FOLLOWER

Friday, July 31, 2015

MENGEMAS RUMAH


Memandangkan saya adalah isteri yang bekerja,
So masa untuk bagi komitment 100% pada rumah hanya weekend. Kalau nak tunggu waktu balik kerja, masa sangat terhad. sebab kebiasaan fokus utama lebih kepada basuh baju / memasak untuk suami / santai malam dengan suami depan tv @ perkara-perkara simple.


Untuk menyelinap disetiap ceruk rumah seperti stor, memang memerlukan weekend sebagai penyelamat masa.


Ni single lagi ni, next year ada anak entah cemana. But tak risau sangat sebab daddy dia sangat penyayang. Dari menolong saya, saya yakin dia rela jaga anak. Haha. DAN, saya tak suka bila saya buat something ada penonton / dibantu. Biar saya buat sendiri dari awal-akhir.


Kalau incik lalan tolong saya? 
Lagi haru biru. Sebab dia pantang kalau saya alihkan something. Nak buang something. Dia sayang semua bendaaaa.... so saya suka kalau weekend dia ke kebun! Bila petang dia balik, saya dah siap memasak, dn dia happy masuk rumah sbb rumah nampak lain dn bersih. Saya suka senyuman gembira dia.


Ok, mari lah melebarkan senyuman menghadapi weekend! Sengseng lengan! Toncet kan rambut tinggi-tinggi! Mula berperang didalam rumah sendiri! Hahahahahaha


Lady faizal,
FatinFashiekin



Thursday, July 30, 2015

BUAT BUKU PINK DI KLINIK KESIHATAN SELANDAR

Hai! Setelah berjaya menangguhkan berkali-kali, setelah incik lalan memaksa-maksa, setelah semua orang asyik-asyik terkejut kerana saya melengahkan membuat buku pink.


Akhirnya! Semalam saya berjaya mengagahkan diri ‎membuat buku pink! Seronoknyaaa ada buku pink ni! Perasaannya jauh lebih indah berbanding buat buku merah (pasport) tu tau.. ni lagi indah..


Pagi-pagi buta pada jam 8.30pagi saya menjejakkan kaki di klinik kesihatan selandar, pada mulanya takut juga, sebab saya baca banyak review yang menceritekan betapa leceh dan seramnya prosuder buku pink ni.


Buka je pintu klinik kesihatan selandar, saya terpingga nk kemana, terus ke ruang pendaftaran, then saya disambut dengan senyuman manis nurse di situ. Baik sangat! Saya rasa lega dengan layanan dia.


Saya letakkan ic di tempat disediakan dan duduk diruang menunggu, 5minit kemudian seorang nurse datang bertanya saya tinggal dimana. Puas lah nak cerita duduk mana, yela incik lalan tahu lah nk explain, saya ni manatahu, yang saya tahu nak explain "straight ni kak, kat selekoh, rumah baru buat warna kuning".. nurse tu balas "ooo, sebelum jambatan, ada pagar? Sebelah rumah salina".. saya tak tahu salina mana, saya sengih je lah sambil bagi nurse tu bill elektrik rumah menyatakan alamat kediaman.


Ramai orang kat klinik kesihatan selandar ni, setengah jam lepastu nurse datang lagi, nurse kata, bahagian handle kawasan saya busy dengan appointment, so saya kena datang lagi tepat 2petang. Nasib baik lah saya memang dah minta cuti awal-awal, kalau tak, tak ke naya nak ulang alik lagi. Tapi its okey, sebab nurse baik-baik dan manis-manis, saya okey je,


2petang,
Masuk klinik, sengih, letak ic tempat mula-mula masuk, nurse tegur "eh, awak yang pagi tadi kan? Kenapa datang lagi?".. saya pun cerita lah apa terjadi, nurse kat pendaftaran cepat2 layan saya, bawa saya ke kaunter ibu dan anak. 


