FOLLOWER

Saturday, August 31, 2013

BUNGA DIKAKI #NURSERY#SUNGAIBULUH

Cantik-cantik bunga kat sana,
Renek-renek. Comel-comel.
Wangi-wangi.

*sila abaikan jari kaki saya. Kerana kecederaan akibat tertimpa barangan berat teramat*

Hehe

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SEPASU ROSE

Minta sejambak rose. Tak pernah dapat, dapat pun dari orang yang tak diingini.

So harini dapat SEPASU ROSE,
Ok juga lah. Dan logik lah.
Kalau "sejambak rose" akan layu mereput.. Kan ?

So "sepasu rose" ni boleh jaga sampai bila-bila, boleh dijaga. Sehidup semati gitu. HAHA.

Banyak nak update ttg kdtgan ke kawasan syurga bunga.
Nanti ea. Datang baca lagi kt blog ni tau.

Bye.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 30, 2013

#MALAYSIA #MERDEKA

Hello Malaysia. Selamat Merdeka !
I'm proud to be malaysian.

Kenapa saya suka jadi warganegara Malaysia ? - Kerana saya tak suka jadi seperti Warga indonesia. Warga mynmar. Warga vietnam. Warga nepal dan warga2 yang terlalu ingin duduk di Malaysia dan menjadi sebahagian malaysia. Dan saya sangat kelakar bila ada orang tergamak memburukkan tempat tinggal sendiri (Malaysia). Please, buy ur own contry.


Saya brasa sangat aman, damai, tenang dan gembira dapat duduk dan tinggal di bumi bertuah dan hasil melimpah ini.
Asalkan kerja keras, pasti kaya raya. DAN bukan menuding menyalah kan orang kenapa tak kaya2. Contoh : salah kan harga ayam mahal. Tapi makan juga, kan ? LOL. So pengajaran, dari berteriak semua benda naik. Learn ! Macammana nak naikkan income kita. Please jadi positif. Allah tak jadikan sesuatu yang tak baik untuk lebih menjatuhkan kita.


Saya sangat sayang malaysia. Walau apa jua orang kata. Walaupun ada segelintir pihak yang cuba menjajah minda kami anak muda masa kini dengan mengorek kembali kisah lama dan menyatakan bahawasanya malaysia menang hanya dengan sekadar kerjasama dan malaysia tidak pernah dijajah (konon). Bagi saya, saya "syukur" syukur dalam konteks luas.


Kenapa ? Kita perlu mengali kubur yang lama ? Menimbulkan dendam dan perbalahan dan permusuhan ? Kenapa ?


Sebagai "manusia" sewajarnya faham dengan "nilai murni".. Yes, tak salah untuk kita tunjukkan kebenaran seandainya ia benar. Tapi biar dengan cara yang rasional. Bukannya menghasut, dan memberontak ? Being polite please.


Sedih.

Kawan-kawan,
Negara kita Malaysia ni adalah maruah kita. Faham tak ? Tak faham. Ok saya explain.

Contoh :
Dalam sebuah keluarga yang ada 3 adik beradik. Anak pertama keras kepala, anak kedua suka bermuka muka, anak ketiga sensitif sentiasa. So, akan sentiasa terjdinya perbalahan. Cemburu antara satu sama lain. Mengalah dalam terpaksa. Iri hati melampau. TAPI, walau saling bercakaran. Mereka masih "SEKELUARGA".. Si abang pun marah dan mula memberontak, beritahu jiran tetangga dan sahabat handai betapa malang hidup dalam keluarga itu, betapa dia membenci keluarga dia. Lihat. Dia menconteng arang ke muka sendiri dengan membuka pekung di dada.

Macam tu juga kita sebagai rakyat malaysia. Jaga nama baik kita. Seburuk mana malaysia, dia tanah tumpah negara kita. Jangan dipandang buruknya sahaja. Celik kan mata, hirup udaranya, pandang langit dan kata "Tuhan, terima kasih untuk Malaysia yang indah dan aman ini Tuhan, Aku bsyukur atas nikmatmu Ya Allah".. Indah rasanya bila kita rasa nikmat Tuhan dan mensyukurinya..


kalau tak suka, HORMAT.
Malaysia adalah darah daging kita.
Rasai nikmat merdeka.
Rasai hikmah merdeka.
Rasai kemanisan merdeka.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Gadis kecil,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 29, 2013

