FOLLOWER

Tuesday, March 31, 2015

SINGBOARD ARROW KE RUMAH PENGANTIN


Terime kasih abah! 
Abah buatkan! Hehe


Tak sabar nak pacak kat depan tol dan tiap simpang. Saya minta abah buatkn signboard arrow yang jelas mata memandang. 
Saya cerita macamana saya nak,
Abah buatkan 
*sengih lebar2*


Gerenti korang yang datang majlis saya nanti tak kan sesat! Hehe. Ha, saya tak guna bunting ada gambar saya ye. Takut uols meluat tgk muke saya di tepi jalan ;p


Lady faizal,
Fatinfashiekin‎

Monday, March 30, 2015

KENDURI NGUMPUL ORANG

Kenduri "ngumpul orang" adalah istilah jawa,
Atau dalam erti lain (saya tanya mak ude)
Kenduri untuk mewar-warkan mengenai tarikh majlis, so gotong royong majlis, bila nak angkat balai dan lain2. ‎Macam meeting la juga kirenye.


Semalam abah kata masa tengah rewang,
"Macam tak percaya nak dapat menantu"‎
Ofcz iols lagi nervouse.


Ok. Apa yg saya buat sekarang adalah,
Menghargai tiap detik "bujang" ini dengan sebaiknya :)‎


Lady faizal,
Fatinfashiekin

‎‎

Sunday, March 29, 2015

ALLHAMDULILLAH



Lega sangat bila ita datang dan berpuas hati,
Allhamdulillah ! :)‎


Since saya kenal incik lalan,
Ni kali pertama ita datang melaka.‎
Masa saya tunang pun ita skluarga direct ke johor,
Incik lalan booking hotel utk keluarga mreka.‎


Lega bila ita datang,
Dan berpuas hati.
Allhamdulillah.
:)


Lady faizal,
Fatinfashiekin







Lady faizal,
FatinFashiekin‎‎

TEMUDUGA PERKAHWINAN


Allhamdulillah,
Saya pass! Lulus! Boleh kahwin dah ;)


Lokasi : pejabat kadi, muar
Waktu : ahad / 8.30pagi


Saya kena 5 soalan
Semua senang,
Cuma pegawai tu asyik-asyik gelak je tengk saya jawab soalan, ofcz lah saya mengigil kan, dia asyik suruh saya bertenang. Lagi lah teruk saya mengigil. lepastu dia sambung ketawa lagi. Even dia gelak2 dan dia sangat sempoi, saya rasa, saya lagi haru biru menjawabnya. Yela, tiap kali saya nak fokus dia gelak. 


Prosuder nya :
8.30 pagi, naik tingkat 1, ke kaunter 1, semakan akan dibuat, kemudian serahkan dokumen. Pergi ke bilik Penguat kuasa undang-undang, anda ditemuduga dibilik penguatkuasa. Setelah selesai, naik ke tingkat 1 semula, pergi ke kaunter 4 untuk pembayaran. Keesokan hari nya datang semula untuk ambil dokumen.


Mengenai temuduga,
Saya disuruh ke pejabat penguatkuasa. Saya sangat beruntung. Ada yang kena jawab soalan direct di kaunter no2 mengikut gambar diatas. Open air. Tak dapat jawab, kena sound direct secara terang-terangan. Maluuu ok. Ramai orang dengar. Bayangkan lah, situasinya mcm situasi kat bank. Kaunter terbuka.‎

Masa saya di kaunter 1 utk pmeriksaan dokumen,‎
Sebelah saya "pak cik" diatas sedang bercakap mengenai kes pceraian dan menceritakan mengenai punca pceraian. Pun secara terang-terangan.


Is it johor style kalau pceraian macamtu ea? Yela, agaknya dia buat sistem pceraian sama dengan sistem nak mohon pernikahan. Yela, masa nak nikah bukan main kan. So nk cerai pun buat apa nak malu. Gitu agaknya. 


