FOLLOWER

Friday, September 23, 2016

LEPAS BERHENTI KERJA

Memang x dinafikan,at first saya berhenti even ada plan nk bt bisnes, tapi rasa takut dan berdebar menguasai diri. Yela even masa kerja kat farmasi dah biasa push barang dan kumpul komisyen, tapi bila mbabitkan produk sdri, rasa sangat takut. 



Syukurlah sbb dikurniakan suami yang sangat menyokong, sangat positif, sangat memahami. Allhamdulillah. Dia cuma kata "apa2 jadi, tu la fungsi suami". Terharu gila bila dengar. Terus aura positif melonjak naik sbb tak nak hampakan kepercayaan suami 😇 

Masa nak mula, yg tahu hanya yg terapat sahaja. Saya diam2, plan sendiri packaging, design. Dalam masa notis sebulan sebelum berhenti tu, saya mkesure langkah keluar je, saya kena trus mula bisnes kerepek ni. So sbulan sebelum berhenti, semua saya dah set up, 


Plan bab bisnes kerepek, cdangan my husband, dia memujuk saya dengan gurauan. Bila suami dah suruh bhenti, saya kata lah nk bt bisnes kerepek dn dia sgt2 happy. 


Allhamdulillah. ALLAH MAHA MENGETAHUI, selagi kita patuh perintah suami, selagi tu ada keberkatan, bisnes krepek berjalan lancar. Acah2 saja letak kt internet, membuahkan rezeki (terharu) 


Dan sekarang walaupun sibuk dengan kerepek, saya sangat tenang, sangat-sangat tenang dan bahagia. Dulu, 12malam baru tidur, 4pagi dah bangun nak siapkan rumah (sbb PJJ) , nk settle kan anak yg tjaga , 6.30pagi gerak balik pagoh , berkali-kali saya minya maaf kat suami sbb tak mampu jd macam isteri orang lain. Ishh3, kelam kabut betul hidup aku dulu. 


Bab kewangan selepas berhenti kerja, duit kereta saya husband bayar, barang dalam rumah, everything suami settlekan. Tiap bulan suami bagi elaun. Kalau terguna elaun bulan suami bg contoh isi minyak, suami suruh claim semula. Tapi, saya tak sentuh elaun tu pn sbb semua dah lebih dari cukup. Nk apa2 kt shopping cmpx blh minta suami. Mmg ada sale dari kerepek, tapi saya ingat pesan bos saya, tu duit company, jangan usik (baik kak lai !! Hehe) 


Lepas berhenti dan mula bianes sendiri, benda paling saya rasa susah nk explain adalah, ketenangan yang amat2 sangat. Dulu kerja semata nk duit, nk enjoy, sampai kehujung bulan asyik sesakkk je. Saya yg sekarang ? Sedr2 dah hujung bulan, dan berbaki bertambah pula kt bank. Bukan nk mnunjuk tp nk korang faham konsep rezeki yang saya cb explain. Kelebihan tawakal pada Allah dan berserah jiwa raga (its not easy utk saya resign mula2, tapi saya percaya pada rezeki perkahwinan yg Allah janjikan) dan PATUH pada suami, banyak kelebihannya, 

Sekarang walaupun saya penat goreng kerepek, tapi saya tak kisah, saya happy, disamping suami dan anak tersayang. Saya tak sempat melayan boring pun. 


Kepada kawan2 atau sesiapa yang dah tinggalkan kerjaya, atau baru nak berjinak2 tinggalkan kerjaya atau nk mula bisnes..jgn risau..berdoa selalu semoga Allah beri petunjuk pada kita. Petunjuk dari segi apa nak buat, kalau nak buat bisnes ke, apa2 je lah. yakin juga rezeki tu bukan dari bentuk duit je tau.Rezeki dlm byk bentuk, anak bertambah (anak soleh), rezeki suami bertambah (senang suami, senang kita) Fikirkan kebaikan saja, nescaya kita dpt menghadapi situasi baru itu.

Lady faizal,

Fatinfashiekin


No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...