FOLLOWER

Monday, December 5, 2011

DISINI

Assalamualaikum

Kamu,
pandang sini. 
nampak kita di sini?

Kamu, 
kita terlalu setia di sini,
entah untuk apa,
entah untuk siapa.

Kamu,
kalau diizinkan,
kita terlalu ingin berada disisi,
biar kita laungkan di telinga,
”pejamkan mata, saya ada”.

Kamu,
teringin sangat,
jadi yang pertama dan terakhir untuk setiap jaga dan lelap.
teringin.

tapi mana mungkin bila tiap nafas ada cukup perit untuk dihela.


Saturday, December 3, 2011

FAR AWAY

Assalamualaikum

Hye my dear friends.
I'm Away from Johor/home for a few days.
I'll update more soon. more & more to come.

Take care Ever

With love,
FatinFashiekin

Friday, December 2, 2011

I SAY IT LOUD WITH PROUD

Assalamualaikum


hai. Actually, nothing much to update. just ade la a few things rase nk post dlm blog ni. 

Life : currently, my life seems to be so perfect. great life. great family. great friends. great lover. everything great lah! but saya tahu, langit xselalunye cerah.. one day, kite akn rase down blik, tp saya tak kisah lah, as for me. Saya sgt yakin dgn ape yg saya rase, so ape2 pun.. bile2 pun.. Saya rase happy, saya akn enjoy smpai akhirnye and bile tibe time sush.. sedih.. Saya akan blajar appreciate setiap saat. sebab saya pcaye, setiap kesusahan, ade hikmahnye.mane ade org happy je smpai mati kan?! my life full of ups & downs. Saya admit that. but yup.. Saya ni type jarang tnjuk, ketawa je. but for now, at this moment, im so thankful i was born as FATIN FASHIEKIN BINTI ANUAR. hehe. a small girl with big dreams. well., saya rase saya sgt enjoy with my life. 

Family : ok family. my everything. my heartbeat. enough to say. parents superb. Siblings hebat! well.. I'm not saying that they are very perfect but their imperfect parts yg ckit2 tu buat saya pandang mereke cukup perfect! *boleh faham ke bahase saya ni? heheh. yela, no one perfect dlm dunie ni. tp if kte tgk yg xperfect tu perfectly, they you go! so in short, saya bangge lahir dlm family saya. I LOVE THEM so DAMN MUCH..!! 

Love : heehe*malu.. Tibe2 saya teringt kate2 salah seorg kwn saya "boleh berthn ke relationship korang ni? Dengan status dia ?" time tu saya pun xtau lah nk jawb ape. heheh. Saya just ckp " we'll see " ..hehe. but now, everything perfect! mcm bru je rase tolak cinta dia and then terima dia. Konon jual mahal masa tu. Hahahah! *blushing! kejap je mase. tup tap tup tap da lama rupanya. but yup still so in LOVE. what else can i say? sayang, I love being around You. That's y even jauh, kite sanggup drive jauh untuk jumpa kamu, even its just 5minute je kite bjumpa. thanks for being such a weird boyfriend. I LOVE YOU. and will always do. Fullstop. ♥

Friends : oh part plg menarik. semakin saya membesar, saya rase dunie semakin mengecik. heheh. situ sana sini, merata2 kawan2. heheh. glad having u guys in my life. but yea.. i have 4 girlfriends that I cant live without. they bring colours into my life. my dear sisters @pharmacy, u know who u are right? thanks for always being there when I need You and you are my 'butterfly'.!! :) to all my friends, thanks for being a part of me.thanks for all ur supports. to those kawan yg lupe kawan, xpe saya tetap ingt korang.

Works : ok. I'm enjoying what I'm doing. but struggling at the same time. bile kita da bkerja, bru kita tahu, yg its not that easy to be someone who you dream of. work hard is the key. haihhh.tapi untuk work hard pun its not easy, perlukan kecekalan menempuhi hari disebabkan kemalasan yg sentiasa mbelenggu diri. heheh. tp xpe2, sabar. Saya sgt byk plan untk future wif him so kne struggle. no matter what. Jimat cermat ! :)

I say it loud and I say it with proud. 

