FOLLOWER

Saturday, June 28, 2014

SAHUR

stok seminggu sambal tumis untuk incik lalan, senang lh nnti dia nk sahur, cuma perlu campak udang, sotong, telur atau plg sedap bt nasi lemak !


ye, die mmg anje angat.
hahhaha

Wednesday, June 25, 2014

55KG - 48KG ( DIET ATKINS )


Baju biru : 55KG
Baju pink : 48KG

Saya mmg x npk gemuk,
Sekadr usaha mengecilkn peha / punggung
Dan flatkn perut sahaja.

Allhamdulillah dalam 2 bulan berjaya
Dengan mgamalkan diet atkins.

Bulan pertama (april) clean diet,
Dari 55kg jadi 51kg,
Then bulan ke2 (mei) 
Bila dh dapat 51kg dn hnya perlu hilangkn 3kg,
Saya tk clean sgt diet sbb tkt berat jtuh mendadak
Jadi kpd 40kg sahaja. Huhu.

So saya cuma makan asi 1hri 1 kli,
Untill now,
NASI 1 HARI 1 KALI,
kt tempat kerja, no nasi,
No-no-no
Just makan telur dn sosej,
Xpun soup.

Bila mama masak baru lh sy dbenarkn mkn nasi,
Skg maintain 48KG.

Nk kurus cepat ?
DIET ATKINS dear,
3hari je dh blh buang 3kg.
Percayalah.

Syaratnya,
Bulan pertama kena clean diet.

Cuma masalah sy skg,
Naik jerawat di dagu. Huhu
Sakit hati !

LADY FAIZAL,
Fatinfashiekin





Sent from Samsung tablet

TUTORIAL DIY MAKEUP SIMPLE

Nak kata tk tahu makeup,
Saya ni, tahu lah juga.
Tapi x lah mahir

Setakat conteng muka sendiri,
Lepastu perasan cantik. 
Tu saya thu lh.


Saya dah survey harga makeup dikwsan sy,
Lingkungan RM200-RM350.00
Peh ! Senangnya manusia buat duit.
Klu byr mahl then wajah sy btukar jd macm maya karin ke,
Nora danish ke, sgp juga lh nk bayar,
Ni tk, tkt mcm opera cina. Hehe.


Tambahan pula,
Ini adalh mjlis pertunangan,
So saya nk pihak incik lalan mengenali saya dgn wajah saya,
Yela, nti klu surh MUA makeup ttiba tebal 5 inci,
Terkejut pihak incik lalan.


So saya bt kputusan,
Makeup sdri,
Make it simple n sweet.


Oleh itu,
Saya berusaha untuk mmhirkn contengan wajah saya,
Belajar teknik yg betul,
Antara yg PERLU DITITIK BERATKAN dlm solekan,


1) Mcmna nk countr wajah dn shadingkn jd
Muka kita ni bujur sireh. 
-teknik ni dpt menguruskn wajah dn badan,
Kelihtan cantik digambar ;p


2) Teknik nak lukis kening tnpa
Perlu mencukur.
-kening yg mnaikkn seri wajah muka kita,
Percayalah. Bab kening mmg kena work hard,
Salah cara, korang jdik sinchan. 

3) Cara memakai bulu mata palsu
-saya pelik mcmna lah che ta blh tahan bulu mata tebal kt mata,
Saya ni perit mata dbuatnya hehe. Bulu mata mbantu mgalakkn wajah.

4) Cara apply eyeshadow pada mata
-bb eyeshadow ni mudah, cuma, kena kemas,
Salah cara, mata anda akan nmpak bengkak.


Ruangan pencarian utube saya mengenai cara makeup,
Cari di utube MICHELLE PHAN :)


Untuk kwin nti pn incik lalan suh mkeup sdri,
Dia kata dia puas hati dgn car sya makep
Saya sdg fikirkn,
Nikah maybe lh saya makeup sdri,
Part sandinggggg. Tgh difikirkn hehe


LADY FAIZAL,
fatinfashiekin


Sent from Samsung tablet

JAUH SEKEJAP

Incik lalan sekarang outstation dpenang,
Jumaat nnti balik lh,
X lama.


