FOLLOWER

Tuesday, September 29, 2015

MOM & BABY EXPO


Dari bulan lepas saya dah aim dengan expo ni,
Almaklumlah, nak jadi emak2 pertama kali,
Part cuci mata barang baby memang seronok.


Dah dapat green light dari incik lalan untuk mula cari barang baby sebab nanti bulan november, beg bersalin dah kena standby dalam kerete secara complete.


Memang dah kena mula cari barang baby, 
Sebab untuk bulan oktober dan november ni,
Everyweekend BUSY.
Sampaikan saya dengan incik lalan pun terasa kesibukkannya. 


1) bulan 11 ni saya dah 7 bulan mengandung, memandangkan saya ada masalah uri, dikhuatiri akan ditahan di wad awal (Nauzubillahiminzalik) so kena mula cari barang baby complete, kalau nak suruh suami cari last minute nanti, kesian dia. So, bulan 10 dh mula meronda, sebelum perut memboyot. Sekarang pun nafsu shopping dah hilang dah, nak ke mydin cari barang dapur pun saya malas. 

2) ‎oktober ni incik lalan dah outstation, ofcz lah lagi banyak masa hang disebabkan tiada incik lalan disisi. 

3) ‎oktober ni banyak appointment, nak jumpa pakar HPSF, nak ke KK, nak ke raja specialist. Semuanya simple, tapi pada waktu berbeza temujanji.


Then akibat terkejar masa,
November pun datang menjelma.
November lagiiii banyak plan dan lagi super duper busy sangattt.

1) ‎incik lalan baru balik dari outstation. This november saya kena bayar roadtx+insuren kereta. Nasib baik ada suami, sudi bayarkan. Haha. 

2)‎ my cousin kahwin (siti)

3) cousin incik lalan kahwin (adila)

4) cuti sekolah bermula, planning nak bawa kakak adik jalan-jalan. 1st time bercuti sbgai keluarga sebenar, sebab sblum ni kan saya dgn incik lalan belum kahwin, bjalan pn setakat dekat2 tak sampai malam. Sekarang dh suami isteri, dh boleh bermalam bersama, suke hati weols nk berjalan-jalan sekeluarga bahagia. Haha. *cita2 tinggi kan? Xsedar dah boyot*‎

5) mama abah suruh buat kenduri doa selamat mengandung 7 bulan. Bagi mengantikan acara lenggang perut. Bagi mengantikan acara baby shower. 


Then, disember muncul,
Saya pun dah nak memasuki 8bulan hamil,
Sebab due saya hujung januari @ awal febuari,
Ofcz incik lalan akan kurung saya dirumah.


Sekarang musim jerebu pun dia bisingggg,
Asyik tanya "pakai mask tak?"..
Tanya lagi "pakai mask tak?"..
Saya jawab "mask tak pakai, emas pakai"
Lepastu kena bleter panjanggggg-- haha


Seronoknya mengandung ni,
Masa ni lah suami ambil berat,
Nk gi toilet pun sempat dia jerit "baik2 yangg"..
Nk kedapur pun dia nasihat "baik2 kt dapur"..
Kadang2 kat toilet saya terjatuhkan shampoo ke,
Kelam kabut dia bising tanya "kenapa yang!"..

Paling seronok,
Tiap malam tidur, ada orang pok-pok,
Kadang2 tak sakit pun pinggang,
Sengaja je nak suruh dia urut, 
Kan syok, feeling macam umur still 4tahun dn abah usap belakang badan sampai tertidur hehe.
Haritu incik lalan dia ada jumpa teknik urutan baru,
Yela, urut guna tangan kan lenguh,
Dia ambil deodrant roll on yang dh habis,
So bila saya minta urut, dia akan roll kan deodrant kosong kat tempat yang saya sakit. Haha.
Korang boleh cuba juga, syok juga,
Mcm kerusi ogawa pun bola2 juga kan? 
Cuma ni versi manuel @ versi malas.


Walaupun terasa stress atas kesuntukkan masa dan pelbagai kekangan, tapi saya happy. Semoga semuanya dipermudahkan :)


Lady faizal,
FatinFashiekin


Monday, September 28, 2015

RESEPI SUP DAGING MUDAH SEDAP

Almaklumlah raya haji,
Juadah haruslah belambak dagingkan. 
Last week, buatkan incik lalan sup daging.

