FOLLOWER

NUFFNANG ADS

MENGADA


Kite nak ketip kuku,
Tetbe ade tangan menjalar,
Suruh ketipkan kuku dia.


Sekarang dia ni,
Manja kemain..
Minta potong kuku lah,
Saya tengah tidur pun dia suka cuit2 hidung saya,
Mula-mula dulu terkejut lah juga,
Ingatkan ada ular patuk ke apa.


Sekarang,
Bila dia cuit2,
Sengaja je buat-buat tidur,
Haha



Malam tadi incik lalan kata dia mimpi,
Dia kata : "saya mimpi awak banyak darah, saya bawa jumpa doktor dan saya kata awak mengandung kenapa banyak darah keluar, tapi doktor kata awak sihat je, mana ada banyak darah keluar.." aneh betul incik lalan, suke bebenar mimpi saya ni dah nak bersalin, tak menyabar agaknya. Haha‎ha 



Saya pula balas :
"Saya pun mimpi, tapi saya mimpi awak jadi askar mungkin taksub sebab kemerdekaan‎ lah.." lepastu incik lalan toleh saya, jentik dahi saya, jeling dan kata "mengarut, dh lh nk sambung tdr" dia ingatkan saya menganjing mimpi dia hahahahahaahaa


Dah betul lah,
Tak bohongg--
Memang mimpi dia jadi askar ;p


Lady faizal,
Fatinfashiekin



RESEPI AYAM KUKUS HALIA MUDAH



Resepi ayam kukus halia pun senang! 
Korang jangan lah nak bagi alasan "ala rumah xde pengukus" saya jentik dahi nanti.
Guna kuali pun boleh.
Kau isi air dalam kuali didihkan,
Kemudian kecikkn api,
Then letakkan pinggan / tupperware yg boleh tahan dengan suhu mikrowave. Tutup guna apa2 penutup sbb kalau x tutup macammana ayam nak masak.


Ok. Meh nak share
"Resepi ayam kukus halia"
Simple tapi sedap weh.
Pertama kali suami saya makan juga,
Actually payah dapat suami bbeza selera,
Dia kedah, saya johor.
Dia dh bosan dengan asam pedas + masak lemak cili api, so pening nak rolling masakan.


Dn saya nk minta ampun,
Ayam kukus halia saya mmg tanpa sayur-sayuran,
Sepatutnya letak carrot ke + cendawan,
Tapi saya ni bukan pengemar sayur :)


RESEPI AYAM KUKUS HALIA MUDAH

BAHAN-BAHAN KISAR
-halia saiz 2 ibujari ( bg korg seng fhm haha)
-bawang putih 2biji


BAHAN-BAHAN LAIN
-ayam separuh (kalau x cincng lg cun, ala mcm kenny rogers tu)
-bawang besar 1biji (hiris)
-sos tiram 3 sudu
-garam secukup rasa



CARA-CARANYA
-lumur bahan‎ kisar pada ayam bersama sos tiram, biarkan 10 minit
-didihkan pengukus
-tabur bawang besar dihiris diatas ayam yg telah diperap tadi
-mula mengukus 40minit


SIAPPP‎ !!!
Laki iols sukeeeee....
Sengih-sengih dia :)
Sampai tak cukup nasi tau,


Lady faizal,
FatinFashiekin



RESEPI SUP KETAM MUDAH


Saya sangat suka sup ketam! 
Kesegaran menghirup sup ketam susah nak gambarkan. Orang kata sup ketam elok untuk penghidap denggi. Tapi untuk yg sihat walafiat pun tak salah. Tak ramai yang pernah makan sup ketam termasuk suami saya "incik lalan" (-_-) jakun nye. Haha.


So semalam saya ada buat masakan untuk incik lalan iaitu sup ketam dan ayam kukus halia. Yang lain-lain tu lauk campak2 lah macam sayur goreng.


