FOLLOWER

Monday, October 31, 2011

KISAH TAULADAN BENAR TERJADI

Assalamualaikum

Hidup ada naik turun.
Kita merancang tapi Allah yang menentukan.

Kita tidak akan tahu apa yang bakal
Terjadi di masa hadapan,
Ye, memang kita mampu merubah sesuatu yang negatif menjadi positif 
berbekalkn Usaha dan ikhtiar.

TETAPI,
 sehebat mana perancangan kita,
Allah telah merancangnya lebih
Awal lagi.



10years ago :
Saya mengenali sebuah keluarga
Yang sangat-sangat sempurna,
Keluarga yang kaya dan bahagia,
Si ayah memiliki jwatan yang tinggi
Bahkan orang yang sentiasa berpolitik
Sehingga namanya sering menjadi sebutan.

Dihiasi bidadari peneman diri iaitu
Seorang isteri yang hanya seorang surirumah sepenuh masa dlm memberikan phatian tbaik kepada keluarga, Mereka dikurniakan 3 orang anak perempuan.

Dahulu,
Setiap kali saya bertandang ke rumahny
Saya pasti akan rasa cemburu "nor sangat beruntung kerana mempunyai mak dan ayah yang baik, berharta dan sentiasa memanjainya". Ye family saya pn tiada cacat celanya tapi jika melalui penglihatan, apa yg dimiliki NOR sangat-sangat diingini setiap kanak-kanak. Disamping itu, Nor Memiliki 2 kakak yang sentiasa menyanyanginya dan memakbulkan setiap keinginan nor.

Setiap kali keluar bermain bersama nor,
Dia sentiasa memakai wangian dan pakaian yg mahal (1990an),
Ye, saya rasa dia sangat-sangat bertuah.

Tapi, ALLAH Maha Mengetahui,
2011
Segala kebahagiaan direntap secara tiba2 semasa persiapan raya dilaksanakn mak nor meninggal dunia (Alfatihah). Sanak saudara sangat terkejut.

Bermula dari kematian ibunya,
Rutin keluarga tu kini berubah,
Rumah yang dahulunya ceria
Dan meriah kini suram sepi dan lesu.
Tertutup rapi.

Bapanya dilihat hanya makan
Di warung-warung dengn wajah 
Yang muram sambil menjamah makanan.

Segala keceriaan yang pernah ada
Semuanya hilang.

Selepas kematian ibunya,
Kakak sulungnya menjadi tunjang utama
Keluarga mengantikan tugasan si ibu.

Tetapi 2 bulan kemudian,
Kakak nya diserang penyakit jantung
Dan kini masih dirawat.

Kakak ke 2 nor,
Langsung tidak keluar dari rumahnya,
Masih tidak dapat menerima hakikat
Kehilangan ibu kesayangan.

Sekarang,
Tinggal lh nor bersendirian,
Mungkin nor tidak luahkan segalanya
Pada saya, tapi saya memahami
Beban yang ditanggungnya.

Satu persatu menimpanya.
Nauzubillahiminzaliq..

Semoga Nor kuat mengharungi
Dugaan ini..


Tujuan saya share cerita ni pada u all
Bukan untuk menagih simpati.
Tidak. Saya cuma nak kita sama-sama
Berfikir seketika.

"Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik segala nikmat yang ada pada diri kita"

Tiada yang mustahil dalam kehidupan,

Kepada yang miskin, jangan mengalah,
Kekayaan tak menjanjikan kebahagiaan.

Kepada yang kaya beringatlah segala yang ada kepunyaan Allah, jangan riak dengan kekayaan dan jangan terlalu berkira atas kebajikan insan yang dalam kesusahan.

Hidup ada pasang surutnya. Semoga kita dapat melalui segala yang berlaku dalam hidup dengan penuh keredhaan dan kesyukuran.

With Love,
FatinFashiekin

Sunday, October 30, 2011

SORRY. ITS NOT FUNNY.

Assalamualaikum

Seriously saya bukan dalam
mood yang baik,

Fine, macam yang u all ketahui,
Harini saya berjumpa incik lalan,
Bfast bersama & lunch bersama.
santai bersama.
Saya ada bawa kan dia mkanan
Permintaan dia.
Permulaan hari yang menggembirakan.

So banyak gambar yang saya snap,
Menjadi seorang blogger,
Hati harus kering..
Yup, even incik lalan pn sometimes
Rasa rimas dengan setiap pelakuan saya.

Kebetulan,
Harini entahlah,
Tak plan tiba-tiba TERsama colour
Pakaian wif incik lalan.
Diulang sekali lagi ye suku kata
"TER" sama colour.
Kami bukan couple romantik yg nk
Berpakaian sedondon ye.
Bf saya dah 30 tahun, 
So amatlah lawak kalau dia still
Menerapkn unsur2 cinta remaja 

So saya terlebih excited lah,
Snap picture banyak-banyak.
Mmg excited dn bpuas hati lah.
Yela, u all tahu kan my lappy rosak
Harini I gt my new lappy actually,
Perasaan nak upload story tu mmg 
Berkobar-kobar.
Gambar pun banyak lah yang saya
Rasakan sempurna.

