Saya still tak cerita kan? Pengalaman saya masa nak ambil darah untuk ujian pemeriksaan pra perkahwinan. So saya share ye, biar sesiapa yang nak kahwin akan lebih memahami.
Pemeriksaan HIV adalah wajib dilakukan pada semua bakal pengantin, manakala thalasemia pula tidak diwajibkan kepada bakal pengantin.
Pemeriksaan HIV hanya menggunakan setitis darah sahaja, cucuk dihujung jari dan result akan terus dapat. TETAPI, sekiranya anda bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan thalasemia, anda dikehendaki mengisi 1 borang mengenai kesihatan diri anda, dan kemudian darah yang diambil bukan setitik ye, darah diambil ditangan, saya tak tahu berapa ml darah sebab saya langsung tak pandang jarum tu. Mengigil.
Selama ni cucuk orang slumber je, bila orang kata "takut2" saya buat derk je. Sekarang bila diri sendiri nak dicucuk, hah baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Haha.
Saya pergi ke klinik kesihatan kerajaan, saya rasa last saya pergi klinik kerajaan masa saya tingkatan 2, sebab saya accident dilanggar motor betul2 depan klinik tu. Lepastu, dah sihat, pandang pun tak. Ni nasib baiklah terpaksa, kalau farmasi blh buat blood test HIV dh lama suruh kak ani cucukkan.
9pagi saya dah terpacak disitu,
Tapi bukan saya seorang terpacak. Lagi ramai orang dah menanti dah. Saya ke kaunter pendaftaran, mak cik kaunter suruh saya serah kn borang bakal pengantin pada dia. 15 minit lepastu nama saya dipanggil, mak cik tu tanya saya samaada saya nak buat HIV sahaja atau dengan thalasemia.
Ikutkan hati saya,
Memang takut nak buat blood test. Takut jarum. Tapi bila pikir semula, alang2 nak kena cucuk, cucuk je lah terus, so saya setuju untuk dilakukan pemeriksaan thalasemia. Saya diberikan borang dan disuruh isikan.
Selepas isi borang pengesahan butiran diri,
Saya disuruh masuk ke bilik 1 tanpa mengambil numbr, ketuk pintu dan direct masuk. Kat dalam bilik tu ada brader botak menanti. Aduh. Saya serius gigil2. Bila dia pakai glove, lagi saya gigil, bila dia ikat tangan saya dan sediakan jarum, lagiiii saya gigil-gigil, bila brader tu letak spirit kat tangan saya, lagiiiiii sayaaaa pucat lesi + gegigilllllll.. bila jarum masuk dalam kulit saya, muka saya macam orang meneran dah.. bila jarum keluar, muka saya macam orang baru lepas makan,
Selepas settle di bilik 1, saya disuruh membawa darah saya ke bilik 4 (makmal), ni relax sbb member kerja situ, so sambil-sambil tu sharing is caring cerita,
Selepas settle di bilik 4, saya disuruh ke kaunter pendaftaran, ambil numbr menanti berjumpa doktor. Masa ni dapdupdap, tak heran pasal HIV pun sebab tak pernah buat apa, saya kisah part thalasemia, yela, sian pada zuriat nanti.
Kemudian, no dipanggil, saya jumpa doktor.
Keputusan saya, baguss,
Terus call incik lalan dan kata, boleh kahwin ;p
So persiapan sebelum membuat pemeriksaan HIV dan thalasemia adalah :
1) borang pemeriksaan HIV dari pejabat agama,
2) pasangan orang mana
3) pasangan kerja mana
4) pasangan kerja apa
5) tarikh kahwin bila
6) dah kahwin duduk mana
Seriously.
Setiap 1 bilik tanya soalan yang sama.
Termasuk kaunter pertanyaan ;p
Lady faizal,
Fatinfashiekin
Rasulullah SAW berkata: “Sungguh dia (Khadijah R.A) tiada ganti”. Dia beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, dia membenarkanku ketika semua orang mendustaiku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menghalangku dan Allah menganugerahkan padaku semua anaknya ketika wanita lain tidak memberikanku anak.” [Musnad Ahmad].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL
sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...
-
Memandangkan saya akan mula bkerja dan memandangkan susu badan saya tidak meriah. Saya telah melatih anak saya untuk minum susu formula. ...
-
Fuh, resize gambar sebanyak 500keping, then edit cincai2, pun just dapat siap kan tak sampai 100keping. Owner muka dah kata &qu...
-
Hai !! Allhamdulillah, lalanfood dah melangkah 1 lagi langkah kehadapan. Berdasarkan kenaikan positif selama 7bulan lalanfood...
No comments:
Post a Comment