FOLLOWER

NUFFNANG ADS

LABU

‎22 JANUARI 2015 (khamis)

Tak plan pun nak jumpa incik lalan,
Pukul 3ptg dia kol, so saya terus angkat dan kata :

Saya :  Apa? Nak jumpa? Mesti lah bolehhhhh

Incik lalan : tak-tak-tak, saya busy malamni,

Saya : yela, pukul 6 saya gerak (saya buat2 xfaham haha)

Incik lalan : tak-tak-tak, sayaaaa busyyyyyyyyy

Saya : nak jumpa mesti lah boleh, kan? 

Incik lalan : tak kott (ada unsur2 lembut hati)

Saya : mula2 kata TAK, lepastu TAK 'KOT' so lepas ni mestiiii "BOLEH LAAA" haha

incik lalan : tak nak jumpe.

Saya : yelaaa, tk jumpeee. Jumpe sabtu niiii nnti

Incik lalan : ok jumpe, pukul berapa gerak?

Dan teknik saya menjadi, 
weols berjumpa, 
Tak lama sebenarnya,
Pukul 8 saya dah gerak balik.
But puas hati, asalkan berjumpa.


Sebelum balik dia bagi saya jagung mentah,
Dan sebiji labu besar,
Dia kata "jagung untuk awak, labu untuk saya"
Tercengang juga saya dibuatnya,
Saya balas "kan weekend ni kite gi kursus kahwin, mana saya sempat nak masak?" incik lalan balas lagi "saya nak breakfast lepat labu! Buat kan tau, pagi sebelum kursus saya nk makan" dia sengih lepastu salam dan dia balik.


Lepat labu? 
Saya bukan pengemar kuih2 lama melayu.
Bukan selera saya. Bukan nafsu saya.
Tapi incik lalan dia aneh sikit,
Dia dengan atok saya, saya rasa blh bestfriend. Haha. Dia suka kuih versi orang tua lama.


Minta lah puding jagung ke- cake choclate ke- red velvet ke- ni tak, lepat labu.. mesti dia suka getuk juga kan? Bebila nk buat kan getuk. Yela, kata suka kuih org tua :p


Lady faizal,
Fatinfashiekin


No comments: