FOLLOWER

Friday, September 30, 2016

BABY 8 BULAN

Selamat 8bulan baby,
Sekarang dah tahu guna lutut untuk memanjat, dah berlagak berdiri dan lepas dua2 tangan, TAPI, bila dah tahu memanjat, dia tak tahu turun, asyik nk melompat turun bermula dari kepala, So iniseatif saya utk mengajar baby cara turun yg betul dengan menurunkan kaki dahulu.



Best jgk 24jam duk rumah,
Dah macam cikgu taska 😂
Tapi rasa berbangga bila tunjuk kat daddy dia perubahan anak dia.


Contoh : baby dah tahu bersalam,
Daddy balik saya suruh hulur tgn,
Baby sambut tgn daddy bsalam,
Happy kemain daddy dia hahah


Dan ajar juga baby utk bdiri tanpa berpaut pd something,
Macam dinding kn xda tmpt bpaut,
Saya ajar cara yg betul utk kaki menapak dn lutut utk bdiri.

Mulut baby pn skg sebut "DA-DA-DA" means daddy. "BA-BA-BA" adalah favorite song di Baa Baa BLack Sheep.."AAAAAA" bermaksud A yng sy slalu bacakan utk dia. Dn byk lg bunyi yg sy x faham, tp even x faham saya still sebut A B C sampai habis, bia dia ingt hehe


Dm paling best dpt jaga pemakanan dia. 4kali sehari. Pagi 8.30 baby akan makan oat+buah. Lunch baby akan makan nasi+campuran sayur. Tea time baby akan makan puri buah/biskut. Dinner makan nasi+sayur.


Best ! Walker kami belum beli. Daddy suruh baby independent sendiri, supaya sel2 minda baby lebih berhubung, tapi rasenye mmg xmo beli lah. Biar baby explore sendiri 💪🏻

Anak da nk setahun wei !
Cepatnyeeerrr 😘😘😍


I love you kaseh aneeqa "banana"
Eh ! Kaseh aneeq farzana 😆😝


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Sent from my iPhone

Thursday, September 29, 2016

RUTIN SURIRUMAH VS USAHAWAN

Allhamdulillah, harini ade oder kerepek pisang 5kg untuk dipos ke penang. So saya call lah suami inform memandangkan harini kan saya balik pagoh sebab nak hantar kerepek.


Nasib baik ingat !
Plastik packaging tinggal sehelai,
Kelam kabut petang tu berdesup balik melaka nk ke cowboy (actually blh je incik lalan pi sorang, tapi weols kan belangkas hahaha)


Gigih la dari jasin ke cowboy (jauh tau), sampai rumah 8.30, kelam kabut memasak pula sbb x sempat singgah kedai makan cz baby tidur dan saya pula nk goreng kerepek.



Ha ramai orang tanya masa bila saya goreng kerepek. Ok macamni seharian saya yang tak sempat merasa boring.


6pagi : subuh. Buat susu anak. Tukar pampers semalaman dia.
7pagi : golek2 atas katil layan anak yang dah bangun sambil lanyak2 daddy dia atas katil 😂
8pagi : buat breakfast, buka lagu fav baby kuat2, buka tingkap
9pagi : breakfast sekeluarga sambil suap baby, then daddy dukong baby round keliling rumah lepastu pi kerja
9.30pagi : baby tidur. Mommy mengemas rumah
10.30pagi : baby bangun. Mndi. Nyanyi sama2. Main sama2. Layan baby sampi pukul 2 ptg. Sambil tu bt packaging oder custmer dn menimbg. Baby tak kacau pn, sbb mungkin da hari2 tgk 😁
2petang : masa ni baby da lunch bert, dia akan tidur 2jam. Saya akan kopek kulit pisang, pulun habis.
4petang : yeay ! Daddy da nak balik, baby duduk booster seat sambil mommy bagi dia tea time mcm makan buah buahan, epal/kiwi ha cmtu lah. Baby hisap buah sambil layan fav song, so mommy siap2 goreng2 utk daddy sambil jeling2 baby. Fuh bsyukur daddy beli tv letak dapur. Penting sgtt sbb tu je la dpt khayalkn baby
5.10ptg : daddy sampai rumah, mkn goreng2 petang dgn dddy. Pukul 6 daddy ke kebun.
8.30mlm : mula goreng kerepek. Sambil tu klu tgu kering tu, smpat juga lah basuh baju ke, sapu2 ke,


Lepastu tidur !
Begitula kisah hidup iols hhehe.
Tk sempat bosan pun,
Ha saya xde letk masak lunch kn?
Sbb saya mmg xmakan tengahari ke petang ke, mkn dinner teman suami je, bt syarat.