Kata dia, dia dalam seminar,
Kata dia, dia mengantuk,
Saya hantar gmbar ni,
Saja mengusik.
Hahahaha

LADY FAIZAL,
fatinfashiekin


Sent from Samsung tablet

Sunday, June 22, 2014

SENARAI BUTIK ANDAMAN PENGANTIN MUAR DAN BUKIT GAMBIR

Sekarang,
Currently. Saya pening.
Butik andaman mana patut saya pilih.

Sebolehnya ats perbincangan saya dn incik lalan,
Part booking2 butik / photog settle kn awal.

Photog : kawan incik lalan (maroz)
Butik andaman : ????????

Saya inginkan :
1) pelamin khemah 3 panel
2) 2 kali makeup
3) 2 persalinan baju
4) hiasan meja makan beradab
5) set perenjis / aksesori

Ini sahaja,
Yang lain saya sedang pilih mana harus DIY,
dn mana harus ready made.

Kalau uols nak tahu,
Dan incik lalan sedia tahu,
Saya ni kedekut bab2 keluar duit sekelepuk.
Haa, sapa x faham apa tu "sekelepuk"
Sila google.

Dan sbb saya kedekut untk keluar sekelepuk duit,
Untuk majlis pkhwinan saya ni,
Every month gaji,
Saya makesure ada something yg settle,
Macm mjlis saya btunang hritu,
Bila tiba mjlis bru lh tergamam dn tersenyum,
Allhamdulillah tk membebankan ssapa :)

Bagi uols yg ada perancangan khwin,
Jangan bt perkara last minute ye.
Appreciate every second and everything
Saya kalau boleh, situasi beli gam uhu pn nk upload kt blog.
Hahhaah. Punya lah nk appreciate moment psiapan pkhwinan.

SENARAI BUTIK ANDAMAN PENGANTIN SEKITAR
MUAR DAN BUKIT GAMBIR :

1) BUTIK ANDAMAN PENGANTIN REMAJA
2) BUTIK AZIESHA
3) BUTIK LENNY RONNY PERSEONA
4) BUTIK SALINA BRIDAL
5) BUTIK AZZITA & PHOTOGRAPHY
6) BUTIK DE-SHA
7) ZAMANEE RAHMAN

Antara semua ni,
Sekarang saya sedang membuat perbandingan dari segala aspek.
Mesti bertema SEDERHANA ! saya tk nk bt secara grand guna bunga hidup ke, NO, sbb bagi saya lps kwin lg penting. Memang kahwin hanya sekali, but kita kena sedar, apa yg kita npk cantik gila sekarang ni konon ikut peredaran zaman, after 5 years, tk seindah yg kita nampak pn sbb masa berubah, fashion berubah, citarasa berubah.

biar segalanya soft and smooth,

Baru lah nti dh tua boleh cerita kat cucu
"Dulu nek ni calon isteri yg baik, nek xda beban kn tok kamu,
Majlis kawin tok kamu kata dgn nek nk buat majlis besar2,
Nek kata tak nak, nek cuma nak masahadapan bersama dia"
Ececece. *kibas shawl*

LADY FAIZAL,
fatinfashiekin

Saturday, June 21, 2014

CHECKLIST MAJLIS PERKAHWINAN / PERNIKAHAN / BERTANDANG

Saya rasa,
Checklist ni sangat perfect,
Lets copy and paste, semoga mjlis kita berjalan lancar:)

Senarai semak Majlis Pernikahan dan Majlis Persandingan,

1 MAJLIS PERNIKAHAN

Tarikh :
Masa :
Tempat :
Tema dan warna majlis :
Senarai tetamu dan jumlah :

1.1 Urusan Rasmi untuk Permohonan Pernikahan
1.1.1 Kursus Kahwin
1.1.2 Melengkapkan borang Nikah
1.1.3 Ujian HIV & Thalesimia
1.1.4 Menghantar Borang Nikah
1.1.5 Tempah jurunikah

