinya, anda tak perlu bertanya-tanya kepada orang sekeliling,
Anda tak perlu menabung dan berpenat lelah berusaha untuk mendalami AlQuran dengan cara yang sukar.
Tak perlu itu semua..

Anda hanya perlu :
1)Pastikan ada laptop/komputer
2)Pastika ada line internet, tak kira lah apa jenama broadband sekalipun, streamyx ke, wifi ke. Tak kisah.
3)Pergi ke GOOGLE dan search
"DOWNLOAD ALQURAN DIGITAL"
4)Then macam-macam ada,

Senang kan ?
Mudah kan ?

So ! Tiada alasan nak khatam banyak kali ye.. Haaa, bace novel boleh habis 1 malam, tak kan AlQuran tak boleh ?? Haaaa...

Mari sama-sama beramal soleh,
Saling ingat mengingati,

With love,
FatinFashiekin

Saturday, March 24, 2012

DEAR BFF

Dear my lovely friend,
( Qyna, fendi, maya dan nabila )

Guys, sorry cuz aku tak dapat join u all reunion this sunday. Actually dari lubuk hati aku ni, serius aku nak join ! aku pun rindu u all k.. Sejak masing-masing dah bekerjaya, kite sangat susah kot nak berjumpa. Dan waktu WAJIB kita berjumpa pun just raya dan ok aku admit dan sangat-sangat meminta maaf, aku admit yang aku selalu sibuk bekerja. Sampai kan kalau u all cuti, u all yang datang ke tempat kerja aku, jenguk aku *fine, malu, tutp muke.

About our reunion tu, aku baru tahu jumaat lepas. Dan tak sempat nak plan ape. Tibe-tibe qyna kata "bukit bintang", I'm sorry mak aku still tak percaya aku mampu drive ke KL bsendrian. Haa, u all masing2 dah independent ek ? Aku ? Still ikut cakap mak. Heehe. Nak buat cemana, anak gadis kan. Haha. Dan bercakap mengenai naik bas, aku risau aku kena culik, kan tengah musim org kena culik*pang ! Haha. Ok2 actually aku tak reti naik bas. Nanti aku sesat camna ? Haa, naya.

Apapun, happy birthday to maya too, dan aku hrap u guys happy even without me. Nanti korang balik johor, aku topup lagi masa k. Rindu lah nk bergambar sakan ! Jalan2 dan havoc dengan u guys :')

Aku tunggu this July ok. Kita buka puasa bersama ! Bila pk balik, aku rasa bangga ! See, even terpisah sana sini. We're still BFF !! same friend with same attitude :)


I love u guys !!
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 23, 2012

DOA

"Ya Allah, tutupkan perasaan aku terhadap dia yang tidak menghargai dengan sedaya usahaku sekalipun. Dan titipkan dan bukakanlah perasaan aku terhadap sidia yang tidak pernah jemu menunggu walaupun sedaya usaha aku menolaknya."

With love,
FatinFashiekin :)

BABY BOY

This is my handsome baby boy !
*Melting~!! :)

With love,
FatinFashiekin

LIYANA JASMAY ( CINTA BERSATU )


LIRIK LAGU LIYANA JASMAY (CINTA BERSATU)

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu




*bila tgk muka liyana jasmay, teringat kak zura pernah kata,
muka saya sama dengan liyana jasmay bila menangis ;p
*yup, i'm too vulnerable sometimes

with love,
FatinFashiekin

KAHWIN PADA USIA MUDA ???

Assalamualaikum

Selamat pengantin baru to my friend !
Siti Zubaidah Mazlan.
kawan-kawan ramai da kawhwin oiiiii,
ramai dah dukung anak oiii,
ramai da berkepit dengan suami oiiii,
ramai yang dah ade teman hidup oiiii,
dan saya ? sabar-sabar..
tengah menuntut ilmu dengan mama ni,
nak jadi isteri solehah :)


macam barbie doll. 
tahniah bed :')

Best ke ek kawin awal ?
Ok fine saya tahu,
ofcz lah best, sebab kalau tak best tak kan lah
saya selalu teringin nak kahwin awal,
nak kahwin awal, dapat jaga husband,
ada baby boy dan baby girl,
then kalau kawin awal lagi lahhh subur *erkk ? (-_-")

tapi bila dengar kata-kata orang sekeliling,
mereka kata kahwin awal ni sangat banyak cabarannya.
dan kebanyakkan mereka yg kahwin awal
akan kata
"appreciate usia muda ni, 
jangan rushing, nanti menyesal"
menyesal ke ek ??
ye, kadang-kadang rasa seram dan 
kadang-kadang rasa teringin 