With love,
FatinFashiekin

Thursday, December 1, 2011

BERSYUKUR SEBAGAI FATIN FASHIEKIN

Assalamualaikum

  1. Saya bersyukur kerana my birthday i got new laptop secara percuma*rezeki dari Allah
  2. Saya bersyukur kerana dilahirkan sempurna akal fikiran & fizikal *Allhamdulillah
  3. Saya bersyukur kerana diusia muda, saya memperolehi banyak pengalaman hidup
  4. Saya bersyukur kerana selalu didatangi kesedaran untuk menjauhi keborosan
  5. Saya bersyukur kerana memiliki Bos yang sering berkompromi dan mendegar suara hati perkerja ;p
  6. Saya bersyukur kerana My mama dan abah selalu mengawal pergerakkan saya dengan tegas ketika saya remaja *kini konon dewasa
  7. Saya bersyukur tidak menghidap penyakit kronik
  8. Saya bersyukur kerana memiliki nama yang sedap Fatin Fashiekin *konon HOT 
  9. Saya bersyukur kerana memiliki kawan-kawan yang happy good lucky dan memiliki banyak kakak-kakak *kawan atas usia
  10. Saya bersyukur kerana saya boleh meluahkan segala rasa kesyukuran saya ini
  11. Saya bersyukur kerana anda sudi membaca rasa kesyukuran saya ini
  12. Saya bersyukur kerana dikurniakan abah dan mama yang memahami saya
  13. Saya bersyukur adik-adik saya seram ketika melihat saya marah sekurangnya mereka menghormati saya dan gerun melihat kemarahan saya *fakta. haha
  14. Saya bersyukur saya suka makan banyak-banyak tetapi berat badan masih terkawal
  15. Saya bersyukur sebab teman lelaki saya sangat mudah diuruskan
  16. Saya bersyukur sebab mama saya suka cantikkan bilik anak dara dia kemudian masak sedap-sedap. just beritahu je teringin makan apa *Truth !
  17. Saya bersyukur abah selalu nampak tegas tapi abah sayang kami sangat-sangat
  18. Saya bersyukur sebab keluarga saya sangat sporting dan open minded 
  19. Saya bersyukur sebab adik-adik saya dengar kata saya
  20. Saya bersyukur sebab bekerja di Farmasi Sihat, saya tak kena buli
  21. Saya bersyukur Ahmad Faizal Sulaiman suka buat lawak
  22. Saya bersyukur sebab saya banyak bercakap dan boleh menjadi promoter vitamin ke2 terbaik. sebab number 1 kak ani. hehe
  23. Saya bersyukur walaupun saya tak berapa cantik, tapi masih ada kekasih yang menerima seadanya
  24. Saya bersyukur kerana walau saya selalu menyucuk pesakit, tetapi saya masih sihat sejahtera *Allhamdulillah
  25. Saya bersyukur kerana kembar saya, Noraini Shariat suka pujuk saya bila saya menangis
  26. Saya bersyukur sebab saya suka ketawa
  27. Saya bersyukur sebagai warganegara Malaysia
  28. Saya bersyukur saya masih ada dara
  29. Saya bersyukur kerana saya beragama islam
  30. Saya bersyukur menjadi perempuan kerana boleh make up cantik-cantik
  31. Saya bersyukur kerana rambut saya mudah diuruskan dan kelihatan beralun KINI. haha
  32. Saya bersyukur dengan tubuh badan saya
  33. Saya bersyukur sebab orang sudi melayan karenah saya
  34. Saya bersyukur kerana saya tidak kuat merajuk dan tak berharap dipujuk
  35. Saya bersyukur bekerja di Farmasi kerana bila saya sakit, kak ani akan paksa saya makan ubat dan kak Alai sangat memahami dan kak Aida sudi mengantikan cuti
  36. Saya bersyukur sebab orang kata rumah saya besar
  37. Saya bersyukur kerana tahu memasak 
  38. Saya bersyukur kerana saya ada lesen kereta dan memiliki sebiji kereta
  39. Saya bersyukur kerana kulit saya tidak terlalu hitam
  40. Saya bersyukur kerana abah dan mama izinkan saya couple dengan incik lalan
  41. Saya bersyukur kerana selalu rasa gaji tak cukup tetapi sebenarnya sudah 4 tahun saya berkhidmat
  42. Saya bersyukur sebab saya ada blog
  43. Saya brsyukur sebab rumah saya tiada jiran so saya boleh terjerit jerit sekuat hati
  44. Saya beryukur sebab saya memiliki blackberry sebab dulu saya tak hingin nak beli pun
  45. Saya bersyukur sebab di Face Book saya memiliki ramai kenalan
  46. Saya bersyukur sebab semua orang terima saya seadanya
  47. Saya bersyukur kerana mudah berjerawat tetapi tidak meninggalkan parut diwajah
  48. Saya bersyukur sebab saya mampu memandu kemana mana yang saya suka
  49. Saya bersyukur sebab saya memperolehi gaji setiap bulan
  50. Saya bersyukur sebab saya Tidak gemar berparti atau terlalu sosial
  51. Saya bersyukur sebab saya mudah rasa tersentuh bila tengok kesusahan orang lain
  52. Saya bersyukur sebab saya dapat idea nak tulis entry bersyukur dari orang lain
Andaikata saya diuji dan rasa kesyukuran ditarik balik,
Saya bersyukur atleast saya pernah memilikinya :)
 