Around 5pm,
He take my gadget,
Dan tgk gambar2 yg saya ambil,
Makan-makan sambil story2
Then sama-sama pi carwash.

Harini segalanya smooth relax & perfect
TAPI...,
Tadi on je laptop,
Dah get ready nak transfer gambar 
Ke laptop.

Saya terkejut.

Gambar tiada.

Yg paling mbuatkan saya marah.

Rupanya kesemua gmbr2 tu ddelete dengan sengaja oleh incik lalan. *sigh

Seriously buat saya marah sangat.
Dan dia just anggap perkara tu 'joke'
Gurauan bagi dia.

Hmm. Tak tahu lah nak kata apa.
Bye.

*sangat marah dan terasa hati (-_-)




Saturday, October 29, 2011

MY GIRL



Ya Allah,
Andai sahabatku
NORAINI SHARIAT resah.,
Tenangkanlah hatinya
Dengan teduhan makrifah-Mu,
Andai sahabatku terancam,
Lindungilah jasadnya
Dengan kebesaran-Mu.

Andai tubuhnya kedinginan,
Selimutkanlah dengan kehangatan
Kasih sayang-Mu.

Andai dirinya merindu,
Rindukanlah jiwanya dengan saat
Bertemu dengan-Mu

Ya Allah,
Jangan kau biar hatinya, jiwanya,
Dan juga jasadnya terpesona
Dengan duniawi,
Khusyukkan rukuk
Dan sujudnya ketika menghadap-Mu
Berikanlah kejayaan
padanya didunia-Mu..
Juga di akhirat-Mu kelak

Semoga dirinya itu saudaraku
selamanya

p/s ; noraini, i love u !!
maaf sebab lama tk jenguk awak :'(

with love,
FatinFashiekin


KATA DALAM HATI


Assalamualaikum

BEWARE
"Entry berunsur jiwang "

Lately.. saya dapat byk berita gembira dr kawan-kawan. 
Kawan-kawan saya nk bertunang! nk kahwin. 
yg for sure saya lah yg terlebih excited
sbb ye lah.. kwn2 sama sekolah... kwn2 sekerja.. 
tibe2 dieorg kahwin dulu? ape kes? haha. * joking! hehe. 
but the truth is.. saya sgtt sgtt sgtt happy. 
sebab dieorg dah jumpa seseorang yg mampu.. 
sanggup dan layak sehidup & semati bersama. 


semua tahu kn bukan senang bertunang dan bkahwin ni.. byk dugaan. 
tambahan pula di usia muda ni kan. byk betul rintangan. 
Andai belum yakin dengan seseorang tu..baik jangan. amik masa lagi. tak pe.
kdg2 dlm kita mencari yg lebih baik kita akan berjumpa dgn yg salah dulu. 
Tapi korang.. saya sgttt happy untuk korang! 
dah bau-bau nasi minyak sorang sorang nih! :)


saya tertarik dgn salah seorang kawan saya ni. 
cerita cinta dia cukup istimewa. 
berkenalan sekadar tahu nama.. pendidikan & sedikit mengenai diri masing2. 
then berjanji bertunang & janji bercinta selepas kahwin. 
and mesti kita semua mcm 
" eh eh kekal ke? dah kenal ke hati budi betul2 ke? " 
.. tak nafi.. saya pun berfikiran mcmtu.. tp ape yg cukup menarikk... 
mereka bahagia hingga ke saat ini. 
saya tgk dieorang mcm org baru couple. hehe.. 
happy & indah memanjang. muka bahagia tak terkata. 
semua org tgk dia mesti rasa mcm sama yg saya rasa. 
tak boleh dnafikn  :)


cinta? apa itu cinta? mcm2 keluar dlm kepala kn?
lagi teruk ada kata cinta sekadar manisan di mulut. 
bila bercinta betul2.. hah! ckp tak serupa bikin! 
tabur dgn segala janji manis.. harta benda.. then choiiiiii! 
ckp tak serupa bikin. depan manis sgtttt.. belakang? 
Ya Allah! semoga Allah beri petunjuk kepada org-org sebegitu.


Betul kata orang-orang tua. orang-orang lama.. 
time muda-muda nafsu lebih tinggi dr akal. 
sebab tu kdg2 ada yg tersalah pilih. sbb betul. 
bila semakin tua.. semakin dewasa.. semakin matang.. 
pilihan teman hidup kita sgt berbeza dgn yg kita impikan dulu-dulu. 
sebab kita syg masa depan kita & kita bukan nk main main.