orang kata,
Perkahwinan akan jadi tough bila SEBAYA,
*saya lihat melalui pengalaman serta penceritaan
sangat struggle kalau tak ade back up financial,
kalau isteri pun bekerja,
Allhamdulillah lah kan dapat tolong menolong,
tapi kalau dapat suami yang baik hati dan penyanyang
so suami suruh wife duduk rumah dan didik anak je,
kalau zaman sekarang ni, agak payah juga.
then kalau dapat wife yang bekerjaya pula,
sure kedua-dua busy,
dan tak ade masa untuk each other,
balik rumah je letih, sibuk uruskan anak-anak,
so scaryyy~
*saya bukan pakar, saya rajin mendengar

apabila kahwin awal,
tak sempat menikmati usia single seenaknya,
masalah berbangkit akan timbul,
"dulu waktu awal kita kahwin....."
"dulu awak kata....."
dan sewaktu dengannya *faham-faham lah :)

dan melalui pemerhatian dn pdengaran,
ramai yang alami perbezaan
cinta sebelum kahwin dan selepas kahwin
*scaryyyyy~

TETAPIIIII...

ADA JUGA KEBAIKAN KAHWIN AWAL
*maaf, malas nak taip, haha ;p


Peringatan :
ye semua orang pun nak kahwin muda. 
*termasuk saya 
Tapi bukan semua orang mampu nak kahwin muda. 
Daripada pemerhatian, 
kebanyakan yang berkahwin muda, 
pasangan lelaki itu adalah seorang lelaki yang sudah kukuh dari segi kewangan. 
Kukuh dari segi kewangan adalah satu kriteria penting untuk berkahwin sebabnya, 
kalau nak tanggung diri sendiri pun tak lepas, 
macam mana nak tanggung isteri dan anak nanti? 
Memanglah rezeki Allah boleh dicari di mana-mana. 
Tapi lebih elok kalau sudah kukuh sebelum 
berkahwin supaya senang untuk memikul tanggungjawab 
dan tak susah di kemudian hari.


dan saya tergolong diantara 
"ingin kukuh sebelum 
berkahwin supaya senang untuk memikul tanggungjawab 
dan tak susah di kemudian hari."



 Sebenarnya kita cuma mampu berbahas, 
bercakap dan mengeluarkan pendapat...
nak kawin awal la...tak nak kawin awal...
 nak cinta dulu...nak sekian sekian..
nak itu..nak ini...dan sebagainya.

Tapi sebenarnya jodoh itu tetap ketetapan Allah.
Kalau dah memang Allah tetapkan jodoh awal. awal la dia datang...
kalau Allah dah tetapkan dia lewat, lewatlah dia datang....
ada yang langsung tak datang....
redha sahajalah..

 with love,
FatinFashiekin


Thursday, March 22, 2012

HAVE FAITH IN ALLAH

"You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Pharoah, but it didn't change her goodness or her 'aqeedah. You might be married to the best man on earth, like Prophet Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. You might not be married at all, like our beloved Maryam (raa) yet Allah swt places your status above all other women on earth. Have faith in Allah always & place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives." [Heba El-Haddad]

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SESAT BERSAMA HALA TUJU


Petang tadi balik je kerja terus bersemangat nak ke 
Rumah cousin cuz kak aisyah (wife cousie) bersalin,.

Mula2 belagak,
"Ala muar je pun, sama kawasan, tak kan lah boleh sesat, 
apelah sangat, berpuluh tahun dibesarkan dimuar, 
kacanggg gorengg je lah" 
*sambil mendabik dada.

BUT, AT LAST,
sesat mencari "lorong duku" di stadium muar lah konon nye. 
Rupenye, jauhhh dari stadium muar, 
tapi di belakang TNB muar,

Ye, kalau tak bertanya sesat jalan kan ?

Me : bang, tumpang tanye, mane lorong duku ye ?

Bro : ap name tamannye ye ?

Me : *aduhhh, tak tahuu (-_-)

Terfikir nak call abang cham (my cousie),
 ala terfikir menyusahkan, 
sebb sure abang cham tengah busy dkedai makan dia. 
So, USEHE TANGGA KEJAYAAN ! 
Tetap usaha mencari sendiri..

8 kali pusing dan still tak nampak singboard DUKU.......... 
Dimana kah duku....................
dukuuuuuuu......

Dan at last give up,
Mesej abag cham :
"Abang cham, ekin kan sebenarnye nk tgk kk aisyah, 
konon nak cari sdri dan bt muka mdabik dada tapi ekin sesatt laaa...
dah bkali-kli pusg stadiummm.."
So senang, abang cham call bagi instruction then 
pi kedai makan abag cham, 
abang cham belanje makan hasil tangan beliau ! Huhu ! 
Sangat seronok, lepas kenyang.. 
Baru lah ke (lorong duku) untk melwat istri abag cham !

so lepasni, set dalam kepala.
DATO' SERI AMAR DIRAJA (LORONG DUKU) 
lepasni kalau lupa juga, saya akan search di Blog ! Senang. Huhu

Kak aisyah dapat baby boy !
Dan macam biasa, anak kk aisyh mmg putih2. 
Haish, geram betul tgk baby dia. Rasa nak bwak balik... 
And yup ! Saya mmg sgt addicted pada baby boyy ! 
Rasa nak ciummm kuat2, 
peluk kuat2 dan paksa dia bangun :')



Thennnn,
Ontheway balik. Aduhhhh. Kereta pula air kering !!!! 
Nasib baik tak meletup.... 
Nasib saya perasan awal okey !

