FOLLOWER

Friday, August 26, 2011

MAAF ZAHIR BATIN

Assalamualaikum

Awak, awak, awak.
Ye, awak lah yang saya tengah tegur ni.
Ye, awak lah yang tengah baca blog saya ni. Ye, awak lah orangnya. Hehe. Saya nak beritahu awak sesuatu, maaf saya lama tak update apa2 kat blog ni, saya sibuk sangat, dan terima kasih sebab still selak2 blog saya ;P

Awak nak tahu ? Saya super duper busy and exhausted too much. Aish. Raya dah nak dekat katakan, tapi Allhamdulillah segalanya berjlan lancar, awak nak tahu, kat tempat kerja saya busy sangat menguruskan hal kupon untuk sekolah rendah Pintas Raya Batu Pahat. Kalau awak tengk tangan saya, merah padam, lebam2 pegang gunting. Ye, 2500keping kertas saya gunting tau, bukan gunting kepada 2 bahagian tapi 12 bahagian, mula2 buat memang bahagia cuz at least ada juga kerja tapi bila je tahu kupon tu hanya diberi masa 3 hari untuk dsiapkan serta merta stress menguasai diri. 12jam menghadap kupon tu kat farmasi BUT untill now ada lagi 800 keping (-_-) 

Kat farmasi busy, kat rumah punn busy, sebab nak raya kan ? Kemas sana, lap sini.. Tapi sangat seronok !! Rasa indah sangat bila balik kerja je tgk semua rumah disinari cahaya lampu pelita, budak2 busy main mercun lah, meriam lah, masjid pula penuh dengan org terawih :)

Awak, saya minta maaf andai saya ada terlukakan hati awak ye, saya hanya seorang gadis biasa, maaf andai saya tak balas bila awak mesej, tak senyum semasa awak memandang, tak ada bila awak sunyi, saya nak awak tahu, andai saya mampu dan saya perasan TAK MUNGKIN saya abaikan awak. Awak semua insan kesayangan saya, tak kira lah even awak cuma kawan dalam FB saya ke, even awak kenal saya tapi saya tak kenal awak ke even kita sama2 kenal, even kita tak pernah bersua muka, even awak sekadar baca blog saya, saya nak awak tahu, saya sentiasa ingin ada disamping awak-awak semua dan menjadi sahabat terbaik kalian.

Selamat hari raya, maaf zahir batin. Kalau lah tangan saya boleh keluar melalui bacaan blog saya ni, sudah lama saya menghulurkan tangan untuk bjabat tangan (bgi perempuan je) heehe.

P/s:still without picture cz via BB dan guna BB sangat lambt nk upload pic. Sorry :)

Hargai Ramadhan yang bakal ke penghujungnye ye !

With Love,
FatinFashiekin

Sunday, August 21, 2011

KEJUTAN UNTUK SI DIA

Assalamualaikum

Another surprise for him.
Yes him ! Him ! Him !

Saya buat satu kad raya,
Saya tulis kata2 kemaafan,
Kata2 jiwang,
Kata2 lucu,
Dan saya pos kan ke office dia <3
So kat sampul surat tu,
Saya print out by cmpter, tak ada lah dia tgk tulisan je dia cam kan. Saya buat seperti surat formal, sampul yang besar.

Kemudian,
Saya minta bantuan mama,
Yelah nak raya, so pakai pos biasa sure
Terhegeh hegeh.
So pos menggunakan courier.
Courier tiap hari datang company mama,
So sebelum mama masuk office, boleh lah bagi pada guard dan minta guard pas pada orang yang akan pos2 barang company sekali.
Tq mama sebab membantu!! ;)
Abah cuma tersenyum je tengk plakuan anak sulung beliau.
Uh, mama dengan abah,
TERBAIK !!

KEPADA :
DOCTOR AHMAD FAIZAL B. SULAIMAN
(Nama cmpany)
Melaka, Malaysia.

Bab2 kejutan ni, saya memang suka sangat. Dan saya yakin, bila dia dapat surat tu, bkerut-kerut kening dia tahan gelak dan menyampah dengan ayat2 saya. Hehe.

Maybe ditempat kerja, dia seorang yang pendiam, tak byak cakap, serius pada kerja tetapi di hormati. Even bila saya call pun, nada suara dia berubah serius, seperti "hello.. Hmm.. Ok.. Bye".dan saya nak buat dia menahan gelakkk. Semoga saya berjaya.

