FOLLOWER

Thursday, February 18, 2016

BAYI BARU LAHIR SELSEMA



F0EA766A-3357-42E6-A220-D3F3D7B2B388


My baby tak sihat, selsema,
Mmndgkan dia baru 19hari,
Saya sangat memandang serius hal ini. 


Rujuk doc,
Doc kata my bby ada alahan,
Imun still x kuat so ssiapa selsema,
Mudah dia tjangkit
*ok mgaku, sy tgh selsme* T_T
Rse bsalah sangat kat anak--


My B kena selsema plg truk wktu malam dn pling truk subuh,
Hidung akan mula tsumbt,
Serius kesian tgk dia merengek,
Saya nangis tau tgk ank selsme,
Sambil ngis tu saya sebut
"Sesungguhnya doa seorang ibu tu mustajab, Ya Allah kau sembuhkan lah selseme anakku kaseh aneeqa farzana ini Ya Allah"
Lalu, incik lalan pandang aku dgn pndgan poyo yg mympaikan mksud "penuh drama betul lah" hahha


Ye, saya khilangan ikhtiar bila mlm2 ank tdr x lena. Nasib baik ada suami duda, so incik lalan sntiasa ada skill mmujuk anak, manakala saya yg konon ngis sedih sgt sambung tdr, dgn alasan x sgp tgk bby selseme dn merengek 


Tapi, bagi saya ada hikmah anak kurang sihat ni, dia baru 19hari, so bila B tak sihat saya sbgai mummy dia sgt alert, ank tidur pn saya tenung 24jam mksure dia selesa, 


Skg, my bby da 22hri?
allhamdulillh beransur sembuh :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin



Sent from my iPhone

Wednesday, February 10, 2016

IPHONE BARU !

Malam tadi masuk bilik,
Saya ternampaklah ada kotak hp baru.
Peh! Hati bunge-bunge lah bile nampak.‎
Tapi, buat-buat tak nampak,‎


Lepas incik lalan solat isya',
Saya bawa baby masuk bilik nk tidurkan,
Incik lalan duduk kat katil dn ambil kotak hp baru tu.. saya still buat2 busy dan xnmpak..


Then incik lalan kata :
"Iphone lama saya, saya dah upgrade tau.. dah ada instagram dn semua app yg awak nk"


‎Saya balas :
"Haaaaa--" -ceh konon tak amik port


Kemudian incik lalan sambung ayat :
"Awak ambil lah iphone lama saya tu, saya dah ada iphone baru!!!!! Jangan jelesssssss" -sambil sengih2 menunjukk.



Ingt kan lah iphone baru tu saya punya T_T‎
Manelah tahu hadiah sebab bersalin kan.
Ceh! Nasib baik tak konon beria happy gile tgk kotak phone tu td ingtkn saya punya, kalau tak,
Buat maluu je T_T


Ok. Actually tak kisah pun,‎
Saya still ada phone,
Last month incik lalan dpt freegift tab pun ada lagi tak guna, ni incik lalan bagi pula iphone lama dia. Tak tahu dah nak guna buat apa 3biji hp ni..


Since jadi mak-mak,
Jarang tgk phone,
Asyik tenung muke anak.
Sindrom mak baru belum hilang,
Anak beyak pun mommy dia happy kemain,
Anak sedawa pun mommy dia happy kemain,
Anak selseme mommy dia nangis sbb ksian,
Hahahah.




Lady faizal,
Fatinfashiekin


Tuesday, February 9, 2016

PROJEK AKIKAH BABY KASEH

Peh. Lama tak update blog.
Sejak jadi emak-emak ni. Haha.


Almaklumlah, 
masih 24jm nk tenung muka anak sendiri, 
mas‎ih rasa tak percaya yang wajah tu rupanya selami duk dalam perut saya,
Tendang-tendang perut saya,
Dah depan mata dah sekarang. Hehe‎



Aha, walaupun dalam tempoh berpantang,
Busy juga sebab nak pikirkan,
This 28/2/2016 kan nak buat akikah.