 
with love,
FatinFashiekin
 

Wednesday, November 30, 2011

FULL SCHEDULE AT DECEMBER

Assalamualaikum

1 disember ! Fine, happy cuz gaji. This month kene very the jimat, sebab saya nak kesana sini (selatan ke utara). Next month pula (januari) menantikan dividen ASB, waa ! *pang ! Fatin, ingat, menyimpan untuk masa hadapan T_T

Whatever pun, hopefully berjalan lancar, what ? 1Disember = khamis, means lg 1hari then ke Perak lah ye ? Uh, apa pun tak siap kan lagi. Kereta still tak servis, tayar tak check, enjin ka, semua saya abaikan, masalah nih ! Tak pa, esok reminder kan, so esk hntr bengkel dan jumaat pula car wash ! Eh ok, jumaat cr wash tutup, esk kene ke crwash juga npk nye T_T *kelam kabut nih (padah last minute)

Harini, Allhamdulillah, jadual menunjukkn saya shif pagi ke petang. So bila sudah menunjukkan waktu untuk pulang, saya buat muka kerek depan kak aida dan kak ani lah. Heehe. Tgk balik calender

3DISEMBER-ke Perak
4DISEMBET-still kat Perak
5DISEMBER-balik johor

Tapi..

5/6/7/8 DISEMBER,
Even saya dah balik johor, incik Lalan busy menanti kepulangan ibunda dia kmudian dia akan balik ke Kedah.
Cuz 3/4/5 maybe ayahanda incik lalan akan ke Melaka, dan saya hormati masa mereka, means MC utk dating, kami akan jumpa kembali pada 11/12/2011 DISEMBER (Ahad).. Then fikir balik, wah ! Lama tu tak jumpa, so, 4.45pm tadi saya call incik lalan dan dia just balas BBM kata "busy" .. Hmm, tapi tepat 5pm dia call, dan dia gelak bila saya explain waktu bz kami then dia kata "kesian nye, meh lah" dan tadi petang saya speed ke Melaka, makan2 diwarung, then balik. Kami akan bjumpa semula ahad 11/12/2011..

