FOLLOWER

Saturday, October 31, 2015

SERONOK MENGANDUNG

Rindu suami so hntar gambar ni dengan caption :
"Yang, tahun depan hujung tahun nak mengandung lagi boleh?" hahahah


Aim : 6 orang ;p


Lady faizal,
Fatinfasheiekin‎


MASUK WAD LAGI (27 MINGGU)

Macam biase! Kene tahan wad lagi.
Haha. Sebulan sekali mesti masuk wad.


Dan benda paling ngeri,
Saat suami tk da disisi. Jauh di Jerman sana.
Rasa nak nangisss (T_T)
Nasib baik lah x degil nak ikut dia outstation,
Kalau x, sure kelam kabut cari hospital.


Kalini sebelum masuk wad saya dah siap2 cari novel dulu lah, cari makanan minuman. Almaklumlah, hospital tu dah macam rumah ke2. 


Cuma, xblh nk tmbah data internt kt phone,
Sbb no sy kn atas nama incik lalan. Kejam betullah. So tbaring kt wad dlm keadaan online smbil bsbar dgn kljuan internet di hp ni.



Soalan wajib doktor :
"Minta maaf nk tnye, ade bsme suami x mlm td"

Sy jwb :
"Suami outstation doctr, tk sempt lagi mak buyong ni nk gode suami.. kne thn wad lg pulak"

Hahaha



Bila laaaa dapat balik,
Semoga bby tk keluar awal,
Sabar bby ye, ada 2bulan je lagii.


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Wednesday, October 28, 2015

TERSAYU HATI

11.50malam,


Semua yang kenal aku akan kata "sayang betul kau pada suami kau ya".. pada yang tak kenal akan kata "sebab laki kau berharta".. selalu aku ngadu pada suami "yang,dieorang kata sayang mengikis abang"..dan suami aku ketawa sambil peluk pinggang aku mesra.


Sebagai isteri,
Keperluan dia lagi penting berbanding aku,
Abah ada pesan "jaga pakai makan suami kak, sediakan semuanya, semua tanggungjawab isteri"
Ye, aku dengar.


Bila incik lalan bagi duit bulan-bulan, yang aku fikirkan bukan baju aku, bukan diri aku. Tak. Suami nmbr 1. Bila pergi shopping cmplx, bukan baju aku yg aku dahulukan, tapi suami. Bila memasak, bukan selera aku yg aku dahulukan, tapi suami. Yang untuk aku, aku lebihkan pada keperluan rumah dn minyak kereta untuk aku berulang alik. Tapi, jujur, aku bahagia, rasa mcm kat syurga. Sebab semua cukup. Tambahan pula aku sendiri ada kerjaya. Allhamdulillah.



Entah, aku pun tak tahu kenapa aku begini,
Mungkin naluri aku sebagai isteri. Mungkin juga sebab aku terlalu ingin dia rasa dihargai. Mungkin kerana aku berasa berterima kasih atas segala dia curah. Mungkin atas usaha yang suami tunjukkan tak jemu dan tak letih mencari rezeki sehingga ke larut malam. Oleh itu, aku balas jasanya dengan jadi sebaik-baik isteri.



Aku pelik,
Perhatikan sekeliling orang yang mudah untuk menyusahkan pasangan mereka. ‎Inginkan sesuatu diluar kemampuan pasangan. Sungguh, aku pelik. Dan terkadang aku bersyukur tak dijadikan sedemikian. Dalam hati aku selalu ada rasa "jangan menjadi beban". ‎



Aku ingat lagi masa belum berkahwin, suami bagi hadiah jam mahal pada aku, bersungguh aku menangis kerana rasa meny‎usahkan dia. Entah, aku sendiri rasa aneh dengan diri aku. Terlalu takut kalau diri ni menyusahkan sesiapa. Sampai dia pujuk agar aku terima hadiahnya.



Sekarang,
Suami jauh. Dengar perkataan "suami" dh boleh buat aku rasa nak menangis. Apatah lagi bila orang tanya "bila suami balik".. lagi rasa sayu menghantui diri. Tak pernah terpisah sejauh ni sejak berkahwin. 
Bertambah pula, sejak mengandung lagi terasa mudah tersayu hati.



Mana aku yg dulu jiwanya kuat,
Sekarang hanya kerana "suami" aku jadi seperti anak kecil kehilangan ibunya..