Ye, saya cuai. Mulai harini kena simpan air dalam keretaaaa. 
So kalau kereta haus, isi kan ye fatin. 
Ni kali ke2 awak terkenaaa....


With love,
FatinFashiekin

Wednesday, March 21, 2012

HATI RAPUH

" kita tak mampu control hati kita. Kita juga tidak mampu control kadar kepantasan ia sembuh (terubat). "

Ok harini nak memperkatakan mengenai isu hati, nak bercakap tentang hati cepat terubat. Perihal hati ini memang bukan perkara main-main. Kita takkan pernah dapat control apa hati kita rasa, apa hati kita mahu, apa hati kita mual. Cuma setiap hari yang sebaiknya, apa boleh kita buat adalah bersihkan hati kita sebelum tidur. Kalau kita jaga hati kita baik-baik, kita selalu bersihkan hati kita elok-elok, susah untuknya dijangkiti penyakit hati.

Aduh Tuhanku, minta dijauhi ya penyakit hati. Dan minta diubati penyakit hati orang lainnya yang ada berdengki, berhasad. Penyakit hati yang ada cemburu, ada dendam, ada iri hati.

Hm. Bagi kita menyuci hati, caranya memang banyak. Kalau nak disentuh, pelbagai aspek boleh sentuh. Aspek agama, aspek civik, aspek psikologi. Tapi cara membersih hati yang paling universal ialah tidur dalam keadaan tersenyum. Maksudnya bukanlah sebelum tidur kau cuba sedaya upaya ukirkan senyuman di bibir, bukan, tapi buang semua dendam, maafkan semua taulan, minta ampun pada Tuhan. Kalau yang Islam sudah tentu berzikir demi al-Tazkiyah (maksudnya penyucian, wah mentang-mentang sudah belajar Arab), kerana waktu berzikir kita memuji kebesaran Allah, waktu itu kita terasa kecil, bila kita kecil kita tidak besar, dan bila kita tidak besar, kepala kita juga tidak besar, maka apabila kita tidak besar kepala, ego kita juga saiznya boleh diterima akal, dari situ sifat pemaaf akan sebati dalam diri. Senang kan? Okay maaf, ayat saya yang buat ia nampak complicated tapi ia memang senang sebenarnya. Biar saya ringkaskan. Kepala kecil=Ego kecil=Pemaaf.

Macam dibicara permulaan tulisan tadi, nak sentuh tentang hati yang senang terubat. Hati saya. Hati saya senang terubat. TAPI SANGAT RAPUH. Sangat super duper senang memaafkan. Bila senang memaafkan, hati pun tiada dendam. Bila hati tiada dendam, hati pun rasa ringan. Bila hati ringan, senang orang nak lambung-lambung. Kemudian hati kembali kepada fasa memaafkan. Paham maksud saya?

Ahh what happens next, cycle itu bermula kembali. Hati dilambung-lambung, dan sekali lagi (yang wujud dalam cycle itu juga) kemaafan diberi. Diberi okay. Tidak diminta atau tidak ditagih dari peluka dan pengecil hati. Kemaafan diberi waktu sebelum tidur (sebelum tidur memaafkan memaafkan memaafkan). Kadang-kala (okay bukan kadang-kadang tetapi sangat selalu) orang sekeliling akan rimas. Sebab cepat sangat berbaik semula dengan orang. Cepat sangat berkata tak mengapa. Cepat sangat terlupa sakit apa yang pernah singgah kat hati sendiri. Tapi nak buat macam mana, hati senang terubat. Sekali lagi diingatkan kita tak mampu control hati kita. Kita juga tidak mampu control kadar kepantasan ia sembuh (terubat).

Maka kalau ada di antara darah daging atau rakan taulanmu yang mempunyai hati sebegini, tolong biarkan mereka, jangan banyak menyoal memaksa. Hargai, malah.

Korang try lah k.
i think its good which makes our hati ringan, we also feel more kind..i like this nature of behaviour

EVEN sometimes memakan diri, yup when we realize that we're in a cycle and keep forgiving but those things that u wanna see them change still doesnt change and makes us frustrated in the end..

thats why we have to protect our heart also.. :)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 20, 2012

HAVE YOU EVER

Have you ever..
Laid on your bed at night and just cried ???