Balik nih tadi, makan lgi dengn family, and well done to my adik (awal/3yearsold) kerana berjaya mengguna kan my brush (blusher) untuk menyapu habuk2 dipenjuru rumah, mengguna kan my compact powder untuk mengecat dindg bilik, menjadikan my deodrant seperti glue, serta menggunakan my eyeliner untuk menulis. Tetapi sangat terharu apabila melihat dia memakai my perfume lagaknya seperti saya (fine, dia pndai meniru gaya saya) Oh, sangat gembira menyaksikannya ! T_T *adikkkk~!

That's all. Nite dear :)

With love,
FatinFashiekin

YOU PUT THAT BLAME ON ME

.remarks.

Don't blame people who loved you and care about you, just because u're afraid when u think 'bout ur past mistaked (what u've been through before). 

Its may kill ur girl softly and maybe u'll lost ur real girl in silence.

Because she think, you still can't forgt about ur past girlfriend, and then u kept blame her even u know its not her false. 

With love,
Fatinfashiekin

-------------------------------------------------------
Something :)

"I understand that there are some problems
And I am not too blind to know
All the pain you kept inside you
Even though you might not show
If I can apologize for being wrong
Then it's just a shame on me
I'll be the reason for your pain and you can put the blame on me"

---------------------------------------------------------



Monday, November 28, 2011

MASA YANG CEPAT BERLALU

Assalamualaikum & salam maal Hijrah
 
Tahniah kepada yang bercuti kerana dapat memanjangkan waktu cuti anda,
*plus wif weekend
dan tahniah juga kepada yang berkhidmat seperti biasa kerana
berjaya mendouble kn gaji anda DITAMBAH PULA  awal bulan yang
semakin menghampiri pada khamis ini.
wah ! memang berbaloi-baloi ;p

Permulaan hari ni penuh dengan kegembiraan !
rasa macam hari ahad pula k.
tengk mama tak kerja dan mama masak sedap-sedap ! *happy


this weekend saya akan ke Perak,
then ke pahang,
then ke pahang lagi.

sibuk. sibuk. sibuk


bila dalam kereta, haruslah penuh kan memory card hp :)

bout this weekend,
tak perlu cerita lah kot, u all dah tahu kan ?

ok. cerita pendek.
makan-makan pizza, then beli kuda belon (ithinksolah,tkthunama) hehe
beli barangan dapur,
tgk2 washingmachine, refrgrator, oven, vacumm, dn lain2
tapi just survey lah. kan seronok kalau pergi survey barangn2 macamtu,
tgk2 harga, bile barangan mahal,
pegang2 dan tgk keistmwaannye, seronok.
beli barangan dapur masing-masing,
pilih same-same.
then cari kedai cake bsempena hari jadi my lovely aunty :)
dan before balik, tapaukan KFC pula untuk adik-adik.
dan,....
hujan lebat dan jalan start jammed.
BALIK. DONE.

sebelum nak pi perak this weekend,
tiba-tiba my lil sis (AZA) mesej saya,
"kakak, kan kita dah nak pi Perak &  Pahang, jom kita pi saloon rambut"
ayat diatas adalah ayat penyata untuk saya
mensponser beliau. haha

that's all
nanti saya update lagi ye

with love,
FatinFashiekin

Sunday, November 27, 2011

HOPEFULLY, GET WELL SOON


currently @Hospital Pakar Sultanah Fatimah
my lil boy (awal) demam panas
actually just demam tapi for kids macam awal ni
just 3 years old kan ?
so bila cek suhu badan dia dah 39c tu saya risau.
even saya dah bagi ibuprofen pn still tak kebah,
bila tidur mgigau pula,
sangat risauuuuu~
hopefully adik cepat sihat ye ayang :)


kebosanan menanti,
adik masuk dengan mama, i'm just waiting diluar
tak da sapa nak ambil gmbr saya,
so ambil gambar kaki.
nak ambil gambar muka sdri duk sengih kat sini
nampak macam buang tebiat pulak ;p