"Suami, anje rindu"
*lap air mata*‎


-serius aku tabik pada isteri yg berjauhan atas faktor pekerjaan. Contohnya suami bkerja sbgai tentera di lubnan ke. Kalau aku lah, menangis merayu minta tak ditinggalkan sendiri.  Rasanya, aku pn turut pindah ke lubnan.



Lady faizal,
FatinFashiekin

IBU HAMIL KEMALANGAN


Harini saya accident langgar kerete orang sampai bumper tcabut. Kerete saya calar je. Power tak kereta saya? Haha.


Dia pau saya RM200.00
Saya bagi je lah.


Nasib sebelum ke jerman suami ada bagi duit poket pada saya utk saya jaga diri sepanjang ketiadaan dia. Macam tahu-tahu je. But actually duit yg suami bagi 1stly saya tfikir nak bt pi specialist untuk cek baby + scan 4D. Nk bagi kejutan pd dia lah gambar baby.


Tak sangka ‎ada bnda nk blaku,
Ralat mmg ralat, tp pk balik,
InsyaAllah ada rezki lain :)


Lps accident,
Semua saya inform.
Tapi semua kata " tu laaa, bawak krta tk betul"
Haha


Ralat, bazir je bagi RM200 kt org free2.
But, bila pk semula, nasib baik bby tak ape2.
Suami dah pesan sblum gi jerman "jagakan baby elok-elok".


But now,
I think I miss my hubby so much,
Bila something happen, tp dia tak ada, rasa sedih sangat-sangat. Nasib baik mama abah dekat. Boleh ngadu. 


Incik lalan,
Balik laaa cepatttt--


Lady faizal,
FatinFashiekin


Saturday, October 24, 2015

BABY OLIVIA



Comel sungguh! 
Rasa nk cium erat2.


Lady faizal,
FatinFashiekin

JANTUNG HATI DIKEJAUHAN

Apa khabar jantung hati aku dikejauhan?  
Apakah dia rindukan aku?
Apakah dia rindu pada nakal isterinya yang sentiasa mencomot menggangu dia setiap pagi dia?


Atau,
Apakah dia sedang tidur lena kerana tak perlu mempok-pok aku sehingga lena seperti kebiasaannya.



Buat suami kesayangan,
Anje rindu T_T‎



Lady faizal,
FatinFashiekin

Friday, October 23, 2015

TUTORIAL BUN RAMBUT (PERSEDIAAN BERPANTANG)



Dari segala perkara untuk berpantang,
Tang tatarias rambut yang duk saya godek2 sekarang, Bukan apa, nak juga lah feeling2 macam che ta, nak bersalin pn makeup, lepas bersalin pn cun melecun.. masa pantang pun stylo..


Haritu saya siap buat muka dan ngorat2 suami minta izin nak pi salon buat rambut sebelum sarat mengandung. Bagi rambut nampak sihat, bermaya, tersusun rapi dan bergaya haha. Macam biasalah, mana suami saya bagi, dia sebut lah konon bahaya lah, ada bahan kimia lah nanti meresap dalam kepala tak baik untuk baby. Hmm..


Ok lah.
Demi baby tersayang,‎
Tak bagi tak pa lah,
Tutorial sendiri lah,
‎Sapu ubat rambut sendiri laa--


Haha
*pang*‎


Lady faizal,‎
FatinFashiekin




Sunday, October 18, 2015

LIRIK LAGU ELEENA HARRIS - TERLALU RINDU


Tengah syok-syok rehat kat farmasi,
Tetibe incik lalan call
"Buka suriaFM sekarang!"

Kalot saya buka suriaFM,
Bila buka, aik, lagu Mnasir? 
Biar betul. Huhu


Saya :
Kenapa dengan radio? 

Incik lalan :
Lambat.‎

Saya :
Ada apa kat radio?

Incik lalan :
Kat radio ada apa?

Saya : 
Ada lagu. Lagu apaaaaa? 