Sakit. sakit bila in love dgn org yg salah.
Sakit dia lain mcm skit.. betul kn ?
tambhan pula kepada yang dah couple lama. 
tp semakin lama semakin annoying perangai. 
wah wah.. ingat dah lama makin kenal makin boleh buat hal eh? :P 

.. ingat kawan-kawan.. selagi belum bernikah.. 
selagi hubungan itu belum halal.. kita punya hak.. 
kita belum hak milik kepada pasangan kita tu lagi. so jangan lah.. please.. 
makin lama makin meluat jadinya nnt. 
ni belum kahwin.. dah kahwin? makk aiii... merana hidup! 
tak semestinya semakin lama tu kekal.. semakin lama tu kenal. 
ada yg 10 tahun couple then berpisah! so benda-benda cmni sush nk ramal. 
tlg lah berfikir dulu sebelum ckp apa-apa.. buat apa-apa.. janji apa-apa. 
Tapi apa yg mampu kita buat berdoa byk2.. 
semoga Allah permudahkan semuanya. 

so jagalah pasangan elok-elok andai betul-betul sayangkan dia. 
selalu berdoa.. andai dia jodoh yg terbaik kekalkan lah.  

Jangan terkilan andai 1 hari ada yg lebih baik dtg kepada pasangan kita. 
walaupun kita percaya dia.. tapi bagaimana andai hatinya selalu terasa.. selalu terluka.. 
boleh berubah hati bukan?


cinta itu untuk melengkapi. mcm saya pernah quote kan dulu..  
" jangan cari yang sempurna.. sebab tiada yang sempurna dlm dunia ni.. 
Tapi jangan ragu-ragu andai jumpa yang lebih baik "  
.. jadi jgn takut kepada kelemahan diri sendiri. 
carikan pasangan hidup yg mampu membimbing kita kepada yg lebih baik. 
kita akan hidup smpai tua &sememangnya mahu sampai ke syurga bersama 
jadi pilih lah yg betul-betul layak untuk di dampingi.


ok noktah. heeee. sampai sini je coretan hari ini. 
ilham semua dtg selepas baca article2 menarik &motivated smlm. 
byk betul yg nyata &tersembunyi dlm CINTA ni sebenarnya. 
buka hati. buka mata. minta petunjukNYA.



" Cinta. Adalah anugerah Allah yang sangat indah. 
Bimbinglah dengan akal dan peliharalah dengan Iman "


" Andai belum temui yang benar-benar jangan tabur janji manis. 
Andai sudah jumpa yang satu hargai lah dan bersyukurlah "


p/s : penulisan kali agak berterabur kwn-kwn. 
tak tersusun yea. sorry if kelam kabut baca. heeee. sbb sekadar menulis. :)


SELAMAT PENGANTIN BARU

Assalamualaikum

Tahniah kepada NORAIDAH BINTI RAHIM, akhirnya berjaya
meraih tittle "puan"  
dengan jayanya dan sahnya.

pada hari sabtu. 29/10/2011. pada jam 12.30pm.
beliau sah bergelar isteri orang.
aish, rasa sedih pula bila tengok kawan-kawan kahwin,
sedih ada, stress pun ada. tk sangka kawan kahwin dulu sebelum saya ;p
*haip fatin, control emosi. hehe

Tahniah kepada kak Aida,
lepasni bermula lah episod baru dalam hidup dia
kalau sebelum ini just 'kekasih' tetapi sekarang seorang isteri.
jangan nakal-nakal ye.

semoga awak menjadi seorang isteri yang baik 
di dunia & akhirat ye ? :)

 
Puan Noraidah & Encik  Mohd Jasin



tak nampak muka pengantin lelaki kan ? (-_-)
maaf le, masa ni saya dan kak ani malu-malu nak snap gambar.


me with kak aida.
*ambil berkat ;p
 
 
 
saya dan kak Ani mewakili
bos kami ( Puan Azlaini )
seterusnya mewakili staff2 rengit iaitu
Kak Ain, Kak Zura, Kak Liza, Kak Shida, Ecah dan Nuar
:)
 
hah mesti ada yang tertanya,
mana gambar persandingan ?
wahai tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
maaf ye. sebab actually kami kesini pun terkejar-kejar,
yela, perasan tak saya ke majlis ni beruniform ?
actually sedang bertugas.
so hanya sekadar dapat hadir semasa dieorg nikah
then makan-makan.
Allhamdulillah.


semoga bahagia selamanya !

with love,
FatinFashiekin


Friday, October 28, 2011

TERIMA KASIH BANYAK :)


Assalamualaikum
Thank You Allah.

thank you enough for everything i have

perfect family

super wonderful people
and
friend around me

awesome life







terima kasih semua
:)



 with love,
FatinFashiekin



Thursday, October 27, 2011

I ALWAYS WONDER. IF

Assalamualaikum

I dont know how you guys feel when u're in any shopping malll. But to me, Without knowing it. 

I SMILE ! :)

I love the smell of new Clothes, Their Striking, pastel colours, their mannequins that wearing beautiful clothes..Oh My God, If only I have money, I buy everything that they hang on the wall, buy one for each design. Uh, If only…

Why you have to be so expensive anyway?