Meh saya share resepi,
Semua yang saya share resepi dari mama saya,
Mama kalau masak simple,
Mudah faham tapi marvelouse !


BAHAN-BAHAN :‎
-Daging siap cincang
-lada putih 20biji *tumbuk‎
-halia 2inci ‎*blender
-bawang putih 1‎ *blender
-bawang merah 4 biji *blender
-kayu manis / sup bunjut 1
-gula
-garam
-daun sup dicincang *hiasan
-kentang dipotonng segi *digoreng dahulu
-air untuk merebus daging


CARA-CARANYA‎
1) sediakan periuk, masukkan daging yang dicincang bersama air penuh periuk. Biarkan mendidih. Bila air dh kurang sbb mendidih, terus tambah air, sehingga lah daging empuk ye. Jangan putus harapan. Dsebabkan saya dapat daging raya korban, tempoh rebusan hanya 1jam.

2) setelah daging empuk, masukkan lada putih yang telah ditumbuk lumat bersama sup bunjut / kayu manis‎

3) masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk iaitu halia + bawang putih + halia

4) tambah air dn biarkan mendidih semula sehingga naik bau.

5) perasakan dengan garam dan gula (saya masak tak guna ajinamoto)

6) bila dah siap untuk dihidang, baru tabur daun sup dan kentang :)


SIAPPPPPPP


Lain-lain sampingan,
Saya ada buat serawa keladi untuk pencuci mulut.


Menu malam pula saya buat daging masak merah ala thai. Tapi gambar pd phone incik lalan.
Kalau rajin nanti saya share resipi ea.


Buat serawa keladi,
Suami asyik kata
"Favorite ni.. favorite ni..nk lagi, nk lagi.. over tau"
Haha


Lady faizal,
FatinFashiekin





‎‎

Sunday, September 27, 2015

BABY TAK CUKUP BULAN


22hb 09,
dapat berita gembira dari kawan setugas,
Ecah. Katanya selamat melahirkan seorang putera. Allhamdulillah.


Allah Maha Berkuasa,
Bila scan, doktor sahkan perempuan,
Lahir-lahir keluarnya lelaki.
Happy sangt ecah,
Memang jantina lelaki yg sgt dia nak,
Memandangkan anak pertamanya perempuan‎.


Ecah kata,
Suaminya ucap syukur dan terima kasih.‎
Saya pun tumpang gembira,
Meremang bulu roma saya memikirkan kekuasaan Allah dalam memakbulkan doa hambanya.
Allah Maha Besar.‎


saya tanya ecah ttg persiapan baby,
Semuanya serba sederhana,
Pagi bersalin baru kalot cari pampers,
Mayb juga sbb dh tahu baby girl, 
So boleh guna baju anak pertama,
Preparation sederhana.
Tak sangka keluarnya boy.‎


Kekalutan berlaku kerana baby dilahirkan tak cukup bulan, keluar ketika 34week (8bulan hamil)
Berat babt : 1.9kg,


Saya tak bimbang dn rasa sbrang kerisauan,
Sebab saya sendiri dlhirkan tak cukup bulan,
Saya dilahirkan pada usia 7bulan, 
Mama kata berat saya 1.8kg shja (saiz botol kicap) haha‎


Tapi,‎
Ecah sekeluarga diduga,
-doktor kata putera ecah kurang darah
-putera ecah dimasukkan ke wd rwtan rapi
-putera ecah berak berdarah
-najis memenuhi perut
-usus putera ecah bocor
-putera ecah dijangkiti kuman


5.24pagi (24/9/15 : raya haji)
Putera kesayangan ecah yang dinanti pergi buat selamanya. Alfatihah.


Banyak pengajaran yang saya dapat,
Incik lalan cukup marah bila saya taksub ingin kan baby girl. Incik lalan cukup marah bila saya suka tengk baby yang comel. 