Orang tanya, "tak penat ke"
Ok penat mmg penat, tp syukur incik lalan rajin. Dan tk stress sbnrnya, kt dapur ada tv, sambil goreng+kupas pisang, kami marathon movie. Skg tgh mlyan movie games of throne season 5 huhu.


Ok da 1.20pagi, jom tidur !
Esk nak balik pagoh semule sbb nk pos barang kt gdex pagoh. Situ murah skit 😂



Lady faizal,
Fatinfashiekin

Wednesday, September 28, 2016

CINTA MASAM MANIS

Adik saya kata cerita ni macam saya dengan incik lalan,
Budak pmpn dalam 20thn bcinte dengan lelaki matured (laki iols tk tua okeh) hahahhaha. Pastu laki tu pn duda mcm suami iols. Ciss drama ni ikut2 kiteorang tau **kibas shawl**



Cuma pmasalahan x same la, saya senang je, bcinte-kahwin-bersalin-tambah anak. Eh ! Hahahah



Lady faizal,
Fatinfashiekin

Friday, September 23, 2016

LEPAS BERHENTI KERJA

Memang x dinafikan,at first saya berhenti even ada plan nk bt bisnes, tapi rasa takut dan berdebar menguasai diri. Yela even masa kerja kat farmasi dah biasa push barang dan kumpul komisyen, tapi bila mbabitkan produk sdri, rasa sangat takut. 



Syukurlah sbb dikurniakan suami yang sangat menyokong, sangat positif, sangat memahami. Allhamdulillah. Dia cuma kata "apa2 jadi, tu la fungsi suami". Terharu gila bila dengar. Terus aura positif melonjak naik sbb tak nak hampakan kepercayaan suami 😇 

Masa nak mula, yg tahu hanya yg terapat sahaja. Saya diam2, plan sendiri packaging, design. Dalam masa notis sebulan sebelum berhenti tu, saya mkesure langkah keluar je, saya kena trus mula bisnes kerepek ni. So sbulan sebelum berhenti, semua saya dah set up, 


Plan bab bisnes kerepek, cdangan my husband, dia memujuk saya dengan gurauan. Bila suami dah suruh bhenti, saya kata lah nk bt bisnes kerepek dn dia sgt2 happy. 


Allhamdulillah. ALLAH MAHA MENGETAHUI, selagi kita patuh perintah suami, selagi tu ada keberkatan, bisnes krepek berjalan lancar. Acah2 saja letak kt internet, membuahkan rezeki (terharu) 


Dan sekarang walaupun sibuk dengan kerepek, saya sangat tenang, sangat-sangat tenang dan bahagia. Dulu, 12malam baru tidur, 4pagi dah bangun nak siapkan rumah (sbb PJJ) , nk settle kan anak yg tjaga , 6.30pagi gerak balik pagoh , berkali-kali saya minya maaf kat suami sbb tak mampu jd macam isteri orang lain. Ishh3, kelam kabut betul hidup aku dulu. 


Bab kewangan selepas berhenti kerja, duit kereta saya husband bayar, barang dalam rumah, everything suami settlekan. Tiap bulan suami bagi elaun. Kalau terguna elaun bulan suami bg contoh isi minyak, suami suruh claim semula. Tapi, saya tak sentuh elaun tu pn sbb semua dah lebih dari cukup. Nk apa2 kt shopping cmpx blh minta suami. Mmg ada sale dari kerepek, tapi saya ingat pesan bos saya, tu duit company, jangan usik (baik kak lai !! Hehe) 


Lepas berhenti dan mula bianes sendiri, benda paling saya rasa susah nk explain adalah, ketenangan yang amat2 sangat. Dulu kerja semata nk duit, nk enjoy, sampai kehujung bulan asyik sesakkk je. Saya yg sekarang ? Sedr2 dah hujung bulan, dan berbaki bertambah pula kt bank. Bukan nk mnunjuk tp nk korang faham konsep rezeki yang saya cb explain. Kelebihan tawakal pada Allah dan berserah jiwa raga (its not easy utk saya resign mula2, tapi saya percaya pada rezeki perkahwinan yg Allah janjikan) dan PATUH pada suami, banyak kelebihannya, 

Sekarang walaupun saya penat goreng kerepek, tapi saya tak kisah, saya happy, disamping suami dan anak tersayang. Saya tak sempat melayan boring pun. 