Feeling on buying expensive apparel using your own money is like, u keep the paper bag that comes with it, the receipt and u wear it ONLY on special occasion .for me kadang2 mcm rugi je. but then we buy it anyway.

so..

I always wonder why apparel can hit more than 1k  each .as it only a piece of cloth what, but then dah paham now. then again, no matter how expensive it is and I cant afford to buy it using my saving, they always make me happy only by looking and touch them….

Dear EVERYTHING in shopping mall,

*how I wish I can take you home,.Hang you in my closets 

*Glued the receipts in my account book. Okeh melampau kan ?

*Hang your paper bag on my mannequin

*Wear you everyday…

The truth is I know I will make you happy and no one will ever treat you like I will treat you. but, I can’t afford you at this moment..

Sigh (-_-")

With love,
FatinFashiekin

Wednesday, October 26, 2011

BIRTHDAY GIRL

Assalamualaikum

Happy birthday to me !
Gembira sangat-sangat
Banyak kejutan berlaku

Saya dapat apa yang saya inginkan,
Kejutan dari family,
Kejutan dari kawan-kawan
Dan bos saya yang hebat :)

Bila tibanya hari jadi
Kita akan tahu,
Siapa ambil berat pada kita
Siapa yang ingat pada kita
Siapa yang sayangkan kita.

Even cuma ayat ringkas,
Kita boleh tahu keikhlasan someone tu.
Seriously tau :)

So, nanti birthday u all.
Try lah perhatikan insan sekeliling anda.
Macam saya ?
Saya dah highlight kan beberapa nama
Yang saya terkedu bila mereka
Ingat birthday saya.
Dan Lillahitaala, even sekadar ingatan,
Ia nya betul2 meruntunkan hati saya.

Terima kasih :)

ada yang tanya,
Incik lalan bagi ape ?
Dan adik incik lalan pun ada kata
"Minta hadiah kt abg, dia beli coclate
Mahal kat airport"

Okey saya jawab.
He call me and sing a birthday 
song to me.
Then dia kate
"Ala, birthday je pun tk smbut tk pe"
That's all. Hee ^_^
Romantik tak ?

Ala x kisah pun tak celebrate birthday
Lagi-lagi wif boyfriend,
Small matter je lah
(-_-) *ayatsedaphati


So terpaksalah saya melancarkan
Sistem paksaan terhadap beliau :

FatinFashiekin :
"Ehem ! Adik kepada kekasih saya kata kat saya, abang dia ada beli choclate mahal kat airport, tapi abang kepada adik kekasih saya, tak bagi ape-ape"
-ayat straight to the point ;p

Incik jantung hati :
"Hahahaha. ada, haritu lpe nk bg.. Nanti abg bg ye.. Mna da cklat mhal bese jer, ala, birthday je pun"

FatinFashiekin :
"Hari ini, 26/10 adalah birthday saya, maka saya digelar Birthday girl, segala permintaan saya sewajarnya dimakbulkan ye wahai incik Ahmad Faizal"

Incik Jantung Hati :
"Eh so jadinya kalau saya punya birthday so saya buat permintaan nk jadi perdana menteri pun akan tertunai lah ea, apelah"

FatinFashiekin :
"La, awat demand sangat nk minta jadi PM ? Pmintaan saya ni hanya diantra kita, masa ni je lah saya ada kuasa besar saya kan ? Hari lain excuse je awak bagi. Oleh kerana awak bz 24jam harini, saya ada SATU permintaan sahaja. Hehe"

Incik Jantung Hati :
"Satu je ??? Betul ? Ok, ape dia ?"

FatinFashiekin :
"Saya nak ahad ni, saya claim balik tarikh 26/10 ni"

Incik Jantung Hati :
"Okey. Tangan lenguh pegang hp lame sangat. Bye"


Haaha. Tp Cadangan terbaik kan ?
Ouh. Bile nak hari ahad ni. 
Can't wait !!

Segala gambar-gambar akan
Diupload minggu hadapan.
Sekarang masih dalam 
tempoh pembikinan :)

Birthday Girl,
FatinFashiekin

Tuesday, October 25, 2011

THANKS GUYS :')

Assalamualaikum

Terima kasih !
Even belum 26/10 secara tepatnya,
Tapi insan-insan tersayang
Dah wish awal-awal.
Ouh. Really-really-really appreciate :')

Thanks to my family,
Mama, abah, dan adik-adik
Sebab buat surprise buat kakak.
Kakak bangga dan gembira sangat !
Rasa diri macam 2years old pula
Bila kene kiss pipi, tiup2 lilin,
Ouh. Love u all :')
Dan untuk red roses yg mama bagi kakak, 
sangat sweet :')

Then to incik Lalan,
Patut lah kite argue je petg tu,
Bila kite call, kamu marah-marah,
24/7 kamu asyik busy je
Sampai kite rase
"Maybe dia lupa"
Bila tgk jam 11.45pm kite rase dah give up sangat-sangat.
But then tiba-tiba kamu call then 
Sing a birthday song to me,
Even kamu cuma kate
"Happy birthday sayang,
Semoga panjang umur.
Dimurahkan rezeki.
Sihat selalu~"
Tu dah cukup bt muka saya tkerut-kerut
Tahan menangis sebab terharu
*fine, hati akuh mmg mudah lebur ;p

Cik Puan Noraini Shariat,
Sangat rindu dia,
Ingatkan last week nak ke BP
Tapi saya tpaksa ke Dewan Pekembar
Sebb mnerima sumbgan dari govment,
Petg pula bawa adik ke Zoo Melaka,
Haish. Sangat rindu pada si kakak tembam ni tau :(
Tq sayang sebb still ingat pada kita
Kat sini..

