FOLLOWER

Monday, June 22, 2015

STRONG MARRIAGE

Bila tengk gambar kat atas ni, 
Saya senyum.
Teringat incik lalan 
(*utk seminggu ni saya di pagoh,
Incik lalan dmelaka. Memandgkan ayh nieza bru meninggal, sy overtime, tmbhan tak larat nak drive so incik lalan suruh saya balik pagoh*)


Bila tak sihat ni berjauhan,
Serius rindu. Incik lalan busy dengan tempahan tebu, almaklumlah musim ramadhan ni. So dia tak dapat nak balik pagoh. Dan saya pun faham, yela kena tahu beza full time dan part time. Kena bagi ruang kat suami. ‎


Tinggallah saya dipagoh.‎
Sometimes, rasa syukur.


Saya tak larat nak memasak,
Dikurniakan family dekat dengan saya,
Saya hanya boleh makan makanan masakan mama saya tanpa rasa mual dan loya. 
Yang paling best, kadang2 tak cakap pun kat mama nak makan apa. Cuma sekadar terlintas "sedapnya laksa". Then mama whatsapp kata "harini mama buat laksa".. rasa nak menangis tau terharu. Bukan sekali, berkali-kali. Pernah terlintas "segarnya kalau makan ikan masak pindang", balik je ada atas meja. Waaa--naluri seorang mama! ‎


Dan paling best,
Saya dikurniakan seorang suami duda,
Title duda dia sangat-sangat-sangat membantu,
Tahu macammana nak lega kan saya,
Tahu apa keperluan dan kehendak saya.
Sudi melayan karenah saya tak kira masa. Sudi berjaga malam urut badan saya. 


Pernah sekali tu saya betul-betul flet 
*saya bukan jenis tahan sakit*
So saya cakap pada incik lalan :


Saya :
Saya ada baca, orang kata kalau pregnant banyak ragam maknanya banyak dosa kat suami, tapi saya mana ada dosa kat awak.. saya kan isteri yang baikkkkk (sambil buat muka seposen pandang dia)


Incik lalan : *dia gelak melekek*
Tahu pun. So apa lagi, minta ampun cepat.


Saya :
Minta maaf kalau ada salah silap. Doakan lah saya cepat sembuh, asyik pening kepala, rasa lapar tapi perut kembung, bila nafas mengah, doakan lah saya sihattt, saya nak makan banyakkk, tak larat dengan gastrikkkk..


Incik lalan :
Tak kan lah nak doakan awak lambat sembuh, kalau awak tak sembuh-sembuh, saya yang susah. Tengk sekarang? Saya yang teman awak. Awak dah lah lorat. Nak jadi mak orang dah, sakit sikit nangis, asyik "ehek..ehek..ehek"



Kuangasam tau incik lalan ni,
Baru nak feeling romantik dan nak kan perhatian. Haha.‎



Walau apapun,
Bagi saya, jasa incik lalan melayan karenah saya ni sangat besar. Kalau dengan kawan2 ke, tengah bekerja, kat rumah pun, saya tahan sakit, nak nangis pun saya sedaya upaya bertabah.


Dengan incik lalan? 
Baru incik lalan brek mengejut,dan buatkan saya pening, dan-dan tu jugak saya nangis.. tapi bukan nangis macam budak-budak nak coklat.. idok ler, nangis lebih kepada mengaduu.. nanti incik lalan rasa bersalah dan pujuk..


Sentiasa dapat perhatian suami,
Cakappp je nak apa semua dapat.
Kalau gi bazar ramadhan pun genggam tangan kuat, bukan sebab romantik tapi sebab takut saya pitam sbb bau asap-asap. Haha. Tunjuk je nak apa, semua dibelikan. 


Incik lalan adalah "ayah" yg terbaik,
Serius, bukan sebab saya pregnnt je.
Layanan dia pada ank dia alisya dn akilah pun mmg 5bintang. Thats y saya rasa syukur ada dia sebagai suami. Anak-anak dia pun kalau jumpa incik lalan setiap school holiday, berebut minta dukung, tidur, berebut minta peluk. Bila saya nampak kasih sayang incik lalan pada anak2, saya dah tahu, pilihan saya tak silap. 


Cume, hopefully baby saya ni tak curi tempat tidur kat lengan daddy, tu mommy punya okeh! Hahaha. Jangan dicantas kawasan larangan ;p


Lady faizal,
FatinFashiekin


No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...