FOLLOWER

Tuesday, December 31, 2013

TAHUN BARU

Salam

Selamat tahun baru,
Dimalam tahun baru saya masih bekerja.
Tahun bru pn kerja. Bsmgat kn. Huhu

Balik kerja pukul 9.30mlm
Incik lalan bisingggg ajak gi klcc tgk bunga api semata.siap pesan suruh bawa adik2 lah.
Katanya sempat lah sementara tgu detik 12mlm..

Asyikkk ajakk je,
Koll je..

Dn saya jwb je "jgn mngada.. esk kerjaaaa, da nk bonus ni tjuk perangai baik sikit." Hahhahah. *kejam statement kn* hahhahah


Dia mengeluh dn kata 
"Busannn ah, busannnnnn.... nk tgk bunge apiii... busannnn busannnnn"


Haih. Xkuasa lh sy ni nk pergi jauh2 semata tgk bunga api oiii.. x kosa den oiii....x kosa nk merusuh dengan jammed oiiii.. mf lh ea.


Apapun, hpy new year syg sekalian.
Muah






Sent from Samsung tablet

Monday, December 30, 2013

INSTAGRAM #fatenfashiekin





My new instagram #fatenfashiekin
Feel free to menjengah my instgram,
Saya tk private kan pun.

Maafkan saya atas kegelitisan wajah
Kerana sy mmg suka bgambar ;)

Love,
Fatinfashiekin



Sent from Samsung tablet

Sunday, December 29, 2013

BODYGUARD 24JAM

Jangan sesapa buli-buli saya,
Kacau-kacau saya,
Usik-usik saya ye..
Saya report pada brader-brader nnti !

Jangan main-main ea.

Hahaha



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AHAD TERAKHIR 2013

Ahad terakhir dating.
Minggu depan tukar sabtu dating.
Hewhew


2014. Uish ! Selangkah maju kehadapan umur hoi !!! Seram hoi !!
Bukan umur je maju hoi !
Double chin pun maju hoi !
Hehe


Harini merupakan cuti ahad terakhir bagi warga-warga johorean.
Lepas ni jumaat dan sabtu.

So, harini, menikmatinya sepuasnya.
Pergi dapur je, mama dah siapkan lauk pauk untuk diberikan pada incik lalan. Hebat-Hebat. Baru nk tolong da siap. Heheeh.incik lalan kata "jangan jeles ! Menantu kesayangan ni" ceh ! Nyampah !

*gambar lauk-pauk tu adalah sesudah habis*

Actually xth nak cakap apa,
Tapi nk bt post jugak.
Ley x camtu hehe.

Ok-ok. Bye2.
Selamat tahun baru,
Jgn pi phimpunan haram ea.
Pi bhimpun ssama kluarga drumah xpa.
Erat silaturahim dn dapat pahala.


Muah,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BIAR - FYNN JAMAL

Muzik dan Liriknya indah
Dan memilukan jiwa.
Tq fynnjamal utk bait kata yg sentiasa melebur hati aku

_________________________________________

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
"biar"
katanya, "biar".

wahai ayahanda bonda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda bonda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
"biar"
katanya lagi, "biar"

wahai ayahanda bonda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda bonda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 25, 2013

HAPPY ANNIVERSARY

Happy Anniversary to my mom & dad.
Love u soo much !! :)

Allhamdulillah, anniversary jatuh pada hari christmas. So, public holiday lah. Habiskan masa dengan family.

Kami berpicnic sekeluarga di halaman rumah, dibawah pokok yang meredupkan. Sangat seronok ! Adik2 lagi lah seronok. My lil boy kata "jom main masak-masak!!" So panggang2 ayam dan jagung. Tiup lilin. Makan kenyang2. Seronok--

*sorry. Tiada gambar weols. Almaklumlah, berpicnic dihalaman rumah sendiri katekan. Aku pun dah macam bibik2 sambil mengipas ayam* hahaha.

Kami berpicnic dihalaman rumah start pukul 11 dan settle pukul 3 petang. Tu pun pagi2 kelam kabut baru nak mencari arang, ayam, kek dn jagung tau. Sos tiram lah, semua baru nak dicari.


Malam pula,
Menjadi rutin, setiap kali anniversary, weols akan pakai kan abah dan mama inai. Macam pengantin baru tu. Hhehe. Tapi ada juga usik abah dan kata "bah, nanti orang ingatkan abah kahwin baru" heheheh.