Apapun, iols legaa--
Kepada uols yang akan pergi temuduga perkahwinan ni, semoga berjaya lah ye.
Semoga dapat penguatkuasa yang memudahkan urusan anda. Elakkan dapat penguakuasa permpuan kerana penguatkuasa perempuan sgt berdisiplin, yg ada dapat soalan "baca doa masuk bilik pengantin".. "baca doa sebelum keluar air mani".. haa mengelupor. ‎Haha. So, sila hafal buku yg diberikan masa kursus kawin johor. Okey ;p


Bila lulus tadi,
Terus iols rasa diri ni macam bijak gila
*kibas shawl*‎


Lady faizal,
Fatinfashiekin


Saturday, March 28, 2015

BILIK


Tadi incik lalan mengemas rumah,‎
Dan saya kata "hantar mms ye, nak tgk betul ke kemas dan bersih, setiap penjuru ye"..‎


Then incik lalan hantar gambar‎
"Bilik kite"‎
Tetibe iols rasa mcm sweet sangat pula bila dia dah set up bilik dengan caption "bilik kite" hahhahahaha. Tetibe rase macam nak penampo diri sendiri. Hahahaha.‎


‎Lady faizal,
FatinFashiekin

Friday, March 27, 2015

GUEST BOOK


Guest book yang simple,
Tapi part paling mahal bagi saya,
Ayat tersebut :
"All my life, i've prayed for someone like you,
And thank God because I finally found you"


Ikutkan hati,
Lagi panjang ayat nak tulis,
Haha.


Lady faizal,
FatinFashiekin


Thursday, March 26, 2015

TEMAN LELAKI BUKAN UPAHAN

iiols stress uols,
Harini episod akhir Teman Lelaki Upahan,
iols tak dapat tengk,
Padahal iols balik kerja pukul 6 !
(-_-)


Semua salah incik lalann
Memujuk-mujuk saya supaya temankan dia cari barang, pujuk tahap geli geleman iols nak melayan haha.


Begini ceritanya, selasa lepas saya dapat mesej dari adik incik lalan (ita) menyatakan hasrat untuk datang ke melaka bsama kluarga mertuanya dan tidur dirumah incik lalan‎, saya inform incik lalan, dan kami berbesar hati untuk mereka datang ke rumah kami. ‎Adik ipar ita konvo dimerlimau, so akan menginap di rumah incik lalan.‎


Actually banyak benda dah settle dah kat rumah incik lalan. Yang kami cari pun just barang2 penambahan utk tidur seperti bantal dan toto. Barang2 penambahan ‎kat dapur supaya perut tetamu sentiasa dijaga. Tu je.


So harini incik lalan asyik2 call saya suruh saya temankan dia cari barang. Ade je motif dia nak suruh saya ke melaka. Nak bagi borang kawin lah. Nak belanje makan lah. Nak beli kan spek mata lah. 
At last katanya malu nak jalan sorang2, kalau ada geng baru syok katanya. LOL‎


Memandangkan saya pula, this weekend rumah akan kenduri, so saya tumpang sekaki utk cari2 barang dirumah saya.‎


Apapun,
Akhirnya cermin mata sudah ditempah! Yeay ! Saya sengaja minta cermin mata sebagai hantran, malas nak beli sendiri. Sbb cermin mata mahal! Incik lalan tak nak sebenarnya, dia kata "buat malu je letak hantaran cermin mata rabun" tapi, biar, lagi ber manafaat tau untuk kegunaan harian saya ;p


9malam. Settle.
Pulang ke rumah,


Ahad ni ada kenduri doa selamat "ngumpulkan orang". Ha, jawa sebut camtu lah. Kenduri mendoakan supaya majlis berjalan lancar :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin

TEASER HENNA


For my wedding,
Henna disponsr oleh my lovely BFF @ my along @ my kakak @ my partner dlm kesusahan. Ahahha


Siapa? 
Rahsia.
Akan diperkenalkan kemudian.
Habis majlis je nanti iols war-warkan ye :)


saya tak perlu buka mulut jenis henna apa saya nak, dia serba tahu segala apa saya suka, Segala apa saya tak suka. ‎


Lady faizal,
FatinFashiekin‎

Wednesday, March 25, 2015

JEMPUTAN


Sesi memerah otak mengingatkan semula nama2 insan-insan untuk dijemput hadir ke majlis saya nanti,  takut terlupaaaaaaaaa-- almaklumlah, saya kan mak nenek haha


1) cikgu sekolah SARS1
2) cikgu sekolah SKPS
3) soon siang (bos + staff)
4) balai polis
5) maybank 
6) pejabat pos
7) shell
8) petronas
9) staff farmasi
10) ex staff farmasi
11) student praktikel
12) custmer farmasi
13) best friend SARS1
14) school mate SKPS
15) choon heng
16) coca studio‎


Ok tgh pk lagi,
Siapa yg belum dcatit namaaaaaaaaaa........


