FOLLOWER

Saturday, January 31, 2015

COME ON!!!



Harder! Struggle!
Comeon!


Tadi saya tanya incik lalan :
"Awak kata saya still gemuk,
Tapi kenapa akk yg fitting baju pgantin kita kata saya makin kurus? Dn dia serius terkejut dgn penurunan berat badan saya. Saya makin gemuk ke kurus sebenarnyaaaa. Awak tk pernah kata kurus punnn"


Incik lalan :
"Awak tu tak boleh dipuji,‎ sebabtu saya pun malas memuji, nanti lupe diri"


*saya sengih lebar2 sambil usap perut. Elehhh, nak cakap tersirat-tersirat pulakkkkk.Hahaha*


Lady faizal,
Fatinfashiekin


Friday, January 30, 2015

TUDUNG NEELOFA



Kelass ko jah, haha.
Tudung yang saya pakai harini 
"Neelofa 2 tone"

Sangat selesa, slumber dan simple,
Hari jumaat adalah hari "pakaian bebas"
Di farmasi.

So setiap jumaat,
Macam-macam gaya iols pakai :p

Harini,
Pakai shawl neelofa,
Suke tak? 
Nak yang macamni tak? 


Macambiasa, pegi ke facebook :


Rugi tak jengah uols,
Stylo tau.
:)

Lady faizal,
Fatinfashiekin






Thursday, January 29, 2015

MENGAJAR LELAKI CARA ROMANTIK?



Ini ada lah wallet incik lalan, 
Balik dari kursus kahwin har‎itu baru terfikir
"Eh wallet dia baru, dia letak gambar aku ke tak ea"
Saya pun terus ambil wallet dia,
Tengk still kosong,
Apa lagi saya selit lah gambar saya. Haha.


Dia memang tak romantik,
So saya ajar dia jadi romantik.


Sometimes perempuan ni,
Nak lelaki layan dengan romantik,
Dan berharap lelaki akan faham tnp diucap,
Tapi sedar lah wahai wanita,
Lelaki tak faham pun. Hehe


So saya slu buat,
Saya akan cakap pada dia direct
"Kata sayang saya, kata kekasih abadi, kata nak kahwin dengan saya, gambar saya dalam wallet awak tak ada pun, gambar awak dlm wallet saya full tau kepala sampai kaki. saya cuma nak letak gambar saya bahagian kepala je punnn, kepalaaa"


Bila saya dah pesan dn kata,
Dia faham dan terima,
Ada juga dia acah-acah tolak.
Tapi saya akan ulang ayat sambil kerut kening
"Ala, tumpang letak gambar kepala je punnnnnn, kepala jeeeeeeee"
Lepastu dia gelak. Means. Okey :)


Macam incik lalan,
Dia memang tak romantik,
Tapi bagi saya, 
Saya cukup dgn panggilan dari dia :


Sometimes he call me "anje"
Sometimes he call me "yayang"
Sometimes he call me "ucuk"
Sometimes he call me "cayunk"
Sometimes he call me "baby"


Dan kalau dia ada buat salah,
Dia akan tukar tune jadi :
"Anje ucuk---" atau pun "cayang ucuk--"

That simple things dah cukup dh bagi saya,
Tak perlu bagi bunga ke bukakan pintu kreta ke,
Tapi, andai saya nak dia buat somethings yang saya teringin di treat, yela, adatlah kan naluri wanita, so saya akan terus terang : "Yangg, kat jepun ada bunga sakura kan? Nak ea bawa balik ea".. then dia cuma bawa balik "Rumput2 dari Jepun" but its sokay lah. Haha. Walaupun kdg2 sakit juga hati kitew ni :p


Ok lah. Tu je nak pesan.
Ingat, jangan tertunggu-tunggu romantik dr pasangan, tapi biar kita yang terangkan pada pasangan, bagi mereka tahu. Nanti lama kelamaan apa yang kita nak mereka dah tahu dan ianya tak janggal buat mereka.


