FOLLOWER

Saturday, March 17, 2012

LELAKI PALING SEMPURNA

Assalamualaikum

 
 Even I'm taken, 
tapi still rase nak share pada u guys apa ciri2 lelaki idaman saya ! 

Kalau bercakap tentang ciri lelaki idaman, 
memang akan berbunyi seperti amboi amboi nak yang perfect aja. 
Well, everyone is on the same track I'm sure. 
Bolehlah salahkan input-input dari buku fantasi, neraca kisah benar, 
telemovie, novel-novel chic-lit beli dari MPH, 
senarai 10things women love about men,dan sebagainya.

Pertama, nak ada persamaan macam abah. 
Dan kalau macam abah, hehe mestilah pelindung,
sebab saya seorang anak sulung yang manja dan sensitif, 
so lelaki idaman saya perlulah pelindung 
dan mampu buat saya rasa safe kalau menyorok belakang dia kalau dalam bahaya. 
Then mampu dan boleh dukung saya 
bawa masuk kereta waktu dah nak terbesalin. Haha 

Ciri lain ialah lebih matang dari saya. 
Matang banyak dari saya! Matang pemikiran, 
bukan umur atau perut (-_-") 
sebab saya jenis cuai, dan everything yang saya buat pun sure abah dan mama yang selalu guide.
 Semua kenalan ke, everythings lah mama dgan abah sure tahu, 
saya cuma benarkan orang yang matang sahaja guide saya.

Sentuh bab agama obviously nak lelaki yang beragama kuat 
dalam doa selepas sembahyang selalu 
(Ya Allah kau temukanlah aku jodoh dengan lelaki 
yang beragama, berharta, bijaksana) 
Berharta, ini ustazah yang suruh. Bijaksana, for obvious reason. 
Tapi seriously, saya nak lelaki yang boleh bimbing 
ke arah kebahagiaan yang ultimate.
 Nak lelaki yang tak batak social, yang terlalu duniawi.
 Nak lelaki yang pulang dari kerja terus
 sayang jom jemaah dengan saya. 
Pastu bila suami saya nak ajar anak saya mengaji tapi anak saya liat, 
kena rotan ! Huhu

Saya tak suka sweet talker yang 
dengan semua perempuan dia smooth gila
 sampai bila dengan yang dia betul-betul sayang pun tiada beza.

Lelaki yang kelakar adalah lelaki yang bagus sebab gelak 
boleh membakar kalori dan saya kuat makan. 
Kita juga haruslah ada sense of humour yang lebih kurang 
di mana bila salah seorang menyanyi Geli Mat, 
yang seorang lagi tidak jadi merajuk 
malah ingin membelasah sahaja pasangannya.

Hobi kami juga harus similar iaitu makan, membaca dan shopping. 
Haha dalam senarai itu tadi rasa-rasanya hanya membaca layak 
dipanggil hobi dalam karangan berformat. 
Okay takpe, lelaki harus boleh melayan saya buat tiga benda itu.
 DIA TIDAK BOLEH DUDUK LUAR KEDAI 
MASA SAYA BELI BAJU SEBAB NANTI SAYA 
SALAH PILIH BAJU TAK HOT
 DIA JUGA YANG AKAN TENGOK SAYA PAKAI BAJU ITU
 UNTUK BEBERAPA BULAN OF HIS LIFE.
 Dan makan adalah seronok maka kita harus cuba semua tempat yang halal dalam dunia.
 Membaca pula, kan indah kalau pagi-pagi yang dingin, 
kami berdua diam sahaja di atas katil mendalami buku masing-masing 
dan menjadi tua selepas itu dengan mengadakan sesi book review.

Pandai masak.(kredit to HIM) Bila dua-dua dah berada di dapur, 
dapur menjadi seperti ingin mengadakan buffet aww so sweet.
 Pastu bila dalam pantang takdelah 
makan makanan bungkus setiap hari tsk.
 Kena pandai masak char koay teow, asam pedas dan mee bandung. At least.

Reti menyesuaikan diri dengan semua orang. 
Tak terlalu pemalu atau tidak terlalu peramah. 
So bila saya bawa dia pergi mana-mana event dia tahu meyesuaikan diri :)

Seterusnya, fluent English speaker dan writer sebab 
saya tak terer sangat maka dia kena betulkan sekali-sekala. 
Tapi dia tidak boleh annoying mentang-mentang terer, 
semua benda nak betulkan even bila I tengok kekejaman 
dan kata "That's mean", dia sibuk "That means lah sayangg.." Allah.. 
(Fine ! Slalu tekene dgn incik lalan. LOL !)

Geliga otak. Sebab saya suka membebel dan tanya soalan pelik 
yang kalau jawapan tak memuaskan saya takkan diam. 
Serious saya takkan diam. 
So even dalam kereta dari johor ke Utara, sesiapa yg jadi my future, 
mulut saya akan sentiasa menemani anda. Bertahan lah ye. Haha

Sayang ibubapa dan ahli keluarga (milik sendiri dan milik saya). 
Boleh enjoy raya, birthdays, kenduri di dua-dua belah pihak :') 
Tackle me you tacle my family too lebih kuranglah.

Good manners. His every move must be in respect of me. 
Hisap rokok masa isteri mengandung kat sebelah. 
Tengah dinner, duduk macam apek,
 sumpah tak menjadi teladan dan tauladan kepada 
anak-anak saya yang comel ! ;p

BUT! Ciri yang WAJIB ada ialah kebolehan 
melayan saya tanpa sempadan. 
Kena dodoikan bila saya terjaga malam, 
tak boleh gelak lama sangat kalau saya mengigau, 
kena tahu bila nak buat-buat kalah bila main Xbox. 
Bila duduk berdua dia kena layan sepenuh hati, 
dia tak boleh biar je saya sorang-sorang bebel 
"Sayang I tak paham kenapa kita wajib tahu 
tarian poco-poco dalam hidup kita" 
and the discussion goes on...

With love, Me.
*Allhamdulillah. saya dah jumpa :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...