Dah lama rasanya tak share resepi,
So, jom tengk ye.
Senang gile buat sup ketam ni.
Kalau perempuan tak tahu buat sup,
Saya jentik dahi korang ye! 
Kacang goreng tau! Nk buat kacang goreng lagi leceh bbnding sup ;p



SUP KETAM

BAHAN KISAR :
-bawang merah 3biji
-bawang putih 1 biji
-halia 1 ibu jari‎
-lada putih dalam 15biji
(tumbuk semua bahan diatas)


Bahan lain :‎
-Ketam 4 ekor‎
-minyak masak 3sudu
-air 5 cawan‎
-daun sup
-garam secukup rasa‎



CARA-CARANYA‎
1) panas kn kuali dengan minyak 3sudu, 
Masukkan bahan kisar dn kacau sehingga naik bau
2) masukkan air
3) masukkan ketam dn biar mendidih‎
4) garam secukup rasa‎
5) taburkan daun sup yang telah dcincang


SIAPPPP
Sangat mudah,
Sup ketam jangan letak sup bunjut,
Hilang asli rasa ketam tu nanti :)


Sekian,


Lady faizal,
Fatinfashiekin


‎‎

PENJAGAAN ISTERI HAMIL



Since kes saya keluar wad,
Incik lalan memang anti kalau saya buat kerja berat,
Incik lalan memang anti kalau saya jln laju,
Incik lalan memang anti kalau saya mencangkung,
Incik lalan lagi anti bila saya drive sebab dia tahu isteri dia ni kalau bawa kereta mengalahkan pelumba formula1. Hahaha.


So semalam balik kerja,
Dia dah tunggu saya awal-awal,
Dia follow saya balik sampai rumah melaka,
Dia nak makesure yang saya tak merempit masa memandu, kalau saya tekan laju sikit terus dia call "bawa kereta laju-laju nak ke mana? ".. padahal saya bawa 80kmj kot, perlahan gila.. boleh dia kata saya bawa laju??


Bukan part drive je,
Part makan pun dia alert,
Saya suka sup2 @ tomyam sekarang,
Saya suka hirup kuah,
Incik lalan marahhhhh bila sy tak makan nasi,
Dia kata : "baby nak makan nasi, skg makan nasi"
So terkulat-kulat iols paksa diri menelah.


aha, tadi ada appointmnt dgn doktr,
Saya infom doktor ttg masalah kerap kencing,
Saya kata :
"Doktor tiap 10minit saya nk ke toilet, sampaikan dah tak larat, tenaga dh hilang, rasa seram sejuk nak demam, saya ada sakit buah pinggang ke! "


Doktor tu gelak tgk saya panik,
"Tak lah puan, warna urine pun cantik ni, baby dah membesar, memang normel perkara ni"


Legaaa dengar,
Sepanjang hari laa saya duk pikir
"Sakit buah pinggang ke ni"
Hahahah


Lady faizal,
Fatinfashiekin



KERAP KENCING KETIKA HAMIL

Simptom kerap kencing melanda diri,
Nak kata dsbabkan simptom2 mengandung,
Tak selalu kena.
Tiba-tiba je kena, nnti tiba-tiba je baik.


Saya syak,
Baby suka main kat pundi kencing (-_-")
Saya perasan, setiap kali masalh kerap kencing ni datang, perkara pertama yang saya buat sblm ni. adalah duduk dalam keadaan terbongkok diatas lantai.‎


Before this saya degil,
Degil nk iron semua baju dn seluar incik lalan,
Saya iron atas lantai, incik lalan dh pujuk suruh duduk atas kerusi. Dia offer nk ambil kn board iron, tapi saya degil, dengan alasan nk relax2 sambil tengk tv. Dalam keadaan perut dh kehadapan gigih saya mengiron walaupun mengah dan tak selesa. Kalau sehelai xpa. Ni banyak baju + sluar.


Incik lalan tgk saya termengah dn kata,
"Saya dah kata tak yah iron, nanti saya yg buat, awak degil. Saya dh nak tolong ambilkan board, tapi awak tak nak, sakit pinggang tu nanti, terboyot dn terbongkok2 tu.."