TEGAR

"Aku yang dulu bukanlah yang SEKARANG...
Dulu ditendang, SEKARANG AKU DISAYANG

Dulu dulu dulu ku MENDERITA,
SEKARANG AKU BAHAGIA"

_________________________________________

Saya suka lagu ni.
Bila dalam kereta confirm bukak kuat2,
Lepastu nyanyi. Lepastu mesej incik lalan dan kata "bukak HotFM"

Saya kata :
"Lagu ni macam kita dulu kan dan sekarang ? DULU DITENDANG SEKARANG DISAYANG.. DULU DERITA SEKARANG BAHAGIA"

:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 27, 2013

FLAT SHOES PUNYA PASAL

Saya ada beli flat shoes bwarna purple.
Entah, pertama kali nampak. Rasa berkenan. Rasa diri ni umpama bunga lavender yang berbentuk silinder. Haha.

Nampak je incik lalan,
Dia punya mulut jahat,
Kata :
"Dah ler. Tak perlu lah awak anggap diri awak tu gugurl ye. Dalam pemakaian awak, langsung tak ada gugurl tau. Kasut ni tak sesuai. Awak tu, cara pemakaian awak tu stok-stok belagak punya stail tau. Bukan gugurl. gugurl ni gedik-gedik. Awak ni umur gugurl tapi muka matang, gaya datin dan stok blagak. Dengan kerja awk dh mmg mnampkkn awk ni tua. Dengan muka riak takbur kalau bjalan mninggi diri lg npk tua.hahaha" -sambil gelak besar

GILA KEJAM punya statement.

Nak kena suntik botok ni nampak gayanya.

Salam syawal,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KUCING SAYA

Dia balik,
Dua2 mata dah berair.
Kiri kanan. Susah bukak :'(
tengk dia tdur pn tak tutup mulut,
Lepastu tbersin bersin,
Takut tgk dia bernafas :(

Nak hantar pergi klinik memang tk mungkin lah, sini sush cr klinik haiwan.
Bf ?
Doktor haiwan ?
Dia ?
Ah, lgi gila risau ok !
Dia doktr paling tak boleh caya.

_________________________________________

Me : my cat punya badan panas ! Demam ! Panas sangat :(
Him : badan kucing memang panas lerr.
Ayo. Hahaha.

Me : kalau bagi ibuprufen boleh tak :(
Him : bagi IBU AYAM baru ok. Hahaha.

Me : kucing saya mati tak ??
Him : MATI. Hahaha.

See...........
Tak membantu langsung.

_________________________________________

Skg malam je my cat msuk bilik saya,
Tengk dia tbersin sgt kesian,
Hidung tersumbat. Nak bagi PCM dengan ubt selseme incik lalan bising katanya nanti mati... Alaaaa..

Nk bagi incik lalan suh tengkkan.
Dia ?? Rasanya kucing saya mati lagi dia suka. Sebab dia peminat ikan.
Saya peminat kucing.
Bila bgabung ? Ikan VS kucing ?
Bperang ok.

Saya tak lah rapat dengan this cat,
Dia anak yatim piatu. Dari baby tiba2 ada depan rumah. Dia tak pernah minum susu ibu. Kiranya my family ni "keluarga susuan dia" haha. Tak adalah saya belai2. Dia bijak. Bila pergi kerja, dia duk luar rumah, jaga rumah, jalan2. Bila saya balik ke, dia pun ada kat rumah.

Saya sebenarnya tak suka sayang sangat sesuatu. Saya pnh crita dalam post saya yg lama. Saya pnh ada sekor kucing kesygan. Suatu hari, saya pergi ke kota tinggi 3hari2malam. Bila sampai rumah, dia tak balik2. Saya menangis bsungguh sambil menjerit nama my cat.

Since that day, saya tak amik port pasal kucing. Sebab saya takut sayang punya sayang. Hilang. Aha, dulu masa kecik. Kucing yg mati, saya buatkan kubur. Bacakan doalah.

Dan this night, my cat demam selsema dan entah, 2 malam dia masuk bilik saya. 1st night saya keluarkan, sbb saya ada alergik kan ? Saya suruh abah bagi ubat ikut arahan incik lalan. Dn saya dah ugut incik lalan, mati kucing saya, siap dia ! Saya cabut misai dia !