bila dia nak keluar nih. aih...
*ok. nurse kat sini very the sombong.
attitude dalam melayan pesakit pun ZERO
hmm, malas nak cerite.
saya sangat melindungi ahli keluarga dan insan kesayangan saya
so, faham2 lah ye u ollls 

then masa tgh tunggu giliran ambil ubat,
tiba-tiba ternampak my permenant custmer,
ala u all ingat kan ? saya ada cerita,
isteri kepada cstmer saya koma tu ??
kalau x ingat, rajinkan jari previous k ? 
so saya tegur lah. bertanya khabar.
semalam hari yang ke 27 isterinya masih koma.
semoga Allah memberi kekuatan kepada Pakcik tu utk mnempuhi dugaan
dan Semoga Allah memberi kesejahteraan kesihatan ke atas isterinya.

with love,
FatinFashiekin


Saturday, November 26, 2011

FAKTA !

Assalamualaikum

OMAIGOD !
OH !
MY !
GOD !!!!

Sebelum ni serius I'm not believe it !
Bile incik Lalan kutuk-kutuk kate saya makin gemuk. Saya buat muka dua kupang je sebab bagi saya dia hanya nak mengusik dan sometimes sampai bergaduh bila masing-masing saling mengejek.

TAPI, tadi, saya buka wardrobe then terpandang blause yang tak pernah pun saya pakai. Bila beli just try then bersawang di almari. Sebab rasa tak selesa dan I'm think baju tu sangat besar especially bahagian arms dan pinggang. 

Then try jeans pula, pun sama problemnya, beli sekali then tak pakai. That jeans saya kurang selesa maybe sebab colour dan tak tletak di pinggang. So nak kena pakai belt kalau nk pakai that jeans. Oh sesungguhnya saya sangatlah pemboros suatu ketika dahulu (mcm lama gile kan bunyinya. Haha) bila tk muat atau bosan je, bagi pada orang. Oh ekin ! Nasib lah sekarang dah sedar.

Dan tadi, saja2 try pakai balik. Semua KETATTTT ! Aish. Apa dah jadi ? Ye before this akuh lah yang tpekik pekik nak gemuk. Tapi tadi bila saya depan cermin, try kancing baju pn ketat, peha pn sendat. Astagfirullahalazim. Serius rasa susah hati. Nak cuba dapatkan perut yang FLAT semula ! Skg dah buncit T_T ohh myyy Goddd.


Bila duk depan cermin rase tak ada apa2 perubahan kan ? Kite akan rasa perubahan mengejut apabila TRY pakaian yang kita rasa besar gila dulu dan try lagi, uhhhhhh, KETAT !

FatinFashiekin ! Kawal pemakanan anda !!!!!

Ok. Give up. Saya mudah lapar (-_-")

With love,
FatinFashiekin

INSAN BERHARGA

Bulan DISEMBER belum tiba,
TETAPI jadual saya sudah penuhhhh.
InsyaAllah penuh dengan kegembiraan !

i hope so :)
everyweekend saya dipenuhi dengan aktiviti

27/11/2011 (AHAD) : ke Melaka mencari barangan rumah dia wif incik Lalan 
04 /12/2011 (AHAD) : ke PERAK. menghadiri majlis Pertunangan my cousin
12/12/2011 (AHAD) : Pergi Genting just untuk BOOKING HOTEL *kejegile kan ? ;p
16/17/18 DECEMBER 2011 (JUMAAT/SABTU/AHAD) : bawa family ke Genting !

mothers day saya dah bawa mama ke Pantai (PortDickson)
so untuk Anniversary my mom&dad bawa ke Genting,
orang kata, ala Genting bila2 boleh pergi.
tapi saya ni jauh di Selatan (johor), kalau dapat ke genting, its ok lah tu
kalau nak ke Pulau2, fuhh jauh..
firstly plan nak ke Cameron TAPI then bincang2 kami decide
ke genting, adik2 pn sure happy.