‎Lady faizal,
Fatinfashiekin

Monday, March 23, 2015

CAT BILIK PENGANTIN


Harini rasa diri ni selebet gile dan gila,
Dari hujung kepala ke hujung kami sampai ke bibir melekat dek cat.


Tapi Allhamdulillah, 
1 hari bereh! *lap peluh kat dahi*
Baru lah saya tahu,
Mengecat susah rupanya, tengk je senang,
Selama ni tengk je haha ;p


Nak mendongak, nak mencangkung, nak membongkok, nak menonggeng,
Semua gaya ada. Krem 1 badan wey.‎


Tapi bila dah settle! 
Sengih sampai telingga......


Warna bilik saya grey,
Yes ! Ofcz saya nk bilik pengantin yang romantik,
Lena tidur, damai, sejuk. Actually incik lalan nk bilik pengantin warna ceria seperti yellow, huh, dia kata dia nak bilik yang menceriakan, yang membolehkan minda dia sentiasa berfikir. Bukannya mendung dan lemau (-_-)


What ever is it,
Bililk tidur saya, so my decision,
Dengan bangga nya saya mengecat bilik warna grey dan whatsapp gambar pada incik lalan yg berbunyi "oh, grey, so romantik".. but actually at last, dia okey je, cuma sifat semulajadi incik lalan, akan suka apa yg saya tak suka. Hehe.‎ Dia sengih juga lah.


Sekarang dah siap mengecat! 
Jom tgk cerita #temanlelakiupahan !
Suka sangat cerita niiiiiiiiiii --
:)


Lady faizal,
Fatinfashiekin

‎‎

Sunday, March 22, 2015

BAJU PENGANTIN BY SALINA BRIDAL


Baju sanding saya pd mulanya saya memilih champange, tetapi sedikit permasalahan yang membuatkan saya terpaksa menolak baju tersebut.


Memandangkan harini cuti,
Saya te‎rus ke butik.


Baju pilihan saya adalah
"BIRU FROZEN"
:)


Cnfirm kakak dgn adik kalau tgk baju saya akan kata saya macam elsa. Tinggal nyanyi lagu "let it goooo,.. let it gooooo" hehe


Ok gambar diatas adalah baju royal blue songket,
Yes, skg mmg populer tema songket, tapi saya kurang berkenan kerana too dark.. dan songket mbuatkan saya kelihatan gem-s dan rend-s 


Baju yang saya berkenan, 
Lebih kurang tema irene nadia marcello punya wedding.


Ok,
Tu je nak share.
Bye bye laling


Lady faizal,
Fatinfashiekin


Saturday, March 21, 2015

JANJI

Sebelum kahwin,
So make promise utk menjadi wife to be.


I dont know apa yg akan berlaku aftr kahwin,
Tapi saya pasti, incik lalan yg saya kenal,
Saya tak berharap tetiba dia berubah jadi charming husband. yang sekarang pun saya dah sayang sangat dah. Haahha *muntah*


Kadang2 ada juga kami gaduh kecil,
Gile tak ada gaduh. Gaduh tu mematangkan hubungan juga, sbb masa gaduh lah kite akan nampak kata2 ikhlas dari pasangan. Contoh "awak tahu kan betapa saya sayang pada awak, saya tak suka lah masam2 macamni" lepastu terus cair melebur-lebur hati sbb dengar statement pengakuan sayang. Haha. Kalau x gaduh, "sayang saya tak?" dia jawab "tak" siut haha.‎



Semoga urusan dipermudahkan.
:)


Ladyfaizal,
Fatinfashiekin

KAD KAHWIN ONLINE (SETTLE! )


Allhamdulillah,
Kad jemputan sudah officially berada ditangan,
Sangat berpuas hati,
Sangat saya sukai.


Design kad,
Adalah atas permintaan yang amat disayang iaitu incik lalan. Dn Allhamdulillah ramai suka sbb mereka kata, jarang kad ada gambar ilusi bunga yang tertumpu. Simple yet romantic. Acecece. Romantik tu aku tambah. Hahaha.