1.2 Persiapan Nikah Pengantin Perempuan
1.2.1 Baju Nikah
1.2.2 Tudung + Anak Tudung
1.2.3 Veil
1.2.4 Kasut
1.2.5 Aksesori
1.2.6 Bunga Tangan
1.2.7 Bantal Nikah

1.3 Persiapan Nikah Pengantin Perempuan
1.3.1 Baju Melayu
1.3.2 Sampin
1.3.3 Songkok
1.3.4 Butang Baju Melayu
1.3.5 Kasut
1.3.6 Stokin

1.4 Persiapan Jamuan Makan Majlis Nikah
1.4.1 Makanan untuk jemputan Majlis Nikah

1.5 Kamar Tidur Pengantin
1.5.1 Katil + Tilam
1.5.2 Almari
1.5.3 Meja solekan
1.5.4 Aircond
1.5.5 Cadar + Sarung Bantal
1.5.6 Bantal Kepala
1.5.7 Bantal Lembut
1.5.8 Bantal Petak
1.5.9 Hiasan kamar tidur

1.6 Photographer Majlis Pernikahan
1.6.1 Photographer
1.6.2 Pilihan Pakej

1.7 Gubahan hantaran

1.8 Kanopi
1.8.1 Tempahan kanopi

__________________________________________________________________

2 MAJLIS PERSANDINGAN

Tarikh :
Masa :
Tempat :
Tema dan warna majlis :
Senarai tetamu dan jumlah :

2.1 Tetamu Jemputan
2.1.1 Rekabentuk dan tempah kad Kahwin
2.1.2 Edar kad kahwin
2.1.3 Create Event Facebook

2.2 Pakej bersanding
2.2.1 Pilihan Pakej
2.2.2 Pilihan Rekabentuk Pelamin

2.3 Persiapan Pengantin Perempuan
2.3.1 Baju persandingan
2.3.2 Tudung
2.3.3 Veil
2.3.4 Kasut
2.3.5 Aksesori
2.3.6 Bunga Tangan

2.4 Persiapan Pengantin Lelaki
2.4.1 Baju Kot atau Baju Melayu
2.4.2 Kasut
2.4.3 Stokin
2.4.4 Tanjak
2.4.5 Sampin
2.4.6 Aksesori

2.5 Pakaian Pengapit dan Keluarga
2.5.1 Baju Pengapit Perempuan
2.5.2 Baju Pengapit Lelaki
2.5.3 Baju untuk ahli keluarga

2.7 Jamuan Makan
2.7.1 Menu makanan untuk jemputan Majlis Persandingan

2.8 Doorgift Majlis Persandingan
2.8.1 Bunga Telur
2.8.2 Paper bag VIP
2.8.3 Paper bag Tetamu
2.8.4 Tag terima kasih

2.9 Kanopi
2.9.1 Tempahan kanopi – tema kanopi
2.9.2 Canopy VIP
2.9.3 Canopy Standard
2.9.4 Canopy Pelamin
2.9.5 Hiasan Makan Beradab

2.10 Hiburan Tetamu
2.10.1 Kompang
2.10.2 PA System
2.10.3 Kugiran

2.11 Photographer Majlis Persandingan
2.11.1 Photographer
2.11.2 Pilihan Pakej

2.10 Persiapan Lain-lain
2.10.1 Bunga Manggar
2.10.2 Bunga Pahar
2.10.3 Papan tanda ke majlis
2.10.4 GuestBook area
2.10.5 Penginapan Rombongan Lelaki

____________________________________________________________

3 MAJLIS PERSANDINGAN (BERTANDANG)

Tarikh :
Tempat :
Tema dan warna majlis :
Senarai tetamu dan jumlah :

3.1 Persiapan Majlis Persandingan
3.1.1 Pilihan Pakej
3.1.2 Pilihan Rekabentuk Pelamin

3.2 Persiapan Pengantin Perempuan
3.2.1 Baju persandingan
3.2.2 Tudung
3.2.3 Veil
3.2.4 Kasut
3.2.5 Aksesori
3.2.6 Bunga Tangan