One day, bila saya mampu dan berjaya,
saya nak bawa family saya ke Luar Negara !
cuti je bawa my family bercuti di Mekah.
*berangan kan ? hehe

as anak sulung yang masih muda remaja ,
excited dapat arrange kn something tau
without pertolongan my mom & dad.
yelah kalau dulu waktu kecik2
sure mama dan abah yang arrange kan,
kite as anak just happy dan ikut,
so bila dah besar, inilah masanya nak bagi dieorg pula gembira :)
mereka just menikmati
without their money but my money !
ok time nih akuh rase macam dah dewase ;p

waa very excited,
holiday wif FAMILY and BOYFRIEND
bersama insan tersayang :')

with love,
FatinFashiekin



Friday, November 25, 2011

MORNING EVENING AND NIGHT (25112011)

Assalamualaikum

PAGI : bertugas dengan jayanya. Stok barang banyakk sampai dari unique image. Then nak tax harga lagi. Berkotak-kotak. Baru relax dan bersandar tiba-tiba nampak sebuah kereta Triton parking pula, itu menandakan stok barang tbaru pula datang dari HQ. Sangat memenatkan dan meletihkan ye tuan-tuan dan puan-puan.

PETANG : Balik petang ! Jemput mama di ofis (5.45pm) then rushing ambil adik-adik bawa mereka ke supermarket dan beli barang-barang dapur. Ok mereka sangat huru hara disana. Yg daniel nak tu, yang syawal nak ni. Last-last, semua tak diendahkan and TQ kpd owner kedai cuz selepas pmbayaran. Dia bagi snek percuma. TQ ! Dan adik-adik pn diam dalam kerete tak bergaduh. Fuh, eh ! Actually si daniel tetap tak puas hati. Dia kata "50sen !" Sebab dia nak main token-token. Then buat muka seposen kata mesin tu rosak, menimbul kan kegeraman kpd si kakak sebab kena keluar semula dari kereta, mendukung si awal dan membantu memasukkan syiling ke dalam machine THEN si kakak berjaya dan si adik gembira. TAMAT.

MALAM : emak EX BF saya call saya ! Oh My God, memujuk saya menerima anaknya kembali. Ingin menghantar rombongan pinangan. Mengatakan anak nya memohon maaf dan tak akan mengulanginya kembali :)

*kalau u all buat apa ek ? EMAK ex bf u all call ? Ingin hantar pinangan ? Hah cemana ye ??

SAYA ??????
I'm fully Taken. Mungkin saya dan incik Lalan just couple dan tak ada ikatan, but for me, DIA SUDAH MCUKUPI bt saya. Berbekalkan restu dari mama dan abah saya lagi, semua saudara mara pun terima dia. Sekarang, saya cuma harap Allah restui hubungan kami dan suatu hari nanti hubungan kami dapat diikat dengan ptalian yang menghalalkan :)

Orang kata, ala kawin je lah bukan susah. Untuk kebaikan semua orang, terutama keluarga kami, biarlah kami utamakan keluarga, saya perempuan, dan bila saya berkahwin sudah semestinya tempat saya disisi suami. Dan masa yg ada skg, saya nak isi dan berbakti buat keluarga. Andai tiba masa jodoh kami utk bsatu, tak kemana kan :)

Mgenai panggilan mak EX saya tu. Saya terangkan dengan jelas dan terang. Harap mereka memahami.

Saya hormati setiap orang disekeliling saya. Dan saya hargai. But please, jangan ambil kesempatan atas kebaikan saya. 

Saya still ingat kesabaran saya pada EX saya sampaikan kak ani dan kak zura bertanya macammana saya boleh terlalu bersabar dan saya cuma kata "biarkan, suatu hari nanti dia akan ingat, tak ada orang lain sesabar ekin untuk menerima dia" dan tak sangka ia dah bertahun berlalu ! Dan segalanya terjadi.

Dan I'm proud. Hikmahnya adalah SEKARANG ini :)

THANK YOU ALLAH

With love,
FatinFashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...