FOLLOWER

Wednesday, October 28, 2015

TERSAYU HATI

11.50malam,


Semua yang kenal aku akan kata "sayang betul kau pada suami kau ya".. pada yang tak kenal akan kata "sebab laki kau berharta".. selalu aku ngadu pada suami "yang,dieorang kata sayang mengikis abang"..dan suami aku ketawa sambil peluk pinggang aku mesra.


Sebagai isteri,
Keperluan dia lagi penting berbanding aku,
Abah ada pesan "jaga pakai makan suami kak, sediakan semuanya, semua tanggungjawab isteri"
Ye, aku dengar.


Bila incik lalan bagi duit bulan-bulan, yang aku fikirkan bukan baju aku, bukan diri aku. Tak. Suami nmbr 1. Bila pergi shopping cmplx, bukan baju aku yg aku dahulukan, tapi suami. Bila memasak, bukan selera aku yg aku dahulukan, tapi suami. Yang untuk aku, aku lebihkan pada keperluan rumah dn minyak kereta untuk aku berulang alik. Tapi, jujur, aku bahagia, rasa mcm kat syurga. Sebab semua cukup. Tambahan pula aku sendiri ada kerjaya. Allhamdulillah.



Entah, aku pun tak tahu kenapa aku begini,
Mungkin naluri aku sebagai isteri. Mungkin juga sebab aku terlalu ingin dia rasa dihargai. Mungkin kerana aku berasa berterima kasih atas segala dia curah. Mungkin atas usaha yang suami tunjukkan tak jemu dan tak letih mencari rezeki sehingga ke larut malam. Oleh itu, aku balas jasanya dengan jadi sebaik-baik isteri.



Aku pelik,
Perhatikan sekeliling orang yang mudah untuk menyusahkan pasangan mereka. ‎Inginkan sesuatu diluar kemampuan pasangan. Sungguh, aku pelik. Dan terkadang aku bersyukur tak dijadikan sedemikian. Dalam hati aku selalu ada rasa "jangan menjadi beban". ‎



Aku ingat lagi masa belum berkahwin, suami bagi hadiah jam mahal pada aku, bersungguh aku menangis kerana rasa meny‎usahkan dia. Entah, aku sendiri rasa aneh dengan diri aku. Terlalu takut kalau diri ni menyusahkan sesiapa. Sampai dia pujuk agar aku terima hadiahnya.



Sekarang,
Suami jauh. Dengar perkataan "suami" dh boleh buat aku rasa nak menangis. Apatah lagi bila orang tanya "bila suami balik".. lagi rasa sayu menghantui diri. Tak pernah terpisah sejauh ni sejak berkahwin. 
Bertambah pula, sejak mengandung lagi terasa mudah tersayu hati.



Mana aku yg dulu jiwanya kuat,
Sekarang hanya kerana "suami" aku jadi seperti anak kecil kehilangan ibunya..


"Suami, anje rindu"
*lap air mata*‎


-serius aku tabik pada isteri yg berjauhan atas faktor pekerjaan. Contohnya suami bkerja sbgai tentera di lubnan ke. Kalau aku lah, menangis merayu minta tak ditinggalkan sendiri.  Rasanya, aku pn turut pindah ke lubnan.



Lady faizal,
FatinFashiekin

No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...