Nurse kat kaunter ibu dan anak pun baik juga, tak silap namanya rosma ke risma ke rasma, ala lupe pula, dia tanya butir2 peribadi, isikan buku pink saya, ambil tekanan darah, tinggi saya, 3bulan pregnant, berat badan naik 2kg so sekarang 52kg + tinggi 152 sahaja. Pendek aku ni. Haha


Panjang prosuder dia tau. 
Step nya :
Pendaftaran-Ambil darah cek HIV-pergi makmal-masuk bilik 3 utk pemeriksaan breast-naik klinik pergigian-masuk bilik 2 untuk scan-masuk bilik 1 untuk ambil senarai nama ubat-farmasi.


Setiap 1 tempat, memakan masa, sebab orang ramai, tapi saya tetap sengih 24jam, sebab nurse-nurse dan doktor semuaaa baik-baikkkkk! Sangattt baikkkkkkkk--


Pada jam 5petang, 
Selesaiiiiii, buku pink dalam genggaman! 
Nak cakap lagi, nurse semuaa baik-baik,
Doktor semuaaa baik-baik..


Saya pernah ke klinik kesihatan TUTTTTTTTT dan mendapat layanan yang masam mencuka 24jam, so bagi saya, klinik kesihatan selandar harus mendapat pujian yang tinggi. Sesuai dengan moto mereka "kami akan bekerjasama dan produktif kerana kesejahteraan anda keutamaan kami" -lebih kurang camtu lah moto dia. Sangat bersesuaian, sebab nampak kerjasama mereka, senyum sentiasa, sopan santun. Saya suka :)


Dan Allhamdulillah, rekod kesihatan saya semua baik. Doktor pun memuji. Doktor kata saya nampak bertenaga, doktor tanya "nak anak berapa?" saya jawab "saya nak 6 orang, saya nak bersalin normel" doktor ketawa dengar jawapan saya.


Aha, masa scan, saya nampak baby lompat-lompat, seronoknyaaaa..... bertenaga sungguh baby, sama macam mommy dia. hehe. Balik rumah, cerita kat incik lalan sungguh-sungguh. Saya cerita bby lompat-lompat, incik lalan happy gila, dia bising sbb saya tak rakam video masa scan tu. Ceh.


Subuh tadi incik lalan terjaga dari tidur dan terus cerita "Yang! Yang! Malam tadi saya mimpi awak bersalin. Saya mimpi awak baru lepas bersalin, keluar dari bilik bersalin tu awak slumber berjalan sambil senyum, tak pakai wheelchair pun, awak ketawe2".. saya dengar mimpi incik lalan tu, saya senyum je, happy sangat lah tu sampai terbawa dalam mimpi. Yela, dia bukan jenis nak tunjuk tahap excited dia, kalau dah sampai mimpi, faham2 ler betapa dia happy bila saya cerita baby lompat-lompat :)


Masa buat buku, memang saya pesan pada incik lalan tak perlu ambil cuti untuk teman kan saya, sebab jenis saya, ada incik lalan, lagi saya mengada, nanti saya jadi lagi manja.


Bersalin nanti incik lalan nk teman saya sama, dia dah kata "saya teman bukan nak genggam2 tangan, saya nak tgk baby keluar tau".. saya balas "buat ape nk tgk saya 'punya' keluar bby, ptt nya awak genggam tgan saya, bisikkan kata2 kekuatan, bacakan ayat2 alquran, bisikkan ditelinga sayaaaaa".. incik lalan balas "no-no, yg saya boleh kata "kepala bby dah keluar, cepat teran! Cepat! Kuat lagi".. kurg asam dia ni hahahah


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Sunday, July 26, 2015

BILA SUAMI SAKIT



Semalam incik lalan merengek sakit kepala,
Saya bila dia sakit kepala, memang saya bebel panjanggg lah kan.


Yela, kita dah suruh berehat, ‎
Tapi dia degil. Ade je benda nak dibuat.
Kalau ada masa free tu, terus ke kebun tengk pokok-pokok dia.


Incik lalan ni dia pantang sikit cuaca terlalu panas / cuaca terlalu sejuk / perub‎ahan cuaca secara tiba-tiba.