Dear mom n dad,
Happy anniversary.
Terima kasih sebab memberi kami sebuah keluarga yang membahagiakan dan menjadi ibu bapa yang sangat lah BESSTTTT !! :)


Dear bakal jodoh,
Nanti kahwin,
Every anniversary kita buat camni juga ea. Pakai-pakai inai. Baru lah sweet2 gituh kan hubby ? *pang!*


Love u,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 23, 2013

MY BOSS

"I absolutely love my boss ... if I had a different leader, I might not love this job as much!".

Selamat hari jadi wahai boss kesayangan kami. Semoga segala doa kaklai dimakbulkan Allah. Semoga kekal cantik manis dan Havoc ! Love you ! Hehe :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 22, 2013

#HAVOC #US

Harini, jumpe je, parking je kereta terus argue. Dia nak naik kereta saya. Saya pula nak naik kereta dia.

Dia bersandar kat kereta saya.
Saya duduk dalam kereta dia.
Kunci kereta dia pada dia.
Kunci kereta saya pada saya.

Dia kata : "dah hari-hari naik kereta saya, weekend nak naik kereta awak"

Saya kata : "dah hari-hari naik kereta sy,
Weekend nak naik kereta awak"


But then, ok lah,
Saya mengalah.
So dating naik kereta saya.

Lepastu sepanjang perjalanan dia mbebel kata saya ni "kedek" iaitu kedekut nak bagi bawa kereta baru.
HAHA

Then tgk THE HOBBIT.
Kalau tgk cerita the hobbit je sure lapar.
Betul. Sebelum ni the hobbit part1, saya ingat lagi, masuk tergesa, tk beli popcorn, tk beli air. Lapaar gila. Sepanjang movie tu argue juga. Dia suh saya pi beli. Saya pula suh dia pi beli. Sampai cerita habis, 2-2 lapar. Dah lah crite the hobbit hampir 3 jammm. Peh !

Harini, saya siap2 bekalan nugget / curry puff besar / mashed potato / popcorn / air coca cola / air mineral. Persiapan menonton movie direct 3 jam katekan.

20 minit sebelum movie kami dbenarkan masuk. Awalkan ? Macam biasa lah. Kena menonton iklan penaja2 mereka. Sepanjang 20 minit tu segala makanan saya dah habis (-_-) then berebut popcorn dengan incik lalan. Mengelat gila. Padahal incik lalan sebelum tu dah makan daging landak okey ! Saya je x makan. *sobs*


Lepas hbis movie, trs mcari hadiah untuk kak alai. Dan bila dah jumpa. Cpt2 ajak cari port makan sebab laparrr. Hehe.

Ketam besar ! Sedap !
Kalau birthdy saya, xplu hadiahkn emas ye. Ketam je cukup ! Sedap ! Hehe

With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, December 21, 2013

BUDAK MANJA

Cuti sekolah dah nk habis dah,
Budak kecik ni tahun depan pun dah sekolah dah.

Lepasni saya balik kerja mesti dia buat kerja sekolah. Saya bangun nk pi kerja confirm dia dah segak berbaju sekolah.

Haih, budak kecik ni manja gila lepastu tk pandai bersosial. Kat rumah dia memang hero tersohor. Tapi kalau bawa berjalan, depan orang lain. Dia jadi pemalu.

Last week, kan elisya dan akila tidur rumah saya. Tidur dengan saya. Tgk movie pun, tangan kanan tgn elisya, tgn kiri tgn akila. Budak manja ni cuma pegang baju saya dari belakang. *sian*

Lepastu dia cakap dengan saya "kakak etin dah tak sayang aku lagi ke ?" Hehe. Yela, selama ni, dia je yg saya timang2. Yang saya gomol2 manjakan. Tetiba dia ada 2 pesaing :)


Dan budak manja ni akan bertambah umur, bertambah bijaknya. Semoga sentiasa dipelihara adik kesayangan ni.

Muah-Muah


Kakak,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 20, 2013

JUMAAT

*semalam*
Tq untuk daging landak,
Tq untuk buah tangan dari utagha ye.
Ahad ni jumpa lagi ye.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 19, 2013

RINDU

Rindu pula kat princess2 ni :)
Next year mereka datang lagi,
Confirm kakak dah malu2 sebab dah besar, adik pula makin lama makin kurus dan meninggi !


Gambar mandi manda.
Gambar celebrte birthday.
Semua pada incik lalan.
Entah bila dapat pada saya (-_-)
*like always ler*



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 18, 2013

MAK CIK DAN DOKTOR

2.30 petang.