Malam ke2, saya tgk my cat msk lagi bilik saya, dan for this night. Ok. Saya izinkn dia tdr bilik saya. Serius sedih tgk cara dia bnafas. Saya tidrkn my cat sambil selawat. Macam mak tidurkan anak dalam buaian.

Hopefully my cat akan sembuh.
Tak suka lah tengk lemah2 macamni.
Sesak nafas pula tu ;'(


Salam syawal,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 26, 2013

CHEESE CAKE & TAB ROSAK

Gambar blur
*idontcare*

Teman incik lalan cari bahan buat kek,
Katanya staff lab oder cake.
Gila belagak dia. Ceh.
Dia kalau org memuji apa dia buat,
Memang merona rona wajah.


Ala, nti kalau yg tk berapa jadi.
Yang direject tu,
Saya lah dapat punya.
Confirm. Hahaha.

Lagisatu,
Incik lalan rosakkan tab saya. Grr.
Masalah sedang dikenal pasti.
(-_-)

Salam syawal,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 25, 2013

#MARHABAN

Marhaban lelaki,
Dimalam hari.

Buat laksa penang.
Haritu incik lalan kata "manis"
Kalini pye laksa "pedas"
Pak uda makn pun berasap.
Minum pula pepsi.
Waa. Hehe.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 23, 2013

DUIT RAYA MEREKA

Duit raya,
Masing-masing merengek nak tab sendiri-sendiri kan.

Danny pun dah tabur janji,
X kan lupa homework,
Dan hanya dibenarkan main ketika saya ada.. So means, saya bawa pergi kerja. Saya balik kerja atau weekend baru dieorg boleh main game.

Dan mereka tak heran dengan saya punya. *selamatt* hehe
Tak da lah berebuttt je.

Kalau x,
Asyik bertekak 24jam.
Si awal gila tgk cartoon,
Si danny gila game.
Hah. Naya plus jahanam. Hehe.

So skg mudah lah iols nk berinsta ke, ber-fb ke, ber-tweetjer ke, ber-keek ke,
Tak perlu jadi pengadil untuk damai kan danny dan awal lgi. Hehe


Salam syawal,
Fatin fashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TERIMA KASIH !!

Paku dibahu masih berkekalan dan terima kasih pelanggan tersayang kerana memilih saya. Haha

Macam YB tak ?
Dato Datin Puan Seri Fatin Fashiekin.
;p

Salam syawal,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 20, 2013

TANPA GADGET TERSAYANG

Since tab x ada.
Mula-mula saya fikir hidup saya akan dibelenggu dengan kehuru haraan.

Tak dapat stalker insta orang,
Tak dapat stalker blog orang,
Tak dapat stalker tweet orang,
Haha. Bukan lah kaki stalker,
Tapi saya ada lah juga "ikon" idaman saya.

Contoh :
Keek : stalker Dato' ct sbb comel
Insta : stalker FynnJamal sbb cool gle
Blog : stalker HanisZalikha sbb stylo
Fbook : stalker FashaSandha
Antara wajib buka lah.

But since just ada blackbery,
Actually okey jek.

Dan actually,
Lebih best online fb guna bb.
Jelas dan cekap.

Sihat tak pou dalam jagaan incik lalan ?
Adakah incik lalan menghabiskan nyawa saya pada candy crush. Hahaha.

Adik dah merengek-rengek nak bgi saya duit raya mereka minta dibelikan playstation. *masih dlm ptimbgan* hewhew

Salam syawal,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 18, 2013

7HARI TANPA POU

Perjalanan ke sungai buluh,
Dan Ke persiaran tropikana.

Segalanya berjalan lancar dan jaya.
Berpuas hati dengan segala nya.

Gambar pun dah stok cun gila lah dikumpulkan. Puas tebalkan muka ambil gambar je. Yelah, jadi blogger kena tebal muka. Semua benda nak kena ambil gambar. So kene redha je kalau ada mata2 sinis pelik memerhati dari jauh dan menganggap kita ni gila jakun lah sampai bunga teratai pun nak ambil gambar. Haha. Tak pa, hati saya memang kering.

So dlm pkl 7.45pm sampai melaka.
Incik lalan ada mmujuk minta pinjam tab. Katanya nak tengk saham. Guna phone susah katanya. Guna laptop leceh dibawa. Saya pula balas "no". Yelah, macammana dengan candy crush saya kan ? Macammana dengan pou saya kan ? Dia pun redha je lah saya kata "no"...