Incik Aus,
My bestfren forever !!
sejak die dengan 1st love then single
Then baik balik, then single balik
And now dah dapat gf baru dah pun,
Tq sbb dari last year tetap bg ucapan
Dgn penuh bdedikasi dan puitis2 gitu.
Ok ingat pjanjian kite,
U can count on me and I can count on u :)

Abang ejan :)
Sangat-sangat tak kusangka
Dan kuduga, dia akn tahu birthday sy,
Rasa nak menangis je rasanya
Bila tepat 12tghmlm dia msj.
Ouh, kpla rasa pening-pening dn nak pitam je rase. Hehe.
Tq abang ye, selalu doakan ksjhtraan ekin ni.
 Allah je yg dpt mbalasnye :)

Incik Yusoff,
Ni kawan baik paling tak gentle,
Tegur dan borak sakan bukan main,
Tapi, tak ingat pun birthday saye (-_-)
Ye seriously dia whatsapp saya awal k.
Ajk borak, tgu py tgu dia bt x th je,
Rupeny x tahu. Ouh. Mmg kwan tbek !
Heheh

My lovely teacher, 
cikgu june, dan cikgu suhaila.
 Tq sebb wish :)

Feed hassan, niki ariff, syuhadah, hajar, iwan, nad, rohim, hafiz, faris, shima, fahmi, dayang, joyz, ahirudin, rizal, ain zairi, kk mahawani, Abg ptss, aznan muhd, kk ila yaakob, dan semua wish through fb/ email/ bbm/ whatsapp/ pingchat/ sms/ call... Tq so much guys. Saya cube reply tmampu yg boleh ye :)

Saya tk mmpu berada dsamping kalian, untk bsuara mahupn bjabat tgan mengucpkn terima kasih atas ingatan. Tapi InsyaAllah. Doa saya mengiringi kalian. Semoga hdp kita bsama diberkati didunia dan diakhirat kelak :)

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunkanlah segala dosa yang telah aku lakukan, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa sahabatku, dosa muslimin dan muslimat.

Kau panjangkanlah usia kami, Kau rahmatilah kami Ya Allah, Lindungilah kami daripada gangguan jin dan syaitan Ya Allah, masukkanlah kami dalam syurgamu Ya Allah.

Kau berilah petunjuk dan hidayat kepada kami Ya Allah, serta janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami.

Ya Allah, diri ini hanyalah hamba yang lemah lagi hina, Kau suburkan cinta kami buatMu serta rasulMu. Bimbinglah hati kami ke jalanMu Ya Allah.

Berilah kemanisan iman kepada kami Ya Allah. Hanya padaMu kumohon pertolongan Ya Allah. Tingkatkanlah keimanan dan ketakwaan kepada kami Ya Allah.

Lapangkanlah hati kami, sucikanlah hati kami serta bersihkanlah jiwa kami Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Zaljalali wal ‘ikram.

Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah, Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah, Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah.


Terima kasih Ya Allah ke atas keagunagan cinta yang Kau curahkan pada hati ini."

Amin..

With love,
FatinFashiekin

Thursday, October 20, 2011

HARI KETIGA (SINGLE)



Hei my blackberry. cepatlah berbunyi.
(-_-)
say something to me

bila awak nak balik ni ?
sibuk bebenar dengan seminar 

MissYou,
FatinFashiekin



I LOVE THEM

Berkawan.
Tak salah berkawan seberapa ramai pun. Tak salah juga mempunyai kawan-kawan yang pelbagai latarbelakang & cara kehidupan yang berbeza. Tak salah juga belajar & ambil sesuatu yang baik dari mereka. dan belajar menjauhi sesuatu yang kurang baik juga. tak semestinya kawan, semua perlu ikut kan?

