FOLLOWER

Thursday, March 26, 2015

TEMAN LELAKI BUKAN UPAHAN

iiols stress uols,
Harini episod akhir Teman Lelaki Upahan,
iols tak dapat tengk,
Padahal iols balik kerja pukul 6 !
(-_-)


Semua salah incik lalann
Memujuk-mujuk saya supaya temankan dia cari barang, pujuk tahap geli geleman iols nak melayan haha.


Begini ceritanya, selasa lepas saya dapat mesej dari adik incik lalan (ita) menyatakan hasrat untuk datang ke melaka bsama kluarga mertuanya dan tidur dirumah incik lalan‎, saya inform incik lalan, dan kami berbesar hati untuk mereka datang ke rumah kami. ‎Adik ipar ita konvo dimerlimau, so akan menginap di rumah incik lalan.‎


Actually banyak benda dah settle dah kat rumah incik lalan. Yang kami cari pun just barang2 penambahan utk tidur seperti bantal dan toto. Barang2 penambahan ‎kat dapur supaya perut tetamu sentiasa dijaga. Tu je.


So harini incik lalan asyik2 call saya suruh saya temankan dia cari barang. Ade je motif dia nak suruh saya ke melaka. Nak bagi borang kawin lah. Nak belanje makan lah. Nak beli kan spek mata lah. 
At last katanya malu nak jalan sorang2, kalau ada geng baru syok katanya. LOL‎


Memandangkan saya pula, this weekend rumah akan kenduri, so saya tumpang sekaki utk cari2 barang dirumah saya.‎


Apapun,
Akhirnya cermin mata sudah ditempah! Yeay ! Saya sengaja minta cermin mata sebagai hantran, malas nak beli sendiri. Sbb cermin mata mahal! Incik lalan tak nak sebenarnya, dia kata "buat malu je letak hantaran cermin mata rabun" tapi, biar, lagi ber manafaat tau untuk kegunaan harian saya ;p


9malam. Settle.
Pulang ke rumah,


Ahad ni ada kenduri doa selamat "ngumpulkan orang". Ha, jawa sebut camtu lah. Kenduri mendoakan supaya majlis berjalan lancar :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...