Kepada kawan2 atau sesiapa yang dah tinggalkan kerjaya, atau baru nak berjinak2 tinggalkan kerjaya atau nk mula bisnes..jgn risau..berdoa selalu semoga Allah beri petunjuk pada kita. Petunjuk dari segi apa nak buat, kalau nak buat bisnes ke, apa2 je lah. yakin juga rezeki tu bukan dari bentuk duit je tau.Rezeki dlm byk bentuk, anak bertambah (anak soleh), rezeki suami bertambah (senang suami, senang kita) Fikirkan kebaikan saja, nescaya kita dpt menghadapi situasi baru itu.

Lady faizal,

Fatinfashiekin


KEREPEK PISANG MURAH

Jangan lupa like facebook dan instagram kami ye 😘😘😘😘😘


Facebook : daddy's cookies
Instagram : lalan_food

Thursday, September 22, 2016

DEAR DADDY

Assalamualaikum. Saya kaseh, saya dah 7 bulan. Lagi 5 hari saya 8 bulan. Saya otw nak balik pagoh ni, saya rasa rindu kat nek ma, tok ba, makngah, pakude, acu. Esk pak cik dn mak cik still cuti sekolah, so saya nak balik pagoh main dengan dieorang.


Daddy, saya tinggal kat melaka, tapi daddy promise nanti daddy menyusul (tak biase tidur tak ade saye lah tu) 😂


Gambar ni saya dedikasikan untuk daddy, supaya daddy jaga diri dan rindu saya, biasanya pukul 5.30petang waktu dalam lingkungan daddy nak sampai rumah, daddy call tak bagi saya tidur sebab balik kerja nak bawa saya jalan round rumah, petik jambu batu daddy, tgk ayam jiran, tapi hrini balik kerja, saya dan mommy tak ada. Jaga diri ye daddy.


Mommy pesan, air sirap dalam peti sejuk. Makanan mommy da masak, balik kebun daddy boleh panaskan dan cuma masak nasi je. Rumah mommy da kemas, jangan sepahkan nanti mommy bleter ye daddy.


Sekian

Anak bijak dan solehah,
Kaseh aneeqa farzana

Wednesday, September 21, 2016

RESEPI DAGING UNGKEP MUDAH DAN RINGKAS

Hai murid2 😆😆
Harini cikgu nak ajar cara buat daging ungkep ! Ye, ini adalah masakan jawa. Tapi eh, kalau korang bugis ke, malanau ke, tak salah eh nak buat. So meh cikgu ajar murid2 😆😆😆😆


BAHAN-BAHAN :
1) ketumbar 2 sudu
2)kunyit hidup @ serbuk
3)daging
4)air rebusan daging @ air
5)bawang merah 3biji
6)bawang putih 1bji
7)halia 1inci
8)garam secukup rasenye
9)air panas (utk rendam ketumbar)
10)minyak utk menumis


CARA-CARANYA
1)rendam ketumbar dalam 15minit dgn air panas kemudian tapiskan
2) blend ketumbar/bawang merah/bawang putih/halia/kunyit/bersama sedikit air
3)letak sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan blend tdi, tumis sehingga naik bau
4)masukkan air rebusan daging @ air, kedalam kuali, kecilkan api, masukkan daging supaya kuah dan daging meresap.
5)kecilkan api, tgu sehingga agak kering (terpulang, suka banyak kuah atau x) makin lama korang reneh ungkep ni makin sedap sebenarnya, lama2 ia akan jadi semakin pekat, ala mcm rendang, makin lama makin sedap. Tp mkesure air lebih, kalau air xde tapi korang reneh lama, hangus ler.
6) letak garam (saya masak tnp ajinamoto. Utk ungkep ni xde gule ye. Masin2 lemak gituuuuw)
7)siap !!!!!!!!



Senang gile kan.
Actually ada org buat letak jintan lah, serai lah. Ah, tu semua penaik bau je, simple macamni pun dah sedap 😘 kalau korang suka pedas, tambah cilipadi, macam saya, suami xsuka walau sebiji lada, 😑


Ok. Selamat mencuba.


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Tuesday, September 20, 2016

RESEPI SUP DAGING THAI MUDAH

1st buat sup biase sebenarnya, sup kosong tu sbb incik lalan suka sup macamtu. Tapi memandangkan patik ni kan orang joho, berdarah jawa pula tu, manaboleh tahan tak ada cili padii.


Kebiasaan, segala jenia sup lah, #bangsajohor akan makan dengan sambal kicap. TAPI, saya sangat malas nk blend kan bahan2. Tapi hati meronte-ronte nk mhirup sup yang pedas.