Incik lalan :
Helena arris punya lagu, lagu untuk awak bila saya outstation nanti. Heehe

Saya :
Lagu TERLALU RINDU!  Hehe. Actually, sebelum ni pun dah dengar, dah terfikir dah, kalau awak outstation nanti nk bagi lagu ni kat awak. But, actually pun, sebelum awak outstation saya memang dah sllu nyanyi lagu tu. Otw balik melaka kalau follow kereta awak, kt dalam kereta saya nyanyi2 lagu tu. Rasa bahagia sangat! Haha

Incik lalan :‎
Elehh. Lagu tu untuk awak, bila saya kat sana nanti hehe :) 


_______________________________________

Eleena Harris - Terlalu Rindu

Https://m.youtube.com/watch?v=k2-391vm6Uc


Cahaya mentari di pagi hari
Sinarnya kaburi pandanganku ini
Hembusan angin menemani perjalananku
Yang menuju ke hatimu kekasih

Tapi mengapa ku masih rasa begini
Bila mahu bertemu mahu saja jerit

Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu

Oh bulan mana bintang
Mana dia kekasih seorang
Bantulah aku, aku dah buntu
Bintang di langit janganlah bersembunyi
Usahlah membisu bilang dia rindu aku

Ku tak perlu semua hadiah darimu
Ku cuma mahu kau ada depanku
Ku tak perlu semua hadiah darimu
Ku cuma mahu kau ada di depanku

Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu

Oh bulan mana bintang
Mana dia kekasih seorang
Bantulah aku, aku dah buntu
Bintang di langit janganlah bersembunyi
Usahlah membisu bila dia rindu aku

Cuba padamkan lampu lihat apa kau mampu
Jangan risau aku bantu
Setiap kerinduan tak dapat ditiupkan
Walaupun angin lembut bayu
Cuba kau teroka jauh sebentar
Kalau takut cuba intai tengok dunia sebenar
Tak perlu laju lari takut tidak menjadi
Mahu saja aku berdikari

Hembusan angin menemani perjalananku
Yang menuju ke hatimu kekasih
Tapi mengapa ku masih rasa begini
Bila mahu bertemu mahu saja jerit

Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu

Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu
Terlalu rindu, terlalu rindu
Jujur aku terlalu rindu
Tiada lain selain rindu‎.‎


Lady faizal,
FatinFashiekin

MACAM-MACAM RAGAM


Haha. Saya nk cari lah novel "Aku dipinang Duda" ni! Macam syokkk je. Tak pun saya tulis novel sendiri "Hatiku dicuri Duda Idaman" hahahahaha.


Dalam this week incik lalan akan outstation,
Risau. Sebab jauh sangat dari dia.‎
Since kahwin, segala keberanian dalam diri saya ni HILANG. Since kahwin, segala kekuatan saya ni HILANG. Almaklumlah sejak dh ada pelindung ni.


Ye, dulu langsung saya tak heran dengan hantu, sekarangggg, mimpi ngeri pun nangis. Ye, dulu kene parang sampai koyak kulit pn diam je, sbb tahu salah sendiri, sekarang, kena pisau masa potong ayam terus MMS suami dan nangis. Tapi, ingat laki aku layan. Makin dia picit luka tu ada. Dia kata "saya doktor, saya tahu apa nak buat" dia tekan kuat konon hentikan darah. Dia pk saya seekor ayammmmm T_T‎


Minggu ni dia pening nk kena bagi ceramah,
Then saya kata,

Saya : seronoknya kalau awak tengah2 ceramah, lepastu saya ada dalam tu, tiba2 saya akan angkat tangan tinggi2 dan kata "doc, maaf, saya tak faham lah dengan apa doc ‎terangkan, doc terangkan laju sangat. Ulang please" saya kenakan awak. Dlam bilik tu, tak ada siapa tahu saya wife awak. Mesti awak terkulat-kulat. Padan muka awak hahaha


Incik lalan : awak ingat saya heran, saya balas lah "kenapa awak lembab sangat, siapa nama awak? FatinFashiekin? Oh, bukan seorang yang bernama berkenaan memiliki iq yang kurang cekap, no wonder la" -dia gelak besar


Saya :‎ lepastu waktu break untuk lunch, saya akan datang kat meja awak ngorat awak ajak awak lunch, yela, semua orang tak tahu saya wife awak. Saya saja lah buat gedik2 kat awak. Hahahaha.


Incik lalan : eh, saya pun buat2 tak kenal awak, saya ajak orang yang cantik untuk lunch, panas kan awak. Lepastu tinggalkan awak. Mesti awak bengang hahahaha


Saya : *kerling dia tajam tanpa kerlip*

Incik lalan : yelaaaa, betullah saya cakap.


Laki saya kalau diajak bergurau,
Joke berdarah hidung dia balas.