Incik lalan kata,
"Tak kisah lelaki atau perempuan, tak kisah comel atau tak, yang wajib didoakan adalah kesejahteraan baby, kesihatan baby, kecerdasan baby, kepintaran baby, soleh dn solehah baby.. ambil iktibar setiap sekeliling, sbb bila ssuatu jd, yang kita minta adalah Ya Allah yg aku pinta, panjangkan usianya bukan kecomelan dapat membantu"


Incik lalan part ni memang marah,
Dia tahu ketaksuban saya pada baby girl tambahan pula dihantui dengan anak che ta yang tembam tu.


Sekarang,‎
Bila saya termenung sejenak,
Perhati tiap pengajaran disekeliling,
Saya rasa kekuasaanNya.‎
Segalanya Kun Fayakun atas keinginanNya.


Even scan 4D atau 5D,
Jika Allah nak kan ianya lelaki,
Allah beri lelaki.
Walaupun scan dengan apa jua alatan tcanggih.


dan jika Allah ingin menarik nikmatnya kembali,
Sekelip mata sahja boleh dilaksanakan.


Allahuakbar.
Allah Maha Besar.


Lady faizal,
FatinFashiekin‎



URI MASIH DIBAWAH

Last week ada appointment dengan doktor,
Appointment simple sbb just nak scan,
Masuk bilik doktor, terus jumpa doktr mariam,
Dia dah kenal saya dah. Sbb saya kan ada kes 2kali masuk wad tu. Doktor mariam lah yang handle urusan saya.


Masuk je bilik doktor,
Terus doktor tanya khabar saya.
Saya ofcz lah, kuat, bersemangat, bertenaga.
Doktor gelak je.
Cuma doktr kata
"Sebab awak kuat lh awak masuk wad 2 kali ye fatin, beringat ye, jangan lupa yg awak tu mengandung"


Ok. Scan.
Ok. Dah tengk uri.
Ok. Uri tak ok.
Ok. Uri masih dibawahhhh (-_-")


Bila uri nak naik? 
Tapi doktor kata, nanti uri boleh naik lagi,
Jangan risau--
Ok. Semoga uri akan naik.


7/10 : 
Appointment dengan pakar di-HPSF + appointment dengan Raja specialist utk 4D scan

12/10 : ‎
Appointment dengan KK

9/11 : ‎
Appointment dengan doktor utk repeat scan


saya cakap dengan incik lalan "yang, saya dah nak 6 bulan.. sekejap je kan" incik lalan terkejut, dia kata cepat je masa berlalu, bermakna 3 bulan lagi nak bersalin.

Incik lalan :
"Tak takut ke nak bersalin?"

Saya :
"Langsung tak, rasa happy, tak sabar nak jumpa baby.."

Incik lalan : 
"Betul tak takut sakit? "

Saya :
"Tak. Saya selalu tgk video orang bersalin kat youtube, saya terharu tgk, semua org yang bersalin tak kira apa agama, semua happy lahirkan baby, tak rasa sakit pun bila baby keluar. Semua senyum bila dapat peluk baby dieorg"

Incik lalan :
"Berani pula awak tgk, biasanya awak paling takut sakit, tgk orang luka pun awak jerit-jerit"‎

Saya :
"Tak takutttt langsung. Saya sayang baby. Nak jumpa baby. Tak sabar nak bersalin! Nk cium baby. Nak ajak baby mainnnnn.. sayanggg daddy! Sayanggg babyyyyy! "


Masa mengandung ni, saya seronok tau baca pengalaman orang bersalin. Sampai bertakung air mata sbb terharu. Saya ada join group MOM TO BE. Group dari BRIDE TO BE, bila dh pregnnt, akan di invite masuk group mom to be. Baca file pengalaman org bsalin yang banyak kat situ, korang mummy baru nak join? Bg nama fb, nanti saya invite k. 


:)


Lady faizal,
FatinFashiekin




Thursday, September 24, 2015

RAYA HAJI 2015


Tahun ni, turn raya haji di johor! 
Kena lah adil.
Hari raya aidilfitri - kedah
Hari raya aidiladha - johor


Next year, rotate lagi,
Hari raya aidilfitri - johor
Hari raya aidiladha - kedah


Baru lah adil dan saksama,
Even saya memanglah duk dijohor,
Tapi feeling raya tu lain,
Bila raya mama iols mesti masak sedap2,
Kepuasan raya adalah air tangan mama.
Sup tulang diraya haji memanggg superbbb, 


Tahun ni raya haji pertama as husband and wife,
Pagi raya tu solat raya,
Then ziarah tok.
Lepas habis aktiviti ziarah mziarah,
Aktiviti dapur bermula !!
Daging lembu dan kambing lah penuhi meja,
Untill now... sup tulang mama mjd igauan.
Haha


Incik lalan pun mengah perut raya dirumah saya,
Yela, pagi juadah lain,
Tengahari juadah lain,
Pukul 3 juadah lain,
Petang juadah lain,
Malam juadah lain,
Sampai dia ngadu perut dia dh xde ruang.