*cried because you're not good enough ?
you counted all your flaws from head to toe to punish & feel worse about yourself ?

*Cried because the comments people blurt out, actually hurt your feelings ?

*cried because you don't want to be a burden, so you bottle it all up around people, you're the happiest ray of sunshine. but nobody knows, that at night when you're alone, you break down & just cry.

Well Do it AGAIN pretend nothing's Wrong Just Stay Strong..

With love,
FatinFashiekin

SAYA TAK SUKA

Assalamualaikum,

warning dan diingatkan,
saya tidak menyukai anda yang tidak dapat menjaga
HAKMILIK saya dengan sebaiknya.

saya adalah seorang yang sangat-sangat
menghormati hakmilik orang lain
dan thats y saya rasa marah seandainya
ada pihak yang mencuba menganggu hakmilik saya

saya tak suka kalau ada orang yang masuk dibilik saya
semasa ketiadaan saya.
saya tak suka.

saya tak suka kalau ada orang buka wallet saya,
saya tak suka kalau ada orang yang buka handbag saya,
saya tak suka kalau ada orang yang buka diari saya,
saya tak suka pada orang yang suka-suka rampas HP saya,
saya tak suka pada orang yang buka lappy saya
*tanpa izin saya. tahu ?

sama jugalah dengan insan kesayangan saya,
saya tak suka orang buli adik-adik saya,
saya tak suka orang tak hormat parent saya,
saya tak suka orang kata bukan-bukan mengenai kekasih saya.
sebab saya sangat melindungi insan kesayangan saya
dan juga sahabat-sahabat saya.
so, please behave.

kesimpulannya, tak suka.
*sambil hentak kaki atas lantai kemudian guling-guling
*pang ! over. haha ;p

with love, 
FatinFashiekin

DIPERKENALKAN !!

Assalamualaikum

Disini saya nak buat pengenalan,
agak payah ye andai tidak dikenalkan,
sebab ia akan menimbulkan fitnah. huhu.

asyik cerita mengenai my bestfriend NORAINI SHARIAT,
so harini saya nak kenalkan pada kalian semua,
kawan baik saya yang berjantina lelaki.

buka mata luas-luas,
dan please jangan cepat assume us macam-macam.
dia kawan baik saya dan persahabatan kami
diketahui KELUARGA saya dan INCIK LALAN

incik perdana pernah jumpa abah dan mama,
dan incik perdana sendiri pernah tolong abah
uruskan hal akaun abah,
incik perdana pun pernah tolong mama,
mengenai pekerja company mama,
so mama minta incik perdana uruskan akaun mereka,
pendek cerita, DAH TAHU.
dan pernah saya katakan, saya bkn jns bselindung apa2 dari family,
saya ada kawan sure saya kenalkn pd family,
saya ada kekasih, lagi lah keluarga saya tahu.
dan thats y incik lalan pun selalu join my family hang out,
hubungan kami, direstui dn saya tiada apa2 rahsia dengan family.

incik lalan pun tahu saya ada kawan bernama incik perdana.
kerana incik perdana sering memudahkan kami,
memberi bantuan dan dia banyak contact. 
dan incik lalan pula sangat meminati
mengenai pelaburan emas lah. agen unit trust,
so everything sure incik lalan kate
"cube tanye incik perdana"
hah macamtulah.. so jangan make assume.
.lepasni sure boleh kaya macam encik fauzan,
pi maybank je ada VVVIP. hhehe

knapa nama dia incik perdana ?
sebab dia naik kereta perdana,
malas nak tahu nama dia masa mula2 kenal
lekat untill now. hehe.
ala sama dengan incik lalan, 
hah u all ingat nama incik lalan tu LALAN ke ?
nama dia AHMAD FAIZAL SULAIMAN,
dan nama 'LALAN' tu, saya yang bagi nama. haha.
so kalau kawin kena letak dua nama FAIZAL dan LALAN.
eh banyak lagi tau,
Akak Elektrik, Abg TNB, Kak Maybank,
heh, macam-macam nama saya cipta dan 
akhirnya melekattt pada mereka. hehe
 

so harini saya dah buat sesi perkenalan u all
dengan my best friend ! incik perdana atau nama nya adalah fakhrul,
seorang yang bekerjaya dan berjaya
mempunyai watak yang kalau orang tengk memang
tak matured. haha.

ok. macammana ?
dah kenal kan ?
tengok baik-baik wajah dia disini dan 


diperkenal kan sahabat lelaki saya yang boleh di gelarkan kamcing,
dan mempunyai sebahagian daripada rahsia-rahsia besar saya
dan mempunyai banyak pengetahuan mengenai permasalahan saya
dan beliau sentiasa mempunyai langkah untuk 
menjadikan sahabatnya seorang yang bijak 
bagi menguruskan kewangannya.