Saya plan nak ambil 2 kanopi,
Scallop warna pink+purple,
Mesti tomeykann-- hehe


Actually puas ler saya memujuk incik lalan untuk setuju buat pelamin for baby. Tapi, incik lalan kata "no".. so saya tukar lah kepada ambil 2 kanopi walaupun ruangtamu rumah luasss daaa.. saje je.. bak kata suami saya "kalau buat majlis lorat lah awak ni.." haha.. 



walaupun incik lalan kata "nk kanopi ke nak tukar tayar kereta baru 4biji.. pilih? ".. saya still kata.. "nak kanopi. Nak scallop warna pink+purple. Dah terbayang-bayang kat mate ni haa tiap kali pejam mataaa"..lalu incik lalan tarik rambut saya sbb saya ni kuat berangan sangat dia kata.



Saya : 
Kambing nanti awak nak bawa macammana? 


Incik lalan :
Ambil yang siap lapah lah, kan senang.


Saya :
Ala, suruh lah penjual tu hantar hidup-hidup, nak ambil gambar dengan kambing kaseh. Nak ler tengk, macammana rupa kambing kaseh tu nanti. Pastu kalau hidup, nanti ramai-ramai boleh sentuh kambing tu, pastu ambil gambar buat kenangan. Baby dah besar nanti kita tunjuk gambar kambing dia.


Incik lalan :
Gambar kambing pun nak ambil ke? *sambil dia pandang aku dan tepuk dahi aku sebb lorat* haha



Next plan,
Baju untuk akikah,
Saya plan untuk saya dan incik lalan just pakai baju nikah kami (konon mcm pengantin baru haha),
Tapi baju nikah saya tak sesuai untuk breastfeed pulaaaa... hmm, xpa, nanti kite fikir semula ye..



Oh ye,
My kaseh dah cukup jambul dah,
Nak tunggu 28/2 untuk bcukur,
Saya rasa rambut dah paras bahu dah. Hehe.
Majlis cukur jambul dan tahnik berjalan dengan lancar, total berat rambut my baby 1.89g.. total bila didarabkn harga emas, kami genapkan jadi RM350.00...


Ok,
Next projek,
1) sunat baby
2) tindik telinga baby 



Lady faizal,
FatinFashiekin


Tuesday, February 2, 2016

KASEH ANEEQA FARZANA


Nama my baby
"Kaseh Aneeqa Farzana Binti Ahmad Faizal"
Yang bermaksud 
"Kasih Yang Cantik Rupawan dan Yang Bijaksana"‎


Kenapa saya pilih 
1) Kaseh
2)Aneeqa
3)Farzana


1) Kaseh :
Incik lalan nak sangat anak perempuan nama ni, katanya ada kemelayuan kelembutan. Dalam masa yang sama bagi saya, ia menunjukkan betapa rasa "kasihnya" kami ber2 pada cahayamata kami ni. Dan sebagai lambang kasih antara saya dan incik lalan *bluerk* haha


2) Aneeqa :
Saya memang mencari pangkal nama yang bermula dari "A" bagi mewakili nama suami saya Ahmad. Setelah mencari antara Affiyna / Athirah, akhirnya saya memilih ANEEQA yang bermaksud "Yang Cantik Rupawan".. yela, kalau Atika dah biase sangat kan? Aneeqa mcm something special hehe


3) Farzana :
Masih seperti diatas, mencari nama bermula dengan pangkal "F" bagi mewakili nama suami saya Faizal. Mula-mula nak letak nama Felinna. Tapi sayangnya Felinna tidak mempunyai maksud, ia nama islam. Puas saya rujuk pada ustazah2. Kemudian terpikat dengan nama "Farzana".. yang bermaksud "Yang Bijaksana"..InsyaAllah semoga my daughter menjadi seorang yang bijaksana macam daddy ye :)


‎Lady Faizal,
FatinFashiekin

Sunday, January 31, 2016

BERPANTANG ANAK PERTAMA

Bagi saya,
Tak susah untuk jaga pemakanan,
Tak susah untuk jaga baby,
Tak susah untuk terus berpantang.



Yang susah,
Bila banyak perkara terbatas.
Harini hari ke-3,
Saya masih ngeri pada luka jahitan dibawah,
Pergerakkan terbatas,
Sangat terbatas demi menjaga luka supaya cepat sembuh.