Apapunnn,
Rindu juga kat kedah,
Rindu pada laksa mak.
Tahun ni buat korban di kedah,
Tk pa, InsyaAllah ada rzki next year kami bt korban kat sana pula :)



Lady faizal,
FatinFashiekin


Sunday, September 20, 2015

5 BULAN PREGNANT


My baby dah mula mnendang,
Dah timbul-timbul diperut,
Happy sangat..


Masa 1st time rasa, 2.30pagi,
Tengah tidur tetiba macam ada benda bergerak dalam perut. Saya letak tangan saya, lepastu ada respon, kena kick 2kali. 


Terus saya capai tangan incik lalan yg tgh tidur, saya letak diperut saya. Incik lalan terpingge, saya pula dah celik mata masa tu, sambil sengih lebar saya kata "baby dah mula tendang sampai timbul-timbul!!!" incik lalan sengih lebar je, dia sambung tdr sambil tangan letak kat perut saya, lepastu saya alihkn tgan incik lalan. eh, feeling pertama, haruslah iols nikmati keindahan ni, daddy nak rasa nanti dulu k :)


5bulan pregnnt, baby dh mula mendengar, saya dari awal tahu pregnnt memang kerap berborak dengan baby. Tengah mandi pun saya borak, saya kata "sorry baby, dah pukul 11 baru mummy nak mandi, mesti baby sejuk".. lalu tetibe saya dengar jeritan dari luar bilik air "oiiiii,... borak dengan sape dalam bilik air...... dengan hantu keeeeee....." incik lalan jerit. saya pun balas "saya borak dengan baby laaaa, takut baby sejuk mandi malam-malam".. incik lalan balas "habislah, cnfirm anak pun banyak cakap macam awak nanti.." hahahahah


Sekarang, bila dah rasa pergerakkan baby dengan lebih kuat, lagi lah sangat berhati-hati makan. Kalau nak makan perkara bukan2 tu, ttbe baby tendang, so saya cepat2 behave.. kalau x, sebelum ni, smuaaa saya balon dalam perut.


Ok lah, apa2 nanti saya share lagi dengan korang ye-- ‎ bye! Muah! 



Lady faizal,
FatinFashiekin

GAMBAR KAHWIN FATIN FASHIEKIN


Lepas kahwin terus bunting pelamin,
Terus lupa dengan tittle "pengantin baru" sebab over excited memikirkan ada someone dalam perut.


Bila orang dah mula tanya,
"Kin, nk tgk gambr kahwin."
Baru teringat yg saya still x upload hehe


Nanti saya upload full ok :)


Lady faizal,
FatinFashiekin

Tuesday, September 15, 2015

BAHAYA KUCING PADA WANITA HAMIL


Dilema betul,
Saya sangat sayang kucing saya.
Tapi incik lalan sangat marah bila saya sentuh kucing saya. Marah incik lalan tu marah bersungguh sampai tepis2 tangan saya bila saya pegang kucing. sampai iols pn ketap2 gigi dan kerut2 kening marah bila incik lalan marah iols. Sebab bagi iols, kucing saya tu sangat baik, tak kan lah dia nak apa2kan saya.


Incik lalan kata kucing ada bawa sejenis parasit,
Yang boleh buatkan ibu mengandung keguguran dan baby bermasalah. Tapi naluri saya kuat mengatakan "my cat akan jaga saya.." lepastu incik lalan marah saya lagiii, tapi saya tetap tak nak percaya..


