FOLLOWER

Tuesday, February 2, 2016

KASEH ANEEQA FARZANA


Nama my baby
"Kaseh Aneeqa Farzana Binti Ahmad Faizal"
Yang bermaksud 
"Kasih Yang Cantik Rupawan dan Yang Bijaksana"‎


Kenapa saya pilih 
1) Kaseh
2)Aneeqa
3)Farzana


1) Kaseh :
Incik lalan nak sangat anak perempuan nama ni, katanya ada kemelayuan kelembutan. Dalam masa yang sama bagi saya, ia menunjukkan betapa rasa "kasihnya" kami ber2 pada cahayamata kami ni. Dan sebagai lambang kasih antara saya dan incik lalan *bluerk* haha


2) Aneeqa :
Saya memang mencari pangkal nama yang bermula dari "A" bagi mewakili nama suami saya Ahmad. Setelah mencari antara Affiyna / Athirah, akhirnya saya memilih ANEEQA yang bermaksud "Yang Cantik Rupawan".. yela, kalau Atika dah biase sangat kan? Aneeqa mcm something special hehe


3) Farzana :
Masih seperti diatas, mencari nama bermula dengan pangkal "F" bagi mewakili nama suami saya Faizal. Mula-mula nak letak nama Felinna. Tapi sayangnya Felinna tidak mempunyai maksud, ia nama islam. Puas saya rujuk pada ustazah2. Kemudian terpikat dengan nama "Farzana".. yang bermaksud "Yang Bijaksana"..InsyaAllah semoga my daughter menjadi seorang yang bijaksana macam daddy ye :)


‎Lady Faizal,
FatinFashiekin

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...