Then ! Terus terfikir "sup daging thai" !! Fuh mesti menyegarkan. Mcm saya, sup kosong dah memang ada, saya cuma potong tomato, dn masukkn cilipadi, tunggu mendidih, siappp !


Ok, jom saya ajar detail :


BAHAN-BAHAN :
1)Sup bunjut
2)bawang merah 4biji
3)bawang putih 2 biji
4)1inci halia
5)daging
6)air untuk merebus
7)tomato
8)4biji cilipadi
9)garam



CARA-CARA
1)rebus daging sehingga empuk (daging korban dalam 1jam)
2)tumbuk bawang putih/bawang merah / halia
3)selepas daging empuk, masukkan bahan2 yang kita tumbuk tadi bersama sup bunjut,
4)bila aroma sup dah naik, masukkn cilipadi dan tomato
5)perasakan dengam garam (saya masak xpnh letak ajinamoto)
6)siap !!!


Takyah pening2, campak2 je, jadi punya, so kalau uols ada anak kecik atau suami yg xmakan pedas, sampai step 3 korang dah boleh berhenti dan letak sayur2 mcm kobis dan carrot then letak garam. Then siap.


Senang kan ?
Sesapa suka sup masam2 pedas ala thai, cubalah. Ni step paling simple, saya tgk org lain ada batang saderi la, lengkuas lah, maaf lah, saya tak suka benda leceh. Hehe. Ala fungsi bnda2 tu pun sekadar naikkn bau je, yg penting rasa, ye tak 😆


Ada daging lebih lagi? Cubelah.
Bye 😘😘


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Monday, September 19, 2016

EVERYTIME WE TOUCH


😘😘😘😘😘😘😘😘

I still hear your voice, when you sleep next to me.
I still feel your touch in my dream.
Forgive me my weakness, but I don't know why
Without you it's hard to survive.

'Cause every time we touch, I get this feeling.
And every time we kiss, I swear I could fly.
Can't you feel my heart beat fast, I want this to last.
Need you by my side.
'Cause every time we touch, I feel the static.
And every time we kiss, I reach for the sky.
Can't you hear my heart beat so...
I can't let you go.
Want you in my life.

Your arms are my castle, your heart is my sky.
They wipe away tears that I cry.
The good and the bad times, we've been through them all.
You make me rise when I fall.

'Cause every time we touch, I get this feeling.
And every time we kiss, I swear I could fly.
Can't you feel my heart beat fast, I want this to last.
Need you by my side.
'Cause every time we touch, I feel the static.
And every time we kiss, I reach for the sky.
Can't you hear my heart beat so...
I can't let you go.
Want you in my life.

'Cause every time we touch, I get this feeling.
And every time we kiss, I swear I could fly.
Can't you feel my heart beat fast, I want this to last.
Need you by my side.


(My fav song)

😘😘😘😘😘😘😘😘😘



Sunday, September 18, 2016

SELFIE

Selfie dengan kaseh,
Baru 7bulan da susah ajak bergambar 😅😅 aduhai la kaseh😒😒

SAKINAH DAH KAHWIN !

Selamat pengantin baru wahai sekidon eh ! Sakinah adon. Hahahhaa. Tahniah darling (mcm geli pula panggil ko drling haha)

Sakinah adalah kawan saya since sekolah menengah, tempat duduk kami tengah, bawah kipas. Port paling selesa utk belajar sebab sejuk hahahha.


Dia seorang kawan yang cantik mcm kacukan (wei aku puji kau wei) tapi perangainya tidak secantik wajah hahahahhaha (wei aku kutuk kau wei) , seriously, dia suka menjerit suka hati dia walau dimana pun dia berada, kalau dia gelak punyalah mengilai kuat gila pun dia tak peduli kat mana pun dia berada,


Dulu kat sekolah fendi gelar dia ibu siska (gara2 cerita bawang putih bwg merah versi indon tu) sama sebiji perangainya hahahha.