3.3 Persiapan Pengantin Lelaki
3.3.1 Baju Kot atau Baju Melayu
3.3.2 Kasut
3.3.3 Stokin
3.3.4 Tanjak
3.3.5 Sampin
3.3.6 Aksesori

3.4 Pengapit dan Pakaian Keluarga
3.4.1 Baju Pengapit Perempuan
3.4.2 Baju Pengapit Lelaki
3.4.3 Baju untuk ahli keluarga

3.5 Persiapan Lain-lain
3.5.1 Penginapan rombongan keluarga

LADY FAIZAL,
fatinfashiekin

Thursday, June 19, 2014

FIANCE

Actually masih rasa geli2 nk sebut "tunangku" atau "my fiance"
Bila sebut je saya akan gelak sampai tersedak-sedak.

Kdg2 incik lalan cakap juga,
"Tunang, balik drive elok2 ye"
Pastu menggigil ketawe  pegang stereng sambil rase ,remang bulu rome. Haha


Baru2 ni saya dkejutkn dgn pelbagai berita mengenai kematian isteri atau suami secara mengejut. Then, teringat perbualan kami ber2.

Saya :
kalau saya lah kan, biar lah saya mati dulu bru awak, yela, kalau perempuan ni x boleh kehilangan pasangan, lain lah lelaki. Senang je kawin baru. Perempuan ni setie.

Incik lalan :
Laa, jangan lah mati dulu, asyik kumpul duit kawin je penat lah,.. nti awak mti, nk mminang org lain, duit lagi.. hahhahahahah

(Kurang asam betoll)

Saya :
Awak ingt saya nk bg chance ke, ni saya nk pesan awal. Hritu mber awk mninggal, awk ada rasa seram2 sejuk nk masuk rumah lah, pi toilet lah kn. Kalau saya mati dulu, awak jgn risau, memang CONFIRM saya perhati je awakkk... saya tenunggg je tajam2...sambil tu suara saya perlahan2 kata "ahmad faizalllllllllll,.... ooooo ahmad faizallll..,,,, sayangggggg... sayangggggggggg" hahhahahahahha

(Pastu dia tarik tudung saya)

Incik lalan :
Awak ingt, awk balik kerja 9.30malam , seat 3 kosong, lalu terowong gelap, ladang sime darby la, haaaa, ni jp lg pn awk blik sorang, skg dh pukul 9malam. Jgn belagak tau. Nnti balik tgk cermin cc kot2 ada orang tumpang tk pun orang nk tumpang.

THEN, MUKA AKU YANG PUCAT.
OK, NGAKU KALAH.
(-_-")

LADYFAIZAL,
Fatinfashiekin

Monday, June 16, 2014

LELAKI MATANG DAN DUDA LEBIH HOT


Berdasarkan pengalaman sendiri bercinta dengan lelaki matang dan memegang status duda, dan saya akui saya sangat suka kan lelaki lebih berumur at least 5tahun keatas dari saya. Berbanding memiliki pasangan sebaya atau umur lebih rendah berbanding saya.

Kenapa saya suka yang matang dan duda? Kalau jawapan cliche antaranya matang, lebih stabil,tk pnas baran, charming.. actually ad laagi penyebab lain, antaranya ;p

1. Seorang lelaki yang matang tahu apa yang dia kehendaki dan biasanya mereka berusaha ke arah itu. Sementara lelaki muda hanya memerlukan sesuatu untuk keperluan mereka saje. Biasanya mereka hanya memikirkan soal diri sendiri dahulu barulah orang lain. Berbanding lelaki matang yang biasanya mereka memberikan priority kepada kaum wanita terlebih dahulu. 

2. Seorang lelaki yang matang akan memikirkan masa depan mereka dan akan cuba sedaya upaya untuk membina based atau platform yang mantap untuk kehidupan yang baik pada masa depan. Berbanding lelaki muda, mereka diibaratkan sebagai "life in the moment" dan lebih memikirkan keseronokan sementara. 

3. Lelaki yang matang selalunya mencari seorang perempuan yang independence, supportive, bijak dan mampu memberikan mereka masa depan yang baik. Manakala lelaki muda biasanya memilih perempuan secara luaran iaitu hot, wild & exciting. 

