FOLLOWER

NUFFNANG ADS

LAGI 2 MINGGU NAK RAYA!

Lagi 2 kali weekend je nak raya!!!!
Cepatnya masaaa,
Puasa tahun ni paling cepat dirasakan,


Risau pk kan raya,
Yela, tinggal 2 kali weekend.
This weekend pagi-pagi saya kena servis kereta,
Ofcz settle sampai pkl 1..
Then, dari melaka terus ke batu pahat,
Sebab ada buka puasa dengan warga kerja farmasi,
Tu pun pujuk2 incik lalan supaya singgah shopping complx, nak mencari baju raya dia dengan anak-anak.‎


Kalau baju rase iols, idok ler iols risau,
Sebab zaman sekarang semua hujung jari,
Tekan zalora / heaxabell / minazboutique,
Macam-macam ada.. dn since perut makin besar, saya tak heran sangat. Sbb tahu, x boleh lagi cari baju raya ikut cutting haha.‎ So janji ado.


Yang saya risaukan,
Incik lalan + alisya + akila,
Dulu zaman bujang, sempat blari ke KL,‎
Sekarang dah kahwin ni,‎
Banyak fikirkan rumah.‎
Nak set up rumah, almaklumlah, jiran tetangga saya ramah-tamah tau. Serius. Kalah kampung saya. Senang citer, tak sempat berlapar, ade je yang kami akan dapat. Durian lah. Juadah buka puasa lah. Sampaikan saya jadi segan. InsyaAllah, next week nak membalas juadah kepada mereka pula :)


‎Aha, tema tahun ni ‎warna "navy blue" 
Ikut warna belah incik lalan, yela, tahun ni kan raya kat kedah. Semoga saya tak nangis lah dipagi raye ye. Hehe‎


Lady faizal,
FatinFashiekin




‎‎

GENG ABAH


Abah suruh ajak incik lalan join dia berbuka bersama TPM. Bila dapat surat ni, saya tunjuk incik lalan. Dia gelak besar.


Incik lalan :
Nasib baik lah betul dapat menantu bendera sama, kalau lah tetiba lain bendera, macammana nak ambil hati pak mertua. Haha‎.‎


Sekarang incik lalan,
Geng abah. Terawih + siap subuh pun ke masjid juga dengan abah. Siap dengar tazkirah subuh kat masjid dengan abah.


Kadang2 saya mengusik,
Saya kata :
"Yang, nampak abang subuh ke masjid berbaju melayu begini, baby dalam perut rasa macam menendang-nendang saya tanda gembira" -lepastu dia sekeh kepala aku haha‎


Lady faizal,
Fatinfashiekin

STRONG MARRIAGE

Bila tengk gambar kat atas ni, 
Saya senyum.
Teringat incik lalan 
(*utk seminggu ni saya di pagoh,
Incik lalan dmelaka. Memandgkan ayh nieza bru meninggal, sy overtime, tmbhan tak larat nak drive so incik lalan suruh saya balik pagoh*)


Bila tak sihat ni berjauhan,
Serius rindu. Incik lalan busy dengan tempahan tebu, almaklumlah musim ramadhan ni. So dia tak dapat nak balik pagoh. Dan saya pun faham, yela kena tahu beza full time dan part time. Kena bagi ruang kat suami. ‎


Tinggallah saya dipagoh.‎
Sometimes, rasa syukur.


Saya tak larat nak memasak,
Dikurniakan family dekat dengan saya,
Saya hanya boleh makan makanan masakan mama saya tanpa rasa mual dan loya. 
Yang paling best, kadang2 tak cakap pun kat mama nak makan apa. Cuma sekadar terlintas "sedapnya laksa". Then mama whatsapp kata "harini mama buat laksa".. rasa nak menangis tau terharu. Bukan sekali, berkali-kali. Pernah terlintas "segarnya kalau makan ikan masak pindang", balik je ada atas meja. Waaa--naluri seorang mama! ‎


Dan paling best,
Saya dikurniakan seorang suami duda,
Title duda dia sangat-sangat-sangat membantu,
Tahu macammana nak lega kan saya,
Tahu apa keperluan dan kehendak saya.
Sudi melayan karenah saya tak kira masa. Sudi berjaga malam urut badan saya. 