Kesannya,
Sebelum tidur sakit pinggang


Kesannya,
5pagi terjaga dn kerap kencing setiap 10minit


Masa hari pertama kena,
Memang seksa, tapi dalam pukul 3 petang tetiba okey. Tetiba nafsu nk kencing hilang. So confirm baby memang main kat situ sblm ni.


2hari lepastu (harini),
Saya kena lagi,
Saya pk apa perkara last saya buat malam tadi,
Baru teringat, malam tadi nak cas hp, memandangkn charger kat depan tv, saya cas lah sambil baca blog. Dalam keadaan duduk dan tak bersandar, lenguh juga pinggang masa tu, tapi saya kan degil. Hahaha.


Bangun pagi,
Kena lagi penyakit ni.
Incik lalan bisinggg lagi atas kedegilan diri ni,
Dia kata tindakkan saya mendorong baby tu beralih ke kawasan pundi kencing.


YANG SAYA RISAUKAN,
Dah lah saya ada problem uri kat bawah,
Bila ada masalah kerap kencing ni, lagi saya risau,
Is it my uri dh naik ke atas? 
Is it my uri masih kat bawah dn baby menendang2 uri saya sehingga senak ke pundi kencing?


Oh baby,
Tolong mummy ye,
Main elok2 ye baby...


Lady faizal,
FatinFashiekin

BABY GIRL KEGEMARAN


Kak ekin rindu ayin,
Last jumpa ayin masa kak ekin kahwin,
Ekin dh promise pd ayin nak tunjuk baju elsa (my wedding dress) pada ayin,
Tapi, masa majlis tu, kak ekin busy dengan tetamu,


Acik kata, ayin tercari-cari kak ekin,
Acik kata, ayin nak makan dengan kak ekin,


Tapi,
Masatu kak ekin sibuk sangat.



Raya tahun ni kak ekin raya kat kedah,
Mama kak ekin kata, ayin datang rumah kk ekin,
Ayin cari kk ekin, tapi kk ekin tak ada.


Haritu ibu ayin datang rumah tok,
Tapi tak bawa ayin sbb ibu ayin kata ayin kat kelantan ikut tok kelantan.


Sekarang,
Kak ekin rindu sangat ayin.
Rindu bau strawbery ayin.
Rindu nak cium-cium ayin.


ANAK IDAMAN



Incik lalan tahu yang saya memang vote baby girl, sebab saya memang gila kalau nampak gaun baby dari tutu / lace.


Kalau shopping baju anak-anak incik lalan pn kebanyakkannya saya ada baju pilihan saya sendiri tetapi bila dh buat pilihan kena tunjuk pada incik lalan dulu. Dn incik lalan selalu x setuju dengan pemilihan saya, bagi incik lalan "blaus + t'shirt" dh ckup utk alisya dn akila. Saya tk boleh switch dress up mereka, incik lalan kata "macammana kita ambil mereka, pulangkan pun begitu"..


So, ofcz lah I idamkan nk ada baby girl,
Nak groom betul2. Haha.
Haritu cari baju maternity,ketap2 gigi saya geram tgk baju2 baby girl. 


Oleh sebab incik lalan tahu saya ni nk bby girl,
Haritu lalu kat kedai emas, incik lalan pelawa "nak beli emas tak? Kalau baby girl nanti kite tinggal bagi je, kalau boy kite boleh simpan emas tu".. iols ofcz lah menyeringai sengih sambil kata "nak3!"..


Incik lalan toleh saya,
Dia senyum dn kata
"Gurau je.."
Pastu dia jentik dahi saya.


Kurang asam.


