FOLLOWER

Monday, June 16, 2014

LELAKI MATANG DAN DUDA LEBIH HOT


Berdasarkan pengalaman sendiri bercinta dengan lelaki matang dan memegang status duda, dan saya akui saya sangat suka kan lelaki lebih berumur at least 5tahun keatas dari saya. Berbanding memiliki pasangan sebaya atau umur lebih rendah berbanding saya.

Kenapa saya suka yang matang dan duda? Kalau jawapan cliche antaranya matang, lebih stabil,tk pnas baran, charming.. actually ad laagi penyebab lain, antaranya ;p

1. Seorang lelaki yang matang tahu apa yang dia kehendaki dan biasanya mereka berusaha ke arah itu. Sementara lelaki muda hanya memerlukan sesuatu untuk keperluan mereka saje. Biasanya mereka hanya memikirkan soal diri sendiri dahulu barulah orang lain. Berbanding lelaki matang yang biasanya mereka memberikan priority kepada kaum wanita terlebih dahulu. 

2. Seorang lelaki yang matang akan memikirkan masa depan mereka dan akan cuba sedaya upaya untuk membina based atau platform yang mantap untuk kehidupan yang baik pada masa depan. Berbanding lelaki muda, mereka diibaratkan sebagai "life in the moment" dan lebih memikirkan keseronokan sementara. 

3. Lelaki yang matang selalunya mencari seorang perempuan yang independence, supportive, bijak dan mampu memberikan mereka masa depan yang baik. Manakala lelaki muda biasanya memilih perempuan secara luaran iaitu hot, wild & exciting. 

4. Lelaki yang matang tahu seorang perempuan itu yang terbaik untuknya dan akan berusaha mencari inisiatif untuk cuba mengenali mereka berbanding lelaki muda yang biasanya suka guna taktik mengorat dan kalau bertuah mereka dapatlah!

5. Lelaki yang matang tahu waktu & keadaan yang sesuai untuk mereka bersosial berbanding lelaki muda yang biasanya menghabiskan masa untuk sentiasa bersosial. 

6. Lelaki matang biasanya mempunyai integriti yang tinggi. Mereka akan lebih firm dalam berkata-kata dan lebih tegas. Kerana menunjukkan kematangan dan pemikiran mereka. Manakala lelaki muda biasanya berubah-ubah dalam pemikiran dan tidak tetap dalam pendirian. 

7. Bagi lelaki matang, mereka lebih suka untuk memberi komitmen dalam setiap apa yang dilakukan bagi membuktikan kesungguhan mereka dalam sesuatu. Tapi bagi lelaki muda, mereka gemar mengambil kesempatan dalam sesuatu perkara dan biasanya bila dah tak ada baru mereka menyesal. 

Beza saya dengan incik lalan xda lah sampai 15 tahun, tapi saya tadika, dia dah PMR lah. Cer teka berapa jarak kami ? Hahhaaha.

Lady faizal,
Fatinfashiekin

No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...