Terus saya kata pada dia :
"Tak caya cakap awak laaaaaaa, ye ye je awak ni, jeleouse lah tu, nnti nak tny doktor"


Lalu incik lalan pandang saya,
Tarik telinga saya dan pulas kuat sambil kata :
"Habisss, apa pekerjaan suami awak ni? Yang tengah nasihatkan awak ni?cakap saya awak tak nak dengar, cakap orang lain baru nk dengr"...


So sekaranggggg,
Saya dilema, antara suami, baby dan zoro (kucing saya), suami saya saya‎ng.. zoro sayang..baby lagi lah sayangggg... cuma tak tahan bila zoro datang tetiba panjat peha saya, gigit2 manja, jilat2 saya..
Dia manja sangat, saya suka cium kepala dia. Geletek dia.


Kesimpulannya,
Entah. Blur lagi lah nak bagi result.
Haha.


Lady faizal,
FatinFashiekin






Sunday, September 13, 2015

BUKU NOTA UNTUK BABY

Menjelang 5 bulan pregnnt ni,
Saya menyediakan 1 notebook untuk dihadapkan kepada suami tercinta Ahmad Faizal Bin Sulaiman.


Sebanyak 85item disenaraikan untuk keperluan baby. Item-item dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :
-Diapering
-Baby care/grooming
-Nursering
-Feeding
-Travelling
-Bathing
-Extra Dan lain2.


Saya bab2 ni memang bersemangat, macam persiapan kahwin tu, memang complete lah kan A-Z. Ni mengandung, memang saya nantikan 5bulan saya pregnnt, sebab saya plan, 5bulan ni kemas kini senarai pembelian, dah boleh calculate bajet untuk barangan bby. *saya dh pk sampai ke majlis akikah bby sebenarnya*hahaah


Semalam, lepas lunch, tengah tengk2 tv. Sengih-sengih lah sebelah incik lalan, sambil hulur buku. Saya kata lah, "semuanya 85item tapi belum campur barang2 untuk pantang nanti.. ni baru barang baby.."


Incik lalan baring sambil pegang pen dan selak 1persatu helaian, dia baca kuat2. Dah macam buku gores dan menang dah, banyak benda saya tulis incik lalan tak suka. Paling dia rasa aneh, saya tulis "mainan mandian"..


Incik lalan : mainan mandian?? Ape tu! 

Saya : alaaa, dalam bath tub nanti nak mandikan baby kita letak lah itik terapung.. kan comellll... kura-kura terapung, letak bubble.. hehe


Incik lalan : Ya Allah yangggg, baby lagiiii, manethu nak tengk itik terapunggg.. aduh, parah dia ni, fatinovela betullaaa...


Saya : biarlaaaa-- nk juga itik terapung tu! 

Incik lalan : tak boleh *sambil pangkah apa sy tulis*

Saya : T_T



Semua benda yang incik lalan pangkah,
Semua berkaitan dengan mainan. Haha.
Saya memang cukup excited part mainan ni,
Kalau boleh nk ada 1 bilik mainan khas untuk baby,
Tapi macam biase lah, saya part berangan memang hebat, part cantas anganan saya pun hebat, incik lalan tu kalau dia bagi ayat "yang penting kena pk apa untuk minda baby"...saya mmg buat muke toye bile dia bagi ayat camtu.. uh, daddy ni BOORINGGGGG..... daddy tak cool lah...‎ kids kan kena have fun laa daddyyyyy--


Lepas saya cakap je "kids kena havefun"
Terus, incik lalan cerita hal dia masa dia kecik. Rasanya dah lebih puluh puluh puluh kali dia cerita. Cerita yang dia best student masa PMR SPM dn lain2 lah. Cerita kepayahan dia macammana dia study. Sambil tu dia berdoa agar bby tak ikut otak saya. Siot betul mamat ni! Hahaahahah‎


Lady faizal,
FatinFashiekin



Friday, September 11, 2015

MIMPI BURUK

Saya jenis sentiasa real kalau bermimpi,
Tiap kali bermimpi bila bangun pagi saya ingat setiap apa yang saya mimpikan.


Kalau mimpi sedih,
Saya akan menangis,
Jelas menangis sedu dan terjaga.


Nasib baik dikurnia suami yang mudah terjaga,
Kalau saya mimpi buruk menangis,
Dia akan rapat dan dakap.