Company pilihan saya :
Ijabdanqabul.com


Berurusan hanya by internet,
Sebab saya tak ada masa lah nak survey2 kedai.
Setahun sebelum majlis dulu ada lah angan2 nak survey sana sini. Makin dekat majlis, makin kelaut. Makin semua tak sempat. So yg saya buat, oder di hujung jari.


Saya dapat free :
-450keping kad
-2 bunting kahwin


Sesiapa yg nak membuat tempahan kad kahwin dari sumber yang boleh dipercayai. Saya rekemen kan company "ijab dan qabul".. boleh stalker dieorg di instgram "ijabdanqabul" mcm2 design dieorg ada upload.


So bila dah dapat kad,
Iols upload kat fb, ramai tanya "tarikh komersial" sabar ea. Sabar. nanti iols bagi tahu. 1st batch kad kahwin saya dah serah pada incik lalan sebab utk rakan sekerja / rakan kampung / rakan universiti. Second batch. Utk saudara mara / jiran kampung / kawan sekolah. 3rd batch (hampir majlis) ut‎k custmer di farmasi dan sahabat handai yang dekat :)


Good night,
Lady faizal‎


Friday, March 20, 2015

ISTERI SOLEHAH

Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.


Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)


Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.


Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.
Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.
Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceraikannya.

_______________________________________


Sebelum tidur,
Terbaca ayat diatas,
Ingatan yang baik untuk isteri dan bakal isteri.


InsyaAllah,
Semoga dipermudahkan urusan,
Kak ain kata, lepas kahwin lagi mencabar,
Sebab tanggungjawab banyak,


Incik lalan pula kata,
Perkahwinan tu menyenangkan dn mbahagiakn,
Yang penting isteri kena hormat pada suami, (seperti ayat diatas) dan saling bkerjasama.



Ok, nk siap2 tidur,
Sebelum tidur,
Nak berangan jadi isteri solehah. Haha.
Cium suami sebelum gi kerja,
Masakkan suami,
Berdandan untuk suami,
Lipat baju suami,
Tidurkan suami. Eh! Hahahah
*gurau2 ea*



Goodnight.
Muah.


Lady faizal,
FatinFashiekin

Thursday, March 19, 2015

ERAT



Saya ada disisi dia,
Dari dia mula merancang impian,
Sehingga dia sedang menapak dalam impiannya.

Dia ada disisi saya,
Dari saya tak tahu apa,
Sehingga saya tahu semua.‎

:)


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Wednesday, March 18, 2015

BAJU BERTANDANG

Mencari baju bertandang,
Puas pusing2,
Bila dah jumpa, legaaa! 
Baju off white payah nak mencari hoi.


Haih makin dekat tarikh makin pening,
3 majlis nak handle.
1) rumah saya
2) rumah incik lalan
3) rumah kami


Rumah saya punya majlis ofcz lah saya sibuk. rumah incik lalan Allhamdulillah, mak incik lalan sangat membantu, kat sana pun buat katering. Senang. Kat rumah kami nanti pun buat katering, cuma gewammm kat incik lalan *guna pktaan gewam* 


Gewam kenapa? 
Incik lalan dengan saya kan beza. Dia jenis relax, saya pula jenis lorat. Ye, saya umpama nenek tua yg akan kept asking selagi perkara saya suruh buat tapi tak buat. Contoh simple, call catering. Kena bebel smpai saya merajuk baru lah dia gerak. LOL.


Ye, apa ingat saya tak pernah merajuk-merajuk? Yela, saya kan gedik. Dh lah gedik, part mbebel mmg hebat, yela, tgk mulut lah kan. Haha. Cme nasib saya baik sbb incik lalan jenis relax je. Dia sentiasa mendamaikan.


Lady faizal,
FatinFashiekin‎


Monday, March 16, 2015

LAUK TANPA NASI


Saya still tak makan nasi sehingga sekarang, 
Saya berpantang nasi.