Last year, saya letakkan kad raya kat dashboard kreta dia before dia balik ke Kedah, tahun ni, saya pos kan kat tempat ketika dia menjadi formel. Oh. Saya sangat suka mengusik dia. Heheheh. I'm sorry dear. I know I'm too weird sometimes, tapi sayang buat sebab nk harmonikan hubungan kite, wanna make u laugh always. Kan bahagia :)

turut diselitkan kata-kata
WHY I LOVE YOU :

1)Each time I look at u, there will be something that beat right at my heart, rasa tak nak berjauhan. That y bila kamu ke oversea atau balik kedah I'll crying cuz missing u.

2)We're always together and u have been the good friend for me ! Seriously. Even u're my kekasih, tapi kalau anything happen around us, kita akan share dan gelak sama2, argue pun sama2.

3)You can make me smile even while I'm crying because mad at you. Contoh, bila kita marahkan kamu, kamu buka dashboard kereta kita dan ambil yassin, kamu akan baca yassin konon minta hati kita dilembutkan. Hehe

4)You always admit ur mistake dan itu cukup untuk membuatkan saya tersenyum.

5)You trust me more than anyone could trust. Sebab kamu tahu kita tk mungkin khianati kamu kan ? :)

6)You might be not a romantic person but u're too matured, naturally and sweet. I would love to live with a matured guy like u for the rest of my life.

7)When I'm being too ego. U know how to deal with it dan kamu selalu nasihat kan kita supaya sedar, emosi bukan segalanya.

8)You let me know who u really are, the GOOD, the BAD. Tapi sayang yakin kita boleh saling melengkapi :)

9)When I'm with u, all I want to do is smile and looking at u. I never bored to do that everyday. 

10)The main reason why I love u is, my heart says : 
"don't let me love another man because I give my best to love this person, please, this heart only for 
AHMAD FAIZAL SULAIMAN"


With love,
FatinFashiekin


*p/s : nk tgk pic kad, kat FB, sbb kat blog ssh upload gmbr by hp :)

Saturday, August 20, 2011

MENCARINYA

Assalamualaikum;)

happy weekend peeps !
Harini saya masih bertugas just balik awal, sangat seronok :)
Berbuka bersama keluarga,
Kereta dah siap diservis, Allhamdulillah just hal road tax belum settle,
InsyaAllah minggu depan semuanya settle. Boleh lah balik kampung ek ;P

Esok, seperti biasa, ahad adalah hari yang sangat busy bagi saya. Pagi2 maybe saya bersama family, beli barangan dapur, then shopping sekejap cari barang2 untuk my parents dan adik. Kemudian aktiviti Mengemas dengan bertungkus lumus luar dan dalam rumah, menukar segala yg patut then aktiviti make up rumah, touch up mana2 yang dah comot. 1st ly saya fikir nak cat bilik tau, saja nak tukar mood, tapi my parents dn incik lalan pn bising, baru setahun di cat so tk kn nak ubah, so, saya mengalah, hmm, x perlu cat bilik, tapi ubah psekitaran bilik ! Seronok !

Petang ahad pula, jumpa incik lalan, menguruskan hal dia, hmm, last week kami shopping, beli jeans dan dan sluar, nk potg kat sana tlalu ramai org, so dia dgan pnh kyakinan kata akan hantr sendiri ke kedai untuk ptg sluar tu tnpa bantuan saya. TAPI, untill now, bila ditanya, jwapannya cuma senyuman (-_-) bermakna insan kechil inii juga lah mjadi mangsa, hal kuih raya lagi, pun plan petg ahad kami mcari, ada juga yg dibuat, tapi saja menambah aneka pilihan, InsyaAllah mencari pkaian mak dan ayah dia, untuk adik2 incik lalan, angpau ok lah kan. Hehe. 

Allhamdulillah my girlfriend dapat kerja. Sakinah Adun atau nama glamournya qyna, Allah makbulkan doa kami semoga dibukakan pintu rezeki dia. Cuma sangat2 minta maaf, dia ajk shopping juga tapi saya busy sangat. Dan saya janji, raya nanti kita hangout mcm last year k sayang :) my girlfriend ni cantik ok ! Pernah tgk cerita FULL HOUSE ? Hah, muka dia sebiji macam heroin drama korea tu. Hehe.

Ok. That's all. Hmm, update still without pictre cz my lappy still sick :( emm ok salah saya sebab still tak hantar repair, nanti dulu lah kot cuz banyak lagi perkara penting yang perlu didahulukan. 