4. Lelaki yang matang tahu seorang perempuan itu yang terbaik untuknya dan akan berusaha mencari inisiatif untuk cuba mengenali mereka berbanding lelaki muda yang biasanya suka guna taktik mengorat dan kalau bertuah mereka dapatlah!

5. Lelaki yang matang tahu waktu & keadaan yang sesuai untuk mereka bersosial berbanding lelaki muda yang biasanya menghabiskan masa untuk sentiasa bersosial. 

6. Lelaki matang biasanya mempunyai integriti yang tinggi. Mereka akan lebih firm dalam berkata-kata dan lebih tegas. Kerana menunjukkan kematangan dan pemikiran mereka. Manakala lelaki muda biasanya berubah-ubah dalam pemikiran dan tidak tetap dalam pendirian. 

7. Bagi lelaki matang, mereka lebih suka untuk memberi komitmen dalam setiap apa yang dilakukan bagi membuktikan kesungguhan mereka dalam sesuatu. Tapi bagi lelaki muda, mereka gemar mengambil kesempatan dalam sesuatu perkara dan biasanya bila dah tak ada baru mereka menyesal. 

Beza saya dengan incik lalan xda lah sampai 15 tahun, tapi saya tadika, dia dah PMR lah. Cer teka berapa jarak kami ? Hahhaaha.

Lady faizal,
Fatinfashiekin

Sunday, June 15, 2014

AYAHANDA BETA, KEKASIH BETA

Assalamualaikum,

Selamat hari bapa to my abah. Incik anuar bin mohamed,
Semoga panjang umur, disejahtera kn kehidupan ddunia dan akhirat, dimurahkan rezeki dan sentiasa menjdi seorang yg dapat mberi manafaat yg baik kpada orang lain.


Saya dan abah adalah 2 orang yg tak sesuai untuk berbincang bsama,
Atau mengemukakan cadangan,
Kerana kami berdua miliki sikap yang sama.
Saya membawa imej "anak sulung keluarga"
Dn abah membawa imej "ketua keluarga".
Abah dengan pendapat abah,
Saya dengan pendapat saya,

Ketua keluarga :
Buat segala keputusan utk keluarga

Anak sulung :
Melindungi keluarga dari apa jua keputusan


Persamaan kami 1,
Nak yg terbaik untuk keluarga,
Memikirkan masa hadapan sbgai ssuatu yg serius.


Dear abah,
I love u more than u love me,
I will protect u more than u protect me,

"APA LAYAK AKU BAGI,
TAK TERBALAS SAMPAI MATI,
KAU SUNGGUH YANG PALING TINGGI,
ISTANAMU SYURGA NANTI"

AYAHANDA BETA KEKASIH BETA

Your daughter,
Fatinfashiekin



 
Sent from Samsung tablet

Thursday, June 12, 2014

PERJALANAN MAJLIS PERTUNANGAN SAYA

Malam sebelum majlis :
tak boleh tidur. bukan malam pertama perkahwinan je xboleh tidur k,
malam majlis tunang pun tak boleh tidur. haha.
 
rungsing ada, nervouse ada, rasa takut ada.
macam-macam rasa.
 
keluarga incik lalan pn dh selamat check in di hotel tangkak.
lega, sbb at least xda stuck dalam jammed kt seremban yg
mmg sllu mjdi fenomena tiap kali weekend.
apatah lagi cuti sekolah.
 
 
 
pagi majlis :
bangun pagi, terus menghadap barangan hantaran,
cek kek samaada bermasalah atau tak,
kilat kn buah-buahan sambil ngap masuk kdalam mulut,
cek2 pelamin, vacuum rumah.
 
8pagi saya call incik lalan :
"kat mana ? dah breakfast belum ?"
 
incik lalan :
"kt Melaka, malam td direct balik Melaka, xtidur kat tangkak sbb
pagi ni nak ke secret recipe, awak kn nk secret recipe. kt tangkak x familiar kawasan,
lgsatu, baju pn ttinggal kt ayer keroh"
 
since 8.30pagi sampai 10.30pagi incik lalan tercangak kat depan secret recipe.
kesian2, semata-mata nk bg secret recipe.
 
