FOLLOWER

Wednesday, March 21, 2012

HATI RAPUH

" kita tak mampu control hati kita. Kita juga tidak mampu control kadar kepantasan ia sembuh (terubat). "

Ok harini nak memperkatakan mengenai isu hati, nak bercakap tentang hati cepat terubat. Perihal hati ini memang bukan perkara main-main. Kita takkan pernah dapat control apa hati kita rasa, apa hati kita mahu, apa hati kita mual. Cuma setiap hari yang sebaiknya, apa boleh kita buat adalah bersihkan hati kita sebelum tidur. Kalau kita jaga hati kita baik-baik, kita selalu bersihkan hati kita elok-elok, susah untuknya dijangkiti penyakit hati.

Aduh Tuhanku, minta dijauhi ya penyakit hati. Dan minta diubati penyakit hati orang lainnya yang ada berdengki, berhasad. Penyakit hati yang ada cemburu, ada dendam, ada iri hati.

Hm. Bagi kita menyuci hati, caranya memang banyak. Kalau nak disentuh, pelbagai aspek boleh sentuh. Aspek agama, aspek civik, aspek psikologi. Tapi cara membersih hati yang paling universal ialah tidur dalam keadaan tersenyum. Maksudnya bukanlah sebelum tidur kau cuba sedaya upaya ukirkan senyuman di bibir, bukan, tapi buang semua dendam, maafkan semua taulan, minta ampun pada Tuhan. Kalau yang Islam sudah tentu berzikir demi al-Tazkiyah (maksudnya penyucian, wah mentang-mentang sudah belajar Arab), kerana waktu berzikir kita memuji kebesaran Allah, waktu itu kita terasa kecil, bila kita kecil kita tidak besar, dan bila kita tidak besar, kepala kita juga tidak besar, maka apabila kita tidak besar kepala, ego kita juga saiznya boleh diterima akal, dari situ sifat pemaaf akan sebati dalam diri. Senang kan? Okay maaf, ayat saya yang buat ia nampak complicated tapi ia memang senang sebenarnya. Biar saya ringkaskan. Kepala kecil=Ego kecil=Pemaaf.

Macam dibicara permulaan tulisan tadi, nak sentuh tentang hati yang senang terubat. Hati saya. Hati saya senang terubat. TAPI SANGAT RAPUH. Sangat super duper senang memaafkan. Bila senang memaafkan, hati pun tiada dendam. Bila hati tiada dendam, hati pun rasa ringan. Bila hati ringan, senang orang nak lambung-lambung. Kemudian hati kembali kepada fasa memaafkan. Paham maksud saya?

Ahh what happens next, cycle itu bermula kembali. Hati dilambung-lambung, dan sekali lagi (yang wujud dalam cycle itu juga) kemaafan diberi. Diberi okay. Tidak diminta atau tidak ditagih dari peluka dan pengecil hati. Kemaafan diberi waktu sebelum tidur (sebelum tidur memaafkan memaafkan memaafkan). Kadang-kala (okay bukan kadang-kadang tetapi sangat selalu) orang sekeliling akan rimas. Sebab cepat sangat berbaik semula dengan orang. Cepat sangat berkata tak mengapa. Cepat sangat terlupa sakit apa yang pernah singgah kat hati sendiri. Tapi nak buat macam mana, hati senang terubat. Sekali lagi diingatkan kita tak mampu control hati kita. Kita juga tidak mampu control kadar kepantasan ia sembuh (terubat).

Maka kalau ada di antara darah daging atau rakan taulanmu yang mempunyai hati sebegini, tolong biarkan mereka, jangan banyak menyoal memaksa. Hargai, malah.

Korang try lah k.
i think its good which makes our hati ringan, we also feel more kind..i like this nature of behaviour

EVEN sometimes memakan diri, yup when we realize that we're in a cycle and keep forgiving but those things that u wanna see them change still doesnt change and makes us frustrated in the end..

thats why we have to protect our heart also.. :)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...