So bila hadiri majlis kahwin,
Saya memang hanya makan lauk. 
Diet atkins membenarkn kita utk memakan :
-telur
-daging
-ayam
-ikan

Seberapa banyak yang a‎nda mahu,
Asalkn thu kira carb.
So masa kat mjlis kahwin,
Saya cuma makan lauk.
Dan bila cuma makan lauk,
Saya sangat menjadi tumpuan.‎

Semua tanya 
1) "La makan nasi je"
2) "tak makan nasi, tapi lauk banyak"‎
3) "dah kurus dah, jangan kurus sangat" 
4) "minum air kosong? Eh! Nnti gemuk air"
5) "bakal pengantin baru katekan, terus jaga makan"‎

LOL

Sesungguhnya saya han‎ya mampu senyum lebar2 sampai pipi saya rasa tegang sambil suap sebiji telur kedalam mulut. Haha


Lady faizal,
Fatinfashiekin


‎‎

Sunday, March 15, 2015

SAVE THE DATE?


Bagi mereka yang rapat dengan saya,
60% mengetahui tarikh sebenar wedding saya.
Yang ada tahu sendiri tanpa saya beritahu,
Maybe dari saudara mara saya.


Tapi, untuk kawan2 di blog / facebook / twitter / instagram, memang saya tidak akan mewar-warkan nya sehingga hampir majlis at least 2minggu awal :)



Tapi saya akan kept sharing my persiapan.
Saya suka share everything disini, my blog my personal diari. Baru lah boleh share dengan cucu nanti macammna persiapan wedding grandma dia ;p



Lady faizal,
Fatinfashiekin


PEMERIKSAAN HIV DAN THALASEMIA

‎Saya still tak cerita kan? Pengalaman saya masa nak ambil darah untuk ujian pemeriksaan pra perkahwinan. So saya share ye, biar sesiapa yang nak kahwin akan lebih memahami.

Pemeriksaan HIV adalah wajib dilakukan pada semua bakal pengantin, manakala thalasemia pula tidak diwajibkan kepada bakal pengantin.

Pemeriksaan HIV hanya menggunakan setitis darah sahaja, cucuk dihujung jari dan result akan terus dapat. TETAPI, sekiranya anda bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan thalasemia, anda dikehendaki mengisi 1 borang mengenai kesihatan diri anda, dan kemudian darah yang diambil bukan setitik ye, darah diambil ditangan, saya tak tahu berapa ml darah sebab saya langsung tak pandang jarum tu. Mengigil.


Selama ni cucuk orang slumber je, bila orang kata "takut2" saya buat derk je. Sekarang bila diri sendiri nak dicucuk, hah baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Haha.


Saya pergi ke klinik kesihatan kerajaan, saya rasa last saya pergi klinik kerajaan masa saya tingkatan 2, sebab saya accident dilanggar motor betul2 depan klinik tu. ‎Lepastu, dah sihat, pandang pun tak. Ni nasib baiklah terpaksa, kalau farmasi blh buat blood test HIV dh lama suruh kak ani cucukkan. 


9pagi saya dah terpacak disitu,
Tapi bukan saya seorang terpacak. Lagi ramai orang dah menanti dah. Saya ke kaunter pendaftaran, mak cik kaunter suruh saya serah kn borang bakal pengantin pada dia. 15 minit lepastu nama saya dipanggil, mak cik tu tanya saya samaada saya nak buat HIV sahaja atau dengan thalasemia. 


Ikutkan hati saya,
Memang takut nak buat blood test. Takut jarum. Tapi bila pikir semula, alang2 nak kena cucuk, cucuk je lah terus, so saya setuju untuk dilakukan pemeriksaan thalasemia. Saya diberikan borang dan disuruh isikan.


Selepas isi borang pengesahan butiran diri,
Saya disuruh masuk ke bilik 1 tanpa mengambil numbr, ketuk pintu dan direct masuk. Kat dalam bilik tu ada brader botak menanti. Aduh. Saya serius gigil2. Bila dia pakai glove, lagi saya gigil, bila dia ikat tangan saya dan sediakan jarum, lagiiii saya gigil-gigil, bila brader tu letak spirit kat tangan saya, lagiiiiii sayaaaa pucat lesi + gegigilllllll.. bila jarum masuk dalam kulit saya, muka saya macam orang meneran dah.. bila jarum keluar, muka saya macam orang baru lepas makan, 


Selepas settle di bilik 1, saya disuruh membawa darah saya ke bilik 4 (makmal), ni relax sbb member kerja situ, so sambil-sambil tu sharing is caring cerita, 


Selepas settle di bilik 4, saya disuruh ke kaunter pendaftaran, ambil numbr menanti berjumpa doktor. Masa ni dapdupdap, tak heran pasal HIV pun sebab tak pernah buat apa, saya kisah part thalasemia, yela, sian pada zuriat nanti.