nak jadi seorang yang bijak menguruskan kwangan ?
cari sahabat yang bekerja di bank.
nak jadi seorang yang soleh solehah ?
cari sahabat yang bekerja sebagai ustaz ustazah.
nak jadi seorang yang pandai memasak ?
cari seorang sahabat yang bekerja sebagai cheff.
nak jadi seorang yang berilmu ?
cari seorang sahabat yang bekerja sebagai guru.
nak jadi seorang yang sentiasa sihat walafiat ?
cari sahabat yang bekerja sebagai doktor.

bukan menyuruh memilih kawan,
tetapi sebahagian yang dinyatakan ada betulnya,
dan jangan ditinggalkan sahabat yang serba kekurangan.
kerana....
sahabat serba kekurangan juga lah yang menyempurnakan kita,
kita kena percaya 'Allah Maha Adil'
kita baik pada orang, 10 orang lagi orang akan baik pd kite :)
so mari kita berbuat baik !!!!

With love,
FatinFashiekin

Monday, March 19, 2012

INSYA'ALLAH :)

" Allah menjadikan manusia itu berpasang pasangan, yg sesuai dgn sifat masing masing, bersyukur dengan ape yg Allah telah beri,i'allah jodoh itu akan kekal hingga ke hujung nyawa. "

With love,
FatinFashiekin

POLKA DOT

Assalamualaikum

Orang lain semua pakai try Polka Dot,
Saya pun mahu juga ! Even mula-mula pakai terasa shy-shy nak keluar dari kereta, terasa dot-dot ditudung terlalu ceria. Terasa polka dot ditudung sama bentuk dengan pipi saya (T_T")

1 minit, 2 minit, 3 minit.
Keluar kereta dan tanam dalam-dalam dalam minda dan lubuk hati sanubari,
"Keyakinan meningkat kan kecantikkan!"

Yeah ! Berjaya bekerja dengan harder sekali ! Tahniah FatinFashiekin :)


P/s : nak tdg macam saya ? Sms, haha ;p

With love,
FatinFashiekin

Sunday, March 18, 2012

TERHARU

Pagi semalam dapat mesej :

" Someone Remembers, Somebody Cares, Ur Name Is Whispered In Somebody's Prayers "

Terima kasih :)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DELiCIOUS SUNDAY

5pm. 18hb Mac 2012.

Makan roti canai, 2 keping dia, 2 keping saya. dan dia tanya

HIM : apa plan for future ? Ada teringin nak buka bisnes apa-apa tak ?

ME : nak jadi surirumah yang moden buat husband yang kaya then buat perjanjian supaya suami tak curang.

HIM : hahhaaha siap ada perjanjian ! Perjanjian apa pula tu ??

ME : haa, kenala jadi surirmh yg myediakan payung sebelum hujan, 100% harta jatuh kepada istri dan hanya sehelai boxer sahaja dibenarkan dimiliki pesalah iaitu suami yang curang ! *sambil angkat kening


dan dia ?? Ambil straw dalam gelas dan renjis air kat muka saya. See, jangan kata dia pemalu. Please. No No No Never Never Never. Dia kata saya py impian tak maju kehadapan. Eh ! Impian kite, suke hati kite ler, ye tak ? Haha

With love,
FatinFashiekin

P/S : gmbr diatas saya kata "jap! Nk ambil gambr letk kt blog" sekian :)

TALK ABOUT FUTURE

"We talk bout future like we had a clue"
:)

With love,
FatinFashiekin

Saturday, March 17, 2012

LELAKI PALING SEMPURNA

Assalamualaikum

 
 Even I'm taken, 
tapi still rase nak share pada u guys apa ciri2 lelaki idaman saya ! 

Kalau bercakap tentang ciri lelaki idaman, 
memang akan berbunyi seperti amboi amboi nak yang perfect aja. 
Well, everyone is on the same track I'm sure. 
Bolehlah salahkan input-input dari buku fantasi, neraca kisah benar, 
telemovie, novel-novel chic-lit beli dari MPH, 
senarai 10things women love about men,dan sebagainya.

Pertama, nak ada persamaan macam abah. 
Dan kalau macam abah, hehe mestilah pelindung,
sebab saya seorang anak sulung yang manja dan sensitif, 
so lelaki idaman saya perlulah pelindung 
dan mampu buat saya rasa safe kalau menyorok belakang dia kalau dalam bahaya. 
Then mampu dan boleh dukung saya 
bawa masuk kereta waktu dah nak terbesalin. Haha 

Ciri lain ialah lebih matang dari saya. 
Matang banyak dari saya! Matang pemikiran, 
bukan umur atau perut (-_-") 
sebab saya jenis cuai, dan everything yang saya buat pun sure abah dan mama yang selalu guide.
 Semua kenalan ke, everythings lah mama dgan abah sure tahu, 
saya cuma benarkan orang yang matang sahaja guide saya.

