FOLLOWER

Sunday, July 26, 2015

BILA SUAMI SAKIT



Semalam incik lalan merengek sakit kepala,
Saya bila dia sakit kepala, memang saya bebel panjanggg lah kan.


Yela, kita dah suruh berehat, ‎
Tapi dia degil. Ade je benda nak dibuat.
Kalau ada masa free tu, terus ke kebun tengk pokok-pokok dia.


Incik lalan ni dia pantang sikit cuaca terlalu panas / cuaca terlalu sejuk / perub‎ahan cuaca secara tiba-tiba.


Semalam dia merengek,
Sakit kepala lepastu melepek minta kita urutkan dia, sambil saya urut, saya kata :
-ni padah tak dengar cakap bini
-sakit kepala ni tanda-tanda darah tinggi tau
-mungkin juga tanda2 sakit jantung
-bahaya ni kesan jantung ni tkt heart attack‎
Sengaja saya takutkan dia, degil sangatkan.
Tapi tangan dia cepat je tepuk saya punya dahi hahahahahah. Tahu takut.‎


Lepastu saya kata 
"Wasiat?  Kwsp? Segala pelaburan? Dh tukar nama saya belum‎? Hahahahahah.
Dia ketawa melekek dengar saya cakap mcmtu.
Geram betul saya. Berhujan berpanas kekebunnn je. Geram tauuuu...


Lepastu tu dia tertidur,
Kesian tgk suami sakit kepala,
Tak mau kacau dia, terus kedapur buatkan ‎cucur rangup + teh ais kaw sedap didunia (almaklumlah cuaca panas)..


dah siap semua, kejutkan dia,
Lepastu dia sengih-sengih.
Saya kata "seronokkkkk, bangun tidur tiba2 ada makanan?... seronok???" dia sengih-sengih dan kata "seronok! seronokkkkkkk, sakit kepala punnnn hilanggggg"


Ceh ;p


Lady faizal,
FatinFashiekin





Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...