Lagisatu sbb ciri2 mcm mak tiri yg zalim ada pada dia, kat kelas, dia lah bg gelaran merepek tapi melekat sampai selarang, contoh rashidi@mancis , syakila@datin , safuan@gesek, nizam@kecut, nabila@itik, saya digelar lulu bcz bulu rome lebat 😒 kuangajo tau hahaha

Tapi whatever pun attitude dia, dia sangatttt best. Kalau hujung tahun kbiasaan kn org malas ke sekolah sbb dah x bljr, buku pun dah dpulangkam. Tapi budak kelas saya antara palinggg best, full datang, ingt lg sakinah sanggup pergi sekolah dengan baju dan kasut yg basah sbb hujan, dengan moto kriss dia hahhahaha. Bila kasut stoking basah, perah lepastu berkaki aym kat meja masing2 sampai kasut kering. Eh ! Tapi dulu xheran langsung la even pakai kasut basah. Gile betul hahaha


Tapi walau mcmne bisingnye sakinah, dia pun kuat nangis, putus dengan jaja dia nangis, org kutuk2 dia nangis. So kiteorg laaa pemberi semangat kat dia, eh korang jgn byg kn saya dn sakinah ni geng pmpn je tau, tak, lelaki pn sama kepoh dgn kiteorg, kamcing, dah sekepala segila


Tak sangke, dah jadi isteri orang ye ko kinah, semoga ko jd isteri yg more sopan santun lepasni ye. Semoge bulan depan dah double line 😂😂😂😂

Lady faizal,
Fatinfashiekin

Friday, September 16, 2016

DULU LAIN SEKARANG LAIN

Esk pika (my cousin kahwin),
Dalam masa yg sama my bff si kinah tu punnnn kahwin. Aduh, dua2 penting.


So plan malamni rewang rumah my cousin, esk tghri pergi tunjuk muka kat rumah sakinah, kemudian berlari ke rumah my cousin kembali.


Saya pn siap2 lah pi rumah pika,
Eh sebelum tu keluar sat cari hadiah utk pengantin, otw nak cari hadiah, baby dah meragam dalam carseat, dia dah start nak lepaskan diri dari belt 😂 macam bini hangtuah dah saya tgk kaseh tu kekadang, betul ikut perangai pak dia lah. Ikut saya jenis malu2 hahahah



Settle cari hadiah, terus ke rumah pika, pn sepanjang perjalanan dia bising, saya tahu dia dah mengantuk, tambahan pula dah jam 9malam, biasanya pukul 8 waktu dia makan sebelum tidur, kaseh kept bising mengeliatkan badan dia.



Sampai je rumah pika, terus meraung anak gua hahahaha. Beza sungguh dulu dengan sekarang, baru iols nak bergambar kat pelamin pengantin anak oi, haih, tak berkesempatan.


Kalau dulu,
Tiap kali my cousin ke kahwin,
Terutama anak2 wakmah, saya paling suka kesana. Ofcz lah sbb makan free, hahahhaa, dn dapt jmp saudara mara sambil gosip2 panas hahahha. Dan tiap kali saudara mara kahwin, saya lah manusia yg suka ambil gambar dieorg. Suka kepoh2 (iols kan memang kepoh tapi versi aktif, jenis tk kisah dapat tugas, bukan jenis tunggu org hidang makan, kalau lepak pun sebelah mama iols kat meja salam keruk).


Sekarang,
Tiada lagiiiiii...
Selfie dgn pelamin pun tak sempat,
Anak nk susu la, anak nak tidur la, mcm malamni, mmg anak lapar dan nak tidur, saya buatkan makanan, kemain besar dia menganga. Maaf kan emakmu ni nak, emakmu mengejar masa 😁


Hah, daddy?
Kalau ada pak dia, dah lama pas anak kt pak dia, tapi pak dia, ke kebun laaa, apa lagi kan. Pak dia awal2 dah bagi alasan "esk tidur pagoh, malamni nak kekebun laaa" 😒😒



Ok lah,
Anak dah tidur,
Saya nk mengiron baju.
Bye.
Muah



Lady faizal,
Fatinfashiekin

BERNIAGA KEREPEK

Masa mgndungkn kaseh, hari2 mkn pisang sbb daddy kn tanam pisang, so daddy selalu bawa balik. Dah bersalinkan kaseh, bermula pula projek kerepek pisang sampaikn adik saya gelar my daughter ni "anak pisang" 😂 selalu saya pesan pd baby, "tgk apa mommy daddy buat, dah bsar nnti sambung legasi mommy, kaseh export kerepek mommy ke luar negara ye, kalau org tanya knp nama kerepek kita lalan_food, nanti da besar mommy cerita kisahnya" 😇 @lalan_food #kasehaneeqafarzana #fatinovelablogspot


Ok, nak share juga, bagi saya tips kepada sesiapa yang nak beli borong kerepek dengan kami, dan nak tips utk korang sama2 berjaya, win2 situation.