Hahahahah

Lady faizal,
Fatinfashiekin


4BULAN MENGANDUNG

Setelah dibiarkan dirumah,
Tidak dibenarkan keluar,
Tidak dibenarkan memandu,
Tidak dibenarkan asyik berjalan,
Tidak dibenarkan membuat kerja rumah,
Hanya dibenarkan baring-baring-baring,


Setelah saya asyik memujuk incik lalan,
Harini incik lalan ajak jalan-jalan,
Mula2 pi shopping barang dapur kt the store,‎
Yela, seminggu saya kat rumah pagoh,‎
So incik lalan belikan barang dapur kat rumah my parent sebagai tanda penghargaan menjaga isterinya even mama abah tak kisah pun, 
Yela, saya kan anak mama abah,,‎
Cuma incik lalan kata "tak pe lah, sayang juga yang makan nanti"..‎


Lepas cari barang2 dapur,
Incik lalan bebel-bebel suruh cari baju maternity,
Saya baru 4 bulan pregnnt,
Tapi incik lalan kurang berkenan dengan baju saya, almaklumlah, saya punya koleksi pakaian kurang yang longgar, ada pun blause tp banyak dah tak boleh kancing perut, nasib baik lah uniform kerja saya jenis cutting macam kebaya, so pinggang ketat, tapi part perut dia kembang, boleh lagi sorok perut.


Incik lalan tak bagi orang nak tgk baby bump sy,
Saya yang peninggggg, huhu.
Ni baru 4bulan, 9bulan nanti, macammana nak tutup baby bump? haha.


‎Ha, nak cerite alkisah mengandung 4 bulan saya :
MENGANDUNG 4 BULAN :

1) ketagih bau suami :
Serius! Incik lalan balik kerja, saya nak baju dia. Kn 2minggu saya kat rumah, incik lalan kdg2 kat melaka, so baju kerja incik lalan, saya cium, saya gentel kemana-mana saya bawa. Cium bahagian ketiak pula tu letak kat hidung. 

Incik lalan dah thu perangai saya, dia gelak, dia kata saya aneh, mula2 dia tk bgi baju kotr dia pd saya, tp bila dia tgk saya histeria kalau nampak dia asyik nak melekat je, so dia bagi baju dia yg ada bau dia, bila dia tgk saya asyik cium baju dia, dia datang kt saya, jentik kepala saya dn kata "sayang mmg aneh" 


Saya syak, baby dalam perut ni mesti jenis manja dengan daddy dia. Yela, dalam perut pun asyik nak bau daddy dia je. Bila tk dapat, resah. 


2) Masalah penghadaman :
Bila saya makan sesuatu, saya dapat rasakan makanan tu tersangkut kat tekak, lambat sangat nak hadam dalam perut.‎

So saya wajib ada stok yakult,
Yakult sangat membantu sistem penghadaman dalam perut saya. 


3) Perut saya berbulu :
Part ni saya panik, saya kelam kabut inform incik lalan "kenapa perut saya ada buluuuuuu.. kenapaaa? Kenapaaaa?" tak ada lah lebat, tapi rasa terkejut kot, apasal lah tetiba saya berbuluuuuu!

Incik lalan kata sbb hormon,
Haih lah hormon, pelik2 rupanya ye hormon mengandung ni. Sangat mengejutkan dan menerujakan. Haha


‎4) dah mula rasa tendangan baby :
Kalau sebelum ni tertanya-tanya macammana baby menendang. Sekarang dah tahu. Even still tak kuat, bila baby tendang, saya rasa mcm tk percaya ada baby dalam perut ni. Hehe.

Incik lalan suka takutkan saya,
Dia kata "nanti kan nampak bentuk tapak kaki"
Bunyi macam funn, bila nak membayangkan, seram juga saya..


5) Masalah susah tidur :
Tiap malam, saya akan cergas. Sangat cergas. Segala bagai cara saya dah buat untuk membuatkan saya mengantuk, tapi tak berjaya.

Sampaikan incik lalan malas nak melayan saya dah, dia suruh saya layan diri sendiri, bercakap dengan dinding ke, sbb dia ngantuk, malas melayan saya yang tak ngantuk. Haha.


6) sakit pinggang melampau :
Yes, kadang2 sampai rasa nak nangis. Sakit pinggang mcm rasa pinggang ni bengkak. Tak boleh nak baring lurus, bila baring lurus, nak bangun punya lah seksa.