Saya berpantang dipagoh,
Sepanjang berpantang dipagoh,
Incik lalan pun balik pagoh.


Berpantang memang senang,
Yang susah bila tgk suami sendiri uruskn diri sendiri, walaupun suami tak kisah, tapi saya pula rasa bersalah.



Benda paling sedih,
Tak dapat sediakan pakaian kerja dia,
Tak dapat sediakan breakfast dia,
Tak dapat sediakan makan minum dia,
Tak dapat manjakan dia macam selalu.


Dia memang tak kisah,
Dia tahu bawa diri,
Allhamdulillah mama pun sediakan mkn minum yang secukupnya,
Cuma, sebagai isteri yg cukup masak dengan kehendak keperluan suami,‎
Sometimes rasa sayu..‎



Tengah tgk tv,
Saya pandang suami
"Nak air tak? Kalau nk, saya suruh mama buatkn"‎
Suami kata "tak nak, nanti nak saya ambil"..
-sayu hati sebab dah terbiasa tiap kali tgk tv saya akan siap2 buatkan air utk dia tnpa disuruh dn buat kudapan untuk dia.‎


Siap2 nak lunch,‎
Pastu pandang suami
"Awak makan ke lauk ni? Awak tak suka kan?"
Suami kata "makan, boleh makan"..
-sayu hati sebab dah cukup masak dengan makanan kegemaran dan bukan kegemaran suami. 



Siap2 dia nak pergi kerja,
Dia cuba baju,
Asyik kata "kena tak baju dengan seluar ni?"
-sayu hati sebab dah terbiasa uruskn baju dia, dia cuma perlu pakai sahaja.



Dah terbiasa manjakan dia,
Sekarang bila saya pula terbaring minta dilayan,
Rasa sangat bersalah..
Saya kata pada dia
"Untuk 40hari je yang, lepasni saya uruskn semuanya balik ye, kesian awak.. ‎ bagi can pada saya ye, dah 9bulan uruskn awak, 40hari je saya minta awak layankan saya"..
Dia cuma sengih, tapi saya still sayu..


Sepanjang pantang,
Saya rasa diri dah buruk sungguh,
Berpilis + berparam + berurut + berbengkung sampai ke punggung + berkain batik + berbaju besar + berstoking + rambut sanggul bun toncet. Haha. Tak pa, untuk kecantikkan dimasa hadapan.‎

‎‎‎
______________________________________‎


Incik lalan :
Muka baby ikut saya lah! Comel! Nasib baik ikut saya... *sambil dia cium bby dn gosok hidung dia dan hidung baby*‎


Saya :
Saya mengandungkan dia 9 bulan, ikut muka saya lah! Kt fb komen semua kata muka ikut saya tau.. kalau ikut kulit awak, haih, malappp-kelabuuu asappp...


Incik lalan :
Tak. Ikut saya. Hidung mancung, rambut lurus, kulit putih.. ikut sayaaaa, 


Saya :
Muka sayaaaaa, semua org kata muka saya, hidung awak hidung jambuuuuu... kembang je langsung tak ada batang..‎



Incik lalan :
*tarik rambut saya*


Terima kasih semua yang wish kat fb ye! 
Sayang semua. Muah!!


Tarikh akikah utk anak kami :
28/02/2016. Jemput datangggg :)



Lady faizal,
FatinFashiekin



PENGALAMAN BERSALIN ANAK SULUNG

Seperti pernah saya bagitahu,
Saya dah selamat bersalin.‎‎
Ok, jom dengar pengalaman bersalin saya‎
:)


27 januari 2016 (8pagi),
Bangun pagi pergi toilet 2 kali,
Perut rasa tak sedap,
Cume terfikir maybe sakit perut sbb banyak makan limau pemberian custmer difarmasi.


8.30pagi,
Perasan sakit perut konsisten,
Setiap 10-15minit sekali,
Tapi tak sakit sangat pun,
So terfikir "sakit nk bersalin ke ea? Takkan lah sakit bersalin, sebab tak sakit sangat pun, orang kata kontraksion ni sakit sangat.."