Pernah sekali tu saya betul-betul flet 
*saya bukan jenis tahan sakit*
So saya cakap pada incik lalan :


Saya :
Saya ada baca, orang kata kalau pregnant banyak ragam maknanya banyak dosa kat suami, tapi saya mana ada dosa kat awak.. saya kan isteri yang baikkkkk (sambil buat muka seposen pandang dia)


Incik lalan : *dia gelak melekek*
Tahu pun. So apa lagi, minta ampun cepat.


Saya :
Minta maaf kalau ada salah silap. Doakan lah saya cepat sembuh, asyik pening kepala, rasa lapar tapi perut kembung, bila nafas mengah, doakan lah saya sihattt, saya nak makan banyakkk, tak larat dengan gastrikkkk..


Incik lalan :
Tak kan lah nak doakan awak lambat sembuh, kalau awak tak sembuh-sembuh, saya yang susah. Tengk sekarang? Saya yang teman awak. Awak dah lah lorat. Nak jadi mak orang dah, sakit sikit nangis, asyik "ehek..ehek..ehek"



Kuangasam tau incik lalan ni,
Baru nak feeling romantik dan nak kan perhatian. Haha.‎



Walau apapun,
Bagi saya, jasa incik lalan melayan karenah saya ni sangat besar. Kalau dengan kawan2 ke, tengah bekerja, kat rumah pun, saya tahan sakit, nak nangis pun saya sedaya upaya bertabah.


Dengan incik lalan? 
Baru incik lalan brek mengejut,dan buatkan saya pening, dan-dan tu jugak saya nangis.. tapi bukan nangis macam budak-budak nak coklat.. idok ler, nangis lebih kepada mengaduu.. nanti incik lalan rasa bersalah dan pujuk..


Sentiasa dapat perhatian suami,
Cakappp je nak apa semua dapat.
Kalau gi bazar ramadhan pun genggam tangan kuat, bukan sebab romantik tapi sebab takut saya pitam sbb bau asap-asap. Haha. Tunjuk je nak apa, semua dibelikan. 


Incik lalan adalah "ayah" yg terbaik,
Serius, bukan sebab saya pregnnt je.
Layanan dia pada ank dia alisya dn akilah pun mmg 5bintang. Thats y saya rasa syukur ada dia sebagai suami. Anak-anak dia pun kalau jumpa incik lalan setiap school holiday, berebut minta dukung, tidur, berebut minta peluk. Bila saya nampak kasih sayang incik lalan pada anak2, saya dah tahu, pilihan saya tak silap. 


Cume, hopefully baby saya ni tak curi tempat tidur kat lengan daddy, tu mommy punya okeh! Hahaha. Jangan dicantas kawasan larangan ;p


Lady faizal,
FatinFashiekin


TERAWIH



Terawih dengan suami,
Kadang2 macam tak caya dah bersuami,
Haha


Lady faizal,
Fatinfashiekin


PERTAMA KALI SAHUR SEBAGAI ISTERI


‎Kebiasaannya,
Memasak untuk suami.
Menyiapkan segala makan pakai suami adalah kegemaran saya.


Tapi since bakal jadi mommy ni,
Terbatas. Saya tak boleh bau nasi yang sedang dimasak / tumisan2 dan bau lauk pauk.
Segalanya membuatkan saya mual.


Jauh kat sudut hati,
Kesian pada suami.
Dia memang memahami,
Tapi serius saya tak sampai hati.


So sahur tadi gagahkan diri,
Ikat hidung dengan kain dn selit tisu,
Aku dah serupe ninja dah (-_-)
Tapi berkat kesabaran ketahanan 
Berjaya siapkan sahur.

-ayam masak merah
-kacang panjang tumis telur


Settle memasak,
Hidangkan dan kejut incik lalan, 
Puas incik lalan memujuk saya supaya makan,
Tapi saya tak nak,
So saya sekadar temankan incik lalan makan.
Saya makan kurma,‎
X sampai 5minit, bau lauk pauk memeningkan saya, saya minta diri masuk bilik untuk menenangkan kepala.


