FOLLOWER

Tuesday, September 13, 2016

PUTUS CINTA DENGAN ALASAN DIA BAIK SANGAT

"Dia terlalu baik untuk aku"


Weekend ni kinah kahwin,
Saya plan lah nak pi saing member saya ni, duk plan punya plan. Tetiba dia buka cerita yg dia sorang je tak kahwin lagi.


Saya puas pujuk,
Tanya juga "tak kan xde sesapa langsung, manatahu ada, tapi kau tu jual mahal sangat"


Dia jawab "baik sangat"..


Dengar je alasan kawan saya mengenai "baik sangat", terkenang pula zaman dulu, ada lah berkenan dengan someone ni,


Orangnya sebiji macam zain ruffedge, senyuman gila manis macam gula2, solat 5 waktu dan selalu bg kata2 yg baik untuk saya, orangnya romantik, penyayang, ambil berat, memang sangat sempurna ! Tiada cela lah senang kata.


Saya suka dia, dia suka saya. (Suka tak semesti cinta acece) Tapi saya tolak dia, tetiba hilang kan diri dan jauhkan diri. Dalam jiwa saya ni, alasan simple "dia baik sangat"..


Bila baik sangat, terus rasa "dia sesuai dengan yg lebih baik".. Bukan nak kata ayat drama tau, tapi bila sempurna sangat, saya jd takut, saya pun secara automatik terpaksa jadi sempurna mcm dia. Padahal, hakikat hakiki, saya ni jenis macam puntianak punya bising. Saya tahu dia tak kisah pun kalau saya jd bising mcm pontianak, but its awkward sgt bila dia terlalu baik dgn ayat yang sopan xkan tetiba saya nak bergelak HAHAHA 😢😢


Lalu, antra dia dn incik lalan, saya memilih duda beranak 2 itu hahahaha (ulang kali gua citer kt suami gua, tp dia buat muke x heran je gua memiluh cinta dia) tak pa, simpan cerita untuk cucu πŸ˜‚

Berbeza pula situasi dengan incik lalan, watak incik lalan pasif dn npk nerd, kalau depan orang dia sempurne sangat, sengih 24jam, baik je, depan saya, kalau saya pontianak, dia pula jin nya. Dan i know it, xkan sapa percaya dengan perangai jin incik lalan sbb dia wajah baik sangat.


Kami boleh saling jadi tak sempurne, bukan lah kata jadi jahat. Tapi real attitude ni memang tak ade cover, kalau incik lalan ckp bnda baik pun saya blh tunjuk real attitude. Contoh "pakai tudung elok sikit yang".. Saya balas "bukak kang".. Maksud saya, ia nya jujur dari hati dan tak perlu menjaga hati..dan dia pun tak ambil hati..


I know, tak adil kan saya buat macamtu, tapi dia layak untuk yg lagiii baik, handsome sangat, baik sangat, so saya pilih yg xberapa handsome tapi saya yg cantik sangat lah ahahhaha (tampar diri sendiri)


I'm sure mesti that one pk saya memilih incik lalan sebab pangkat pekerjaan, hmm xperlu nk repeat kot yg saya kenal incik lalan as bell boy, terus saya kenalkan pd family, dah lama couple baru kantoi dia Doctr. Tapi saya tahu, apa saya buat, tak baik, tapi baik for future because he deserve lagi sopan bbanding pontianak mcm saya ni πŸ˜†


Saya tak tahu mana dia sekarang. Semoga dia dah jumpa pasangan lagi 24kali ganda lagi baik berbanding saya ni.


Bila member cerita ttag "terlalu baik" saya share juga cerita saya, dia pun terkejut sbb saya memahami. Kalau orang lain dah kecam dia dah dia kata. Org len kata dia memilih sangat.


Senang cerita, soal hati tak boleh dipaksa, kalau rasa tak ngam tak best juga. Tak syok bercinta dengan someone yg kita perlu pk apa perlu kita borak seterusnya. Tak kan kahwin nak macamtu kan ? Balik2 soalan "tengah buat ape / dah makan belum"


Kepada my friend,
Jodoh tu rahsia Allah,
Tiba masanya nanti dia pasti tunjukkan diri, kau sabar je okeh.


Kepada diri sendiri,
Husband, tq sbb sudi jadi jin saya dan buat hidup saya bergelak sakan macam hilai puntianak. Sentiasa tak memboringkan. Untill now even surirumah, rajin dia call bini dia ni πŸ˜™ yela depn org dia nerd, dgn bini lh geng nak mengumpat πŸ˜†πŸ˜†


Lady faizal,
Fatinfashiekin

No comments:

DEK KERANA ANAK πŸ˜…

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...