FOLLOWER

NUFFNANG ADS

RESEPI LEPAT LABU MUDAH

‎Siapa baca entry lepas saya,
Tahu lah kenapa saya tetiba buat lepat labu ni.
Serius-ni bukan makanan kegemaran saya.
Serius-ni pertama kali saya makan.
Serius-ni pertama kali saya buat.


Oleh kerana sayangkan pasangan,
Dipaksa buat, saya buat juga lah,

BAHAN-BAHAN

1) 1 biji labu
2) tepung gandum 2 cawan
3) tepung jagung setengah cawan
4) 6 sudu gula
5) setengah sudu garam
6) kelapa parut gaul garam *actually xda kelapa pun still orite je. So jangan risau*
7) daun pisang yg telah dilayur *atas api kau layue2 lah daun tu asalkan tak terbakar*


Cara membuatnya :

1) rebus labu
2) lenyek labu
3) gaulkan dan campur sebati bahan no 2-3-4-5
4) campurkan labu yang dah dilenyek dengan bahan yang sudah digaul tadi
5) sediakan daun pisang yang dah dilyur
6) letakkan sedikit demi sedikit adunan yg dah digaul tadi diatas daun pisang yang dah dilayur, 
7) tengahnya letakkan kelapa parut
8) ratakan bagi menutup inti + cantikkan + bungkus
9) panaskan pengukus dan kukus sehingga 20minit

Siap! Biarkan sejuk! 
Makan! Siapppp! 
*kibas shawl* haha



Lady faizal,
FatinFashiekin



No comments: