FOLLOWER

Thursday, July 30, 2015

BUAT BUKU PINK DI KLINIK KESIHATAN SELANDAR

Hai! Setelah berjaya menangguhkan berkali-kali, setelah incik lalan memaksa-maksa, setelah semua orang asyik-asyik terkejut kerana saya melengahkan membuat buku pink.


Akhirnya! Semalam saya berjaya mengagahkan diri ‎membuat buku pink! Seronoknyaaa ada buku pink ni! Perasaannya jauh lebih indah berbanding buat buku merah (pasport) tu tau.. ni lagi indah..


Pagi-pagi buta pada jam 8.30pagi saya menjejakkan kaki di klinik kesihatan selandar, pada mulanya takut juga, sebab saya baca banyak review yang menceritekan betapa leceh dan seramnya prosuder buku pink ni.


Buka je pintu klinik kesihatan selandar, saya terpingga nk kemana, terus ke ruang pendaftaran, then saya disambut dengan senyuman manis nurse di situ. Baik sangat! Saya rasa lega dengan layanan dia.


Saya letakkan ic di tempat disediakan dan duduk diruang menunggu, 5minit kemudian seorang nurse datang bertanya saya tinggal dimana. Puas lah nak cerita duduk mana, yela incik lalan tahu lah nk explain, saya ni manatahu, yang saya tahu nak explain "straight ni kak, kat selekoh, rumah baru buat warna kuning".. nurse tu balas "ooo, sebelum jambatan, ada pagar? Sebelah rumah salina".. saya tak tahu salina mana, saya sengih je lah sambil bagi nurse tu bill elektrik rumah menyatakan alamat kediaman.


Ramai orang kat klinik kesihatan selandar ni, setengah jam lepastu nurse datang lagi, nurse kata, bahagian handle kawasan saya busy dengan appointment, so saya kena datang lagi tepat 2petang. Nasib baik lah saya memang dah minta cuti awal-awal, kalau tak, tak ke naya nak ulang alik lagi. Tapi its okey, sebab nurse baik-baik dan manis-manis, saya okey je,


2petang,
Masuk klinik, sengih, letak ic tempat mula-mula masuk, nurse tegur "eh, awak yang pagi tadi kan? Kenapa datang lagi?".. saya pun cerita lah apa terjadi, nurse kat pendaftaran cepat2 layan saya, bawa saya ke kaunter ibu dan anak. 


Nurse kat kaunter ibu dan anak pun baik juga, tak silap namanya rosma ke risma ke rasma, ala lupe pula, dia tanya butir2 peribadi, isikan buku pink saya, ambil tekanan darah, tinggi saya, 3bulan pregnant, berat badan naik 2kg so sekarang 52kg + tinggi 152 sahaja. Pendek aku ni. Haha


Panjang prosuder dia tau. 
Step nya :
Pendaftaran-Ambil darah cek HIV-pergi makmal-masuk bilik 3 utk pemeriksaan breast-naik klinik pergigian-masuk bilik 2 untuk scan-masuk bilik 1 untuk ambil senarai nama ubat-farmasi.


Setiap 1 tempat, memakan masa, sebab orang ramai, tapi saya tetap sengih 24jam, sebab nurse-nurse dan doktor semuaaa baik-baikkkkk! Sangattt baikkkkkkkk--


Pada jam 5petang, 
Selesaiiiiii, buku pink dalam genggaman! 
Nak cakap lagi, nurse semuaa baik-baik,
Doktor semuaaa baik-baik..


Saya pernah ke klinik kesihatan TUTTTTTTTT dan mendapat layanan yang masam mencuka 24jam, so bagi saya, klinik kesihatan selandar harus mendapat pujian yang tinggi. Sesuai dengan moto mereka "kami akan bekerjasama dan produktif kerana kesejahteraan anda keutamaan kami" -lebih kurang camtu lah moto dia. Sangat bersesuaian, sebab nampak kerjasama mereka, senyum sentiasa, sopan santun. Saya suka :)


Dan Allhamdulillah, rekod kesihatan saya semua baik. Doktor pun memuji. Doktor kata saya nampak bertenaga, doktor tanya "nak anak berapa?" saya jawab "saya nak 6 orang, saya nak bersalin normel" doktor ketawa dengar jawapan saya.


Aha, masa scan, saya nampak baby lompat-lompat, seronoknyaaaa..... bertenaga sungguh baby, sama macam mommy dia. hehe. Balik rumah, cerita kat incik lalan sungguh-sungguh. Saya cerita bby lompat-lompat, incik lalan happy gila, dia bising sbb saya tak rakam video masa scan tu. Ceh.


Subuh tadi incik lalan terjaga dari tidur dan terus cerita "Yang! Yang! Malam tadi saya mimpi awak bersalin. Saya mimpi awak baru lepas bersalin, keluar dari bilik bersalin tu awak slumber berjalan sambil senyum, tak pakai wheelchair pun, awak ketawe2".. saya dengar mimpi incik lalan tu, saya senyum je, happy sangat lah tu sampai terbawa dalam mimpi. Yela, dia bukan jenis nak tunjuk tahap excited dia, kalau dah sampai mimpi, faham2 ler betapa dia happy bila saya cerita baby lompat-lompat :)


Masa buat buku, memang saya pesan pada incik lalan tak perlu ambil cuti untuk teman kan saya, sebab jenis saya, ada incik lalan, lagi saya mengada, nanti saya jadi lagi manja.


Bersalin nanti incik lalan nk teman saya sama, dia dah kata "saya teman bukan nak genggam2 tangan, saya nak tgk baby keluar tau".. saya balas "buat ape nk tgk saya 'punya' keluar bby, ptt nya awak genggam tgan saya, bisikkan kata2 kekuatan, bacakan ayat2 alquran, bisikkan ditelinga sayaaaaa".. incik lalan balas "no-no, yg saya boleh kata "kepala bby dah keluar, cepat teran! Cepat! Kuat lagi".. kurg asam dia ni hahahah


Lady faizal,
Fatinfashiekin

No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...