Seperti yang semua orang tahu, dan saya pun selalu dengar keluhan pengusaha kerepek sendiri, susah nk cari stok pisang, kebanyakkan yang dah bermula pun tetiba terpaksa stop sebab tak ada stok pisang,

Oleh yang demikian, Allhamdulillah, kelebihan saya pula, my husband pengusaha tanaman pisang dan ofcz sentiasa tak putus stok, so apabila pisang ada, stok kerepek mestilah sentiasa ada.


Oleh itu,
Kepada yg nak jadi usahawan,
Meh saya share tips
1) buat jenama awak, mcm saya lalan_food, daftar SSM tau.
2)create logo sendiri
3)create fb page, insta page,
4)mula pk packaging
5)print sticker
6)BELI BORONG KEREPEK DENGAN KAMI
7)beli punch harga
8)beli punch untuk plastik
9)beli plastik lah kan
10)beli penimbang
11)start packing dan letak kt kedai2 kawasan anda
12)kelebihan jual kerepek : expired lambat, dan makanan semua bangsa dan agama hehe
13)cnfirm laku sbb makanan, semua manusia "makan makanan"


Jom !!
Keluar dari ketakutan,
Lets bisnes ! 😘😘😘


Ok bye nk settle kn oder 10kg kerepek. Muahhhh


Lady faizal,
Fatinfashiekin

SURAT CINTA UNTUK SUAMI

Mengemas punya mengemas, terjumpa love letter ni. Tk sgka dia simpan elok semua surt cinta yg aku bg, dlu konon2 ttinggl kt drawer krete lah, kt seat blkg krte la 😆.. Paling poyo aku buat, konon nk bt surprise bile die masuk ofis, aku pn pos la ke ofis dia, rupanya kbiasaan surat utk dia akn dibuka dulu dn diinform kmudian butir2nya pd dia sbb dia jrg masuk ofis. So tak mmasal staff ofis duk baca, sampai skg aku tk tahu apa yg tjadi sbb masa part laki aku kata staff dia baca trs aku ttup tlinga sbb xnk trime knytaan 😂😂 dn bile aku bca semule ape aku tulis, serius aku rase mcm nk hantuk kepala kt bucu meja. Apa ko merepek dlm surat dulu ni kinnnnnn 😅😆😂😂 #suratcinta #kenanganbercinta #sekarangsuami #fatinovelablogspot

Tuesday, September 13, 2016

PUTUS CINTA DENGAN ALASAN DIA BAIK SANGAT

"Dia terlalu baik untuk aku"


Weekend ni kinah kahwin,
Saya plan lah nak pi saing member saya ni, duk plan punya plan. Tetiba dia buka cerita yg dia sorang je tak kahwin lagi.


Saya puas pujuk,
Tanya juga "tak kan xde sesapa langsung, manatahu ada, tapi kau tu jual mahal sangat"


Dia jawab "baik sangat"..


Dengar je alasan kawan saya mengenai "baik sangat", terkenang pula zaman dulu, ada lah berkenan dengan someone ni,


Orangnya sebiji macam zain ruffedge, senyuman gila manis macam gula2, solat 5 waktu dan selalu bg kata2 yg baik untuk saya, orangnya romantik, penyayang, ambil berat, memang sangat sempurna ! Tiada cela lah senang kata.


Saya suka dia, dia suka saya. (Suka tak semesti cinta acece) Tapi saya tolak dia, tetiba hilang kan diri dan jauhkan diri. Dalam jiwa saya ni, alasan simple "dia baik sangat"..


Bila baik sangat, terus rasa "dia sesuai dengan yg lebih baik".. Bukan nak kata ayat drama tau, tapi bila sempurna sangat, saya jd takut, saya pun secara automatik terpaksa jadi sempurna mcm dia. Padahal, hakikat hakiki, saya ni jenis macam puntianak punya bising. Saya tahu dia tak kisah pun kalau saya jd bising mcm pontianak, but its awkward sgt bila dia terlalu baik dgn ayat yang sopan xkan tetiba saya nak bergelak HAHAHA 😶😶


Lalu, antra dia dn incik lalan, saya memilih duda beranak 2 itu hahahaha (ulang kali gua citer kt suami gua, tp dia buat muke x heran je gua memiluh cinta dia) tak pa, simpan cerita untuk cucu 😂

Berbeza pula situasi dengan incik lalan, watak incik lalan pasif dn npk nerd, kalau depan orang dia sempurne sangat, sengih 24jam, baik je, depan saya, kalau saya pontianak, dia pula jin nya. Dan i know it, xkan sapa percaya dengan perangai jin incik lalan sbb dia wajah baik sangat.