Kol incik lalan dan infom sakit perut,
Tapi menafikan yang ni sakit nk bersalin,


9pagi-12.30 gi kerja,
Kat farmasi pun slumber je surf custmer,
Borak-borak dengan nieza,
Ketawa-ketawa, cek darah custmer,
Melawak-melawak dengan custmer,


TAPI,
Tiap kali sakit perut dtg,
Saya set kat contraction timer,
Dn saya perasan sakit kerap tiap 5-10minit sekali,
TAPI, still tak percaya ni sakit nak bersalin.


11pagi,
Perut masih sakit,
Saya pula blur, nak cek kat hospital ke xnak,
Malas nak ke hospital takut rupanya false contraction.


Incik lalan bisingg je call banyak kali,
Asyik tanya rasa sakit macammana,
Mama pun asyik suruh ke hospital,
Saya pula masih menafikan ni sakit nk bersalin,
Sebab tak sakit sangat pun.


12.30 adalah waktu saya rehat,
So inform kklai nak ke hospital nak cek,
Pukul 6 nak masuk kerja semula kalau xda apa,
Kklai kol semula dan kata "kin! Tu tnda nk bersalin!" dan saya masih tak percaya.


Otw balik rumah,
Incik lalan call
"Saya hantar pergi hospital ye! Pukul 2 saya sampai! Tunggu tau.."


Dengan slumber saya balas,
"Ala, belum nak bersalin lah.. tak yah laaa. Nak cek je pun...."


Incik lalan
"Tu tnda nk bersalin tu, nanti siapa nk uruskan deposit masuk 1st class.. meh lah saya temankan, meh lah saya hantar"


Dan, saya masih berdegil,
Kata tak nak bersalin lagiiiii,
Ni sakit perut biase je,
Takut myusahkan suami yang sibuk dengan dr yoge tu.. balik jauh2 rupenye bini sakit perut nak terberak ke kan.. hahaha..



1petang sampai rumah,
Abah ada kat rumah,
Mama bising suruh abah yang hantar ke hospital, memula saya degil nak pergi sorang.


1.10petang,
Wah! Nk bsiap ke hospital ttbe tgk pantiliner ada darah! Seronok! Baru lah ngaku "eh! Dah nk bersalin laa.." tapi saya masih slumber, masih berlengah-lengah nak ke hospital.


Mama balik lunch kat rumh,
Mama terkejut tgk saya slumber lengang kangkung, saya kata "relax lh, ank pertama bukaan kan lama, akk nak shave cantik2 dulu, makeup2 dulu"


Call incik lalan dn ngaku nk bersalin,
Suruh dia bawa barang2 yang saya lupa nk bawa,
Incik lalan otw balik.


Pukul 2.30petang,
Sampai hospital pakar sultanah fatimah,
Jalan kaki dengan slumber dn langsung tk macam bersalin, siap bajet ala malam nanti punya bersalin.


Terus masuk wad bersalin,
Sebb saya ada show dan contraction,
So terus kena baring dan buat ctg,
doktr cek bawah, tak buat VE (seluk) tau,
Saya kangkang je, doc panik dan kata "Fully! Fully! Fully!" terus ditolak masuk bilik bersalin dan semua doctor dan nurse sangat panik,
Saya pelik dan jerit-jerit kata,
"Tapi!!!! Saya tak rasa sakit punnnnn!! Saya tak rasa nak bersalin lagiiiiii.."


Doctor :
"Ishhh awak ni, dah fully, baby kat bawah, get ready utk teran, jangan sengih2..." -doctor pecahkan ketuban.


Ha, dah pecah ketuban,
Rsa hangat2 air licin panas,
Rasa nk teran, 3kali teran baby terus keluar! 
Saya pun macam tak percaya.
Lepas teran pandang jam,
3petang bersalin. Hehe.



Semua duk puji saya bersalin senang,
Semua duk tanya apa saya amalkan,
Ketahuilah, saya langsung tak makan vitamin. Haha.‎



Dengar suara bby ngis terus tak sabar nk tgk bby,
Terus tgk kulit bby / tangan / kaki / muka bby / rambut..  yela, nk tgk cukup sifat tak.. ape hasil antara saya dan incik lalan hahaha. Klu org len duk tnya "berapa berat bby saya doc".. tp saya tgk sifat dulu, berat saya x amik port..