8.00pm saya gerak balik, lepas je dari tol. Saya raba2 handbag. Tab tak ada. Nak toleh ke belakang memang mengundang maut lah kan kat hway nak toleh2 seat belakang. Then x puas hati, kol incik lalan. Dan betul. Tab ada pada dia. Konon2nya "laa, kenapa tak ambil ? Kenapa tinggal ?? Laaa" so hipokrito. Hahahaha.

Katanya dia pun tak tahu apa-apa. Hmm, tak apalah, memandangkan saya baik hati, saya kata pada incik lalan "tak pa,saya bagi pinjam seminggu secara tak ikhlas"

Dan sekarang,
Segala gambar yang saya ambil tiada pada saya. Semua pada blackbery incik lalan dan pada tab. Hmm.

Baru teruja iols nak upload tau !
Gambar ber2 ni pun cuz saya upload kt facebook pagi tadi. So saya copy.
Sedih.

Salam syawal,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 16, 2013

KAU

"Siapa kita di masa dulu, tak ada siapa yang mampu ganti2.
aku mahu kau yang hari ini, dan aku mahu masa depan kau. Dengan kau"


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 15, 2013

NURSERY SUNGAI BULOH ??

Salam.

semua kata nursery sungai buloh best sangat.
ahad ni kalau ada masa nak pi dengan incik lalan,

bosan dah dengan kelapa sawit. haha

 

Wednesday, August 14, 2013

#TERMINELSUP (BUKIT PASIR)

saya kan selsema teruk. Raya pertama sampai naik kerja. Tebersin-bersin. Huhh, orang datang beraya, saya pula tersadai kat bilik sebab lalok telan ubat selsema overdose. Tapi still tak baik-baik.

Puas segala ceruk benda yang mendatangkan kegatalan hidung dipunggah jauh keluar dari bilik. Si kepus (my cat) pun saya warning jangan masuk bilik. Segala fabric yang memudaratkan pun saya jauhkan.

Tapi, masih hidung tk nak sihat.

Hidung dah memang bermasalah,
Ditambah dengan ulser mulut disebabkan makan ketupat lahap dan tergigit bibir. Ditambah lagi masalah gigi blubang yang saya biarkan akibat fobia pada doktr gigi.

Bertingkek tingkek lah dugaan.
Tapi yang penting ! Buat muka cool. Pergi kerja pakai facemask knon bajet selseme sikit tutp2 mulut bagai. Padahal pakai facmask sebab hidung tersubat. Bernafas guna mulut. So disebalik facemask, mulut tercungap cungap macam ikan flowerhorn. Hahaha.

Semalam, settle je open house, makanan licin. Then lapar. Nak masak memang tenaga habis. So tanya abah "jom pekena sup gear box!" Semua setuju, terus terjah.

Sampai je, oder, dan oder sampai cepat. Mama oder sup campur. Abah oder sup tulang. Aza oder sup daging, saya pula sup gear box ! Baru nak menyedut. My lil kesayangan (awal). Dia tenung hairan tengk saya makan sup guna straw. Dia letak game, pelahan-pelahan dia datang sebelah saya "nak rasa!".. saya jeling dia dan kata "dah agak daah".. Kemudian, mangkuk saya jadi hak dia !

So oder lagi semangkuk gear box.
Kalini minum air. Disebab kan selseme, saya better susu tarik gelas besar ! Hangat dan lembut buih mendamaikan. My lil awal, tengk saya dan kata "nakkk rasee".. Huh, apa saya suka. Memang dia suka. Dan dia lagi suka sebab tahu saya memang suka dia so saya tak kan marah. Haha.

Dan harini, Allhamdulillah. Hidung kembali ok. Dan kini saya trauma pada minuman berais dan bergas. No no.

Salam syawal,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 12, 2013

BAJU PENGANTIN DIHARI RAYA

Harini pi kerja pakai baju raya,
Semua duk kata
"Kin, nak terus pergi bersanding ea"

Saya jawab :
"Klu ekin kahwin lagi Bling-Bling-Bling"
Hehe.

Lepastu harini actually since 1st raya,
Sore throat & Running Nose.
Kalau Sore Throat actually saya ni tak berapa nak kisah sebab sakit saya tak menyusahkan orang.