Rasa nak gi berurut je,
Siap suruh incik lalan carikan tukg urut thai ke vietnam ke yang tahu urut orang pregnnt. Tapi incik lalan tak bagi. Dia kata "selagi tak bersalin, selagi tu lah sakit pinggang tak kan hilang"..


7) lidah pahit :
Deria rasa lidah saya sangat mengelirukan,
Rasa pahit melampau bila makan sesuatu.
Terpaksa kumur dengan air limau masam,
Sehari dua berhasil, then tak berhasil.

So kehulu kehilir dalam handbag,
Bawa berus gigi, kalau tk bawa berus gigi, beli asam, asalkan pahit lidah hilang, kalau tak, memang nak meludah dan termuntah rasenya.



Ok. Tu je apa yg saya rasa kan,
Nanti 5bulan pregnant, saya update lagi,

Akhirnya stelah 2 minggu cuti,
Esok kerjaaaaa!!!!
Rasa rindu menggunung kat farmasi,
Rasa nak peluk pintu farmasi,
Saya memang tak layak jadi surirumah,
Baru 2minggu dah rasa nak termuntah pandang dinding rumah. So tabik pada surirumah! Korang memangg superb! 


Lady faizal,
FatinFashiekin


BERKAHWIN DENGAN DUDA


Me : yang, quinny sroller cun yang!! Beli yangg..
Incik lalan : tak payah, tak guna, biar saya dukung anak.
Me : (-_-") boringg


Me : yang, nanti kite beli buai elektrik je lah ea, senang tidur kan baby.
Incik lalan : tak payah, nanti lagi susah bila elektrik tak ada, tidur kn dia atas tilam, tepuk2 je dia.
Me : (-_-") boringg


Me : yang, nanti kite shopping baju baby banyak2 ea, geram lah! 
Incik lalan : tak payah, 2 3 helai dh cukup sebab baby cepat membesar
Me : (-_-") boringg


Me : nk belikn bby puting jenama avent! Sbb jenama tu bagus.
Incik lalan : tak payah, jgn ajar anak hisap puting, tk perlu benda2 mcmtu, botol susu je tak pa sbb awk kerja‎
Me : (-_-") boringg


‎Me : ha! Nk belikn tmpt tdr bby. Baby cot! Dalam tu letak teddy bear. Cute..
Incik lalan : tak payah, tak adanya baby tidur dalam tu, dia mesti nak dengan mommy dia sbb nk myusu.
Me : (-_-") boringg


See? Bila kahwin dengan duda yg ada anak,
Disebabkan mereka berpengalaman luas,
So dieorang belajar dari pengalaman.
Kalau ikut nafsu saya ni, semua complete set beli.


Boring--
Habis tu nak beli apa? 
Semua tak dibagi beli.


Cuma,
Yang best dengan duda,
Dia tak kisah nk dukong anak / tidurkan anak / bagi anak susu. Dieorang dah berpengalaman. So boleh lah nanti iols merengek-rengek kata "alaaa, buat kan laa, tak tahuuuuuuu" hahahahah. Taktik-taktik. Kena makesure taktik ni menjadi ;p



Lady faizal,
FatinFashiekin





KENAPA SAYA MASUK WAD?

Allhamdulillah, dah 15minggu pregnant,
Next week 16minggu, bermakna "say hello to 4month!!"--


Doktor mengesahkan uri saya berada dibawah atau dikenali sebagai "low lying placenta" saya ditahan selama 5hari.. 2hari (keluar petang-malam ditahan semula) so total 5hari.. 


Sangat berharap uri akan naik semula,
Doktor kata semakin baby membesar, uri akan naik semula. Semoga ‎my baby tak seronok dudukkan uri ye baby.. 


Saya tidak dibenarkan :
-angkat barang berat
-bersama suami
-berjalan laju / berlari


Even nampak simple. No2 tu berat nak diharungi. HAHAHAHAHAHAHAHA *pang**tampardirisendiri*


Yang saya khuatirkan,
My mom mempunyai history like me. Dan kesannya, saya dilahirkan tak cukup bulan (7bulan). 