Apapun, Allhamdulillah, semua dipermudahkan, dapat baby senang, bersalin senang, jaga bby pun senang sbb dia tak banyak ragam, masuk wad je terus jarum kat tangan tu tertanggal dan dapat dibuka so pergerakkan tak terbatas, esoknya pagi2 terus cnfirm dapat keluar wad dengan hati yang girang.


Lady faizal,
FatinFashiekin



Wednesday, January 27, 2016

MY BABY



Rambut lebat dan lurus mcm mummy,
Kulit putih mcm mummy,
Kuat kentut macam daddy.
Haha



Hai! Saya dah bersalin,
Allhamdulillah sangat mudah.
Tk berapa sakit,
Datang wad bersalin rupanya dah full,
Teran 3kali bby keluar,
Tgh jahit saya still boleh main hp,
Lepas jahit dapat makan minum sampai kenyang! 
Sambil makan minum kenyang2 mesej sanak saudara dan upload gambar,


Oh, cinta pd incik lalan telah kupalingkan,
Jatuh cinta pada my baby! Hehe.
Suami, sila jangan jeles. Haha



Incik lalan :
"Baby ikut cakap daddy sebabtu dia selalu behave, keluar senang, tk banyak ragam"


Saya :
"Dri dalam perut mummy dah pesan. Jd someone yang tak susahkan sesiapa tp berbakti pada semua. Jadi baik macam mummy, jdi rajin macam daddy.. baby dengar cakap lah ni hehe"


Allhamdulillah! 


Lady faizal,
FatinFashiekin


Sunday, January 24, 2016

I LOVE YOU



I love to say "I love you" every night! 
And "proves it" every day!


Yeah. Its me 
:)



Lady faizal,
FatinFashiekin


Saturday, January 23, 2016

DAH KELUAR WAD



Hai! Saya masih bersemangat bekerja walaupun semua orang duk bisinggggg kata kenapa still kerja. Ala, makin duk rumah makin bosanlah. Kerja lah seronok, ada kawan2, ada kedai makan, ada custmer utk diajak bborak.


‎Saya disuruh checkin semula ke wad pada minggu hadapan (macam lame bebenar je minggu depan, harini dah ahad hoi! Haha)


Doctor :
Anak u kurang gerak sbb baby dah penuh dalam perut, I bagi u 2 option, 1) kite keluarkan baby malamni‎.. 2) kite keluarkan baby ikut tarikh yang diberi sebelumni..


Saya :
Saya nak datang lagi next week. Sekarang ada perkara perlu diuruskan dulu (padahal rindu suami)


Doctor :
Ok. Tapi kalau perut ada rasa tak selesa, cepat2 datang, I kasi keluar u punya baby. Okey? 


Saya :
Nak kluar wad harini boleh tak doc? 


----------------------------------------------------------------


6petang terus dapat keluar! Yeay! 
Suami datang ambil kat hospital,
Terus balik melaka tak balik pagoh,
Terus gi ikut dia melawat kawasan,
Boring-- kite baru keluar hospital pun sibuk lagi,
Ingatan tu asyik tanah je dia pikirkan..



Malam tu pun,
Dia ke kebun jugak,
LOL. Tapi tak lama.



Balik dari kebun,
Badan dia bengkak2,
Kena gigit nyamuk.
‎Dah tergaru garu-garu-garu,
Mula2 tu iols buat tak tahu lah juga,
Sampai pukul 3 pagi,
Dia gelisah je mengaru..
Tak dapat tidur katanya.


Disuruh mandi cuci badan sekali lagi dia malas,
So saya lah kene membelek badan dia,
Tgk mana nyamuk gigit (pdahal nymuk je punnn)
Sapukan krim kat gatal-gatal dia,
Lepastu ajuk2 kata "eee, sampai hati nyamuk gigit baby tua saya ye.. klu saya jumpa nyamuk tu, saya pukul2 dia... ishh2 sian bby tua saya haha"
Sampai lah incik lalan tertidur.
Bila dia dah tidur dan saya nak tidur‎ pun,
Kena beware pada tangan dia takut dia mengaru,
Bila dia punya tangan start bangun je,
Saya kata "haipp".. sambil tlg usap perlahan takut nanti melecet..