Tapi, selsema ni !
Terima kasih facemask kerana berjaya menyembunyikan hidung saya yang merah menyala. Gatal hidung ! Bersin-bersin non stop. Tisu bbakul tongsampah.

So bila pakai facemask,
Tahap confident nak consult custmer rasa melonjak tinggi. Dah lah harini 1st day farmasi bukak, kaki ni macam nak patah kot 24jam kat depan, mulut 24jam bercakap.

Dan saya rasa best,
Bila permenent cstmer masuk, yg pmpn saya dapat bjabat tangan dn yg sdkit brumur cium tgn dieorg smbil ucapkn slmt hari raya dan maaf zahir batin.

Yela, saya ni mesra alam. Takut ada tsalah cakap. So setiap cstmer masuk, saya minta maaf zahir batin. Macam ijab dan kabul lah.

Dan cuma,
Sebilangan yang ajak datang ke rumah tu. Minta maaf lah, bukan tak nak datang pak cik mak cik. Rumah tak tahuuu (-_-)
Haha.

Harini incik lalan balik melaka !! Hoorey ! Since dia balik kedah, saya kurang bagi gangguan. Sebab saya pun pesan pada dia "Tunjuk sikit muka pada sedara, jgn malas-malas nk bjalan dn bmesra dgn sdara,. Klu mk ayah gi braya, join skli. Bkn slu nk balik kedah."

Dan saya pun this year,
Allhamdulillah. Beres !! :)

Dan soalan zaman bzaman macam biase ler. Bila saya dn makcik2, salam ucap slmat hari raya tu, kiss pipi kiri dia bisik "bile makan nasi minyak".. Kiss pipi kanan pun sambung bisik "tak sabar dah ni" huhuhu.

Saya balas :
"Under construction."
(Dalam pembinaan)

Salam Syawal,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 11, 2013

RAYA KE4 : BBQ DIRUMAH TOK

Tahun ni raya tak berapa syok.
Cik mjik : Balik Kelantan
Cik Is : Balik Pahang
Cik nnik : Sekejap je
Mak Long : ke Perak

Takk, best.
Tapi nasib baik raya ke4 cik is balik sini ! So malam tu abah kata ada BBQ. Seronok !! Tahun depan cik mjik pula sponser kobau panggang ye ! Haha.

salam syawal,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RAYA KE4

Amin yang comel datang kerumah.
Comel.
Ramah.
Tak takut orang.
Pipi tembam.
Putih melepak pak pak.
Mata bulat lat lat.

Geram gle pd pipi dia !!!!
Aih !!

Salam syawal,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RAYA KE3 KE BATU PAHAT

Ke BatuPahat menziarahi boyod (moyang) saya yang berusia 109tahun tetapi masih kuat dan gagah !

Saya ada cerita mengenai air cap ayam kan ? My siblings gila jakun. Siap minta bawa balik kerumah. Haha. Nasib baik lah rumah boyod sendiri.

Then, ke rumah kak Ain, palingg best. Tak ada bgambar dengan kakAin sbb kakAin tak pakai tudung (-_-) dia pakai baju bola. So yg banyak bgambar, muka saya and my mom (baju krim).

Sepanjang jalan ke batu pahat sangat tension. Jammed teruk. Jalan yang tak pernah jammed pn teruk jammed. So dalam kereta duk layan upin ipin je. Boring. Haha.

Salam Syawal,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 9, 2013

RAYA KE-2 2013

Harini ramaii orang datang ke rumah.
Dan kami sekeluarga masih lagi beraya,
Pagi-pagi dah menjengah ke melaka beraya, kena gerak awal sebab TPM buat open house di Pagoh. Dan memang tradisi setiap tahun, bahawasanya confirm jamm teruk !!

Balik dari melaka kelam kabut sebab dapat mesej orang nak datang beraya. So bila orang dah datang beraya dan dah pulang, plan dengan family nak makan KFC. Sebab dah muak dengan rendang-lemang-ketupat. 3 kali keluar masuk rumah. Baru je sarung tudung, nampak kereta parking depan rumah nk beraya. Baru je nak tutup pintu, orang datang nak beraya. Baru je nak buka pintu kereta ada lagi kerete perking nak beraya.