Lady faizal,
Fatinfashiekin




Wednesday, January 28, 2015

IJAB DAN QABUL BY FABFURQ


Kad kahwin sudah selesai.
Bagus admin #ijabdanqabul ni,
Bila kita whatsapp terus reply,
Harga pun berpatutan.
Dan sangat ramah :)


Pada uols yang blur nak cari kad,
Masuk website mereka ye.
Macam saya, cari di insta je,
Zaman kan dah moden,
Just hashtag #kadkahwin keluar mcm2 jenis,


Bila saya dah berkenan dengan kad kahwin 
#ijabdanqabul saya terus :
1) cek latar belakang company, is it bdaftar or not,
2) stalker feedback custmer


Semuanya memuaskan.
Saya sangat menyarankan anda berurusan dengan #ijabdanqabul. Dah lah murah, dapat free 2 bunting lagi.


Ok, next,
Create props utk photobooth yang menarik.
Idea-Idea-Idea.

Lady faizal,
FatinFashiekin



Tuesday, January 27, 2015

IDEA DESIGN KAD KAHWIN


Antara kad kahwin yang saya short listkan,
Dan tunjuk pada incik lalan,
Mohon perkenan dari dia.


Dia dah bagi jawapan mengenai mana pemilihan dia, macam biasa, saya rasa kurang setuju. 
Tapi, saya tak membantah.
ada lah rasa sedikit "ala, yg lain x nk ke?"
Tapi bila dia beria nak yang tu,
Saya terasa seronok,


Yang mana 1 pilihan incik lalan,
Nanti kan lah ye.
Akan dipaparkan jua,

Ada salah 1 dalam gambar yang saya bagi ni.
Ok, kad kawin.
Settle.


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Sunday, January 25, 2015

RESEPI LEPAT LABU MUDAH

‎Siapa baca entry lepas saya,
Tahu lah kenapa saya tetiba buat lepat labu ni.
Serius-ni bukan makanan kegemaran saya.
Serius-ni pertama kali saya makan.
Serius-ni pertama kali saya buat.


Oleh kerana sayangkan pasangan,
Dipaksa buat, saya buat juga lah,

BAHAN-BAHAN

1) 1 biji labu
2) tepung gandum 2 cawan
3) tepung jagung setengah cawan
4) 6 sudu gula
5) setengah sudu garam
6) kelapa parut gaul garam *actually xda kelapa pun still orite je. So jangan risau*
7) daun pisang yg telah dilayur *atas api kau layue2 lah daun tu asalkan tak terbakar*


Cara membuatnya :

1) rebus labu
2) lenyek labu
3) gaulkan dan campur sebati bahan no 2-3-4-5
4) campurkan labu yang dah dilenyek dengan bahan yang sudah digaul tadi
5) sediakan daun pisang yang dah dilyur
6) letakkan sedikit demi sedikit adunan yg dah digaul tadi diatas daun pisang yang dah dilayur, 
7) tengahnya letakkan kelapa parut
8) ratakan bagi menutup inti + cantikkan + bungkus
9) panaskan pengukus dan kukus sehingga 20minit

Siap! Biarkan sejuk! 
Makan! Siapppp! 
*kibas shawl* haha



Lady faizal,
FatinFashiekin



FITTING BAJU PART1


Assalamualaikum!!!


Harini iols dah pi butik,
Dah tentukan tema warna majlis,
Baju pun dah settle / pelamin dn semua2 lah.
Balik dari kursus kahwin terus ke butik kak salina bridal :) my mama dan abah pun join,
Ofcz lah meriah, iols bawa family kot.
WAJIB BAWA, pilihan mama selalu menarik.
Macam iols ni jenis angguk je.


‎Masa tunggu mama abah settle kat tanjung,
Dan kami lepak coffeebean,
Saya warning incik lalan :
"Yang, ni saya nak pesan, awak tu jenis cakap lepas, kalau tak suka, direct je awak cakap, so pi butik nanti behave, yela, saya takut awak terkecikkn hati owner butik. Nnti kalau dia marah, makeup kn saya macam pondan, sapa susah? Awak juga tau.." 


