Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.
Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)
Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.
Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.
Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.
Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceraikannya.
_______________________________________
Sebelum tidur,
Terbaca ayat diatas,
Ingatan yang baik untuk isteri dan bakal isteri.
InsyaAllah,
Semoga dipermudahkan urusan,
Kak ain kata, lepas kahwin lagi mencabar,
Sebab tanggungjawab banyak,
Incik lalan pula kata,
Perkahwinan tu menyenangkan dn mbahagiakn,
Yang penting isteri kena hormat pada suami, (seperti ayat diatas) dan saling bkerjasama.
Ok, nk siap2 tidur,
Sebelum tidur,
Nak berangan jadi isteri solehah. Haha.
Cium suami sebelum gi kerja,
Masakkan suami,
Berdandan untuk suami,
Lipat baju suami,
Tidurkan suami. Eh! Hahahah
*gurau2 ea*
Goodnight.
Muah.
Lady faizal,
FatinFashiekin
Rasulullah SAW berkata: “Sungguh dia (Khadijah R.A) tiada ganti”. Dia beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, dia membenarkanku ketika semua orang mendustaiku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menghalangku dan Allah menganugerahkan padaku semua anaknya ketika wanita lain tidak memberikanku anak.” [Musnad Ahmad].
Friday, March 20, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL
sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...
-
Memandangkan saya akan mula bkerja dan memandangkan susu badan saya tidak meriah. Saya telah melatih anak saya untuk minum susu formula. ...
-
Fuh, resize gambar sebanyak 500keping, then edit cincai2, pun just dapat siap kan tak sampai 100keping. Owner muka dah kata &qu...
-
Hai !! Allhamdulillah, lalanfood dah melangkah 1 lagi langkah kehadapan. Berdasarkan kenaikan positif selama 7bulan lalanfood...
No comments:
Post a Comment