FOLLOWER

Monday, October 31, 2011

KISAH TAULADAN BENAR TERJADI

Assalamualaikum

Hidup ada naik turun.
Kita merancang tapi Allah yang menentukan.

Kita tidak akan tahu apa yang bakal
Terjadi di masa hadapan,
Ye, memang kita mampu merubah sesuatu yang negatif menjadi positif 
berbekalkn Usaha dan ikhtiar.

TETAPI,
 sehebat mana perancangan kita,
Allah telah merancangnya lebih
Awal lagi.



10years ago :
Saya mengenali sebuah keluarga
Yang sangat-sangat sempurna,
Keluarga yang kaya dan bahagia,
Si ayah memiliki jwatan yang tinggi
Bahkan orang yang sentiasa berpolitik
Sehingga namanya sering menjadi sebutan.

Dihiasi bidadari peneman diri iaitu
Seorang isteri yang hanya seorang surirumah sepenuh masa dlm memberikan phatian tbaik kepada keluarga, Mereka dikurniakan 3 orang anak perempuan.

Dahulu,
Setiap kali saya bertandang ke rumahny
Saya pasti akan rasa cemburu "nor sangat beruntung kerana mempunyai mak dan ayah yang baik, berharta dan sentiasa memanjainya". Ye family saya pn tiada cacat celanya tapi jika melalui penglihatan, apa yg dimiliki NOR sangat-sangat diingini setiap kanak-kanak. Disamping itu, Nor Memiliki 2 kakak yang sentiasa menyanyanginya dan memakbulkan setiap keinginan nor.

Setiap kali keluar bermain bersama nor,
Dia sentiasa memakai wangian dan pakaian yg mahal (1990an),
Ye, saya rasa dia sangat-sangat bertuah.

Tapi, ALLAH Maha Mengetahui,
2011
Segala kebahagiaan direntap secara tiba2 semasa persiapan raya dilaksanakn mak nor meninggal dunia (Alfatihah). Sanak saudara sangat terkejut.

Bermula dari kematian ibunya,
Rutin keluarga tu kini berubah,
Rumah yang dahulunya ceria
Dan meriah kini suram sepi dan lesu.
Tertutup rapi.

Bapanya dilihat hanya makan
Di warung-warung dengn wajah 
Yang muram sambil menjamah makanan.

Segala keceriaan yang pernah ada
Semuanya hilang.

Selepas kematian ibunya,
Kakak sulungnya menjadi tunjang utama
Keluarga mengantikan tugasan si ibu.

Tetapi 2 bulan kemudian,
Kakak nya diserang penyakit jantung
Dan kini masih dirawat.

Kakak ke 2 nor,
Langsung tidak keluar dari rumahnya,
Masih tidak dapat menerima hakikat
Kehilangan ibu kesayangan.

Sekarang,
Tinggal lh nor bersendirian,
Mungkin nor tidak luahkan segalanya
Pada saya, tapi saya memahami
Beban yang ditanggungnya.

Satu persatu menimpanya.
Nauzubillahiminzaliq..

Semoga Nor kuat mengharungi
Dugaan ini..


Tujuan saya share cerita ni pada u all
Bukan untuk menagih simpati.
Tidak. Saya cuma nak kita sama-sama
Berfikir seketika.

"Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik segala nikmat yang ada pada diri kita"

Tiada yang mustahil dalam kehidupan,

Kepada yang miskin, jangan mengalah,
Kekayaan tak menjanjikan kebahagiaan.

Kepada yang kaya beringatlah segala yang ada kepunyaan Allah, jangan riak dengan kekayaan dan jangan terlalu berkira atas kebajikan insan yang dalam kesusahan.

Hidup ada pasang surutnya. Semoga kita dapat melalui segala yang berlaku dalam hidup dengan penuh keredhaan dan kesyukuran.

With Love,
FatinFashiekin

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...