Incik lalan bising lg konon kata hak pelanggan lah tp mlas iols nk menaip panjang apa yang dia bebel sbb incik lalan memang jenis banyak complain bab2 yang saya rasa saya suka. Dia memang tak sependapat dengan saya selalu.


Kemudian,
Saya tunjuk pada incik lalan contoh pelamin yang saya nak- warna yang saya nak- dn dia memang bantah lagi apa yg saya suka (-_-) lepastu dengan muke sakit hati saya kata :

"Sayangg, selama ni yang duk pilih kan baju untuk awak siapa? Saya kan. Yang selama ni pesan kat awak mana wrna awak handsome, mana wrna awak nampak pucat? Saya kan...so, saya tahu apa terbaik untuk awak, tak kan saya nak biarkan suami saya tak handsomeee" baru lah dia berhenti berbetah dan membantah sambil sengih2.


TIBA DI BUTIK

Ada patut kak salina ingat kan abah saya bakal pengantin lelakiiii. Hahaaha. Incik lalan masuk butik lambat, so cuma nampak abah. Hehe.

Harini tengok baju nikah,
Tengok baju sanding.
Sepanjang dalam butik, incik lalan diam je.
Saya yang paksa dia memilih warna baju,
Yela, amboiii, masa kt cafe td berdentum dentam statement nak warne tu ini, bila sampai butik, silent je. Tersenyum sipu. Semua dia setujuuu.


Allhamdulillah,
Urusan dipermudahkan,
Baju sanding sangattt saya sukai! 
Mula2 bagi incik lalan cuba dulu,
Bila dia segak keluar dari bilik persalinan,
Giliran saya pula masuk bilik persalinan.
Keluar je dari bilik persalinan, terus saya kata
"Sayangggg! Cantik tak bakal isteri awak! 
Macam princess tak! " saya kan gedik. Haha.
Incik lalan, senyum perhati saya. Diam maknanya cantik lah kan. Haha.

Ada gambar berdua saya dengan incik lalan,
Tapi biarlah privacy ye,
Sebab untuk official tunggu tarikh sebenar :)

Then, tukar baju nikah pula,
Pun gojes!! Saya suka bajunya!!
Saya kata pada incik lalan
"Sayang! Cantik x! Mesti nanti masa nikah, awak pandang je saya awak akan terpegun melihat saya dan kata 'cantik isteri abang'" haha 


Kak salina dan mama memang dah tak pelik dengan karenah saya, saya kan memang mengada. Incik lalan pula memang saya dah sahih tahu, depan org dia shy guy, ape lagi, saya memang suka bahan dia. Tapi membahan dalam menjaga batasan :)


Paling best, 
Kak salina kata
"Ekin, awak diet ke? Awak kurus, serius kurus, macammana awak diet"
Ok. Masa dengar ni terus iols kata pada incik lalan "did u hear that!!!!!" 


Puas kak salina tanye,
Apa awak makan? Mcmna boleh kurus?
Saya cuma kata "diet atkins kk"


Sehingga sekarang ios tengk perut sendiri sambil kata perlahan-lahan "aku dah kurus-russs-russs-russs" balik tu terus squat! Terus sitt up! Haha. Terus berjuang! Ada masa lagi untuk create body idaman bakal suami. Bak kata penceramah, dah boleh praktis joget tiang / gelek gerudi / gelek arab. Haha. Serius k, penceramah kursus kawin yang cakap :p


‎Allhamdulillah untuk kelancaran program harini,
Sangat happy. Next program. Confirm kan design kad kahwin. Dan goodie bag for VVIP :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin


KURSUS KAHWIN


Allhamdulillah! 
Settle dah kursus kahwin,

Saya nasihatkan pada uols semua,
Jangan pergi kursus kahwin lps study sekiranya uols semata pergi sebab murah! Jangan! 
Better pergi 5-3bulan sebelum mjlis pkhwinn anda,
BERSAMA PASANGAN ANDA


Kerana,
Di kursus kahwin tu nanti,
Banyak yang akan anda pelajari,
So bila uols pergi dengan pasangan uols,
Boleh lah uols atau pasangan saling sedar diri.