________________________________________‎

Ni nak outstation, pujuk2 nak suruh teman beli luggage beg baru, dia shopping mane reti sorang2, nak berteman, dia tak selese promoter ikut dia, saya malas nk ke shopping cmplx since ngandung ni, nk jalan2, mengah, kadang2 tengah jalan berdiri rasa berpeluh nak pitam tau. Tu yg suka duk rumah. Dia pujuk saya sampai tahap gigit2 saya punya lengan, jgn korang bayangkan gigitan cinta pula, tak, ni gigitan nganga mulut luas2 dan masukkan sebatang lengan saya dalam mulut dia. Masatu saya tengah duk mengiron baju, nasib tak tepek seterika kat muka dia. Hahahaha. 


Tapi memang saya tak bagi lah. Kat rumah dah banyak luggage dah, siapa nk guna? Ehem! Lain lah kalau iols ikut, ehem! Hahahaha *motip sangat kan*



‎Lady faizal,
FatinFashiekin

Friday, October 16, 2015

RUTIN HUJUNGMINGGU



Hai sabtu,
Setelah settle mengemas luar dan dalam rumah,
Dan settle memasak dan makan,
Sekarang tersadai kat ruang tamu sambil pandang siling. Fuh, mengah.


Tengh duk lap-lap tingkap rumah kat luar sambil panjat2, tetiba jiran tegur "uiiii, jangan panjat-panjatttttttttt...‎ bahayaaaaa lah mak buyonggg" 


Dulu sebelum kahwin selalu pelik tgk mama, kemas rumah laju sungguh. Pagi2 dah siram pokok bunge. Bersihkan longkang. Sapu halaman. Lajuuuuu je mama buat. Selalu tertanye "tak penat ke?" sekarang dah khwin, saya dah faham, semua tenaga datang sendiri, sebab atas dasar tanggungjwab. 


Bila semua dah settle,
Rasa sangat puas hati! :)‎


Tapi, apapun, bila balik rumah mamaabah,
Saya still manja lagi even dah kahwin,
Bila balik pagoh kalau ada aza,
Wajib air teh panas dah terhidang,
Juadah sedap2 terhidang,
Bilik pun dah berubah rupa,
Ada je cadar mama tukar.
Tak sempat buat apa pun, mama rajin bbenar.
Haha *alasan kan* 


;p


Lady faizal,
FatinFashiekin


Thursday, October 15, 2015

CUTI AWAL MUHARAM SAYA


Semalam farmasi tutup sempena "awal muharam",
Tapi suami kerja, haih, booring,
Sepanjang hari saya memanafaatkan masa dengan bergotong royong disegala ceruk rumah.


11.30am : semua dah settle dan saya kebosanan. So ambil makanan sambil tgk movie.. movie habis, then zohor, lepastu terkebil-kebil tengk syiling rumah terlelap sampai pukul 4. gile lame terlelap kan. Actually tersedar 5kali, tapi pujuk mata rehat semula sebab tk ade ape nak dibuat. Plan saya, pkul 5 nk cabut rumput + sapu halaman rumah.


4pm : hujan lebattt. Mesej suami "dari 1.30 sampai pukul 4 saya tidur, boooooringgggg laaaaa" suami pun balas "aik, macamni nak jadi surirumah? Baru sehari duduk rumah dah bosan".. huhu.. ttibe suami pun sampai rumah, dn dia minta izin ke kebun even hujan.. dia kata kebun tak hujan. So kebosanan bersambung-sambungggg.


Sebelum maghrib suami pun balik :
Gorengkan hot dog untuk dia sebab incik lalan x bagi masak, dia ajak makan luar kesian tgk saya boring katanya.


9malam keluar rumah :
Makan-makan satey + nasi paprik dn macam-macam. Borak-borak. Gelak-gelak. Tengk movie sampai midnight. Pusing melaka ditengah malam.


Saya :
Orang lain semua tertarik dengan melaka, nak bercuti ke melaka lah. Kite ni pula, kategori masyarakat yang tak heran dengan apa adanya melaka kan? Teruk betul. Kite duduk melaka pun malas nk explore apa ada kat melaka.


Incik lalan :
Sebab kita ni bukan jenis suka nk join jalan jamm2 tu, saya pula kawan ajak keluar memang saya malas. Awak pula jenis malas nak berjalan, kena cuaca sejuk, panas sikit bising. Macammana nak explore? ‎


Haha.