Kepada kawan2, raya nanti, saya dengan penuh keyakinan mengatakan, kalau u all datang kerumah saya dan mberitahu dulu, sure perut u all kenyang !!! Saya janji akan masakkan untuk u all :) tapi kalau u all terjah tibe2, I'm sorry lah, kuih je ada. Hehe

Hah ! Bersama kita mencari laila okey (lailatulqadar) jangan sia2 kan ramadhan kali ini ;)

With love,
FatinFashiekin

Friday, August 19, 2011

RAYA SEMAKIN HAMPIR

Assalamualaikum

Raya makinn hampirrrrrr~
This weekend sangat kelam kabut,..
Banyak benda nak buat dalam satu hari

Then dapat perlawaan bbuka bersama 6 rumah anak yatim di hotel Sunway Penang. Pun tak dapat join. Best nya kalau dapat join.saya tk dapat join sebab terlalu jauh, hal kat johor tk settle, tak kan nak ke penang :(

Masalah baru, akaun fb saya dengan jaya nya telah mdelete beberapa rakan2 saya. TAPI, saya tak delete pun, ni semua angkara hacker tu lah. Kawan2 (firdaus osman dan nazrul shahril) pun ada pesan spya saya bt pswdd yg strongest. And I admit pswdd before this sangat weak. Fatin fashiekin ! Jangan careless sangat ye :)

Ok. Stop bcakap mengenai FB. Allhamdulillah semuanya settle. Harini jumaat, raya semakin hampir. This weeknd adalah last change untuk saya shopping cuz next week dah bz dengan "munjung" ape tu munjung ?? Munjung adalah tradisi yg diamalkan johorean, bertukar juadah sesama jiran, sangat seronok !!! Makanan sure sedap2. *aumm. I'm proud bcme johorean :)


Thursday, August 18, 2011

PENCARIAN HIKMAH

Assalamualaikum :')

Allhamdulillah, FB saya dah okey.
Terima kasih sebesar besar kasih untuk
Incik lalan dan incik Aus.

Untuk incik lalan, dia memang kekasih hati saya, tetapi dia bukanlah seperti orang lain, kalau Bf lain maybe di facebook pn siap ada "in a relationship" bserta nama BF, tapi, saya TIDAK, dia bukan seorang lelaki yg alert pada FB, not, dan kami jarang btegur dalam dunia fb. TETAPI dia tahu pgerakan saya lah. Kawan2 dia ada dalam snarai mutual friend fb saya juga, naya nak menggatal. Hehe. Dia slu marah bila jumpa saya busy pada FB, so bila FB saya di hack semalam, that y dia gelakkan saya dan kata "mesti kamu rasa mcm nak gantung diri without ur dearest FB right?". Dan even dia tk suka saya online, smlm bila FB saya kena hack, dia alert, kept trying, siap buatkan email baru lah, itulah inilah. Terima kasih :')

Untuk my best friend incik aus, photographer kesukaan saya ! Dia pun begitu, seriously, masa saya rasa tension sbb akaun saya lgsg tk dapat login, dia ambil berat even dia busy dengan kerja dia, tapi slpas menerima Mesej dari dia dan kata "I akan cba sdaya upya smpi boleh" hanya kata2 simple macamtu, tapi untuk org yang tengah tension macam saya semalam, then dia pun kept trying, at last, boleh ! ia satu phargaan yang besar buat saya. Dan hidup mati, saya akan ingat kebaikan dia pada saya.

Hikmahnya, bila kita kesusahan, jangan mengeluh, tapi memerhati sekeliling kita, siapa yang ada disisi dan siapa yang menjauhkan diri. Perkara simple yg tjadi semalam mungkin supaya saya lebih mhargai insan yg ada disekeliling saya dengan sebaiknya dan tak leka dengan hanya pada sesetengah pihak sahaja. Dalam kehidupan, pasti kita akan memerlukan pertolongan sesiapa walau sekecil kecil perkara. So kawan2, hargailah sebenar benar sahabat.

InsyaAllah. Saya bukanlah seorang gadis yang mudah melupakan. Tidak. Saya sangat menghargai. Semoga Allah merahmati kalian, doa saya sentiasa bersama kalian.

Salam Subuh. Salam 19 Ramadhan.