Syok. Seronok bila orang datang rumah kita. Lagi-lagi sanak saudara. Kenal rapat. Kadang2 dah kenal rapat, so disebabkan rapat kadang2 kite layan macam endah tak endah diatas kesibukan melampau. So hari raya ni lah nak eratkan silaturahim. Senyum-senyum. Berpeluk dan kiss-kiss pipi (ladies only) haha.

Then, berjaya juga ke KFC dan beraya dirumah kawan-kawan mama yg seperjalanan. Tengah makan2 KFC, dapat mesej lagi orang nak datang beraya. My aunty kesayangan cik ekin pun nak datang. Janji 9 malam. Tapi cik ekin (nama dia pn ekin) salah dengar. Apalagi, terus stop makan dan balikkk.

Sampai je rumah, buka je pintu,
Hah- berdesup kereta parking. Saudara belah mama dan belah abah serentak datang.

Esok ?? Ke Batu Pahat--
Belah mama dengan abah pun ramai kat sana. Confirm tengah malam juga sampai rumah. Penat memang penat. Tapi, masa ni lah nak tunjukkan muka pada saudara mara yang dah panjang salasilah nya.

Contoh : adik beradik kepada moyang punya adik. Tak ke jauh ??? Hahah. Tapi dah namanya kita orang melayu. Lagi2 menziarah orang tua, mereka suka bila kite jenguk. Dan paling best, still jumpa lagi botol namanya "air cap ayam".. Ekau ado ?? (-_-") esok saya upload eh ! Hehe.

Dan alang2 ke batu pahat, nak jenguk my honey bunny bam-bam, cik noraini shariat lahh ! Rindu dia. Mesti esok dia masak sedap2. Hahaha

Salam syawal,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 8, 2013

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

#gelombangbiru

Seperti dijanjikan. Tahun ni serba serbi biru. Hehe. Seronok, sebab raya tahun ni plan saya FULL.

Raya 1st : Habis kan raya sekampung

Raya ke2 : Beraya ke Melaka pula.

Raya ke3 : Beraya ke BatuPahat.

Raya ke4 : Hadiri open house yang banyak.

Raya ke5 : Hadiri jemputan kahwin di Muar.

Kemudiann, KERJAAA.
Kerja-kerja-kerja
:)

Kepada sahabat handai yang ajak hangout, maaf sayang-sayang sekalian.
Free untuk saya hanya diwaktu malam.

Siang memang waktu berbaki yang ada digunakan untuk menziarahi sanak saudara yang ramai. Orang pelik kata "yeke ramai ?".. Haha. Gambar kat atas tu baru SUKU cuma belah mama je ok.

Mama dengan abah pun dah warning,
"Anak dara, tunjuk muka dengan sanak saudara, jangan menyombong".. Kalau setakat lepak InsyaAllah diusahakan. Tapi nak round ke setiap rumah kawan pagi sampai malam memang tiada kesempatan.

Apapun, selamat hari raya !!

Pantun versi jawa :
Nyimpan jenang nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njlok dingapuro

Bocah cilik mangan sego
Sego dipangan karo gulo
Wes suwi orak ngomong jowo
Dino royo njalok ngapuro

Mangan kupat karo serunding
Meneh enak sambel ditotoli
Emboh kapan nek arek runding
Reroyo kito tahun iki?

Ngodok kupat nang ngisor ondo
Godong'e nipah digawe atep
Salah silapku njalok ngapuro
Ketemu meneng taun ngarep

Royo-royo coti sekolah
Mangan sego lawuh'e iwak patin
Keluputan kulo seng kanah-kanah
Njalok dingapuro lahir batin

Buko poso lawuh'e gereh
Ngejor sunge dicaplok boyo
Keluputanku sing akeh-akeh
Kito 0-0 lah yo


Salam Syawal,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KUIH RAYA ISTIMEWA

Actually 5 jenis kuih.
Tapi 2 balang lagi telah diisi.

Saya langsung tak suruh incik lalan buat, tapi dia yang beria. Dan dia kata dia sangat seronok.

Terharu.
Dia kata malas nak buat almold london leceh. Banyak kerje. Saya kata ok. But actually almold london adalah kuih kegemaran saya yang saya sangattt lah suka.

Last before balik raya kedah,
Dia bagi. Dia kata "tak sampai hati tak buat kuih kegemaran awak".
Terima kasihhhhh !!! :)

Dan kat belah johor ni,
Sahm incik lalan memang naik lah,
Member ofis mama pun oder kuih raya dengan dia. Dan incik lalan sgt seronok.