Kemudian, no dipanggil, saya jumpa doktor. 
Keputusan saya, baguss,
Terus call incik lalan dan kata, boleh kahwin ;p


So persiapan sebelum membuat pemeriksaan HIV dan thalasemia adalah :
1) borang pemeriksaan HIV dari pejabat agama,
2) pasangan orang mana
3) pasangan kerja mana
4) pasangan kerja apa
5) tarikh kahwin bila
6) dah kahwin duduk mana


Seriously.
Setiap 1 bilik tanya soalan yang sama.
Termasuk kaunter pertanyaan ;p




Lady faizal,
Fatinfashiekin




Saturday, March 14, 2015

SHAWL FOR BEGINNER

Harini cubaan pertama menyarung bukan instant shawl ke majlis perkahwinan pula tu. Saya memang nak kena berlatih pakai shawl sbb wedding nanti tak dibenarkan memakai bawal dan saya pula mmg tak suka tudung awning keras. So, usaha belajar shawl.


Seriously rasa aneh,
Tapi ku lalui jua,
Even merasakan jerawat lagi besar bbanding dahi. Hahahah. Seriously rasa dahi jendul ni sangat berangin. 


Benda baru,
Perkara baru,
So level confident diri saya still rendah,
Sentiasa merasakan pipi tersangat gemuk,
Sentiasa merasakan diri seperti ikan buntal yang tiba2 mengembang. Haha
Nak berborak dengan orang pun saya asyik betulkan shawl ;p


Lagi2 bila orang tegur "eh, macam pernah nampak akk ni! Akk farmasi kan!" punya jauh saya pergi ke selatan, ada juga custmer disitu. Dengan keadaan blur2 dan tak selesa, saya sengih2 dan bersalaman,


Tapi tak pa,
Praktis make perfect! 
Pasni usaha biasakan diri lagi,
Instant shawl memang mudah, tapi saya kena berlatih non instant shawl utk wedding. Semoga berjaya! :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin


Friday, March 13, 2015

GUEST CORNER


Serius tak tahu nak deko macammana,
Hentam sajalah labu.
‎Hehe.

Guest book still tak cari lagi,
Prop still tak complete.

Tak pa,
Slowly right *muah*


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Wednesday, March 11, 2015

BAJU PENGANTIN CHAMPANGE


Baju pengantin : champange
Baju pengapit : merah + grey
Baju dayang : kuning + grey
Kanopi : gold + krim
Baju sanak saudara : disarankn kuning
Baju family : mama still mencari


Ok,
Kenapa saya champange tapi yang lain berbeza warna? Sebab my MUA dah pesan :

1) "baju pengapit kena kontra dgn pengantin, jangan ambil warna pastel sama dengan pengantin"..


2) "dayang2 pun jangan sama dengan pengantin, nanti dalam gambar tak menarik."


3) "kanopi jangan ikut sama warna dengan baju pengantin, seri pengantin x nampak nanti, so bia 1 warna tertumpu pada pengantin sahaja"


4) "nikah biar putih, aura warna putih susah nak tanding bila confirm sah bergelar suami isteri nanti"‎



‎Lady faizal,
Fatinfashiekin‎

PERKARA NEGATIF PEMBELIAN ONLINE

Tiba-tiba abg courier dtg farmasi cari saya,
Terkejut juga dibuatnya.
Yela, saya bukan kaki beli online,
Tiba2 dapat box besar dan berat.


Masa tgk tertera nama saya,
Saya berasa pelik dan berkerut,
Nak buka bungkusan pun rasa berdebar,


Dan bila buka,
Ia adalah tempahan yg saya buat melalui online,
Yang pelik! Saya sebenarnya baru bayar 5% deposit sahaja, mengikut prosuder (deposit then 50%payment then before postage saya kena bayar lagi 50%) baru lah pos.‎


Ini tak,
Baru bayar deposit, dah dapat barang,
Saya ada balance lagi RM220.00 tau sebenarnya,
Ikutkan jiwa raga, nk berdiam haha.
Tapi mana boleh, kena amanah :)
Incik lalan lagi kurang asam, katanya "ini sudahhh untungggggg" haha


Dan bila saya whtsapp company tu dan kata saya dh dapat barang even belum settlekan payment mereka okey je, katanya akan ada next courier nak bagi free gift, so saya tanya lagi "berapa balance payment saya ye?" pun mereka diam. Huhu. 