With Love,
FatinFashiekin

NIKMAT KECIL YANG DITARIK

Assalamualaikum & Hai

Sedihnya rasa,
Lappy rosak, fb pula kene hacked
MasyaAllah
Member kata
 "ala,bt akaun baru"
Hmm, bagi saya, ia tak sesimple tu,
Saya bukan jenis suka bertukar something, kadang2 saya pelik pada pihak yang senag2 boleh bt banyak akaun. Saya sayangkan akaun fb saya yang sekarang, dah ramai kenalan yang kept in touch wif me dalam akaun FB saya yang tu :'(

Incik lalan pula kata 
"kamu, mesti kamu rasa bosan macam nak gantung diri kan ? Hahahahaah. Senangnya dalam hati, bila tengk dia tiada lappy ditambah lagi dengan tiada FB" 
Sambil gelak besar. 
;'(

Sudah suruh incik lalan cek kan, tk boleh juga, hopefully incik Aus boleh tgk kan, dia janji nak tengokkn malam ni.. Hmm! Saya rindu FB saya dan lappy saya, 

Ok. Fatin Fashiekin, sila positifkan minda anda, jangan meratapi FB anda itu, ada rezeki, Insyaallah baiklah. Kalu sememangnya tak dapat disembuhkan, so nak atau tak, tetap kena buat akaun baru, redha lah wahai Fatin Fashiekin, pasti ada hikmahnya :)

Baru nikmat ditarik sikit dah macamni kan ? Ok what still ada phone, oline by phone, siap blh bkk youtube lah, bkak blog lah. Tgk orang lain, yg ada, tk kenal lgsg ap tu fb. Tak mampu lgsg beli laptop, apatah lagi menyentuh :)

Saya sahut cabaran ini, sementara waktu, NO FACEBOOK. NO LAPPY. 
Dugaan Ramadhan :)

With Love,
FatinFashiekin

Wednesday, August 17, 2011

HACKER

Assalamualaikum

Your account is currently unavailable due to a site issue. We expect this to be resolved shortly. Please try again in a few minutes.


Aish. apa jadi entah dengan akaun FB saya :(
Please FB, get well soon.

:(

Monday, August 15, 2011

TERLINTAS DI SUBUH HARI

Assalamualaikum

Salam subuh kalian,
Masa berlalu lagi, hari ke 16 Ramadhan,
Macammana dengan Ramadhan kalian ?
Saya ? Allhamdulillah,
Sedaya upaya cuba menghargai masa,
Ingat ye, hari ke 10 ramadhan ni ada lah hari2 pengampunan. Dan 10hari diminggu hadapan adalah hari2 bkasih sayang. So sedaya upaya lah kita berdoa semoga Allah ampunkn dosa kita.

Saya suka bulan ramadhan tau, try u all tgk post2 kat FB, semuanya saling mengingati mengenai hadis2 nabi lah atau pun kebaikan2 melakukan kebaikan. Sejuk hati baca, saya bukan yang terbaik. Tapi saya suka membaca, dan dari apa yang saya baca, saya akan kongsikan, mungkin ada yang tidak mengambil kira, tapi mungkin juga ada yang tersedar mengenai Kekuasaan Allah SWT dan betapa kita perlu sujud kepadanya, dan beringat selalu, andai diri kecundang dalam percintaan sesama manusia, kesat air mata tu dan katakan "Aku mencintaimu Ya Allah" bila kita cintakan Allah, baru lah Allah akan menganjari kita, terkadang kita diduga dengan kesakitan dalam hati seperti dilukai kekasih ke, ambil wudhuk dan berzikirlah, Allah tidak akan pernah melukai hati hambanya bah kan Allah selalu ada untuk mendengar luahan hati kita. Eh, saya asyik cakap something mengenai cinta. Hehe. Bukan apa, didunia ini, penyakit yang paling sakit rasanya adalah putus cinta. Setuju tak ? Kan ? ;)


Tentang kehidupan
"kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya"