Haih, apa nak jadik ?
Boyfren lagi hebat buat kuih berbanding girlfren.

Tapi dah infom pada dia :
"Saya bab buat kuih memang failed. Tapi bab berkebun saya memang superb. So kalau depan rumah awak ada pelepah kelapa nak ditarik, dibakar ke. Lalang nak ditebas, rumput nak dicabut. Hah ! Tu saya hebat ! Nak mencangkul ke, pun saya boleh, dun worryyyy" hahaha

Dia terlebih hormon pmpuan,
Saya terlebih hormon lelaki.
Bukan lah nak kata dia pondan, saya tomboy. TAK. Maksud saya, "minat" tu. Hehe. Tapi kuih je lah incik lalan hebat, bab memasak lauk pauk dia still failed. Huhu

Salam syawal,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 5, 2013

SEBELUM RAYA #MAHKOTADIRI

Memanjakan mahkota diri dikedai kawan sendiri. Dah nak raye katekan.

Masuk2 terpandang cashier dan kata :
"Eh ! Saloon u ke ! I x tahu pn !"

Dia balas :
"Yalah, 2 tahun lebih I dah bukak meh, u tak singgah punn"

Berborak punya berborak,
Keluar seorang lelaki pula.

Saya : "still couple !! Wahh !! Lamaa betul !! 10tahun ! Dari skolah menengah, then sekarang buka saloon bersama"

Mereka adalah sweet couple.
Bagi saya perempuannya comel macam heroin full house, lakinya pula kacak putih pemalu.

Ingt lagi, kalau kat sekolah,
Laki dia memang tak campur orang. Senyum payah. Jalan sorang2. Buat hal sendri.

So semalam lepak saloon dia, menantikan my sis treatment rambut.
Saya cerita lah mengenai pndgan saya secara jujur pada bf dia, tergelak dia. Haha.

Lepasni, tempat wajib dan remarks. Saloon member sendiri. Tak nak tukar2 lagi. Dapat diskaun lebih. Hehe.

Salam ramadan,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 4, 2013

BAJU MELAYU TELUK BELANGA (WARGA JOHOR)

Tahun ni, sengaja carikan incik lalan baju melayu Teluk Belanga, hehe. Kata nak jadi orang joho. Kena lah belajar mengenai pakaian joho dan sewaktunya mengenai joho. Kena sokong JDT. Kena makan Laksa Joho. Kena makan Mee bandung muo. Dan paling penting "jawa muo joho" hahahaha.

So, raya ni dia balik utagha tapi pakai baju orang selatan. Hehe. Mula2 risau juga sebab incik lalan ni cerewet orangnya. Seriouly. Cuma kalau dia depan orang lain, buat2 muka pemalu, org kata apa, semuaa setuju. Dengan org dia rapat ? Hmm, saling berhujah dan berbidas.

Tapi, dia setuju.
Dan raya tahun ni mengikut tema, biru menjadi pilihannnnn.

Semoga dia balik kedah dengan selamat sejahtera hendaknya.

Dah nk raya kan ?
Sekejap je rasanya.

Salam ramadan,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 HARI SEBELUM RAYA

Shopping perkara harus,
Nak kata perkara wajib macam over pula kan ? So klasifikasikan kepada "harus" yang setiap tahun dirumah sewajarnya ada.

Saya pun teman kan incik lalan sebab selasa ni dia dah balik kedah, so nak cari something untuk dijadikan buah tangan.

2 trolly dan sangat huru hara. Gila berat. 60kilo dalam trolly. Kereta parking jauh.. Incik lalan totak trolly pn terhuyung-hayang. Saya yang kat depan tolak lagi satu trolly cuma pesan "elok2 sikit, kaki tu brek, tsondol saya nanti tertimpa masuk buletin utama malam ni" haha.

Permulaan jmpa incik lalan penuh drama, dia lambat 1jam45minit. Tapi memandangkan bulan ramadhan kot, tak ada nak marah2. Rasa chill je. Wat relax, wat peace. Hehe. Even 1jam45minit menunggu tu kepanasan dalam kereta ibarat ketuhar. Berpeluh-peluh muka. Dia ? Dah lambat. Tersengih-sengih dan cuma kata "wah ! Harini nampak kurus lah" cehhhhhh-- hahaha

Salam Ramadan,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...