Tapi, 
Kalau saya mimpi dia curang,
bangun tidur terus tduduk dan cubit dia,
Saya salahkan dia kenapa saya mimpi begitu,
Jenuh incik lalan menjawab "kan mimpiiiii.. maneade saya macamtuuuu"... 
Siap saya warning lagi "awak buat macamtu, saya simbah awak dengan asid + toreh perut dengan pisau + bakar kereta dan rumah awak + paling penting saya akan bakar kebun2 awak"..


Incik lalan pandang saya ketawa besar, dia kata saya psiko. Haha. Lepas rasa bertenang, baru saya sambung tidur semula.


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Thursday, September 10, 2015

GELANG EMAS ANAK CHE TA



Me : yanggggggg--- 

Incik lalan : yang, yang, yang ni.. kenapee pulakk..

Me : nanti kalau baby girl, nak gelang emas kiri kanan macam anak che ta boleh takkkkk...

Incik lalan : tak boleh. Nk tebal-tebal macamtu, dah lah baby lagi, kalau anak kene culik? Anak kena apa-apakan nanti macammana????? Dah lah, niat tu salah‎

Me : T_T



Lady faizal,
FatinFashiekin


Friday, September 4, 2015

HUSBAND JAUH PADA BIRTHDAY SAYA

Every year,
Bulan oktober,
Mesti dia outstation.


Perkara paling tak best,
Mesti masa birthday saya
(T_T)


Sebelum ni tak lah heran sangat,
Sebb just couple kan. 
So memahami.


Skarang, dah husbandwife ni,
Bila tahu dia kena outstation jauh,
Sayu hati--‎
Dah lah on my birthday,


Saya :
"Saya baru lah nak sambut birthday dengan awak, kira detik 12 tengah malam dengan awakkkkk...,, baru je berangannnnnnnn....
1) berangan awak akan tulis kat kek "I love my wife"
2) berangan awak akan myorok belakang pintu bila saya balik kerja lepastu peluk saya dri belakang sambil kata "happy birthday isteri cantik"
3) berangan bila nak bangun subuh je tetiba atas buah dada saya ada sejambak bunga ros *hiks*‎
4) berangan bila buka tudung saji je ade coklat bentuk love dan teddy bear‎
5) berangan bila ke kereta je ada 1 kad manila besar kt cermin ttulis "happy birthday my anje"
...tapi rupanya masa my birthday awak jauh pulaaaaaa, sapa nak bagi kejutan pada sayaaaaaa........"


Incik lalan *dia ketawa besar bdekah mcm nk pengsan* dn dia kata :
"Ya Allahhhhhhh-- kuatnya berangannnnnnnnnn... memang kuat baca novel... memang kuat berfantasi... memang kuat tgk cerita korea...... HAHAHAHA"


Saya :
"Kalau orang lain, idamkan lelaki romantik, setakat idam je memang tak kan menjadi, kalau termakbul pun mesti that guy tu player, so disebabkan saya tahu awak ni bukan jenis romantik, saya terus teranglah apa yang saya nak, baru awak tahu.. nak tau! No 3 WAJIB. Hahahah"


Incik lalan :
"Kan pernah dapat sebelum ni bunga? Masa kahwin tu kan dah bagi sejambak bungaa... saya lebih rela bagi awak barang mahal berbanding segala senarai yang awak suruh saya buat tu"


Saya :
"Mama dah buang bunga tuuuu.. tak sempat nak bekukan, simpan cantik-cantik untuk tunjuk anak cucuuuuu..... nak laaaaaaaaaa"


_____________________________________


So disebabkan masa my birthday incik lalan sahih akan ke jerman dan holland, maknanya tk ada maknanya detik 12malam lah.. like everyear lah, cuma calling dari jauh, dia balik bawa balik coklat.. sooooo boringggggg T_T



Memang lah incik lalan kata nak celebrate awal, tapi lain dengan detik tepat, xpernah celebrate tepat masa dengan dia, mesti awal.. ingatkan this year lain macam sikit lah sambutan, sbb birthday as wife, tengah preggy lagi... tapi tak pa lah, as long husband ingat.. siap dia kalau tak kol 12tghmlm, mmg saya merajuk 2bulan. Haha




Lady faizal,
Fatinfashiekin



DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...