Semalam dia merengek,
Sakit kepala lepastu melepek minta kita urutkan dia, sambil saya urut, saya kata :
-ni padah tak dengar cakap bini
-sakit kepala ni tanda-tanda darah tinggi tau
-mungkin juga tanda2 sakit jantung
-bahaya ni kesan jantung ni tkt heart attack‎
Sengaja saya takutkan dia, degil sangatkan.
Tapi tangan dia cepat je tepuk saya punya dahi hahahahahah. Tahu takut.‎


Lepastu saya kata 
"Wasiat?  Kwsp? Segala pelaburan? Dh tukar nama saya belum‎? Hahahahahah.
Dia ketawa melekek dengar saya cakap mcmtu.
Geram betul saya. Berhujan berpanas kekebunnn je. Geram tauuuu...


Lepastu tu dia tertidur,
Kesian tgk suami sakit kepala,
Tak mau kacau dia, terus kedapur buatkan ‎cucur rangup + teh ais kaw sedap didunia (almaklumlah cuaca panas)..


dah siap semua, kejutkan dia,
Lepastu dia sengih-sengih.
Saya kata "seronokkkkk, bangun tidur tiba2 ada makanan?... seronok???" dia sengih-sengih dan kata "seronok! seronokkkkkkk, sakit kepala punnnn hilanggggg"


Ceh ;p


Lady faizal,
FatinFashiekin





Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, July 24, 2015

BERMASYARAKAT


Harini rumah saya marhaban,
Sepatutnya shift saya balik petang,
So dah plan memang akan bantu mbantu mama,
Incik lalan lps kerja pun dtg pagoh.


Tp last minute,
Nieza minta MC,
Petangnya incik lalan datang farmasi,
Dia buat perangai macam kanak-kanak,
Almaklumlah, selamani saya ada disisi,
Ni 1st time gi rumah saya tanpa saya.
So dia macam panik. Hahaha.


Dia datang farmasi,
Dia buat perangai, dia kuis2 lah,
Dia minta air lah,
Dia tampal tudung saya dengan sticker harga lah,
Dia tampal jam saya dengan sticker ubat lah,
Dia tarik tudung saya lah,
Dia tarik baju saya lah.
Hahahahah.


Parah mamat ni.
selamat merewang ye sayang,
Selamat bermasyarakat.
Hahahahha


Lady faizal,
Fatinfashiekin



Thursday, July 23, 2015

RINDU IRFAN YANG BIJAK


Comel sangat! 
Puas hati bila peluk dan pegang pipi dia.


Dah lah comel,
Bijak pula tu,‎
Petah bercakap pula tu,


Bila dia main dan peluh-peluh,
Pipi automatik jadi merah,
Lagi lah rasa geram nak picit-picitttttt! ‎


Rindu irfan!! 
*mmmmuuuuahhhhhhhh*


Lady faizal,
FatinFashiekin


Wednesday, July 22, 2015

HOLD STORY


Banyakkkkkk perkara nak upload,
Tapi semua gambar dalam ipong incik lalan.

Bila dah berdepan dengan incik lalan,
Banyak benda lain nak buat,


Makanya, terhold lah cerita ye.
Makanya, lama2 nanti mesti saya terlupa.
Haha


;p


Lady faizal,
FatinFashiekin



Monday, July 20, 2015

ADIK DAN KAKAK TERUJE

Raya ke2 incik lalan ambil kakak dan adik,
Dieorg nampak saya,
Dieorang perhatikan perut saya.

Adik kata :
"Ibu punya perut buncit! "

Saya sengih je,
Saya kata, "mesti lah, ada baby ni"
Lpastu saya ambil tangan dieorang sentuh perut saya, saya kata lagi "nak tengk gambar baby dalam perut ibu tak? ".. dieorang teruja..


Saya tunjukkan gambar2 scan,
Dari 5minggu hingga yang sekarang.
Teruja sungguh dieorang,


Dieorang tanya :
"Baby perempuan ke lelaki? "‎

Saya : "adik kakak nak perempuan ke lelaki?"

Adik kakak : "perempuan!!!!"

Saya : abah kata kalau perempuan, nak letak nama "KASEH ARIANA".. adik? Kakak? Ada cadangan nama tak? 

Adik : nurul sofea!!!