Seriously, taming sari ke ape kejadah sewaktu dengannya, saya tak pernah naik dan amik port. Muzium2 ke, ape pun lah, memang tak minat. Ni cuti sekolah ni, cube nk pujuk hati, tgk lah cemana nanti. Nak bawa adik2 kesini.


Patutnya saya ni syukurlah kan? Rumah dah sah kat melaka. Orang lain datang melaka siap booking hotel bagai. Lagi mahu merungut ka? Haha ;p



Lady faizal,
FatinFashiekin


Monday, October 12, 2015

DAH KELUAR WAD! (6BULAN HAMIL)



Happy gile dapat keluar wad,
Yg x bleh blah nya,
Nurse dan doctor kat wad dah kenal saya.
Hahahah


Doctor kata :
"Ape kene ko ni fatin.. dah 6 bulan pn problem lagi ke? Baru minggu lepas ko jumpa aku, harini jumpe lagi.. padan muke kena tahan wad"


Haha


Nurse kata :
"Fatin Fashiekin, awak yang 2 kali masuk wad sebelum ni kan? Nama awak unik, tu saya ingat tu"


Haha


Tengah baring-baring,
Ada lawatan orang dari pejabat agama sebab nak bagi risalah doa-doa orang sedang sakit.


Staff Pejbt Agama (puan aza) :
"Fatin Fashiekin, yang baru ambil sijil nikah originel tu kan? Berjumpa lagi kite"..


Kecik dunia. Selamani whatsapp2 je dengan dia, sebab bertangguh nak ambil sijil nikah originel tu, dh boyot ni baru lah saya terkedik-kedik nak pi ambil. Kebetulan pula, staff in charge kwsan saya tu round hospital ni. So rancak lah borak.


Saya :
Maaf lah lambat ambil sijil nikah tu, dh nak bsalin baru kelam kabut. Almaklumlah, dh nikah ni, x heran dah kalau nk kena tangkap basah dengan suami sendiri. Rasa seronok pula kalau kene tangkap, hehehehe


Pung pang pung pang,
4.30pm keluar wad.
Lambat sebab incik lalan dri negeri sembilan,
Jenuh menunggu.
Sampai je rumah, saya bantai tidur.
Sebab tidur kat wad tak lena,
Kena kejuttt je utk makan ubat @ amik BP dan jantung baby..


Doktor suruh saya bedrest 2weeks,
Tapi saya tak mau. Saya nk kerja.
Oh tak sanggup nak melayan kebosanan dirumah,
Boleh pening kepala tgk dindinggg je.
Kalau kerja boleh borak2 dengan kawan2,
Kerja farmasi pun bukan berat, kalau berat kawan2 pun faham tak bagi saya tolong.


Nampak tak, betapa sayangnya saya pada pekerjaan saya? Nampak tak? 


Ok lah.
Esk nk kerja,
Jom tdr.


*nasib baik masuk wad masa suami still kat malaysia, kalau dia dh gerak ke german@holland, nangis saya kat wad sbb dahagakan perhatian suami*hahahahahaha




Lady faizal,
FatinFashiekin



Sunday, October 11, 2015

DAVID BECKHAM WITH HARPER BECKHAM

Sebenarnya,
Sebab gambar ni lah saya bkobar nak bby girl. Haha. Feeling2 aku ni victoria beckham hahahhahahahha


‎*pang!!


Lady faizal,
FatinFashiekin

BOY KE GIRL


Jantina masih tak jelas kelihatan,
Semua doktr bagi jwpan teragak-agak
"Maybe girl atau boy kot" -jwpan cmni
Tapi naluri kuat mengatakan bby girl,
Sebab serius nk girl.


Orang tgk perut saya kata "boy"
Tapi saya tahu girl
Sebab terlalu geram gigit bibir dgn girl
*kalau slh, ampunkan den* haha



Me :
Yang, kakak dgn adik jeles tak kalau bby kite nanti manje dengan awak? Yela, awak kan manjakan adik dan kakak. Agaknya nanti klu dpt bby girl dn lbh manja dri mereka, mcmne ye?


Incik lalan :
Tak lah. Hritu kite sendiri tanye kakak adik, dia nak girl ke boy, dieorg kata nk girl sbb boleh main bersama kan.


