FOLLOWER

Sunday, September 27, 2015

BABY TAK CUKUP BULAN


22hb 09,
dapat berita gembira dari kawan setugas,
Ecah. Katanya selamat melahirkan seorang putera. Allhamdulillah.


Allah Maha Berkuasa,
Bila scan, doktor sahkan perempuan,
Lahir-lahir keluarnya lelaki.
Happy sangt ecah,
Memang jantina lelaki yg sgt dia nak,
Memandangkan anak pertamanya perempuan‎.


Ecah kata,
Suaminya ucap syukur dan terima kasih.‎
Saya pun tumpang gembira,
Meremang bulu roma saya memikirkan kekuasaan Allah dalam memakbulkan doa hambanya.
Allah Maha Besar.‎


saya tanya ecah ttg persiapan baby,
Semuanya serba sederhana,
Pagi bersalin baru kalot cari pampers,
Mayb juga sbb dh tahu baby girl, 
So boleh guna baju anak pertama,
Preparation sederhana.
Tak sangka keluarnya boy.‎


Kekalutan berlaku kerana baby dilahirkan tak cukup bulan, keluar ketika 34week (8bulan hamil)
Berat babt : 1.9kg,


Saya tak bimbang dn rasa sbrang kerisauan,
Sebab saya sendiri dlhirkan tak cukup bulan,
Saya dilahirkan pada usia 7bulan, 
Mama kata berat saya 1.8kg shja (saiz botol kicap) haha‎


Tapi,‎
Ecah sekeluarga diduga,
-doktor kata putera ecah kurang darah
-putera ecah dimasukkan ke wd rwtan rapi
-putera ecah berak berdarah
-najis memenuhi perut
-usus putera ecah bocor
-putera ecah dijangkiti kuman


5.24pagi (24/9/15 : raya haji)
Putera kesayangan ecah yang dinanti pergi buat selamanya. Alfatihah.


Banyak pengajaran yang saya dapat,
Incik lalan cukup marah bila saya taksub ingin kan baby girl. Incik lalan cukup marah bila saya suka tengk baby yang comel. 


Incik lalan kata,
"Tak kisah lelaki atau perempuan, tak kisah comel atau tak, yang wajib didoakan adalah kesejahteraan baby, kesihatan baby, kecerdasan baby, kepintaran baby, soleh dn solehah baby.. ambil iktibar setiap sekeliling, sbb bila ssuatu jd, yang kita minta adalah Ya Allah yg aku pinta, panjangkan usianya bukan kecomelan dapat membantu"


Incik lalan part ni memang marah,
Dia tahu ketaksuban saya pada baby girl tambahan pula dihantui dengan anak che ta yang tembam tu.


Sekarang,‎
Bila saya termenung sejenak,
Perhati tiap pengajaran disekeliling,
Saya rasa kekuasaanNya.‎
Segalanya Kun Fayakun atas keinginanNya.


Even scan 4D atau 5D,
Jika Allah nak kan ianya lelaki,
Allah beri lelaki.
Walaupun scan dengan apa jua alatan tcanggih.


dan jika Allah ingin menarik nikmatnya kembali,
Sekelip mata sahja boleh dilaksanakan.


Allahuakbar.
Allah Maha Besar.


Lady faizal,
FatinFashiekin‎



No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...