Saya rasa, sohih, berlaku salah faham.
Memang menguntungkan saya,
Tapi kesian pd company dia. Rugi RM220.00, belum campur dengan kos penghantaran lagi tu.


Nasib baik dapat custmer baik macam saya,
Kalau jenis yang tak nak bayar dan berkeras,
Cemana? Isshhh3 ...


Lady faizal,
FatinFashiekin



Tuesday, March 10, 2015

TAK PERLU PRE WEDDING


Kami tak perlu kan pre wedding,
Sebab dah banyak gambar bersama dah.
Hehe. Membazir je ;p


So projek saya? 
Print out semua gambar.
Create photobooth + guest corner tu cecantik.


Next step,
Mencari bidai yang tinggi,
Untuk digantungkan gambar-gambar kami,
Dari tahun pertama bercinta,
Untill now! Yeah!‎


*aku baru berangan k,
Tak tahu hasil camna. Haha*



Lady faizal,
Fatinfashiekin



Monday, March 9, 2015

HAVE A SAFE FLIGHT



Have a safe flight darling,
Come back soon,
Gonna miss youuuuu! 
Jaga diri, awak tu darah manis.
*crying*


Saya ni bukan nak pikir bukan2,
Tapi since macam2 situasi jadi pada plane,
Saya pun trauma.
So kalini memang berkali-kali saya ucap pd dia
"Remember! I love you!!"
"Remember! I alwaysss love you!!"
"I love you sooo muchhh"‎


Bila dia dh nk naik flight,
Saya ulang lagii
"Ingat tau, selalu ingat, I love you so muchh",
Dia gelak (-_-") lepastu suruh saya jaga diri.


Semoga dipermudahkn urusan,
Semoga dia sentiasa dalam lindungan dan rahmah yang Maha Esa.

"Tuhan, jagakan dia untukku"

Lady faizal,
Fatinfashiekin




Saturday, March 7, 2015

SAYA LANGGAR PENGHADANG TOL (SMARTAG)


Harini saya langgar penghadang tol (smartag),
Bukan salah saya ea! 
Maybe timer tol tu problem.

Saya lalu je macam biasa,
Ttibe penghadang tu tturun semua,
Apa lagi "panggggg"


Ok saya cerita secara detail ye,
8.45malam, tol pagoh (smartag),
Masa saya memandu,
Sedang ada 2 pekerja tol berdiri dibahagian smartag seperti membincangkan sesuatu,
So saya dengan penuh kewanitaan dalam pemanduan, melalui nya sambil menghalakan seperti biasa saya lakukan,
Kemudian "tet" bunyi scanner,
Saya lalu je, penghadang tu turun semule,
Kemudian "dang!!!!" saya langgar penghadang tu sekuat hati..


Kemudian,
Saya terpingge dan ternganga,
Saya berhentikan kereta dan tgk sidemirroor.
Brader 2 org yang kat tepi tu pun tercengang,
60saat saya tunggu dalam kereta sebb ingtkn mereka akan datang, tapi tak, mereka buat macam tak ada apa berlaku. Mereka pergi kat penghadang dan betulkan semula.


Saya? Ofcz lah iols blur. Perempuan kan. Xthu apa nak buat. Saya keluar dari kereta, tgk kereta saya. Kemudian saya toleh brader yg tengah betul kn penghadang, saya kata " penghadang tu tiba2 turun".. abg tu balas dari jauh "kereta tak ada apa2 kan?"...saya balas "tak ada, okey je, penghadang okey tak?"..dia balas "okey2"...saya balas akhir "balik dulu ye, terime kasih".... *apa motif aku ucap terime kasih tetibe. Hahaha. Nervous tadi.*


Bila dah start enjin,
Saya mula fikir. Saya salah ke, dia salah.
Saya salah?? Ofcz lah tak, saya buat macam biasa je, nk kata saya lembab bawa kereta, hello, tgk senarai saman lah k. Hahaha ;p


Dan fikir lagi,
Kalau saya salah, mesti brader tu dah panggil saya, salahkan saya, ni tak, dia buat tak ada apa berlaku je berdua, datang ke saya pun tak, macam takut juga.