Kami boleh saling jadi tak sempurne, bukan lah kata jadi jahat. Tapi real attitude ni memang tak ade cover, kalau incik lalan ckp bnda baik pun saya blh tunjuk real attitude. Contoh "pakai tudung elok sikit yang".. Saya balas "bukak kang".. Maksud saya, ia nya jujur dari hati dan tak perlu menjaga hati..dan dia pun tak ambil hati..


I know, tak adil kan saya buat macamtu, tapi dia layak untuk yg lagiii baik, handsome sangat, baik sangat, so saya pilih yg xberapa handsome tapi saya yg cantik sangat lah ahahhaha (tampar diri sendiri)


I'm sure mesti that one pk saya memilih incik lalan sebab pangkat pekerjaan, hmm xperlu nk repeat kot yg saya kenal incik lalan as bell boy, terus saya kenalkan pd family, dah lama couple baru kantoi dia Doctr. Tapi saya tahu, apa saya buat, tak baik, tapi baik for future because he deserve lagi sopan bbanding pontianak mcm saya ni 😆


Saya tak tahu mana dia sekarang. Semoga dia dah jumpa pasangan lagi 24kali ganda lagi baik berbanding saya ni.


Bila member cerita ttag "terlalu baik" saya share juga cerita saya, dia pun terkejut sbb saya memahami. Kalau orang lain dah kecam dia dah dia kata. Org len kata dia memilih sangat.


Senang cerita, soal hati tak boleh dipaksa, kalau rasa tak ngam tak best juga. Tak syok bercinta dengan someone yg kita perlu pk apa perlu kita borak seterusnya. Tak kan kahwin nak macamtu kan ? Balik2 soalan "tengah buat ape / dah makan belum"


Kepada my friend,
Jodoh tu rahsia Allah,
Tiba masanya nanti dia pasti tunjukkan diri, kau sabar je okeh.


Kepada diri sendiri,
Husband, tq sbb sudi jadi jin saya dan buat hidup saya bergelak sakan macam hilai puntianak. Sentiasa tak memboringkan. Untill now even surirumah, rajin dia call bini dia ni 😙 yela depn org dia nerd, dgn bini lh geng nak mengumpat 😆😆


Lady faizal,
Fatinfashiekin

ANAK DAH SIHAT

Syukurrr sangat! Anak beransur sihat, peel dah macam bini hang tuah, bersilat sana sini, bila dipegang dia pusing sana pusing sini. Bila dilepas semua tempat dia nak pergi. Fuhhh.


Sampai sekarang tak caya,
"Aku dah ada anakkkk"
"Anak aku kiut ikut muka aku"
"Perangai anak aku buas ikut laki aku" hahhaha


Selalu saya cakap pada kaseh,
"Dulu B ade dalam perut ni tau"
Lepastu kalau dukung dia, saya siap ukur kat perut semula dan pk "kalau masukkan perut balik, muat x ea" 😆


Simptom anak pertama memang camni ea, sentiasa rasa tak caya diri dah bersalin. Sentiasa rasa hebat berjaya push. Incik lalan pula sentiasa repeat ayat "dah boleh tambah ni yang".. Hamboi.. Mentang2 bini duk rumah, 🙄🙄

Since saya duk rumah, anak sangat suka dengan kelibat saya. Eh ! Tapi kalau ada nenek dia, nenek dia lg jd favorite dia 😂 mommy tak dilayan dah.


Okey lah dah 11mlm, nak tidur, jap lagi celik mata je daddy sampai. Hooooreyyyy !!! 😇😇😇


Lady faizal,
Fatinfashiekin

AKIKAH ALISYA DAN AKILA

Allhamdulillah bjalan lancar,
Incik lalan cter, penuh org dtg. Menu makanan gulai / sup dan nasi beriyani (sedapnyeee 😭😭)


Pagi raye incik lalan dah kepoh call, dia kata "sembahyang raya paling selekeh" sbb dah tbiasa isteri siapkan semua, bila isteri tak ada, semua benda tak bawa lah,. (Baru th keajaiban seorang isterikan 😁😁)


Walaupun kat sana busy, incik lalan rajinnnnnn call. Cerita dia nk gi amik daging lah, cerita dia otw beli ais lah, cerita dia baru lps makan lah. Terase betul kesunyian dia kt kedah, incik lalan kata "org len ada isteri hidang makan, anak didukung, dia py isteri jauhhh" lepastu saya ungkit lah "dah abang tinggalkan kiteorg kt pagoh xbagi ikut,".. Incik lalan kata "anak lagi penting, anak kena sihat, kasih syg isteri xpa, boleh claim" 😂😂