Dalam persahabatan, jangan pernah menyesal. tanpa kita sedar sebenarnya, kita belajar banyak melalui persahabatan. tak terkira. samada negatif atau positif masih tetap pembelajaran buat kita. jangan senang menghukum seseorang. pokoknya hati. jangan mudah menghukum seseorang hanya kerana pergaulan nya. hanya kerana jenis kawan-kawan nya. hanya kerana cara persahabatan mereka. Insya Allah. cukuplah mereka berpegang kepada jalan Allah. masih kenal halal & haram. yang selebihnya kita serahkan kepada Allah. Allah lebih mengetahui kenapa terjadi sesuatu dan kenapa tidak terjadi sebaliknya. 
 
kita sebagai manusia & hambaNya tidak layak terlalu cepat menghukum. andai ada keburukan atau kekurangan dari mana-mana pihak persahabatan pun, berdoalah agar Allah perbaiki semuanya. Kadang-kadang kawan-kawan, kita tak tahu apa yang telah berlaku atau akan berlaku kepada sesuatu kejadian itu. cukuplah kita memohon kepada Allah agar lindungi kita & sentiasa pelihara kita. Allah lebih mengetahui. persahabatan itu sesuatu yang indah. andai kita tahu nilai & ertinya. 
 
Yang penting pandailah kita menjaga diri sendiri. tahu memilih yang baik & buruk. Dan ingatlah kawan-kawan, bila kita berkawan jangan takut untuk menegur. andai ada salah & silap. tetapi jangan lupa juga, cara menegur itu perlulah berhikmah. biarlah yang sedap didengar dan bukan yang berbekas berdendam dalam jiwa. lain pula jadinya. niat tegur kerana sayang.

" Terima kasih Ya Allah kerna kurniakan aku kawan-kawan & sahabat-sahabat yang mempunyai pelbagai latar belakang & cara kehidupan yang berbeza tetapi masih menghormati prinsip ku. yang masih menghormati ku & paling penting menerima aku seadanya sebagaimana aku menerima mereka seadanya. aku sedar aku bukan yang layak, terbaik & sempurna tetapi cukuplah aku mampu menjadi pendengar yang baik & sahabat yang dipercayai. Alhamdullilah. "

sesungguhnya, tiada yang sempurna dalam dunia ini.
kita hidup untuk saling bantu membantu antara satu sama lain.
kita hidup untuk saling melengkapi.



" If you judge people, you don't have chance to love them. 
as simple as that. "

with Love,
FatinFashiekin


Wednesday, October 19, 2011

What If Tomorrow Never Comes.



Hold your loved ones closely today.

What If Tomorrow Never Comes.

If I knew it would be the last time
That I’d see you fall asleep
I would tuck you in more tightly
And pray to Lord
Your soul to keep

If I knew it would be the last time
That I see you walk out the door
I would give you a hug and kiss
And call you back for more

If I knew if would be the last time
I’d hear your voice lifted up in praise
I would video tape each action and word
So I could play them back day after day

If I knew it would be the last time
I could spare an extra minute
To stop and say “I love you, ”
Instead of assuming you would KNOW I do

If I knew it would be the last time
I would be there to share your day
Well I'm sure you’ll have so many more
So I can let just this one slip away

For surely there’s always tomorrow
To make up for an oversight
And we always get a second chance
To make everything just right

There will always be another day
To say “I love you, ”
And certainly there’s another chance
To say out “Anything I can do? ”

But just in case I might be wrong
And today is all I get
I’d like to say how much I love you
And I hope we never forget

Tomorrow is not promised to anyone
Young or old alike
And today may be the last chance
You get to hold your loved one tight

So if you’re waiting for tomorrow
Why not do it today?
For if tomorrow never comes
You’ll surely regret the day
That you didn’t take that extra time
For a smile, a hug, or a kiss
And you were too busy to grant someone
What turned out to be their one last wish

So hold your loved ones close today
And whisper in their ear
Tell them how much you love them
And that you’ll always hold them dear

Take time to say “I’m sorry, ” “please forgive me.” “Thank you.” or 'it’s ok.”
And if tomorrow never comes
You’ll have no regrets about today .

by, Ashleigh Gaffney

* such a beautiful poem i've ever reads


WASIATKU

Assalamualaikum

saya bukan lah seorang gadis hartawan yang dapat
membantu setiap orang
dan saya tidak memiliki kudrat yang cukup kuat
untuk ke setiap pelusuk tempat untuk membantu
mereka yang memerlukan.

apa yang saya mampu,
andai saya sudah tiada,
InsyaAllah.. hanya ini :)


berminat ?

saya sudah mendaftar. anda ? besar pahalanya InsyaAllah.
(Tiada paksaan)


Tuesday, October 18, 2011

HARI KEDUA (SINGLE)

Assalamualaikum

Hari kedua berjauhan 
Beribu batu dari jantung hati.