 
12.30tengahari, saya dah mula makeup,
makeup sendirian berhad. no upah2 orang ni.
sonang, cuma saya tk reti kalau orang tenung saya makeup,
makin comot. saya kunci pintu,
kak ain dn family je dibenarkan masuk.


 
12.30-1.30petang, acara bergambar bersama keluarga.
dan sahabat tersayang,
hehe. masa ni lah posing2 sakan
 


 
 
2petang, incik lalan sampai rumah,
fuh, masa ni jantung kencanggg.
intai2 incik lalan disebalik tingkap dn celah2 org
sambil tutup muka dgn bunga
 
 


 
 
masa ni, tangan menggeletar,
sbb hbis perbincangan,
kena tunjukkn diri dikhalayak ramai,
kene tundukkn kepala,
tk boleh gelak kuat2,
tk boleh toleh kiri kanan.
kena tunduk kepala dan menjadi gadis ayu. haha
 

 
sarung cincin,
ketar hebat masa nii
 
 
 
 
 
selepas tu, selesai,
apalagi, bergambar ! hehe
nasib baik ada geng, adik2 incik lalan pun
suka bergambar ;)
 



 
 


 
Allhamdulillah majlis berjalan lancar,
saya sangat happy.
terima kasih sudi dating dari KL dan Kedah.
jemput dating lagi ye :)
 
 
 
 
 
LADY FAIZAL,
fatinfashiekin
 
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 


Sunday, June 8, 2014

SENARAI HANTARAN DARI PEREMPUAN UNTUK LELAKI

Senarai hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki.

 
Mula2 actually nak bagi makanan je,
Tak ada baju2 ke perfume2 ni,
Mula2 just nk buat simple,
3 dulang berbalas 5 dulang.

Tapi, bila hampir majlis,
Incik lalan kata 3 bbalas 5 sikit sgt,
So weoLs bersetuju dengan
5 dulang berbalas 7 dulang.
Saya 7, dia 5 :)

Untuk hantaran pertunangan ni,
Actually weols dah fokus untuk raye je.



Antara barangannya

HANTARAN DARI PIHAK PEREMPUAN \


 1) SET LEVI'S



2) SET BAJU MELAYU



3) SET MINYAK WANGI HUGO BOSS




4) SIREH JUNJUNG



 5) COKLAT PEMANIS



6) KEK



 7) BUAH-BUAHAN




Bab2 barang hantaran ni mmg nampak simple,
Tapi leceh, ditambah pula klu psgan cerewet.
Haha.

ok, sekarang nk share, 
Hantaran dari incik lalan,
Banyak drama gila part brangan saya,
Dia suruh saya pilih brg utk diri sdri,
Tapi sy tgk at last,
Semua bukan pilihan saya,
Tapi incik lalan.

Mula2 plan bukan mainlh sy nk heels,
Kat dalam minda ni dh tbayang bayang,
Heels untuk raya sponsored by him.
Baju raya pun sponsered by him.
Syok-syok.

Tapi part heels saya nk semua dia x bkenan,
Katanya nti ssh nk letak dalm dulang hntran,
Lpstu incik lalan kata x manis org tua tgk
Heels tinggi2 tu nnti,
Kalau btul2 saya nk dia suh beli flat shoes.
*hampe hati*


At last dia belikan perfume (-_-)
Tak mo perfume,
Perfume free gift dari supplyer dn tester blmbak kt farmasi tu,
Dh x heran dah dgn bau bauan dh sbenarnya.

Tapi, tk mau jd psangan derhaka,
Ku turuti ja.hahaha
 

 













LADY FAIZAL,
fatinfashiekin

 

Saturday, June 7, 2014

PERTUNANGAN MY COUSIN



Harini,
Tahniah my cousin ats pertunangan.
Last week saya,
This week awak.

Tahniah abg ferol :)

My OOTD pmberian hantaran incik lalan,
Rasa cm princess.


Sent from Samsung tablet

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...