Harini, ada seorang makcik,
Penghidap diabetis dan ada masalah kabur dalam penglihatan.

Balik dari hospital katanya,
Sedih wajahnya.

Jarak rumah ke hospital,
Mengambil masa dalam 2jam dengan menaiki motor.

Tetapi dari rumah ke farmasi,
20 minit sahaja.

Dia pelanggan tetap di farmasi,
Katanya mahu memeriksa kencing manis. Saya senyum dan dengan hemah bertanya sambil memakai glove dan menyiapkan alatan.

Saya tanya 3 perkara :
1) "puasa mak cik ?"
2) "hari tu buat operation mata, macammana ? Semuanya lancar?"
3) "datang naik apa ? Dengan sapa ?"

Jawapannya :
1) Puasa sebab pagi ada checkup kat hospital jumpa pakar mata.

Jawapan untuk ke (2) dan (3)
Menyentapkan saya, dengan nada suara menggigil, sayu dan tahan tangis :
"Naik motor dengan pak cik ke hospital. Mata mak cik dah okey. Cuma mak cik tak larat naik motor dengan pak cik ke Muar. Tak larat. Anak jauh bekerja.. Dah 3 tahun mak cik ulang alik hospital periksa mata. Sekarang mata dah ok. Mak cik cadang tak perlu datang lagi. Mak cik cakap elok, tapi makcik sedih dengan doktor tu"

"Mak cik cerita pada doktor tu minta doktor faham. Tapi, doktor balas KALAU MAK CIK TAK LARAT NAK KESINI NAIK MOTOR SURUH ANAK MAK CIK ATAU PERGI MAMPOS DENGAN ANAK MAK CIK BUKAN MASALAH SAYA, yang mak cik sedihkan, orang melayu kita bersikap macamtu.menangis mk cik depan doktor tu, tpi dia langsung tak peduli"


Saya ? Tergamam.


Ingatlah,
Kalau kita marah / bermasalah / stress ataupun rasa diri ni gagal. Jangan buat orang lain bersedih atau marah kerana kita.

Dosa dengan Allah,
Allah Maha Pengampun.

Dosa dengan Manusia ???
Andai tidak dimaafkan ????
Boleh bayangkan tak akhirat kita ???


Boleh tak, kalau jadi manusia yang dapat
Buat orang bahagia dengan adanya kita. Dikatakan badut sekalipun, biar.
Asalkan adanya kita, adanya senyuman.

Bukannya,
Adanya kita, adanya benci / dendam / marah dan emosi.

Pernah terfikir tak ?
Kalau kita minta sesuatu pada Allah dan doa kita tak termakbul sebab apa ?
Mungkin sebab perlakuan kita dngan orang sekeliling.

BEHAVE !!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 17, 2013

SERVIS KERETA

Perkara paling malas kat dunia adalah pergi bengkel. Alaa----- BOSAN.
Nk kena buat 1st servis for 1,000km MALASNYAAAAAA...


Saya ? Ke bengkel ? Silap2 kalau brader tu kata "cik,minyak hitam harga nya RM1,000 bersamaan 1,000km cik" silap2 saya caya tau ! Haha.


Nak suruh incik lalan ke,
Nk suruh abah ke,
Hewhew

Ke,
Nk suruh mama ?

Hahahah



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 16, 2013

KASIH AYAH

Bye-Bye kakak dan adik.
Mereka balik kedah dah.

Incik lalan confirm sunyi laa,
Seminggu penuh dengan jerit tawa,
Pasni senyap--
Eh ! Seminggu ke ?
Tak. 3 hari je kot.
Selebihnya kakak dan adik bkepit dengan saya.


Confirm lepasni dia demam,
Trust me--
Dia dah menunjukkan simptom2 demam,


Yala, jalan sana, jalan sini.
Berendam pantai dari pagi sampai ke terik mentari sehingga condong matahari tu. Tapi masih kukuh dia melayan anak2.


Even hidung selsema tersumbat,
Usaha juga meniup pelampung, even macam nak bersembur. Hahaha.

Setiap hari,
Shopping-Shopping-Shopping
Chicken rice shop / kenny rogers / MacD. Sebut je nak makan apa2 pun confirm dapat.. Untung ber binti kan AHMAD FAIZAL ni. Hehe


Tiap kali kakak adk dtg sini,
Memang layanan tip top lah,
Minta lah apa sahaja pada incik lalan,
Dapat punya.

