FOLLOWER

Friday, August 9, 2013

RAYA KE-2 2013

Harini ramaii orang datang ke rumah.
Dan kami sekeluarga masih lagi beraya,
Pagi-pagi dah menjengah ke melaka beraya, kena gerak awal sebab TPM buat open house di Pagoh. Dan memang tradisi setiap tahun, bahawasanya confirm jamm teruk !!

Balik dari melaka kelam kabut sebab dapat mesej orang nak datang beraya. So bila orang dah datang beraya dan dah pulang, plan dengan family nak makan KFC. Sebab dah muak dengan rendang-lemang-ketupat. 3 kali keluar masuk rumah. Baru je sarung tudung, nampak kereta parking depan rumah nk beraya. Baru je nak tutup pintu, orang datang nak beraya. Baru je nak buka pintu kereta ada lagi kerete perking nak beraya.

Syok. Seronok bila orang datang rumah kita. Lagi-lagi sanak saudara. Kenal rapat. Kadang2 dah kenal rapat, so disebabkan rapat kadang2 kite layan macam endah tak endah diatas kesibukan melampau. So hari raya ni lah nak eratkan silaturahim. Senyum-senyum. Berpeluk dan kiss-kiss pipi (ladies only) haha.

Then, berjaya juga ke KFC dan beraya dirumah kawan-kawan mama yg seperjalanan. Tengah makan2 KFC, dapat mesej lagi orang nak datang beraya. My aunty kesayangan cik ekin pun nak datang. Janji 9 malam. Tapi cik ekin (nama dia pn ekin) salah dengar. Apalagi, terus stop makan dan balikkk.

Sampai je rumah, buka je pintu,
Hah- berdesup kereta parking. Saudara belah mama dan belah abah serentak datang.

Esok ?? Ke Batu Pahat--
Belah mama dengan abah pun ramai kat sana. Confirm tengah malam juga sampai rumah. Penat memang penat. Tapi, masa ni lah nak tunjukkan muka pada saudara mara yang dah panjang salasilah nya.

Contoh : adik beradik kepada moyang punya adik. Tak ke jauh ??? Hahah. Tapi dah namanya kita orang melayu. Lagi2 menziarah orang tua, mereka suka bila kite jenguk. Dan paling best, still jumpa lagi botol namanya "air cap ayam".. Ekau ado ?? (-_-") esok saya upload eh ! Hehe.

Dan alang2 ke batu pahat, nak jenguk my honey bunny bam-bam, cik noraini shariat lahh ! Rindu dia. Mesti esok dia masak sedap2. Hahaha

Salam syawal,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...