Allhamdulillah dia sampai dengan slmat
Perbualan kami sangat terbatas.
I don't know why, saya x dapat call dia
Bila try make call je 
"outgoing call barred"(-_-)
Saya dah bayar bill okeh.
Tapi bila saya sms, dia boleh dapat
Atau dia call saya boleh terima.
Dan semestinya kalau dia yg call adalah sangat berkira, 1minute : RM8.00,
Kedekut adalah sikap beliau (-_-)

So semalam ade juga dia call 
Mmg excited lah bila kekasih jauh diperantauan call, rase macam doa termakbul ! Hehe

tapi angkat je dia just kata
"Kite nak beritahu, kite duduk dalam resident suite, 1 malam RM15,000.00 hahaha. Search four seasons resort, seperti rmh banglo yang sgt mewah dan dimiliki saya seorang. Bilik tidur kite 3 kali besar ofis farmasi, beserta bilik massage. Ruang tamu 5kali besar bilik tidur pun beserta bilik massage. Tandas dia ? Fuhhh canggih, hah, balkoni dia ? Besarnya sama dengan dari pintu farmasi kamu hingga ke kaunter. Jangan jelouse ok ? Setiap doctr disini diberi satu suite, saya doctr ? Kamu ? Apakah ?" Sambil gelak besar dan tk beri peluang saya mencelah.

Saya kata
"Eleh, setakat duduk berapa malam je.
 Apelah sangat. Tak heran !"

Then dia kata
"Hahhaha. Ada orang makan hati berulam jantung. Hehe. Heran ke tk, masalahnya cuma nak tanya KAU MAMPU ?" Sambil gelak besar.

Ee, huduh betul perangai dia.
Siaplah nnti balik Malaysia. 
*dendam. Hahah !

betapa huduhnya perangai dia,
Yeah, that's us,

Sayang, betapa buruknya sikap anda.
I Just Cant Stop Loving You.
Its not that easy being in a long distance relationship
It requires real effort.
Even when one of them is busy with their own lives.
BUT
a simple thing means a lot.
It reminds each other that you are NOT forgotten.
Everyday I need You even more sayang,
*If only you could feel it
but i know we are busy with our own life
Even if I dont see You,
Even If we have less talk,
Less Hellos,
Less stories,
Less greetings,
But I always remember that my care will never be Less.
Because nothings gonna change my love for You.

With Love,
FatinFashiekin

HARI PERTAMA

Assalamualaikum

permulaan hari yang sangat tidak menyeronokkan
bangun subuh, pandang HP,
then rasa sedih,
mesti dia dalam flight lagi,
(-_-)

cepatlah balik,..
baru sehari dia di luar negara saya dah tak keruan ni.
kalau dulu dengar lagu
zhivilia-Ashiteru
langsungg saya tak feeling tau
tapi sekarang, buka radio je
asyik2 lagu tuh.
aish. rasa macam dengki pula radio tu pada saya kan ?

apapun, semoga dia selamat tiba dan balik dengn selamt nnti,
maybe lama saya akan tidak berjumpa dia
even sebelum naik flight dan dia kata
"wah ! syurga ! Allhamdulillah, tak sabar rasanya nak menikmati
hidup tanpa gangguan dan sebarangg bunyi telefon ! indahnyaaaaaa !"
sambil tersenyum lebar
*sakit hati !
(-_-)

Allhamdulillah juga kepada parent incik jantung hati
cuz dapat menunaikan haji this month.
so sampai je Malaysia dia akan terus balik kampung halaman 
sebab mengiringi pemergian parent dia ke mekah :)
aish seronoknya kalau dapat kesana juga,
sangat teringin. Ya Allah murahkan rezekiku Ya Allah.
indahnya andai dapat menjejakkn kak kesana dsamping
keluarga dan insan tersayang,
menunaikan haji bersama. SubhanaAllah.

Apapun, dimanapun, sesiapapun,
jaga diri anda ye :)

kepada incik jantung hati, if u read this,
saya tunggu awak balik !

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali


Doctor, balik cepat ye.. 

With Love,
FatinFashiekin

THE MANHATTAN FISH MARKET

Assalamualaikum

sorry cuz this blog bercuti untuk 3 hari 
like always simple entry bout my aktiviti
actually nothing fun bout myself
TAPI
this is my own diary so x salah kan nk
jadikan this blog my private memorial ;)

last sunday, saya ke KL
bertujuan untuk mencari barangan incik lalan,
new clothes, jeans and everythings
yup, saya adalah wanita yang menentukan pemakaian dia skg
sebab saya dah pesan pada dia
"saya takut nanti orang kata awak ni tak terjaga
then mak awak cari kan awak jodoh lain ke supya awk lbh terurus, 
saya macammana ?
so saya nak segalanya ttg awak adalah RAPI bersama saya"

then lepas lapar-lapar saya pergi ke
FISH MANHATTAN
ouch. sangat suka :)


menanti ketibaan makanan

 "oreo kaboom !" masa oder saya sebut "kaboom" dengan 
nada yg sopan. heheh





jom makan ! hehe
sorry tak ada gambar kan saya ke sana ?
yelah, bz mcari pakaian then makan2
nk sengih sorang2 kat dalam restaurant tu
rasa malu lah (-_-) heheh


and this is gambar semalam
di Traffic light ayer keroh.
muka very lah the tired,
tapi gagah kan juga balik kerja dari johor ke melaka
sebab nak berjumpa incik jantung hati

:)

Saturday, October 15, 2011

JAWATAN TIDAK LANGSUNG (ANAK SULUNG)

Asalamualaikum

Menjadi anak sulung dalam family bagi saya, adalah sangat susah. 
Tanyalah sesiapa sahaja yang menjawat jawatan tidak langsung itu dan 
saya percaya mereka juga mempunyai masalah yang sama seperti saya.