Risau sbenarnya,
Anak incik lalan memang manja gila dengan incik lalan. Berebut selalu nk dipangku abah mereka, sampai bergaduh gaduh semata nak kena pangku tau. Sampai merajuk2 kalau abah mereka pilih kasih. Anak saya, haruslah ngam dengan saya. Tapi org kata, kalau girl mmg rapat dgn daddy, klu boy dengan mummy.


Dan saya mmg nk girl yg rapat dgn daddy nya juga,
Senang saya. Hahahaa.


Persiapan baju,
Saya beli unisex,
Boleh sampai 6 orang anak pakai.
Nk 3laki + 3pmpn.


Lady faizal,
FatinFashiekin


PERUNDING IMEJ SUAMI

Me :
Esk rumah tok kenduri, saya tak boleh teman awak cari barang persiapan awak pergi Holland dan German. Awak cari sendiri ye. 


Keesokkan hari punn tiba,


Dia :
Isshhh tak retilah nak cari apa, malu lah jalan sorang-sorang, tak tahu lah nak cari macammana. Ni saya cuci kereta dulu, jap ‎lagi sampai, kita gi sama


Saya :
T_T



So,
Allhamdulillah, 
sehingga 9.30malam,
Selesai cari baju dia untuk menghadap musim sejuk -4•c nanti.. ‎


‎Balik ke dari shopping,
Esok nya,
Saya pun masuk wad haha


Lady faizal,
FatinFashiekin

6 BULAN MENGANDUNG

Hadiah bersempena 6 bulan hamil.
Masuk wad. Hahahha


Sebelum kahwin dulu,
Saya lah orang paling kuat, cergas dan bertenaga.
Tak de jumpe doktor tau,
satu2nya doktor tu lah incik lalan tu.
Yang len2, saya kuat dan hebat.


Sejak kahwin,
Sejak hamil,
Keluar masuk wad je,
(-_-")


‎Doktor kata baby sangat aktif,
Allhamdulillah.
Tapi doktor kata uri still tak naik lagi,
Tak menutup jalan rahim,
Tapi masih dibawah.


Semoga esk dapat keluar wad,
Pasni doktr bagi cuti 3 minggu pn saya tak mo,
Nk kerje. Cukuplah sebelum ni kebosanan memandang dinding rumah 2 minggu.
Tak nak lagi daaa--


Lady faizal,
FatinFashiekin


Monday, October 5, 2015

ALFATIHAH KEPADA HAJAH YANG BINTI MUNIR

Mak tok saya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam 5 oktober 15, pada pukul 5petang. 


Masa saya kecik, tok yang jaga saya.
Balik sekolah je terus ke rumah tok.
Cuti sekolah pun ke rumah tok.
Petang2 kalau bosan pun lepak rumah tok.
Masa saya accident patah kaki pn duk rumah tok.
Sebab mama dan abah kerja.


Masakan tok adalah masakan palingggggg sedap,
Ayam masak lemak, asam pedas dia, lain, aura masakannya lain. Air tangan tok sedap sangat-sangat. Dulu balik sekolah, buka tudung saji, macam2 ada, lepas tok sakit, dh tak rasa masakan tok. Sbb anak2 tok (bik yati) dh siapkan semua. Allhamdulillah perancangan Allah tu hebat, bik yati pun tiba2 dari kelantan duduk dengan tok, dapat suami orang pahang tapi suami bik yati kerja kat site bik yati xboleh ikut sama. So bik yati duk kampung, jaga tok.  


Atok pernah kena angin ahmar,
Tapi hanya disebelah badan. Setelah beberapa lama, tok kembali boleh berjalan, cuma perlahan. Kalau tok bosan, tok suka termenung. Tok kata "atok kalau tk boleh tidur, pikiran tok pergi semua rumah, rumah wak mah, mak ngah, mak ude, bik mimi"..tok slu cakap macamtu..


Mak tok lemah lembut orangnya, dulu masa saya kecik adalah tegasnya, tapi tegas sbb saya kecik2 dulu degil. Antara ramai2 cucu, tok akan salahkan saya kalau ada kesilapan, dengan alasan sbb saya paling tua so saya mengajar cucu2 yang kecil. Tapi, tu kenangan manis saya dengan tok sbb antara semua cucu, tok jaga saya dari baby sampai besar :)


Tok lemah lembut dan mudah tersentuh, ingt lagi, saya bagi tok gaji pertama saya bekerja sbb tok jaga saya. Mak tok nangis. Mak tok mmg suka nangis, saya lepas bertunang pun tok menangis sbb gembira.