Contoh statement perlu sedar diri :

Ustaz : isteri, nak tambat hati suami, jaga perut mereka, apa yang mereka nak, tunaikan je... 

Incik lalan (sms) : ha dengar tuuuu--- lepat labu ea heheheh

_______________________________________

Ustaz : isteri, jangan cemburu bute, suami penat balik kerja lewat 5 minit terus tanye "abang ke mane! Kenape balik lambat!" cube lah bagi suami rehat dulu. Mandi dulu, tanye "teh ke kopi bang lepastu baru lah tanye "abang kemane tadi"

Incik lalan (sms) : dengar tu, jangan cemburu bute. Hehehe


________________________________________


Serius banyak bnda dpelajari,
So bila balik dari kursus tu,
Saling berbincang.
Sooo sweeeeettttt okeh :p


Ok. Mlm nnti saya update mgnai my wedding dress okey? Okey? Okeyyyyy?


Muah.

Lady faizal,
Fatinfashiekin




Friday, January 23, 2015

GAMBAR UNTUK KAHWIN



Nak gi kursus kahwin, mereka minta gambar,
Saya pun tak tahu kenapa.

Tapi yang pasti,
Gambar dah siap.
________________________________________

Situasi saya di kedai gambar :

Amoi : ambil gambar untuk apa? 

Saya : nak kahwin.

Amoi : tudung senget (dia tgk gmbr saya)

Saya : tak pe lah, asalkan kahwin hahah

________________________________________

Situasi incik lalan dikedai gambar :
(dari penceritaan dia)


Amoi : kenapa pakai songkok ea? 

Incik lalan : *blur x tahu nak jawab, segan nak ngaku, dia sengih je*

Amoi : wah, sudah mahu kahwin yeeee

Incik lalan : yela, mahu kahwin.


_______________________________________


Incik lalan dia org paling blur,
Dia kata "dah tua2 nak kahwin mcm pelik, haha"
Yela, anak dah 2.
Duda pula tu, so bile kena gi kursus kwin lg,
Settle kn borg nikah lah,
Dia janggal.


Ada tny saya
"Dude kene gi kursus sekali lgi ke?"


Ok. Sbnrnya kursus kwin valid smpi bile2,
Mcm situasi saya ni,
Saya yg mmg ajak incik lalan,
Yelaaa, nk lh masa dgr ucpan dri pncrmah mgnai alam rumahtga tu, kami sama2 dgr bsama, sambil tu, boleh lah jeling menjeling bertentang haha.


Dan,
Bagi saya,
Even incik lalan dude,
Dengan saya,
Saya nk buat perhubungan baru,
Kemanisan baru.


So baru lh ada kenangan dlm persiapa perkahwinan bersama. Ye tak? 
:)



Lady faizal,
Fatinfashiekin


Thursday, January 22, 2015

SHAWL HARINI



Ramai mesej kat fb saya,
Whtsapp kata tergoda dengan shawl saya pakai.
Hahaha. Baru tahuuuu,


Jgn lpe gi fb kk lin :
DanieLinda AlvierAlvina


Lady faizal,
Fatinfashiekin


LABU

‎22 JANUARI 2015 (khamis)

Tak plan pun nak jumpa incik lalan,
Pukul 3ptg dia kol, so saya terus angkat dan kata :

Saya :  Apa? Nak jumpa? Mesti lah bolehhhhh

Incik lalan : tak-tak-tak, saya busy malamni,

Saya : yela, pukul 6 saya gerak (saya buat2 xfaham haha)

Incik lalan : tak-tak-tak, sayaaaa busyyyyyyyyy

Saya : nak jumpa mesti lah boleh, kan? 