Tak muntah,
Tapi mual dan pening kepala yg mencengkam,
Saya dah sedaya upaya menjolok tekak,
Tak keluar apa-apa, sebab perut kosonggg.,‎


Apapun,
Semoga ramadhan ini saya diberi kekuatan untuk jalankan tanggungjwab sebaiknya sebagai isteri. Dan tak jadi kan mabuk2 ni sebagai alasan. Semoga badan saya kuat! 


Lady faizal,
FatinFashiekin


GASTRIK KETIKA HAMIL

Pakej lengkap dari incik lalan untuk saya,
Elak gastrik menimpa diri.
Sebelum gi kerja,
Masa saya bersiap,
Saya dengar dia sibuk betul kat meja makan,
Rupanya packingkan saya punya biskut.
Bersemangat betul dia menyiapkan bekalan saya.


Ah. Sebenarnya saya benci biskut dan roti,
Totally not my favorite pun,
Bila makan rasa macam kunyah kapas.


Tapi, memandangkan gastrik teruk menimpa diri, saya kunyah juga.
Setiap 30minit, saya akan mengunyah biskut.
Wpun masa drive,
Saya akan mengunyah.
Kalau tak, perut saya akan seperti ada ikan berenang-renang dalamnya,
Penuh dengan angin sehingga memeningkan kepala.


Dan harini masuk minggu baru,
Allhamdulillah! Perut pulih! Rasa lebih bertenaga,
Tak mengantuk, perut pun xda kembung lagi,
Cuma, saya cepat lapar.


Saya perasan,
Saya kerap makan kurma, setiap jam dengan kurma, betullah, makanan sunnah nabi penyembuh segala penyakit. Allhamdulillah. Perut semakin kuat.


Saya memang bukan orang yang tahan sakit,
Tapi, untuk minggu ini dan seterusnya, InsyaAllah, saya akan belajar menikmati dan mempelajari setiap rasa dari perut saya ni.


Lady faizal,
Fatinfashiekin

GASTRIK DAN BERJERAWAT KETIKA MENGANDUNG

Masa pregnnt tak masuk 6 minggu,
Semua nampak ohsem,
Semua gerenti beres.‎

Menjengah je 6 minggu,
Saya ada 3 masalah
1) gastrik
2) jerawat dimuka
3) mengantuk terlampau.

Ok saya explain ye,

1) GASTRIK :
Sesungguhnya saya tak pernah kena gastrik. Tak pernah tahu macamma perasaan menghidapi gastrik. Selama ‎ni perut saya paling kuat. Bedal lah apa sekalipun, kunyah cili begitu sahaja pun perut saya tetap kuat dan hebat.


Tapi sekarang,‎
Hampir setiap hari perut saya meragam,
Terutama "malam".. malam tadi paling teruk sampaikan saya menangis. Haha. Jenuh lah incik lalan melayan dan memujuk saya makan eno.. lepastu urut pinggang dan dia kata "nasib ada suami tau boleh manja-manja, cemana orang tak ada suami.."


Kalau sebelum ni saya disuruh diet. Sekarangg, dipaksa-paksa makan. Saya pula since 7 weeks ni memang malas nak makan, perut kembung, so rase kenyang je, tapi dipaksa-paksa saya makan. Saya yg rasa aneh. Then dia kata dengan baby dalam perut "tak pa masa pregnnt banyak ragam, orang kata dah kelua nanti bijak baby ni.. kan baby...." cehh


2) BERJERAWAT dan BERMINYAK :
Memang tak bagi can saya pakai makeup. Pakai eyebrow, kening bjerawat. Pakai lipstick, bibirrrrr pun ada jerawatttt (bawah hidung so bibir pun bengkak). ‎Pakai bedak, pipi berjerawat.. susah hati dibuatnya..


Paling seksa sekarang ni, bawah hidung kena jerawat, bengkak okey so bibir atas saya dah macam bibir kilafairy, incik lalan asyik gelak perhatikan saya. Dia panggil saya "burung pipit".. tensionnnnn.. so sekarang saya pergi kerja pakai facemask nak cover jerawat.


