FOLLOWER

Sunday, September 13, 2015

BUKU NOTA UNTUK BABY

Menjelang 5 bulan pregnnt ni,
Saya menyediakan 1 notebook untuk dihadapkan kepada suami tercinta Ahmad Faizal Bin Sulaiman.


Sebanyak 85item disenaraikan untuk keperluan baby. Item-item dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :
-Diapering
-Baby care/grooming
-Nursering
-Feeding
-Travelling
-Bathing
-Extra Dan lain2.


Saya bab2 ni memang bersemangat, macam persiapan kahwin tu, memang complete lah kan A-Z. Ni mengandung, memang saya nantikan 5bulan saya pregnnt, sebab saya plan, 5bulan ni kemas kini senarai pembelian, dah boleh calculate bajet untuk barangan bby. *saya dh pk sampai ke majlis akikah bby sebenarnya*hahaah


Semalam, lepas lunch, tengah tengk2 tv. Sengih-sengih lah sebelah incik lalan, sambil hulur buku. Saya kata lah, "semuanya 85item tapi belum campur barang2 untuk pantang nanti.. ni baru barang baby.."


Incik lalan baring sambil pegang pen dan selak 1persatu helaian, dia baca kuat2. Dah macam buku gores dan menang dah, banyak benda saya tulis incik lalan tak suka. Paling dia rasa aneh, saya tulis "mainan mandian"..


Incik lalan : mainan mandian?? Ape tu! 

Saya : alaaa, dalam bath tub nanti nak mandikan baby kita letak lah itik terapung.. kan comellll... kura-kura terapung, letak bubble.. hehe


Incik lalan : Ya Allah yangggg, baby lagiiii, manethu nak tengk itik terapunggg.. aduh, parah dia ni, fatinovela betullaaa...


Saya : biarlaaaa-- nk juga itik terapung tu! 

Incik lalan : tak boleh *sambil pangkah apa sy tulis*

Saya : T_T



Semua benda yang incik lalan pangkah,
Semua berkaitan dengan mainan. Haha.
Saya memang cukup excited part mainan ni,
Kalau boleh nk ada 1 bilik mainan khas untuk baby,
Tapi macam biase lah, saya part berangan memang hebat, part cantas anganan saya pun hebat, incik lalan tu kalau dia bagi ayat "yang penting kena pk apa untuk minda baby"...saya mmg buat muke toye bile dia bagi ayat camtu.. uh, daddy ni BOORINGGGGG..... daddy tak cool lah...‎ kids kan kena have fun laa daddyyyyy--


Lepas saya cakap je "kids kena havefun"
Terus, incik lalan cerita hal dia masa dia kecik. Rasanya dah lebih puluh puluh puluh kali dia cerita. Cerita yang dia best student masa PMR SPM dn lain2 lah. Cerita kepayahan dia macammana dia study. Sambil tu dia berdoa agar bby tak ikut otak saya. Siot betul mamat ni! Hahaahahah‎


Lady faizal,
FatinFashiekin



No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...