Setiap orang ada masalahnya tsendiri
Kaya manapun orang yang kita kenali tu,
Pasti mereka pun mpunyai masalah kwangan, semua nya disebabkan tak pernah bsyukur, selalu merungut, selalu mengatakan kerugian tapi tak pernah bersyukur apabila diri dilanda kesenangan. Bila saya memandang mereka yang kaya, apabila saya mendekati mereka, ye, saya fahami, tanggungjawab mereka besar, tapi sedarlah, betapa org lain berharap "andai aku menjadi dia akan aku hargai apa yg aku miliki". Betulkan ? Dahulu mak yang hanya memiliki gaji rm600 dapat memberi makan anak2 nya dengan secukupnya sehingga dewasa tetapi apabila anakny telah dewasa, nak bagi mak rm200 pun susah. Jangan berkira sangat dengan rezeki yang Allah bagi, Rezeki Allah ada dimana-mana. Semakin kita menyekat (bkira) dengan rezeki Allah itu, khuatir lah bahawa bila2 masa sahaja Allah boleh menghentikan pnca pencarian kalian. Mari bersyukur :) ALLHAMDULILLAH

Ramadhan semakin mengundurkan diri,
Buka lah mata seluasnya, cari keredhaan Allah. Jaga setiap hati disekeliling kita, semoga insan disekeliling kita mendoakan kesejahteraan kita bukannya mendoakan dan merungut atas sikap kita. Jangan sampai ada org yg berdoa dan mengadu pada Allah mengenai apa yg kita lakukan kepadany. Kalau dalam hidup, kita akan mengadu pada ibu bapa kita kan andai diri di buli. Bayangkan kalau ada insan menangis ketika bersujud kepada Allah dan tangisan itu berpunca daripada perbuatan kita. Allah maha mengetahui. Doa orang yg teraniaya mudah ddengari Allah. 

Sekadar peringatan untuk diri saya di Bulan Ramadhan :) 

With love,
FatinFashiekin

Sunday, August 14, 2011

PART TWO *DONE

Assalamualaikum

Salam Ramadhan ke 15 ;)
Like always saya adalah seorang gadis 
Yang terlalu banyak komitment nye. Sedaya upaya membahagikan masa kepada mereka yang saya sayangi iaitu Allah SWT, ahli keluarga ku dan jantung hatiku. 

Segalanya berjalan lancar, tuntutan Agama Allhamdulillah segala yang wajib dilaksanakan InsyaAllah dengan sebaik mungkin, tuntutan keluarga, minggu lepas kami sekeluarga dah keluar bersama mencari pakaian raya dan berbagai persiapan yang penting berjaya diperolehi. Dan tadi, ke Kuala Lumpur, mcari pakaian insan kecil di hati iaitu my lil sibling dan alisya dan aqila. Semua settle ! Perfect ! Legaa sangat. Incik lalan punya baju melayu last week da settle kan juga, so tadi mencari pakaian tshirt, kemeja dan sluar dia. Pun settle :) 

fuhh, bujang da kelam kabut macamni kan ? Kalau kahwin nanti, tak tahu laa.. Tapi berpuas hati, saya seronok kalau bab beli barangan insan kesayangan saya, keluarga ke, jantung hati ke, tapi dengan jantung hati ni payah sikit, saya akan katakan pada dia "kamu jauhkan diri dari saya, bila kamu dekat dengan saya, ilham saya lari tau nak mencari pakaian yang sesuai bt kamu" sebab mulut dia penuh dgn complain ! Hehe. Memng penat, tapi seronok ! 

Even saya banyak kali kena marah sebab busy cari barang mereka sampaikan saya sendiri still tak beli lagi handgbag ke, heels ke. Hmm, entahlah, bila usia meningkat ni, saya rasa, semua tu tak penting dah, yang penting sekali, yang perlu diutamakan adalah mereka disekeliling saya. Ye, ada juga round isetan KLCC, jantung hati pun bisingg sebab pergi jauh2 tak beli apa2 langsung, then dia paksa masuk the mines, pun saya tak ada apa2 yang berkenan, at last, masuk the mines pun dalam kepala saya cuma ingat si kecil (awal dan danny) trus capai mainan buat mereka, tapaukan kfc, kemudian saya ada belikan juga teddy kecil yg mmeluk ferrefo rocher, pun untuk insan kesayangan saya, my twin (noraini shariat) hehe. Sesunguhnya saya sangat lah menyanyagi kalian semua !! Sentiasa dihati saya ;) 

Esok isnin bermula kembali, semoga segalanya berjalan lancar dan semoga Allah melembutkan hati dan memurahkan rezeki bos saya untuk memberikan kami bonus saguhati yang memberangsangkan ;P

Ok ! Saya sedang buat senarai nama anak2 buah ni untuk pgagihan angpau raya, supaya semuanya adil dan saksama. Hehe. Bajet itu penting !