Tapi saya google, orang kata kalau masa pregnnt bjerawat / muka comot, nanti baby comel.. apa saja untuk mu lah baby, mummy sanggup, asalkan awak sihat.


3) MENGANTUK TERLAMPAU :
Part ni memang tak boleh nak disanggah. Ngantuk yang super duper ngantuk. Letak kepala je tidur. Sanggup perut kosong asalkan tidur. Nak drive pun diri sendi‎ri rase tak confident, takut terlelap..


Ok. Niat share diatas, bukan merungut tau,
Just untuk simpnan kenangan,
Almaklumlah, anak pertama,
Even ada ragamnya tapi ada rasa bahgia.
:)


Lady faizal,
Fatinfashiekin


6 MINGGU MENGANDUNG

**gambar perut ehsan google**

Sekarang saya dah 6 minggu pregnnt,
So ofcz lah sekarang saya membuncit,
Lemak badan 4cm + pregnnt 2cm = BONCIT
HAHAHA *pang*


Saya happy dengan baby bump saya ni,
Saya suka tiap kali saya tgk diri saya dicermin.


Tapi orang assume saya buncitt, sadis betul.
*nangis*


Orang : aik, makin buncit lepas kawin, tembam.

Saya : memang lah buncit, ada isiiii *berdarah hidung*


so saya terasa diri seperti dugong di atas daratan yang berjalan perlahan lahan haha ;p


Incik lalan pun selalu usik 
"eh x boleh beza kan baby dengan lemak" kurang asam betul (-_-)


Tapi dia usik je lah,
Haritu saya sedih, saya call incik lalan :
"Orang tak tahu saya mengandung, dieorang kata saya buncit..


Incik lalan :
Orang mengandung memang lah naik berat badan.. buat apa nak sedih, kan ada baby dalam perut tu



Saya :
Orang tu tak tahu saya pregnnt, orang tu ingatkan saya buncit. Tak sabar nak tunggu perut besar, so tak payah explain nk kata saya mengandung bukannya buncittt‎.


Incik lalan :
Dah orang tu tak tahu awak mengandung, kalau tahu, dieorang tak cakap.‎


Apapun, 
Allhamdulillah,
Buncit pun buncit lah,
Baby bump look seksi what. 
Haha 


Lady faizal,
FatinFashiekin



KEJUTAN MENGANDUNG UNTUK SUAMI


Sebelum kahwin incik lalan dah kata "kalau bunting pelamin, mesti bersalin febuari tahun depan".. saya buat muka tak berperasaan je bila incik lalan cakap macamtu.


Saya pula asyik cakap "eh, badan rase tak sedap. Nak period lah ni"... saya asyik bagi hint "eh, nak period lah ni".. "eh, berjerawat pula, nak period lah ni".. sengaja saya cakap kuat-kuat, incik lalan pula pandang saya dengan muke toye je. haha.


Bukan apa, saya takut letak pengharapan, takut incik lalan kecewa. Saya pun nak lah bunting pelamin, tapi tak nak lah menonjol sangat. Nanti kalau tak ada, sedih, frust memanjang.


TETAPI,
Bila cek kat UPT sah saya positif bunting pelamin, Ya Allah!!! Seronok sangat.. ikutkan hati ni, nak je call incik lalan terus inform berita gembira ni. TETAPI, saya sabar. Nak buat surprise untuk suami.


Yela, selama ni kan saya buat derk je ‎depan incik lalan tentang bunting pelamin atau tak. Langsung tak berharap, tapi berusaha lah. Haha


Petang tu, saya call incik lalan nak ajak dinner kat luar, saya tak bagi incik lalan ke kebun. So saya bersiap, incik lalan pun bersiap. Bila dah nk keluar rumah, saya tahan incik lalan, saya suruh dia pejam mata, tangan kanan tekup mata, tangan kiri menadah tangan. Saya kata saya nak bagi hadiah sebab dia jadi suami yang baik.