Sentuh bab agama obviously nak lelaki yang beragama kuat 
dalam doa selepas sembahyang selalu 
(Ya Allah kau temukanlah aku jodoh dengan lelaki 
yang beragama, berharta, bijaksana) 
Berharta, ini ustazah yang suruh. Bijaksana, for obvious reason. 
Tapi seriously, saya nak lelaki yang boleh bimbing 
ke arah kebahagiaan yang ultimate.
 Nak lelaki yang tak batak social, yang terlalu duniawi.
 Nak lelaki yang pulang dari kerja terus
 sayang jom jemaah dengan saya. 
Pastu bila suami saya nak ajar anak saya mengaji tapi anak saya liat, 
kena rotan ! Huhu

Saya tak suka sweet talker yang 
dengan semua perempuan dia smooth gila
 sampai bila dengan yang dia betul-betul sayang pun tiada beza.

Lelaki yang kelakar adalah lelaki yang bagus sebab gelak 
boleh membakar kalori dan saya kuat makan. 
Kita juga haruslah ada sense of humour yang lebih kurang 
di mana bila salah seorang menyanyi Geli Mat, 
yang seorang lagi tidak jadi merajuk 
malah ingin membelasah sahaja pasangannya.

Hobi kami juga harus similar iaitu makan, membaca dan shopping. 
Haha dalam senarai itu tadi rasa-rasanya hanya membaca layak 
dipanggil hobi dalam karangan berformat. 
Okay takpe, lelaki harus boleh melayan saya buat tiga benda itu.
 DIA TIDAK BOLEH DUDUK LUAR KEDAI 
MASA SAYA BELI BAJU SEBAB NANTI SAYA 
SALAH PILIH BAJU TAK HOT
 DIA JUGA YANG AKAN TENGOK SAYA PAKAI BAJU ITU
 UNTUK BEBERAPA BULAN OF HIS LIFE.
 Dan makan adalah seronok maka kita harus cuba semua tempat yang halal dalam dunia.
 Membaca pula, kan indah kalau pagi-pagi yang dingin, 
kami berdua diam sahaja di atas katil mendalami buku masing-masing 
dan menjadi tua selepas itu dengan mengadakan sesi book review.

Pandai masak.(kredit to HIM) Bila dua-dua dah berada di dapur, 
dapur menjadi seperti ingin mengadakan buffet aww so sweet.
 Pastu bila dalam pantang takdelah 
makan makanan bungkus setiap hari tsk.
 Kena pandai masak char koay teow, asam pedas dan mee bandung. At least.

Reti menyesuaikan diri dengan semua orang. 
Tak terlalu pemalu atau tidak terlalu peramah. 
So bila saya bawa dia pergi mana-mana event dia tahu meyesuaikan diri :)

Seterusnya, fluent English speaker dan writer sebab 
saya tak terer sangat maka dia kena betulkan sekali-sekala. 
Tapi dia tidak boleh annoying mentang-mentang terer, 
semua benda nak betulkan even bila I tengok kekejaman 
dan kata "That's mean", dia sibuk "That means lah sayangg.." Allah.. 
(Fine ! Slalu tekene dgn incik lalan. LOL !)

Geliga otak. Sebab saya suka membebel dan tanya soalan pelik 
yang kalau jawapan tak memuaskan saya takkan diam. 
Serious saya takkan diam. 
So even dalam kereta dari johor ke Utara, sesiapa yg jadi my future, 
mulut saya akan sentiasa menemani anda. Bertahan lah ye. Haha

Sayang ibubapa dan ahli keluarga (milik sendiri dan milik saya). 
Boleh enjoy raya, birthdays, kenduri di dua-dua belah pihak :') 
Tackle me you tacle my family too lebih kuranglah.

Good manners. His every move must be in respect of me. 
Hisap rokok masa isteri mengandung kat sebelah. 
Tengah dinner, duduk macam apek,
 sumpah tak menjadi teladan dan tauladan kepada 
anak-anak saya yang comel ! ;p

BUT! Ciri yang WAJIB ada ialah kebolehan 
melayan saya tanpa sempadan. 
Kena dodoikan bila saya terjaga malam, 
tak boleh gelak lama sangat kalau saya mengigau, 
kena tahu bila nak buat-buat kalah bila main Xbox. 
Bila duduk berdua dia kena layan sepenuh hati, 
dia tak boleh biar je saya sorang-sorang bebel 
"Sayang I tak paham kenapa kita wajib tahu 
tarian poco-poco dalam hidup kita" 
and the discussion goes on...

With love, Me.
*Allhamdulillah. saya dah jumpa :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 16, 2012

BODY

Memandangkan badan semakin lah tak solid especially perut. Dn mmandangkan lah saya tension bila memandangnya especially bila pakai tshirt, or blause. So saya terfikir kan nak ubah gaya hidup sihat saya ! Berjoging !!