Menjadi anak sulung means high expectation. 
Kena tunjuk contoh terbaik buat adik, 
kena set satu benchmark tinggi dalam family, 
dan kena buat semua benda “baik”.
*nak mengekalkan momentum prestasi sgt sukar okeh

Contoh :
situasi membanggakan : tengk abang tu, tk merempit, bagus !
situasi membengangkan : tengk abang tu, suka merempit, nk mampus sat lagi !

so kenalah pilih untuk menjadi anak kebanggaan kan?
biar adik beradik solute lah ;p
that y menjadi anak sulung sukar ye wahai sahabat,


Atas alasan itu, ramai anak sulung mempunyai split personality. 
Kalau di rumah, 
kami (anak sulung) kebanyakan masanya 
menjadi seorang yang sangat low profile, pendiam dan tegas. 
Berbeza sekali dengan karakter kami di luar. 
Di mana di luar kamilah antara pesaing yang bersaing antara satu sama lain. 
Pelik kan?

Tak pelik pun kerana kami selaku anak sulung telah dilatih 
untuk mencapai satu standard yang tinggi 
dalam apa jua perkara yang kami lakukan. 
Kami dibesarkan dengan naluri yang sebegitu.

Disamping itu, kami sering dicop sebagai seorang yang materialistik dan suka membazir. 
Ianya berlaku kerana kami sudah biasa mendapat barangan baru sejak kecil lagi. 
Erti perkongsian adalah pengertian ganjil bagi kami. Haha ;p

Being the first son or daughter in the family juga, 
kami dianugerahkan naluri untuk lebih bertolak ansur dan 
memiliki sikap mudah mengalah yang tinggi kepada yang lebih muda dari kami. 
No wonder lah kadangkala kami ni kurang agresif dan kebanyakan masanya, 
kami selalu sahaja berdiam diri. 
Tetapi, jika kami disimbah api, 
kami akan memperjuangkan kata-kata kami 
sehingga kami menang (tegas) ! *ada bran ?? Hehe


Sebagai anak sulung, Jika kami melakukan sedikit kesalahan, 
kami akan dimarahi, dibebeli, atau dimambu dengan cepat 
dan rakus sekali oleh ibu bapa kami. 
Ini adalah kerana mereka telah meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada kami.
*anak pertama so pengharapan adalah tinggi

Oleh kerana itu, 
kami selalu sahaja cepat terguris hati atau 
dilabel sebagai manja atau mengada-ngada akibat perkara kecil. 
Sebab itu, susah sedikit untuk kami berkomunikasi dengan 
mereka yang mendapat gelaran 
anak kedua atau ketiga dan seterusnya. 
Saya berpendapat anak sulung sangat mudah memahami hati anak sulung yang lain 
berbanding dengan yang lain.

KELEBIHAN ANAK SULUNG
(yang saya lalui) *fakta

1) ANAK SULUNG PEREMPUAN = SURIRUMAH SEPARUH MASA
eh ! betul okeh ? jangan gelak ! dari kecik kat dapur lah, ruang tamu lah,
segala celah dan ceruk rumah kak longg ni juga lah kena buat tau.

2) ANAK SULUNG PEREMPUAN = PENGURUS
hah ? pasaipa ? tak caya ? bukan sahaja boleh menjadi surirmh separuh masa
yg hebat dn bagus. pakej pengurusan pun siap !
contoh, kalau iron baju ke apa, bukan baju saya je okeh.
pakej satu bakul besar, fuhhh~
kalau rajin, petang ahad tu stok seminggu saya iron,
kalau malas, bangun awal2 4 pagi mengiron baju.
*time ni akuh rasa seperti tuan puteri
yang didera oleh mak tiri
lalu berharap putera raja datang menyelamatkan ku. haha ;D

3) ANAK SULUNG PEREMPUAN : PENYANYI VOKAL TERBAIK
bab ni memang u all setuju lah kan ?
bab ni saya memang pakar, 
"azaaaa, daniellllll~ bangunnnnnnn !!!!!"
wah, baju sekolah semua dah siap iron,
depa sedap2 bergolek atas katil
masa ni mula lah ceramah pagi
"kakak dulu, baju semua kakak sedia sendiri tau tak da sapa tolong~~"
panjang lebar haish ;p


4) ANAK SULUNG PEREMPUAN ; PERTAMA
semua yg pertama, berjaya pun mestilh harapkn pada anak pertama
dan...,


haaaa ?
of cz lah pgantin perempuan pertama harapan mama abah kan ?
majlis pun sure pertama kalu dan terakhir kali kan ?
heheh

ok cukup-cukup.
nanti taip banyak-banyak terkeluar pula segala keburukan ;p

Okeh. Ini hanyalah melalui perspektif saya sahaja ye :)



DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...