So kesimpulannya,
Tak ada apa berlaku pun.
Kereta saya Allhamdulillah kebal.



Saya call incik lalan,
Bebel dia kenapa saya tak claim apa2 dgn pihak tol.
Hello, nk claim apa? Langsung tak ada kerosakkan kot. ‎Dan pihak tol sendiri rasanya dalam situasi "hal kecik".. penghadang tu tak patah pun.. cuma ke depan. Paham x? Ye la, bila langgar, dia kehadapan. Mcm besi yg ditegakkn. Kihkih.


Lawak juga bila fikir situasi tadi.
Saya tercengang.
Brader tu pun tercengang.


Mama abah kata,
Mungkin ada masalah dalam setting timer penghadang tu...


Apapun, Allhamdulillah tak ada apa berlaku,
Saya tak kan report hal sekecil ni sampai pihak atasan, yela, siapa nak benda macamni jadi? Kalau saya report mesti org last yang handle bab ni akan kena. Saya tak suka kacau rezeki orang. Sebab saya tahu, "tak sengaja" bukan sesuatu yang dipinta :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin






Friday, March 6, 2015

BACKDROP PHOTOBOOTH


Sedang memujuk incik lalan supaya baik hati melayan permintaan saya. Haha. Yela, siapa lagi nak melayan permintaan saya dalam merancana segala rancangan.


Abah?  
Malas nak layan permintaan saya. Haha.
Abah kata, pi ikat kat pokok
T_T



So,
Apalah guna nya mempunyai tunang yang serba tahu dan serba boleh dalam segala hal. Haha. Semoga esok lembut hati dia. Kalau hati dia tak lembut, xkira! Paksa! Haha.



Lady faizal, 
Fatinfashiekin


Wednesday, March 4, 2015

BAJU UNTUK PENGAPIT


Allhamdulillah,
Pemilihan warna untuk pengapit pun settle.


BAJU MERAH
+ TUDUNG GREY

:)

*flower crown akan disponser

Lady faizal,
Fatinfashiekin


BAJU BRIDESMAID / DULANG GIRL


Setelah berfikir-fikir-fikir,
Akhirnya penetapan dilakukan,
Tema warna untuk my bridesmaid
Adalah :

BAJU KUNING MUSTARD
+ TUDUNG GREY

:)

*Flower crown akan disponser

Lady faizal,
Fatinfashiekin



Tuesday, March 3, 2015

OUTSTATION TAK HABIS2


Incik lalan kena gi outstation luar negara lagiiii. Seriously saya tak suka dia outstation,
Tambahan pula pada situasi kalut dengan persiapan sekarang.


Incik lalan : ada benda nak cakap ni, jangan marah ea..

Me : apa? Mesti lah marah, mana x boleh marah..

Incik lalan : janji laaa jangan marahhh

Me : hah, beli anak benih pokok lagi lah tu! 

Incik lalan : takkk, bukan2, sekarang dah bulan 3, saya kena pergi outstation, bawa doctr baru, nanti saya beli kan awak coklat mahal kat airport

Me : alaaa! Kn dah janji dah nak kawin tak boleh pi oversea.. xyah lah pergi.. bahaya! Takut ada selsema babi atau selsema burung .,. Sawan babi pun adaaa

incik lalan : amboi, memandai diaaaaaaaa.. selsema babi pun adaaa... terpaksa, sbb nk kena bawa doctr baru.. nnti saya belikan coklat mahal, blh letak kat hantaran.

Me : *sedih* kenapa laaa x outstation lepas kite kawin, boleh lah saya ikut sekaliiii, dan honeymoon sekaliii *sedih*


________________________________________

‎Saya tak suka dia outstation kt luar negara!!!
Sebab????
NAK IKUT JUGAAAAAAAA. JELES K !! baru bulan 10 haritu gi berjalan, ni berjalan lagiiii...... 


Lady faizal,
Fatinfashiekin




Monday, March 2, 2015

BRIDESMAID DAN PENGAPIT


Mencari flower crown! 
Khas untuk pertabalan 
"My dulang girl" & "my pengapit"



‎Lady faizal,
Fatinfashiekin



DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...