Saya letakkan UPT pada tapak tangan incik lalan,
Saya kata "1----2------3---------buka mata perlahan-lahan"...‎


Incik lalan terus kata "ni apa??"
Saya terus rasa beng-kekk je. Hahaha. Kalau saya kahwin dengan bujang ok lah tak tahu apa tu UPT, ni duda anak 2 kot (-_-") tapi maybe sebab terkejut, incik lalan jadi blur. Dia perhati je UPT tu. Dia belek-belek UPT tu. Then dia pandang saya dan kata "mengandung lah ni ye?"...


So dengan terkulatnya saya jawab "yela, mengandunggg".. incik lalan balas "ada baby ye..".. saya balas lagi "yelaaaa, ada babyyyyy"... then incik lalan happy gile, dia terus cium saya dan berie nak tengk perut saya ;p


Allhamdulillah,
Terime kasih Ya Allah atas rezeki ini,

Untuk anak pertama,
Saya nak anak perempuan,‎
"Felisya Akilah Binti Ahmad Faizal"
---> gambungan nama alisya + akila :)‎


Ok. Bye.
Muah.


Lady faizal,
FatinFashiekin


CEK KEHAMILAN SEBELUM PERIOD

**gambar UPT sebelum delay period**

Kepada pengantin baru sekalian,
Ingat, kalau UPT blur pn, sebenarnya still POSITIVE. Sbb UPT yg negative tak kan tinggalkn apa2 kesan.


:)


Ekin doakan uols ye.

Pertanyaan :
Fatinfashiekin@yahoo.com




BUNTING PELAMIN

‎Harini 27/5/1015
(semasa saya menaip)

Setelah 10 UPT saya beli,
Dan terbukti "saya mengandung"!!

Allhamdulillah ..
Allahuakbar..
SubhanaAllah..

Begini ceritanya,

Saya kahwin 2/5/15,
Sebelum kahwin, saya period pada 25/4/15,
Menjadi kebiasaan setiap bulan, period saya akan lewat 3 hari.. so next period saya aim 28/5/15..


TANDA-TANDA MENGANDUNG :
Betullah, naluri ibu tak pernah silap kan, pada 23/5/15 saya beli pregnancy test. Semangat! Cek pregnant seminggu sebelum tarikh period. Haha


Saya beli sebab rasa badan semacam,
Antara tanda-tanda mengandung yang saya dapat kesan,


1) LETIH TERLAMPAU :
Serius! Letih! Rasa nak tidur je. Mata ni rasa nak pejam je. Mulut menguap berpuluh kali. Tengah berborak dengan incik lalan pun saya boleh sandar kat dinding dan terlelap. Haha. Incik lalan aneh pandang saya, dia kata "kesian sayang penat, mesti penat drive ni balik melaka".. so saya pn rasa macam letih sbb drive jauh.‎


2) MENGIDAM :‎
Nak kata mengidam teruk, tak lah, cuma teringin sangat kat "tom yam thailand".. ada 1 hari tu, saya cakap pada incik lalan "nak makan tom yam thailand kat kedai boleh?".. tapi incik lalan kata "tak boleh, dah lambat ni, ada urusan".. so saya pn memahamilah. Masa incik lalan bersiap nak keluar, saya keluarkan barang2 nak buat tom yam thai. Then daun limau purut tak ade, terus tanye incik lalan "tk ada limau purut, sedap tak tomyamnya nanti".. incik lalan kata "sedap, cuma tak ada aroma lah".. kemudian incik lalan pun keluar, 1minit lepastu telefon berbunyi "saya bungkuskan tom yam thai ye.. sayang tak payah buat, sian sayang penat".. 15minit lepastu incik lalan sampai rumah, saya makan tom yam thai sambil menangis sebab terharu dapat tom yam, incik lalan pandang saya aneh. Tapi saya tak syak saya pregnant masa ni, sebab saya kan memang aneh.