Masa saya kahwin, tok duduk rumah kami, badan tok kejap sejuk, kejap panas, saya kipas kan tok. Urut kaki tok. Tok ingat saya masa tu.


Allhamdulillah, raya haji tok masih sihat, saya ada melawat tok dan sempat cakap "tok, ekin mengandung, tok akan dapat cucu baru".. saya ambil tangan tok dan usapkan kat perut saya. Sempat lagi tok buat pesanan suara pada pakcik saya yg otw balik ke kampung, tok kata "im kat mana"‎


Keadaan tok teruk keesokan hari lepas raya haji, tiba-tiba demam mengigil hingga gegar katil. Hari pertama, tok kuat lagi even demam. 


Hari ke3 tok demam, saya datang melawat tok. Mama abah suh saya minta maaf halal kn makan dn minum. Saya tak buat pun. Saya datang kat tok, saya kata "tok, ni ekin".. tok gerakkn mulut kata "sikinn".. saya kata pada tok "eh, tok dah nak sihat dah ni. Tok jangan susah hati, makan ubat tau, ni dah nak sihat ni".. saya tak suka nak bagi ayat-ayat sedih pada tok. Sebab kalau saya sakit ttbe orang yg melwat saya bg ayt umpama saya dh nak meninggal, saya msti sedih.


Lepas seminggu,
Tok akhirnya meninggalkan kami,
Allhamdulillah, cara tok pergi mudah sangat.
Sakit tok pun tak teruk, berperingkat. Dari kuat-tak boleh bangun-tak boleh cakap-meninggal. Kami sekeluarga dan sanak saudara semua dah redha.


Saya tahu,
Tok rindu arwah bapak tok,
Masa tok baru sakit sebelum ni,
Saudara mara mengemas bilik tok,
Bawah bantal tok ada gambar arwah bapak tok.
Tok rindu sebenarnya. Tapi, tok tak pernah luah kat sapa-sapa.‎


Dan dalam anak2 atok, ada seorang syndrome down, pak cik saya yang bongsu... sehari sebelum tok meninggal, pakcik saya tu kata "mak, bpak dah meninggal.. mak pun nak meninggal.. aku minta maaf mak sebab aku cacat.." Allah, sedih sangat. nasib baik masa tok sakit, mak ude dah mula jaga pkcik saya tu. Kalau tak, mesti pakcik saya tu rasa kehilangan. Lagi sedih.


Mesti mak tok dh jumpa bpak tok kat syurga kan :) saya senyum membayangkannya. Perempuan bila dah setia, melebihi segalanya kan. Tapi, penantian mak tok berbaloi sbb saya ada tbaca, kt akhirat nanti "si isteri akan berjumpa dengan suaminya di syurga semula"..


Selesai pengebumian tok,
Saya termenung pikirkan tahun demi tahun yang berlalu, lama mak tok bersendirian tunggu bpak tok. 


Mak tok,
Terime kasih jaga ekin dengan baik,
Ekin doakan mak tok dgn bpak tok ditemukan disyurga, digolongkan dalam golongan beriman.


Saya mohon,
Sesiapa sahaja yang baca blog saya ni,
Sedekah kan Alfatihah untuk atok saya ye.
Kepada "Yang Binti Munir & Jamiran Bin Suyod"


Tahun lepas tak beraya dengan tok,
Sebab raya kat kedah.
Tahun depan beraya di johor,
Tapi tok dah tak ada.


‎*terbayang lagi riak muka tok kalau senyum,
Kalau sedih, kalau sakit*


Ekin sayang tok,
FatinFashiekin


Sunday, October 4, 2015

HOMEMADE SIMPLE PIZA


Sedap! 
Panas-panas dari oven terus ngap dalam mulut,
cheese mozarella cair dalam mulut..
Sedapnya!!!..


Ni incik lalan yang buat,
Saya tak reti benda-benda gini.


Incik lalan buat 15minit je,
Bahan-bahan nya,
1) roti piza
2) puri tomato
3) daging beger dicincang
4) hot dog
5) cendawan butang
6) lada capsicum
7) cheese mozarella‎

Tak tahu ler betul x nama saya bagi,
Ah asalkan faham hehe.
Xda cendawan butang,
Xda lada benggala tu pun xpe.