Kakak : hmmmm, kakak nakkk.. SHAKIRA !!! Nama kakak Elisya Shafira, so baby ni nak ELISYA SHAKIRA!!


Seronok betul dieorang,
Cadangan nama bby girl dah banyak sungguh,
Kalau boy???
Tengah mencari.. 
Girl ni banyak nama, kalau boy mcm limited kan? 


Apapunnnn,
Xkisah lh apa pun jantina,
Asalkan sihat walafiat,
Ank yg soleh solehah.


Dear baby,
Mommy, daddy, kakak, adik akan sayanggg awak sangat-sangat :)



Lady faizal,
FatinFashiekin

SEMASA BERSALAMAN


Tahun pertama beraya dengan suami,
Tahun pertama beraya sebagai isteri,
Tahun pertama beraya berjauhan dari family,
Tahun pertama beraya dengan mertua.


Semuanya awesome,
Family incik lalan semuaaa ramah-ramah,
Semuaaaa best-best,
Saya langsung tak rasa awkward,
Even incik lalan gi kuala nerang,
Tinggal saya just dengan family dia pun saya tak kisah langsung, saya okey je,
Tak perlu berkepit 24jam :)


Bulan 11 ni nak pi kedah lagi,
Sepupu incik lalan kahwin,
Ok syok! Hehe


Incik lalan kata :
"Nasib isteri abang ni banyak cakap"
Incik lalan kata dia jenis tak pandai bersosial,
Dia lebih banyak sengih,
Elehhhhhh-- xda makna. Haha


Masa pagi raya,
Nak bersalaman dengan incik lalan,
Saya dah create ayat terbaik punya...
Tapi incik lalan malu2, gelak2 pula,
Ceh...


Dia kata :
"Sayang ni, suke2 cium depan org ramai"


Saya :‎
"Eh, dah halal" hahahahah‎



Ok,
Petang ni, pehabis raya dipagoh pula,
Melawat sanak saudara tercinta
:)


Lady faizal,
Fatinfashiekin


SEBELUM BERSALAMAN

Thursday, July 16, 2015

BERAYA DIRUMAH MERTUA DIKEDAH

Gerak 12tengahmalam,
Sampai 12tengahari,
Pecah rekod sepanjang perjalanan muntah 4 kali.
Saya bukan jenis muntah.


Maybe dsebabkan kereta tinggi,
Maybe dsebabkan pjalann jamm dan pemanduan tersengguk-sengguk,
Maybe dsebabkan keletihan,
Maybe dsebabkan saya makan terlalu banyak masa berbuka.‎


Naik risau incik lalan tgk saya muntah sepanjang dalam kereta, yang bagusnya, sampai je kedah dan untill now (sedang menaip ni), i'm okey. Haha.


Siap boleh buat gulai dengan mak mertua,
Tolong mak mertua buat laksa,
Padahal saya ni bukan nya boleh tahan dengan bau penumis. Psyko betul aku ni ;p


Seronok dikedah! 
Apapun still risau takut esok pagi raya saya nangis,
Almaklumlah, tak pernah berenggang dengan family okey. Saya kan even sulong tapi manjers--


Petang raya incik lalan ajak jalan ke jam besar,
Malam raya incik lalan ajak jalan ke bertam,
Best! Tempat orang kate kan :)


Esok dah raye,
Cepatnya masa berlaluuuuuuuu--
Sebulan dah berlalu,
Berganti bulan.


Apapun, selamat hari raya ye uols,
Maaf zahir batin,
:)


Lady faizal,
Fatinfashiekin



Wednesday, July 15, 2015

REZEKI


Barulah semangat nak balik kedah! 
Barulah semangat nak ke kebun!
Barulah semangat nak jalan-jalan!

Haha ;p

Rezeki kahwin,
Rezeki baby,
Rezeki birthday boy :)



Lady faizal,
Fatinfashiekin

Sunday, July 12, 2015

PERSIAPAN RAYA SELESAI


Banyak perkara nak share,
Tapi terlalu busy sampai tak sempat.
Bila tak busy pula, letih.


Allhamdulillah,
Persiapan raya. Bereh! 