Dan esk incik lalan balik sini ! Dia tak lama kat kedah sbb risau baby (ceh, ingatkan rindu bini) 😒😒😒 padahal tiap hari kot iols mms gambar baby kat dia, gambar bini je tak ade 🙄🙄

Apapun, allhamdulillah,
Kaseh dah akikah, alisya dah akikah, akila dah akikah. Tanggungjwb kami sebagai ibu abah dah dilunaskan utk akikahkan anak2 kami 😇 lega. Asyik tangguh tk ada masa je, settle juga akhirnya 👏🏻👏🏻


Yeay !! Esok daddy balik,
Esok daddy balik 😘

Saturday, September 10, 2016

KETUPAT PALAS EMAK

Sedapnyaaaaaaa ketupat palas 😭😭
Cicah rendang / gulai / serunding !
Apasal lah johor tak ade ketupat palassss. Sedapnyaaaaaaaaaaaa



Semoga daddy simpankan untuk mommyyyyy 🙀🙀🙀🙀

48kg

Nak bagitahu,
Jiran sebelah rumah kata gua dah kurus gile, suami gua pun kata gua dah kerimping tahap kering. Tapi suami gua kata leher gua jinjang, paling gua suke part perut gua, perut dah cantik (dulu gua hidup dengan korset sbb perut lembik)


Gua happy gile hahahaha
Baru lah raye !
Hahahaha



Lady faizal,
Fatinfashiekin

KASEH TAK SIHAT

Ikut plan raye hji tahun ni turn kedah, incik lalan ade bt akikah utk alisya dan akila. So saya very lah excited, sbb my mjlis kan (nk buat goodie daddy tak bagi, booring) dlm masa yg sama, ni 1st time nak beraya haji diutara, org kata rya hji kt utara syokkk. Bkobar kobar saya nk myambut raya kt sana.


Tapi,
Kaseh aneeqa farzana binti ahmad faizal still tak sihat 😞 memndangkan kaseh tu ank kesayangan incik lLan, oleh yg demikian, saya dan kaseh kena tinggal. Incik lalan arahkan kaseh dikuarentin supay kesihatan tak terjejas. Incik lalan balik kedah sorang2. Haih. Nasib baik la saya x beli set baju raya haji lagi, sbb sibuk anak tak sihat, rupenye btl sgkaan, tak balik pun.. Daddy promise dia balik kedah sat je mmandangkan baby tak sihat ni.



My daughter batuk2, hidung tersumbat + muntah 😣 daddy tak bagi balik kedah sebab daddy suruh kaseh brehat, takut perjalanan jauh buat baby makin x sihat. Tapi, nak ketupat palasss 😭😭 sedapnya ketupat palas cicah gulai kambing emak 😨😨 peh. Serius rindu !!


Tapi xpelah, raya haji kat johor pn okeh, dpt mkn rendang mama 😝😝😝 dapat mkn lodeh 😎😎 semua orang ada jaga baby, gomol baby, manakala saya ? Guling2 depan tv 😎😎😝

Apapun,
Semoga perjalanan daddy dipermudahkan ! Balik cepat daddy ! Nanti kiteorang rindu, kiteorang tak biasa tidur bila daddy tak pok2 kiteorang heheheheh


Kedah, mu tunggu end of this year ok, kami datang !!!

**skg slu fokus pd instgram**
**jarang update blog**
**amponn**



Lady faizal,
Fatinfashiekin

Friday, September 2, 2016

DEMAM DA 2 MINGGU

Masuk 2minggu demam+batuk,
Skg berjangkit kat anak pula,
Allahuakbar


Saya demam,
Baby demam,
Nasib baik incik lalan sihat


Saya da lah jnis xtahan sakit,
Sejuk menggigil je nangis,
Tgk ank x sihat pun nangis,
Terlalu menangis,
Sampai incik lalan balik pukul2 petang dari kerja jaga kiteorang.


Mlm2 tdr,
Tangan kanan incik lalan tepuk saya,
Tangan kiri tepuk baby,
Sampai dia kata "punyalah penuh kasih sayang saya ni, tepuk serentak korang b2 saya yg x tidur" 😄


Untill now,
Saya still menggigil,
Anak pula mama jga,
Harini incik lalan xdpt cuti sbb ada Dr baru masuk, incik lalan kene bwk dia tjuk cre kerja, so saya pn balik la pagoh ni sbb serius x larat nk jga baby.



Smoga esk sembuh,
Xlarat da mgeletar mcm org ktagih dadah, kesian ank merengek je sbb bdan panas.



Currently : menggigil sejuk

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...