Incik lalan : tak kott (ada unsur2 lembut hati)

Saya : mula2 kata TAK, lepastu TAK 'KOT' so lepas ni mestiiii "BOLEH LAAA" haha

incik lalan : tak nak jumpe.

Saya : yelaaa, tk jumpeee. Jumpe sabtu niiii nnti

Incik lalan : ok jumpe, pukul berapa gerak?

Dan teknik saya menjadi, 
weols berjumpa, 
Tak lama sebenarnya,
Pukul 8 saya dah gerak balik.
But puas hati, asalkan berjumpa.


Sebelum balik dia bagi saya jagung mentah,
Dan sebiji labu besar,
Dia kata "jagung untuk awak, labu untuk saya"
Tercengang juga saya dibuatnya,
Saya balas "kan weekend ni kite gi kursus kahwin, mana saya sempat nak masak?" incik lalan balas lagi "saya nak breakfast lepat labu! Buat kan tau, pagi sebelum kursus saya nk makan" dia sengih lepastu salam dan dia balik.


Lepat labu? 
Saya bukan pengemar kuih2 lama melayu.
Bukan selera saya. Bukan nafsu saya.
Tapi incik lalan dia aneh sikit,
Dia dengan atok saya, saya rasa blh bestfriend. Haha. Dia suka kuih versi orang tua lama.


Minta lah puding jagung ke- cake choclate ke- red velvet ke- ni tak, lepat labu.. mesti dia suka getuk juga kan? Bebila nk buat kan getuk. Yela, kata suka kuih org tua :p


Lady faizal,
Fatinfashiekin


INSTANT SHAWL MURAH TAPI BERBALOI


I bukan lah jenis wanita yang confident pada bentuk wajah sendiri. Sentiasa merasakan muka saya bulatt macam kualiii. Selalu jelouse tengok perempuan2 lain yang confident pakai shawl melekap kat dahi. 


Pernah juga lah I pakai shawl lilit2 then lekap kat dahi, tapi, rasa berkilau kilau je dahi. Dagu pula rasa tak selesa, asyik ternganga-nganga macam ikan flower horn tau.


I ni dah lah tak suka shawl melekap kat dahi, tudung awning keras kat kepala tu pun I tak suka, sbb buatkan wajah kita nampak emak-emak sangat. So I selesa gila dengan tudung bawal, kalau rasa bosan dengan gaya bawal biasa, iols akan godek2 gaya adijuma, tapi mmg confident dengan bawal je lah.




2hari lepas, ada permenent custmer (kak lin), even custmer, tapi kami dah ngam, banyak benda share sebb kak lin ni rock, syok borak dengan dia.


Nak dijadikan cerita, adik kak lin, owner kilang tudung, so kak lin bawa shawl ke farmasi. Mula2 I ni sekadar pegang2 lah, then jeling2, mula2 I ingatkan tak nak lah beli. ‎Tapi, cuba 1, terus jatuh cinta! 


I teruja dengan instant shawl sebab bila I pakai, shawl mudah dibentuk, x perlu lilit2 just sarung je. Very stylo okey. Dah lah stylo, selesa pula tu,‎ dan paling penting, shawl ni tak buat kan muka I bulat! Tapi manis. Hahahaa.


Kak lin jual pun ikut harga kilang,
Kalau blogger2 jual biasa nya RM55. Paling murah pun RM39 tu pun x masuk postage, dengan kaklin, veryy the murahhhh, RM20 je okehhh. 


Serius lah best.
Dan lagi satu, tak mudah kedut! 
Ambil dan sarung.
Mudah kan :)


Nak beli? 
Add fb kk lin : DanieLinda AlvierAlvina



Lady faizal,
Fatinfashiekin



Tuesday, January 20, 2015

KAD KAHWIN?


Dah nak masuk febuari,
Design kad kahwin masih tak dapat.