So for this weekend, dah argue dengan incik lalan, ajak dia joging tapi dia tak mau. Dia kata joging tak termasuk dalam kamus hdup dia dan konon katanya dulu dia johan lumba lari 1.6km. Haa, begitu lah ceritanya. Tak tahu lah betul ke tak. Cehh.

So ajak lah dia cycling, berbasikal kan macam seronok kan ? sekarang trend berbasikal kan ? Tapi kata dia lagi konon dari sekolah rendah sampai menengah dah puas berbasikal, so tentang topik berbasikal je 1jam perbualan juga lah dia duk cerita dulu dia naik basikal jauhnya kalau naik kereta pn 15minit lah, sangat jauh lah, aishh, panjang lebar lahh. Even actually dia da banyak kali ulang dah.

So at last, dia ajak pergi memancing. Katanya dah lama tak memancing, dan masa dia memncing dia suh saya joging setempat kat situ (-_-")

Kesimpulannya, tunggu ahad ni. Tak tahu lah plan yang mana menjadi. Huhu. Lagisatu, ye bersenam ni kat rumah pun boleh. Masuk bilik. Kunci pintu. Switch on radio, u all bukak lagu rancak. Then, dance ! Bagi keluarkan peluh2 lompat lah sana sini, joging ke, apa sekalipun. Tapi dah bosan buat lah, need something new, bangun tidur pn semenjak dua menjak da praktis trs buat "sitt up", tapi kesan tak nampak. That's y need pembaharuan, terfikir nak joging kat Tanjung Muar. Joging tepi sungai, kawasan rekreasi sure nyaman ! :)

Actually, nak jatuh cinta pada senaman adalah amat susah, kenapa susah ?? Antara alasannya adalah :

1) Letih : Yelah dah tak suka bersenam memanglah rasa letih, sebab tak build stamina.
2)Takde masa : Makan ada masa, gossip ada masa, Facebook ada masa.
3)Berpeluh. Nanti rambut/tudung selekeh, mekap cair, kalut. Lupa yang fungsi utama bersenam memang untuk berpeluh.
4)Tidak tahu cara : Nak yoga kena ada cikgu, nak build muscle kena ada trainer. Ish, susahlah!
5)Dah perasan hot. Okay apa body camni, barulah perempuan. Lembik-lembik sikit, lemak-lemak sikit.

So Fatin fashiekin ! (*sambil tarik baju incik lalan) mari kita berpeluh ! (*sambil put his hand up tnda setuju !) Haha

My life must be change ! Positively !

With love,
FatinFashiekin

HAPPY BIRTHDAY DANNY

Assalamualaikum

Happy birthday to my lil bro (Mohd Dinnie Daniel @ Danny) ! Semoga di panjang kan umur, sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dan dapat menjadi seorang anak yang dapat membalas jasa Mama dan Abah !

:)

Dinnie Daniel,
Happy Birthday !
Just want to say that you can count on me to be a lovely sister, a good friend until the end ! Just wait and you will feel it, No matter what Our relationship will be strong.. I'm glad you are my lil brother, I take you just the way You are, To share my joy, my pain, If only you could know that I care so much about You :') Happy Birthday danny !
have a wonderful Day and I wish you all the best in whatever You do.
remember, I'm with you to support
to share and to feel everything.
May Allah Bless You always. :)))

With love,
FatinFashiekin

RANDOM

See, panjat sane sini.
Aishh, sayang mereka :')

With love,
FatinFashiekin

Thursday, March 15, 2012

THANK YOU

FatinFashiekin&AhmadFaizal


Thank you for being so caring, loving and patient.
Thank you for being my partner in crime
 

Wednesday, March 14, 2012

AKU MAAFKAN KAMU

Kadang-kadang MEMAAFKAN bukan bermaksud kita KALAH, tetapi MEMAAFKAN menunjukkan bahawa kita telah MATANG untuk menyelesaikannya.

Yeah, emosi marah tak kan dapat dipisahkan dalam diri kita. Cuma sedar atau tak sedar, tahu ataupun tak tahu ataupun tak nak ambil tahu, sometimes bila kita marah pada somebody, sure apa yang kita marah dan luah kan tu kita akan lupa. TETAPI, ok diingatkan ye, TETAPI haruslah kita sedar, ap kesannya pada orang yang dimarah ?? Terfikir kah anda ?

Fine lah, contoh u all tengah bekerja sebagai jururwat, so u pun pergi lah ke katil pesakit, dan kata "selamat pagi puan, macammana pagi ni ? Sihat ?" Kemudian pesakit tu pun balas "APE KAU BUTE KE BODOH ? DAH AKU TERLANTAR KAT HOSPITAL NI, BERMAKNE AKU SAKIT LAH ! BODOH"

see, dalam situasi diatas ni, jururawat sebagai orang yang dimarah. Dan pesakit sebagai Pemarah.