Saya sayang kalian, andai saya tersombong, maafkan saya, andai saya melakukan sesuatu yang mengundang sakit hati kalian, maafkan lah saya :)

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunkanlah segala dosa yang telah aku lakukan, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa sahabatku, dosa muslimin dan muslimat.

Kau panjangkanlah usia kami dalam kesejahteraan, Kau rahmatilah kami Ya Allah, Lindungilah kami daripada gangguan jin dan syaitan Ya Allah, masukkanlah kami dalam syurgamu Ya Allah.

Kau berilah petunjuk dan hidayat kepada kami Ya Allah, serta janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami.

Ya Allah, diri ini hanyalah hamba yang lemah lagi hina, Kau suburkan cinta kami buatMu serta rasulMu. Bimbinglah hati kami ke jalanMu Ya Allah.

Berilah kemanisan iman kepada kami Ya Allah. Hanya padaMu kumohon pertolongan Ya Allah. Tingkatkanlah keimanan dan ketakwaan kepada kami Ya Allah.

Lapangkanlah hati kami, sucikanlah hati kami serta bersihkanlah jiwa kami Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Zaljalali wal ‘ikram.

Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah, Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah, Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah "

Aminnnn~

With love,
FatinFashiekin

Thursday, August 11, 2011

KEHIDUPAN KITA SAMA SEPERTI BUKU :)

Asamualaikum & Salam jumaat


As the saying goes "don't judge a book by its cover", I strongly say that I do sometimes judge someone by the way they look. But as time goes by and as I get to know them better, yeah, my assumptions were definitely wrong. See - you can never never never I repeat, NEVER judge someone before you know them. Ever. You may think you know me well enough while you actually do NOT know a single thing about me. I can hide my emotions easily. I can fake up my attitude, just like stealing candies from babies. I can be two people at a time. So, yeah. Can I make it up to you? So that you can know me better?

I don't show my emotions do various people. Yeah - some may consider me as an open book, because people can tell when I'm sad and stuff. But I do hide my emotions okay, peeps? Those whom I consider as strangers shouldn't know how I feel. My family do know how I feel - I think. It's hard to explain, but yeah. My emotions are hidden.

Whenever I feel down, I express them in writings. Tapi hasil penulisan bukanlah terbaik mana, But I do know that there's always a room for improvement :)


Read this dear !
Between BOOK and LIFE
Manusia seperti sebuah "BUKU". 
Cover hadapan adalah tarikh lahir, 
Cover belakang adalah tarikh kematian. Tiap muka surat merupakan tiap hari dalam kehidupan seharian kita & apa yg kita lakukan.

Setelah siap ditulis, tidak boleh di'EDIT' kembali jalan ceritanya. Tetapi seburuk apapun halaman sebelumnya, pasti ada hikmah yang tersedia dihalaman seterusnya bagi melengkapkan jalan cerita.

Sama dgn hidup kita, seburuk apapun dahulu, ALLAH slalu menyediakn hari yg baru dan peluang untuk kita. Kita slalu dberi kesempatan dan harapan utk merubah hidup kita. Oleh itu, hargailah setiap hari yang diberi sehingga ke penghujung hayat kita :)


Impian di hujung hayat ku :

"YA-ALLAH, andai aku akan menjadi tetamuMU, tariklah hayatku ketika aku sedang mengerjakan amal ibadah disampingMU. YA-ALLAH ketika sakratul maut sedang menghampiriku, izinkanlah aku menyebut kata taubat kepadaMU. Sesungguhnya kau MAHA MENERIMA TAUBAT dan balutlah aku dengan putihnya kain kapan.. Pintaku padaMU, janganlah kematianku diiringi titisan air mata orang yang aku sayangi"

With love,
FatinFashiekin

Wednesday, August 10, 2011

I'M SICK WITH MYSELF

Asslamualaikum

O Allah, please give me strength to face every day with calmness.

Dear family, friends and readers,

I don't know why my heart is very weak these days. The tears that used to be too expensive is now free. Even when someone ask me about something and accidentally say something that offends me, I blow out. I can't. Perhaps I need to remind myself to carry tissue papers with me.

The other thing is, my health is getting worse. A simple carelessness can bring out a total jeopardy. I can lose my consciousness anytime, anywhere. I'm weak. I'm sick.

May Allah bless you, whoever you may be. Bear in mind that we only live once. Why not make the best out of it?

P/s : actually I don't know why my heart very weak 
Maybe its all about PMS 

:(

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...