Yang saya suka,
Incik lalan tak suka
*geram betul*


Fine, saya memang dh dapat apa yg sy nk,
Dah tanya kinah (my kawan) nk surh dia buatkn,
Tapi incik lalan bulat2 menolak.
Ade je alasan dia.
Katanya too simple lah,
Banyak bunga lah,
Kecil sgt tulisan lah...
Ade je tak kena.


Bila saya kata :
"Awk cri design yg awk nk, inform saya"

Dia balas sambil sengih :
"Busy lah. Awk cari lah then tunjuk saya"


Haih. 
Ikutkan hati nak je pilih design yg sy bkenan sblum ni, tapi dfikirkan semula, this is our wedding, sama2 dn kalau boleh, setiap apa yg dpilih hendaklah atas kesukaan bersama. 


Semoga saya bertemu design yg menarik (-_-)
Yang berjaya menawan hati incik lalan.
*kang guna yg photostat baru thu*
Hahahah


Lady faizal,
FatinFashiekin





Sunday, January 18, 2015

RUTIN WEEKEND


Like always lah,
Rutin tahun ke tahun,
Dari berkenalan sampai nak kahwin dah ni,
Weekend mesti saya bawa bekal jumpa incik lalan.


Ada yang tanya
"Berkelah ke?"
Saya anggukkan je.
Padahal. Nak kate berkelah.
Makan tepi jalan je kot.
Kalau cuaca baik, kami makn kt taman permainn,
Kalau cuaca tak baik, makan dalam kereta je.


Kalau saya bawa lauk pun,
Bukannya ikan siakap 3 rasa ke, ikan siakap masak stim ke, ketam masak blackpapper ke. 
Saya cuma bawa masakan kampung.
Last week saya bawa pucuk ubi + tempeh masak lemak. Untung den incik lalan bukan lidah western ke apa. Kalau tak, naya juga saya. Dia tak cerewet, cuma bab makanan, dia teliti. 


Next week? 
Gi kursus kahwin.
Cuti bawa bekal. Kita makan kedai.
Hehe

Memandangkan tempoh makin suntuk,
Sekarang saya sangat menjaga kulit.
Pergi kerja saya makesure makeup nipis,
Just sunblock foundation + compact powder + eyeliner. Nak dating baru lah iols bermekap bagai.
*kata nak cantik depan pasangan je kan* haha.


Tapi lain pula hal nya di pihak incik lalan,
Muka dia berjerwat. Haha.
Dia pun pelik "dah 30an punnn ada jrwt lagi"
So bila incik lalan duk belek muka dia kat cermin,
Saya mula susah hati dah. 
Sekarang, pantang saya leka tgk handphone ke, berangan ke, dia pegang jerawat dia, colet ke muka saya (-_-") kurang asam betul. Separuh menangis saya marah pun dia tetap buat. Geram btul (-_-")




Lady faizal,
Fatinfashiekin


Saturday, January 17, 2015

TEKNIK SQUAT YANG BETUL

‎(cabaran 30hari squat! )



‎1. Warm up dulu 5-10 minit before squats. 

2. Berdiri lurus dengan lutut dlm keadaan santai, kaki di lebarkan sedikit. Lipat tangan anda seperti dlm gmbr di atas dan tarik nafas

3. Bengkokkan lutut anda, sengetkan pinggul anda ke belakang dan rendahkan badan kalian perlahan-lahan  seperti anda hendak duduk di kerusi. Panjangkan lengan anda untuk membantu mengekalkan keseimbangan. Tahan nafas anda dan kemudian berdiri semua .Anda akan merasa otot anda dlm keadaan penguncupan yang ketat (tight contraction)

4. Matlamat anda adalah squats down hingga peha anda selari dengan lantai tetapi jangan biarkan belakang anda jatuh hingga bawah paras lutut dan lutut anda ke hadapan melebihi jari kaki anda. 

5. Angkatlah perlahan-lahan  badan dari mencangkung dengan menolak dengan tumit anda dan hanya menggunakan kekuatan kaki anda. Berada dalam keadaan terkawalan dengan menjaga otot abdomen yang ketat dan belakang anda yang lurus. Exhale as you rise. 