3) KUAT MAKAN :
Asyik laparrr je. Pagi-pagi dah menghadap kari kambing. Huhu..‎


4) GEMUK :
Apabila kuat makan, harus lah gemuk, incik lalan tegur perut saya, saya pn aneh dengan perut saya. Bila kenyang memang lah buncit, tpi ni buncit 24jam dan keras. So hari2 saya duk perhati perut sendiri depan cermin *nasib baik saya x pakai corset*‎


5) KERAP KENCING ;
Part ni saya memang tak tahan, puas ngadu kat incik lalan, incik lalan kata "penyakit pengantin baru".. masalahnya, kerap kencing tapi tak sakit, lenguh kaki asyik nak ke toilet tau. ‎


6) PERUT KERAS / PERUT KREM :
Tanda ni paling menguatkan naluri saya yang saya prengnnt, perut rase keras, bile tarik nafas dan tahan perut rase krem, macam ada sesuatu dalam perut. Drive pakai belt pun rase perut senak.‎


So bila semua tanda diatas kerap menimpa diri, saya pn tertarik-tarik untuk membeli UPT. Tapi hati berkata "wei kin, kau ni belum delay period lagi, bile seminggu dah delay period baru cek, kau patut period minggu depan, so 2 minggu lagi baru beli UPT"


Tapi! Saya kan degil, beli juga, 5 saya beli. Haha. 
23/5 saya cek : negatif. Rase sedih, tapi pegang perut dan kata "walaupun negatif tapi mommy dapat rasa yang awak ada dalam perut mommy".. very the drama kan? Hahaha


24/5 saya cek : KABUR. Masa ni rase tersengih-sengih, 24jam saya duk google "UPT KABUR SANGAT" dan ramai kata kalau kabur still pregnnt.


25/5 saya cek : KABUR TAPI JELAS. Masa ni happy, kabur tp jelas nampak 2line. Orang pertama saya share adalah abah dan mama, kebetulan 25hb birthday abah, so cakap kat abah "hadiah kan abah cucu" hehe,


26/5 saya cek : KABUR TAPI MASIH JELAS. Bawa UPT jumpa kak lai, dan kak lai pun kata "prengnnt ni".. kk ani / nieza / kk sue / kk ain, semua cakap pregnant. Lagi happy dan plan untuk buat kejutan pada incik lalan.


Apa kejutan saya buat? 
Next entry ok :)

*gambar UPT diatas gambar terbaru*

Ada rasa nak share apa2,
Email saya : fatinfashiekin@yahoo.com


Lady Faizal,
FatinFashiekin‎

SEBULAN KAHWIN

Seronok. Masih berkepit 24jam.
Masih main lari-lari.
Masih gelak-gelak besar.
Masih meleset manja berdua.
Masih saling cuit mencuit.
Masih bergayut ditelefon.
Masih kata rindu.‎


Seronok. 
Dapat siapkan kelengkapan suami.‎
Rasa gembira dan rasa bahagia.


Kena pasti kan pakaian dia rapi,
So sterika dan saya bagai tak boleh terpisah,
Semua perkara nak berbucu.


Kena pastikan dia tak lapar,
Kerja saya kadang kala balik malam,
So kena pastikan :
-termos ada air panas andai cuaca sejuk‎
-air sirap dipeti sejuk utk dia bawa kekebun
-air jus oren takut dia kehausan
-buah yang siap dipotong
-makesure dalam tupperware makanan ringan macam keropok ikan sentiasa berisi untuk dia alas perut kalau lapar‎
-makesure bahan2 kalau dia nak mula memasak senang dicari‎


Kena pastikan baju semua clean,
Setiap pagi akan menyidai baju,
Setiap malam membasuh baju + meng-hanger baju,‎
Rumah kami memang tak ada sistem lipat melainkan boxer dan panties.
Mudah. So saya tak pening. ‎


Kena pastikan rumah rapi,‎
Segalanya rapi.


saya ada tanya dia :
"Sebulan kita kahwin, seronok tak kahwin dengan saya? "

Dia balas :
"Takkan nak jawab tak seronok" sambil gelak.

LOL.


Korang, kahwin cepat,
Kahwin seronok!!!!!


Lady faizal,
Fatinfashiekin



STAY TUNED

ada benda nak share,
nanti i kongsi,
stay tuned hahhaha


lady faizal,
fatinfashiekin