Oh, seram.


Lady faizal,
FatinFashiekin


MASUK WARD


Sy kena tahan wad,
Sebab tu lah entry sebelum ni saya duk cium2 towel incik lalan lah.


2hari lepas dh keluar,
Then masuk semula,
Ni patutnya dapat balik,
Tapi bila pakar datang, pakar kata
"Rehat cukup2.."
Nak termuntah dengan rehat dah ni (-_-)


Katil sebelah2 saya semua kes mengerikan,
Saya rasa, saya sorang je bertenaga,
Makan kenyang, tidur lenang,
Tpi doktr pakar tk bagi balik..
Doktr yg handle saya kata
"Doktr pakar tu suke tgk muke u, tu yg dia xbgi u balik" (-_-)


Oh, rindu pd matahari,
Oh, rindu bau katil.


Saya ni dah lah senstif,
Tgk org lain ade plwat, sy je x ada,
Dah mule sedih.
Saya kan gedik. Hahaha.
 

Masa saya dtahan wad ni laaaa,
Incik lalan ada visitor lah,
Kena bagi talk lah.
(-_-)


Mama dgn abah pn xdatang,
Sbb semua kata saya tk sakit,
Perlu berehat je *lap air mate*
Tak seronok bila dah dewasa,


Nasib baik lah sesibuk incik lalan kerje,
Sesibuk incik lalan ke kebun,
Sayang jugaaaa dia kat bini,
Sebelum gi kerja, dia dtg hospital htr breakfast,
(maknan hospital tawar, sy kn gedik, haha)
Lepastu incik lalan cium dahi saya, dia g kerja.
Balik kerja dia trs dtg hospital,
Bawa makanan, borak2, hbis wktu melawat,
Dia cium dahi, dia balik dn gi kebun.
Dia pesan "kalau bosan, add je internet, abg byr" hahhah. Seronk. Msalahnya cuma, saya sdri dh bosan sampai tahap tak tahu nk google apeee..



Nak balik.
Nak balik.


‎Rambt sy dh mcm pontianak dh ni,
Doktor suke cucuk tgn belah kanan.
Nk ikat rambut tak boleh.
So saya lepaskn je. Hantu pn hantu lah.
Hahahhahaa.


Lady faizal,
Fatinfashiekin‎

TUALA SUAMI PENGUBAT RINDU

Bila jauh dari suami,
Sebelum tidur, capai tuala dia,
Ada bau dia, 
Bau syampoo dia,
Perfume dia,
Ketiak dia. Hahahah.
So peluk dan cium tuala sampai tertidur.


Incik lalan kata saya ada penyakit yang parah,
Lepastu dia ketawa. 


Lady faizal,
Fatinfashiekin



SELAMAT PENGANTIN BARU FARIS


Tahniah faris dan wani! 
Gigih mencari rumah pengantin perempuan dimelaka, sebab minggu depan majlis dibelah lelaki, saya tak dapat hadir.


Saya ada jemputan lain, 
Jiran rumah ada buat akikah + pi haji,
Apalagi, join merewang memasak ler iols ni,
Apa gayaaa agaknya aku merewang nanti.
Haha. Apapun, bak kata kak alai "bawa nama suami, kena bermasyarkat"... ok2.. rasa bsemangat ;p


Kepada faris,
Selamat pengantin baru! 
Semoga bahagia gembira sampai syurga,
Cepat2 buat baby, nanti anak kita sebaya boleh jadi geng macam kite masa zaman sekolah.


Bila tgk orang lain kahwin,
Teringat masa majlis sendiri,
Teringat pelamin sendiri,
Teringat baju pengantin sendiri,
Hehe.


Review kahwin saya tak buat lagi kan? 
Ok2 tengah kumpul kekuatan update entry,
Sabaq naa---
*mengah**lari*


Lady faizal,
FatinFashiekin