6. Buat 3 set yang mana setiap set lakukan 10-15 squats. Means total squats adalah 45 squats. Untuk mengekalkan kadar naik turun ketika melakukan squats, count to 3 ketika turun dan 3 ketika naik. 

7. Setelah selesai melengkapkan set anda, strecth urat pelipat lutut (hamstrings) dan quadriceps anda. Lakukan 30 saat pada setiap regangan. 


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Thursday, January 15, 2015

DIET HARDER


Saya nak jadi isteri yang apabila dinikahi,
Suami akan terpegun dengan tubuh badan saya.
HAHA *pang*

Maafkan patik atas perkataan patik,
Sesungguhnya patik memang begini :p






*dah lama tak makan nasi.
Tapi still tak nak timbang, serams*


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Wednesday, January 14, 2015

BANTING-MELAKA-PAGOH



 
 

Sehari sebelum,
Incik lalan call,
Tanya shift kerja saya,
Dan saya pula mmg balik petang,
Dia ajk ke banting, 
Teman ambil barang


Incik lalan :
"Esk balik pukul 6 kan? Jom teman ke banting"


Saya :
"Eh, baik hati tetibe ajak kite.. biasenye dengan en zul ke, en adam ke, zarul ke. Hehe"


Incik lalan :
"Awak kan suka jalan2 dengan saya, ‎tu saya ajak awak, tahu, mesti awak suka punya. Kalau x dibawa, nanti awak asyk kata 'dah lama tak jalan jauh-jauhhh' asyik ulang-ulang"


Me :
"Yekeeeeeee.... ke sebab bila saya yang teman awak rasa seronokkkkkk... awak rasa happpyyyy .. hhaha"



Balik kerja 6 petang terus ke melaka,
Sampai melaka 6.30,
Terus ke banting naik kereta saya.
Alasan incik lalan,
Bonet kereta saya besar.


8.45malam sampai banting,
Area pantai morib,
Ambil barang,
Makan beger namanya
"Beger kahwin special"
Relax2, call mama kata dah kat banting,
Pesan pada mama akan sampai rumah lambat.


Tepat 11malam sampai melaka semula,
Pindah2 barang, 11.15 gerak balik pagoh,
Tapi ada pengalaman tak syok,
sepanjang perjalanan diiringi van jenazah.
Aduhhhhhh... dah dekat tengahmalam,
Jalan lengang, yg banyak lori,
Tu pun semua kat lorong kiri.
So mmg x boleh memotong.


Bukan takut,
Tak. Cuma. Bayangkan.
Malam. Tengahmalam. Van jenazah.
Tak boleh memotong. Perlahan
(-_-")


Jalan pagoh, sunyi okeh,
Sunyiiiiiiiiii...
Mula lah saya teringatkan cerita khurafat lah,
Cerita mengenai kawan kak ani kerja sbgai pemandu van jenazah.


Bila saya kat lorong kanan,
Van jenazah kat lorong kanan,
Saya x boleh memotong,
Bila saya kat lorong kiri,
Dia pun masuk kiri,
Ehhhhhhhhh van ni, bergurau.
lepastu saya "honnn"
Yela, saya kat kiri, dia ‎ masuk kiri mengejut,
Nasib baik saya sempat brek,
Kalau x, accident dgn van jenazah bersama jenazah tau. Fuhhhh....


Spanjang jalan nak masuk kawasan saya,
Saya kol incik lalan,
Tapi tak adalah cerita apa2 kat dia,
Sebab incik lalan tu bukan blh dpercayai,
Pantang betul cerita bnd2 ni kat dia,
Nanti lagi dia menambah-nambah.
Saya dari takut, kena heart attack pula nnti,
Dia punya gurauan mmg kasar okey.


Ok lah.
Sekarang 1pagi,
Nak tidur.
Bye. Muah.


Lady faizal,
Fatinfashiekin



DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...