Allhamdulillah,
Saya pass! Lulus! Boleh kahwin dah ;)
Lokasi : pejabat kadi, muar
Waktu : ahad / 8.30pagi
Saya kena 5 soalan
Semua senang,
Cuma pegawai tu asyik-asyik gelak je tengk saya jawab soalan, ofcz lah saya mengigil kan, dia asyik suruh saya bertenang. Lagi lah teruk saya mengigil. lepastu dia sambung ketawa lagi. Even dia gelak2 dan dia sangat sempoi, saya rasa, saya lagi haru biru menjawabnya. Yela, tiap kali saya nak fokus dia gelak.
Prosuder nya :
8.30 pagi, naik tingkat 1, ke kaunter 1, semakan akan dibuat, kemudian serahkan dokumen. Pergi ke bilik Penguat kuasa undang-undang, anda ditemuduga dibilik penguatkuasa. Setelah selesai, naik ke tingkat 1 semula, pergi ke kaunter 4 untuk pembayaran. Keesokan hari nya datang semula untuk ambil dokumen.
Mengenai temuduga,
Saya disuruh ke pejabat penguatkuasa. Saya sangat beruntung. Ada yang kena jawab soalan direct di kaunter no2 mengikut gambar diatas. Open air. Tak dapat jawab, kena sound direct secara terang-terangan. Maluuu ok. Ramai orang dengar. Bayangkan lah, situasinya mcm situasi kat bank. Kaunter terbuka.
Masa saya di kaunter 1 utk pmeriksaan dokumen,
Sebelah saya "pak cik" diatas sedang bercakap mengenai kes pceraian dan menceritakan mengenai punca pceraian. Pun secara terang-terangan.
Is it johor style kalau pceraian macamtu ea? Yela, agaknya dia buat sistem pceraian sama dengan sistem nak mohon pernikahan. Yela, masa nak nikah bukan main kan. So nk cerai pun buat apa nak malu. Gitu agaknya.
Apapun, iols legaa--
Kepada uols yang akan pergi temuduga perkahwinan ni, semoga berjaya lah ye.
Semoga dapat penguatkuasa yang memudahkan urusan anda. Elakkan dapat penguakuasa permpuan kerana penguatkuasa perempuan sgt berdisiplin, yg ada dapat soalan "baca doa masuk bilik pengantin".. "baca doa sebelum keluar air mani".. haa mengelupor. Haha. So, sila hafal buku yg diberikan masa kursus kawin johor. Okey ;p
Bila lulus tadi,
Terus iols rasa diri ni macam bijak gila
*kibas shawl*
Lady faizal,
Fatinfashiekin
Rasulullah SAW berkata: “Sungguh dia (Khadijah R.A) tiada ganti”. Dia beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, dia membenarkanku ketika semua orang mendustaiku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menghalangku dan Allah menganugerahkan padaku semua anaknya ketika wanita lain tidak memberikanku anak.” [Musnad Ahmad].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL
sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...
-
Memandangkan saya akan mula bkerja dan memandangkan susu badan saya tidak meriah. Saya telah melatih anak saya untuk minum susu formula. ...
-
Fuh, resize gambar sebanyak 500keping, then edit cincai2, pun just dapat siap kan tak sampai 100keping. Owner muka dah kata &qu...
-
Hai !! Allhamdulillah, lalanfood dah melangkah 1 lagi langkah kehadapan. Berdasarkan kenaikan positif selama 7bulan lalanfood...
No comments:
Post a Comment