Kalau ingin dipanjangkan cerita, tak mungkin lah jururawat tu nak surf pesakit tu lagi, dan kalau diikutkn keegoan dan maruah diri dan sakit hati, nak je di cubit-cubitttt pesakit tu.

TETAPI.. Berbalik kepada topik MEMAAFKAN ye, sebagai manusia, that's y kite kena istigfar.. Tak salah memaafkan, kita kena fikir dari sudut lain, mungkin pesakit tu stress fikirkan penyakit dia. Mana tahu kan ??

So, pembelajaran hari ini ye murid2 semua, adalah, tak salah untuk memaafkan seseorang. Lagisatu, jangan menghukum sesiapa ! Kita bukan Tuhan, dosa pahala tu Ketentuan Allah. Kita sebagai hambanya, bersabar lah k :)


With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CURRENTLY

Sila lah menjamu mate ye ;p

With love,
FatinFashiekin

I PRAISE ALLAH FOR SENDING ME YOU

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do,
You're my love, and my friend and my strength And I pray we're together in Jannah.. Finally now I've found my self, I feel so strong, yes everything was changed when you came along, And there's a couple of words I want to say :

For the rest of my life, I'll be with you
I'll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I'll be loving you, loving you

For the rest of my life, through days and nights, I'll thank Allah for opening my eyes, Now and forever I, I'll be there for you..I know it deep in my heart, And now that you're here, in front of me, I strongly feel love and I have no doubt, and I'll sing it loud, that I will love you eternally :)


*Ya Allah, please Bless our relationship*

With love,
FatinFashiekin

TALKING TO MYSELF

14/03/2012
( 8.05pm )


Dear myself. remember to breathe, dream, laugh, and love. don't take anything for granted. everything happens for a reason. good things come with time. work on your anxiety every day. things get better, maybe things will be much better by then. smile. let people know it's okay to be happy. work out once a day. eat healthy. inhale, now exhale, do it a few times. go outside, go for a run, let the breeze blow your hair back. dream harder than you ever have, remember dreaming keeps you sane. follow your dreams, interpret them. laugh. laugh every day, laugh at the little things. the things you would usually get pissed off at. and finally love. love with all of your heart. let go of the things that hurt you, and let yourself be complete. your beautiful, you have came a long way. <3

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 13, 2012

PROUD TO BE JOHOREAN (ISKANDAR MALAYSIA)

Assalamualaikum

Sekarang kecoh kat berita dan banyak lagi lah mengenai ISKANDAR MALAYSIA. Iskandar Malaysia (kepada yang tak tahu), sedang aimed untuk bangunkan Johor seterusnya Malaysia.


1. Puteri Harbour.
2. Legoland.
3. Lego Themed Hotel.
4. Johor Premium Outlet (first branded outlet in Johor, carry high-end brands).
5. Edu City (one area ada few condos and international universities).
6. Family Indoor Theme Park.


kalau nak tahu lagi banyak maklumat, blh lah usha sendiri ISKANDAR MALAYSIA Information Centre dekat Danga Bay. Tak pun tanya encik Google.


Rasa berbangga jadi johorean ;p
Johor bersedialah untuk maju in 5years time !!

Dan paling best tak sabar nak pergi LEGOLAND !! :)

With love,
FatinFashiekin

---------------------------------------------------------

P/s : uhuk ! UTARIAN PEOPLE jeles la ni lpas baca statement I ni *sambil betulkn sunglasses dan letak ats kepala* ;p

Monday, March 12, 2012

THE MOST HONEST

" I want to be in the prayer of your desires. I may not be the prettiest, but I will be the most honest. "

With love,
FatinFashiekin

DIARI GADIS

Khas buat insan yang akan menemani ku hingga ke akhirnya yang bergelar suami;

Aku akan menjaga setiap langkah perjalananku…
Aku akan menjaga setiap tutur kataku…
Aku akan menjaga setiap diriku dari pandangan orang lain…
Insya Allah…

Aku akan berhias tuk dirimu…
Aku akan menjaga makan minummu…
Aku akan menjadi permaisuri hatimu…
Insya Allah…

Aku akan menjadi kekasih yang setia untukmu…
Aku akan menjadi isteri mithali bagimu…
Aku akan menjadi ibu untuk anak-anakmu…
Insya Allah…

Tapi…berjanjilah untuk membawa aku bersamamu menuju Syurga
Kau menjadi imam bagi rumahtanggaku…
Kau menyayangiku apa adanya…
Kau mencintaiku setelah kau mencintai ALLAH dan RASUL…
Insya Allah…



Dari kata hati seorang wanita :

Tak minta yang SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat…
Tak minta yang bergelar USTAZ, sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH…

Nak minta yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada…
Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan…
Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA…

Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya …
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina…
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia…

Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.

With love,
FatinFashiekin
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...