Semalam, saya repair kereta di proton,
Settle je dari repair kereta,
Incik lalan call suruh ambil dia dbengkel,
Dia pun repair kerete
*nak raya katakan*


Sementara tunggu kereta dia siap,
Saya ajak dia ke parkson,
Settle kan cari baju anak-anak.
Baju incik lalan dah settle awal,
So semalam memang fokus pada baju kakak adik + adik2 saya.


Lepas settle baju mereka,
Ke mydin pula mencari kuih muih,
Tahun ni incik lalan cuma sempat buat famouse amos je, yang lain, maaf lah, tidak menang tangan, tahun lepas dia sempoi lagi boleh buat banyak cookies, this year nak bahagikan masa dengan kebun lagi. Kesian dah saya tengk dia. Saya? Nak menolong macammana, saya mana reti buat cookies. Ok2 lepasni belajar dengan suami. Haha. Lepasni k.


Balik dari shopping dan ambil kereta,
santai2 dirumah, dan saya kata pada incik lalan "bila abang nak pergi kebun".. dia pandan‎g saya aneh dn kata "apasal??"... saya balas "nak kemas rumah, ada abang susah nak kemass"..


Ye uols, ada incik lalan memang susah saya nk mengemas rumah, dia mempunyai sifat menyayangi semua benda. Semua perkara dia nak simpan. Termasuk kotak2 kosong (-_-")


So semalam bila incik lalan keluar je, saya punggah, saya buang apa tak patut yang menyakitkan mata. Puassss hati. Perkara yang incik lalan suruh simpan pun saya abaikan, saya bakar. Kalau kotak bekas kipas / blender pun nak simpan, tak ke semak stor. Huhu.


5.30petang, incik lalan balik,
Dia masuk rumah, dia tgk rumah, dia sengih lebar2.
Dia buka lagu raya, dia joget-joget.
Lepastu saya kata dengan suara perlahan "seronokkan ada isteri...."... dia ketawa, yela, dalam masa 3jam rumah dah berubah rupa siapa tak happy kan..


Padahnya, 6 petang tu saya punya pinggang mula sakit, ni semua mesti kes angkat sofa sendirian, mula lah pinggang saya buat hal macam kejang, tapi tahan kan juga, gi bazar ramadhan dengan incik lalan. Jalan kat bazar pun saya mengah2. pinggang sakit + mengah2, so paut tangan incik lalan kuat, 


Settle cari makanan, masuk kerete,
Saya tertidur. Nampak tak betapa penat nya? Tapi since prgnnt memang mudah letih. Dada rasa berdebar ke. Mengah-mengah.


Apapun, kepenatan berbaloi! 
Suke sngt tgk rumah bersih / kilat /wangi,
Bila incik lalan letak baju sepah2 je saya kata "haip!" hahaha. Pastu dia tepuk dahi aku.


Ok. Esk birthday incik lalan laaaaaaaa,
Nak bagi apaaaaaaaa--


Lady faizal,
Fatinfashiekin







Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, July 2, 2015

CUTE GIRL


Malam semalam saya mimpi yg saya mengandungkan baby girl,
Wah! Seronokkkkk.

Saya nk baby girl,
Saya nk makeover my baby girl,
Saya nak beli kan skirt tutu,
Saya nak tocang2 kan rambutnya,
Saya nak belikan gaun untuk dia,
Saya nak dia jadi stylooo--


Saya geram tgk baju baby girl,
Sometimes teringin nak belikan baju stylo untuk alisya dan aqila mcm skirt, tshirt xblengan,
Tapi incik lalan dia tak bagi‎,
Dan saya respect, mereka ada own mother,
So saya tak boleh suka2 switch penampilan mereka.


Tunggu anak saya nanti ye! 
Kecik2 saya ajar pakai sunglasses,
Rambut pula curl kan. Haha


Gewammm sangat! 
Nak baby girl! 
Haritu ada cakap pd incik lalan ttg nama 
"Alisya akila"
Tapi incik lalan kata,
"Kalau bby girl letak lah nama macam nama awak,
FATIN baru lah best..nama anak sama dengan nama mak dia"..


‎Mommy,
FatinFashiekin


‎‎

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...