Macam saya suka pedas + daging bger,
So saya suruh incik lalan letak daging bger banyak2, dengan lada tu. Sedapppnyeee! 


Korang buat lah,
15minit je. Siappppp :)


Lady faizal,
FatinFashiekin


MOM BABY EXPO MELAKA

Expo diadakan 2-4oktober,
Tepat 1 oktober gaji, iols dah terbayang-byg kan expo ni haha. Gigih iols bekerja kumpul komisyen, mom and baby care ni lah jadi pemacu semangat. Allhamdulillah berjalan lancar ;)


3oktober,
Lepas incik lalan celebrte my birthday,
Dengan hati yang girang, terus ke expo.


Memang ramai gile orang, 
Tapi percaya tak, saya langsung tak rasa letih, 
Banyak kali round rasa bersemangat je,
Incik lalan je yang lorat suruh saya berhenti berehat. 


Entry sebelum ini saya ada menyatakan,
Yang incik lalan tak bagi beli stroller lah, baby carrier lah. TETAPI, lain cerita nya disana. Dia excited melebih pula nak beli baby carrier / car seat / stroller. Saya bisik pada dia perlahan dan kata "haritu kemain lagi konon sanggup nak dukung baby? Sekarang bila semua depan mata, aik, dia yang excited".. keadaan terbalik, saya pula yang buat tak tahu je..  incik lalan kata "kita kena train anak kita duk diam2 kat car seat, baru selamat, jangan didik pangku dieorang".. saya balas "eh, siapa yang ajar? Kakak dn adik? Berebut nak dipangku masa awak drive? Abah dieoranggg ajarr kan????" hahahahaha. Dia sengih je.


Kami dah berbincang,
Part leceh-leceh macam baju / baby shower / baby lotion / tilam baby / towel baby, part kecik2 saya beli. Part besar2 stroller / car seat / set pantang.. yang besar2 tu saya pas pada incik lalan. Hahahaha. Car seat sebijik 1k++ ampun kan saya, memang kena daddy yang sponser. Mommy memang berkira.‎ 


Kesimpulannya,
Mombabycare ni tak mengecewekan.
Memang best--


:)


Lady faizal,
FatinFashiekin

Saturday, October 3, 2015

I'M THE LUCKIEST GIRL

‎I'm the luckiest girl in the world to have the most loyal guy in my life,and I'm so blessed to have him in my life, and I'm so lucky that I found my best friend, my lover, and my soul mate, There's no words to describe it ! :)


Celebrte birthday with red roses + slice kek.
Bunge dengan kek tu tak penting, yang saya terharukan effort dia. Saya tahu dia bukan jenis romantik. Dia pemalu (excpt with me, dengn saya dia hantu haha) Setakat beli kek dia boleh, tapi nak tulis "happy birthday ANJE" memang saya tahu dia agak blur. Lagi2 bukan kek sebiji sbb incik lalan tahu saya bukan pengemar kek. Sbb tu dia bagi kek 1 slice, so kena bercakap dengan jurujual apa yg kita nak. Nk minta lilin lagi. Dn minta dihantarkan ke meja.


Kemudian, effort dia nk bawa bunga ke meja. Mula2 dia kata dia nak ke 7E, rupanya dia pergi kereta ambil bunga ni. Saya terharu sbb dia sanggup biar orang pandang, padahal sebelum ni, nk beli kotex kat kedai runcit punnnn berat. Haha. Inikan bunga? 


Mungkin, sbb saya dah memboyot ni. Kalau couple nyampah kan orang tengk. Bila orang tgk saya memboyot camni dapat bunga lah, kek lah, so orang tak heran sbb tahu weols laki bini.


Sebelum birthday memang saya ada minta dia bunga dan kek btulis "happy birthday anje" saje je nak kene kan dia. Sbb saya tahu benda ni not easy for him. Bila dapat, tercengang juga saya. Tak tahu nak respon cemana. 


Apapun, tq husband,
I love you so much,
Saya nak tua dengan awak,
Sehidup semati dengan awak.
Sebab saya sayanggggg awak--
:)


Everybody boleh treat u well,
Lagi romantik dari ur husband pun ada..
Tapi, bila ia datang dari suami kita sendiri,
Even sekecil-kecil perkara yg kita tahu bukan senang suami kita nak buat,
Ia memang menyentuh hati.


Lady faizal,
FatinFashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...