Bangun pagi saya kata
"Haih. Minggu depan ada baby kecik dengan baby tua.. nayalah nk gosok 2 orang tiap malam. Haha"


Incik lalan
"Saya darah O, tu nyamuk suka gigit, darah saya sedap..."


Saya 
"Minggu depan, nak jaga baby kecik biar tidur tak terjaga, nak‎ jaga baby besar biar tidur lena.. wah, mesti sibuk. Haha"



-------------------------------------------------------------------


Esoknya, incik lalan tunaikan segala yang saya nak makan. Persediaan sebelum pantang. Dia kata sian saya kalau pantang nanti banyak tk boleh makan. So memang macam-macam lah dimakan, ketam lah, satey lah, kfc lah, dan disulami air kelapa pandan yanggggg sedap !!



Ha, pengalaman kat wad,
Seram. Tgk mak2 orang baru bersalin.
Ok. Saya seram. Haha



Lady faizal,
FatinFashiekin



Thursday, January 21, 2016

38 MINGGU MENGANDUNG (MASUK WAD)


hai. Saya ditahan wad. Masuk wad sebab baby kurang gerak. Dah cek, semua okey dan dalam pemantauan.  


Adakah saya akan bersalin esok? 
Fuh, awal betul, tak menyngka.
Hopefully perbincangan doctr mpunyai keputusan yg saya boleh melengahkan waktu bersalin saya.


‎Saya bercadang untuk melapor diri pada tarikh yang diberikan doctr iaitu pada minggu hadapan, so kalau tetibe kena bersalin esk, seriously, saya tak bersedia dan terkejut, tp andai terpaksa, saya redha lah. 



Sebab,
Saya tak sempat lagi nak peluk suami cium suami puas-puas. Nk tgk dia tidur lame2. Nk dating dengan dia seromantik‎ mungkin. Yela, nikmati saat2 memboyot ni sehabis baik mungkin. Lagistu, sebelum berjuang untuk mlahirkan anak, kalau boleh nak lah tunjuk pada suami dulu, betapa kita memang sayang dia. Dn minta ddoakan ksejahteraan .Lepasni dah dibahagi-bahagi kasih sayang. Haha


Masuk wad, siap bawa kain pelekat suami. Nampk x betapa rindunya saya kat suami? Malamni x dapat tidur sambil hidung kat badan suami, dapat kain pelekat jadi lah. 



‎Almaklumlah, sejak nak bersalin dah duk dengan mama abah. X balik melaka. Bila tak jumpa suami, tu yang sendu semacam. Haha



Lady faizal,
FatinFashiekin




Wednesday, January 20, 2016

MINGGU DEPAN BERSALIN

Dah jumpa pakar,
Saya tunjuk gambar cecair coklat yg keluar,‎
Mula-mula hampir masuk wad sbb saya kan dah 4kali masuk wad sebab bleeding masa pregnnt. 
Tapi bila antara pakar+pakar berbincang,
Sebab cecair coklat baru keluar sekali, dieorang tak jadi tahan wad. Fuh, Allhamdulillah...‎


TETAPI,
Kalau tak bersalin juga,
Minggu depan kene masuk wad dan dipaksa bersalin. Doctor dah bagi siap2 surat dan tarikh.



Macam tak caya,
Minggu depan saya bersalin wei !



Ok. Berat badan currently 68.4kg,
Aduh-- semalam timbang 67++ je,
Macammana boleh 68++ ni? ‎
Masa scan baby tak besar pun,‎
Semua pelik macammana perut saya besar tapi baby kecik je dan macammana berat badan saya boleh naik mendadak. Yela, lagi 1.6kg saya ke 70kg!!! Haha.


Doctor pun kata
"Baby kecik, perut besar-- berat badan naik mendadak-- tapi ibunya nampak slim je.. kemana menghilang lemak awak ni? Kat mana dia sembunyi"‎


Saya pun tak tahu nak menjawab,
Entah mana muncul entah berat badan naik 20kg ni, saiz ukur lilit maintain rasenye, tapi makin berat.‎



So, ada 1minggu lagi nak romantik2 dengan suami, lepasni dah ada baby. Fokus pada baby :) eee, macam tak caya minggu depan bersalin wei! 



Lady faizal,
FatinFashiekin




PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...