FOLLOWER

Saturday, August 29, 2015

RESEPI SUP KETAM MUDAH


Saya sangat suka sup ketam! 
Kesegaran menghirup sup ketam susah nak gambarkan. Orang kata sup ketam elok untuk penghidap denggi. Tapi untuk yg sihat walafiat pun tak salah. Tak ramai yang pernah makan sup ketam termasuk suami saya "incik lalan" (-_-) jakun nye. Haha.


So semalam saya ada buat masakan untuk incik lalan iaitu sup ketam dan ayam kukus halia. Yang lain-lain tu lauk campak2 lah macam sayur goreng.


Dah lama rasanya tak share resepi,
So, jom tengk ye.
Senang gile buat sup ketam ni.
Kalau perempuan tak tahu buat sup,
Saya jentik dahi korang ye! 
Kacang goreng tau! Nk buat kacang goreng lagi leceh bbnding sup ;p



SUP KETAM

BAHAN KISAR :
-bawang merah 3biji
-bawang putih 1 biji
-halia 1 ibu jari‎
-lada putih dalam 15biji
(tumbuk semua bahan diatas)


Bahan lain :‎
-Ketam 4 ekor‎
-minyak masak 3sudu
-air 5 cawan‎
-daun sup
-garam secukup rasa‎



CARA-CARANYA‎
1) panas kn kuali dengan minyak 3sudu, 
Masukkan bahan kisar dn kacau sehingga naik bau
2) masukkan air
3) masukkan ketam dn biar mendidih‎
4) garam secukup rasa‎
5) taburkan daun sup yang telah dcincang


SIAPPPP
Sangat mudah,
Sup ketam jangan letak sup bunjut,
Hilang asli rasa ketam tu nanti :)


Sekian,


Lady faizal,
Fatinfashiekin


‎‎

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...