Bila nampak incik lalan usaha nak happy kan anak dia, even letih tapi masih tsenyum. Even demam tapi masih kuat mendukung mereka berdua. Even berpanas terik tapi langsung tak merungut penat. Baru saya faham, itu lah namanya "kasih ayah"..

Pernah nampak ayah kita mengeluh ?
Pernah nampak ayah kita nk kita bsedih?
Pernah nampak ayah kita x bantu kita?
Pernah nampak ayah kita x usaha nak dapatkan apa yang sangat kita hajat kn ?
TAK KAN ?

Kalau ada pun,
Bersebab-- tk mungkin seorang ayah nak anak bersedih dan segala permintaan tk tertunai.. Mungkin ada air mata yang disembunyikan jika dia menolak tiap permintaan anak nya..

Susah macammana pun akan diusahakan.
Kan ?

Dear ANUAR MOHAMED (My Dad)
Dear AHMAD FAIZAL,
U're my truly hero :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SAMPAI TUA - FYNN JAMAL

kasih
ku dah tiba

kasih
percayalah aku kan ada
sampai tua

ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

kasih
biarkanlah apa saja
takdir kita

kasih
pegangkanlah jariku lama
sampai tua

mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut

dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
aman saja aku ada
dihirupratah pun tetap berpimpinan berdua

sampai tua
aku ada
sampai tua

takkan ku takut

-tepat dalam hati aku :)





Thursday, December 12, 2013

DADDY

Since princess dia datang sini,
Senyum bahagia je dia ni.
:)


Lelaki yang sayangkan anak adalah romantik dan cool gila. Lagi2 the way bila dia dukung dan kiss dahi little girl dia.
Haih. Dan little girl pula sangat manja dengan daddy dia.


Dan since that moment,
Saya tahu, saya tak salah memilih.
dia daddy yang sangat perfect dan matured guy yang sangat mbimbing.


Nanti saya bagi 10 orang ea.
5 lelaki + 5 perempuan.
Hahahahaah


Minggu depan kakak dan adik balik kedah semula. Tonight, mereka still tidur dengan saya. Muah-- muah--



With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CANTIKNYA PENGANTIN

Last week pergi ke BP,
Majlis perkahwinan cucu tok sedara,
Pengantin perempuan very the cantik uols-- terpukau memukau. Pakaian dia pun simple tak sarat tapi nampak sempurna uols-- dan bila saya pandang saya cuma mampu kata dengan nada berbisik "cantik" sambil feeling2 agaknya kalau diri sendiri kahwin lagi cantik tak ? Haaha.

Suasana majlis pun mendamaikan,
Majlis makan-makan dan perarakan ni lebih kepada keluarga terdekat sahaja. Majlis sebenar diadakan di hotel. So makan2 bertujuan mengeratkan silaturahim sesama sedara dalam mengalu-alu kan menantu baru.

Makanan pun sedap ! Air pun sedap ! Kuih muih pun sedap ! Suasana pun sedap-sedap ja. Tahniah hafidsha katering. Sangat memuaskan !



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 9, 2013

JADI "IBU"

Seminggu menjawat jawatan ibu sepenuh masa. Hehe. Alisya dan akila datang melaka.

Incik lalan kerja,
Weekend baru jenguk.
Dia tak dapat cuti lagi,
So saya lah terpaksa take over sekejap.


Kesian pula pada incik lalan,
Dia drive balik kedah straight then balik melaka semula. Dengan keadaan demam selsema lagi. Haih, sesungguhnya incik lalan ni memang bijak buat muka kesian. Hehe.


So, mereka sampai je melaka. Incik lalan terus masuk kerja. Saya pula take turn jaga.bawa mereka makan2 kat kenny rogers. Dan masing2 merengek nk jusco-jusco-jusco. Bila masing2 da puas hati. Bawa ke johor.


Sampai rumah saya,
Lagi lah mereka happy gila.
Rumah saya banyak permainan !
Memang syurga kanak-kanak lah. Hehe.


Dahulukan mereka sebelum diri sendiri. Memang penat tapi happy sebab dieorang manja.
Macam bapak dieorang hahaha.


-makan nak bersuap.
-breakfast nak bersuap.
-tidur nak berpeluk.
-jalan nak pegang tangan.


Malam tadi,
Tangan kanan saya duk usap2 badan kakak, dia siap suruh saya garu situ lah. Garu sini lah.

Si adik pula,
Saya usap si kakak,
Si adik nak juga.
So tangan kiri usap,
tangan kanan tepuk. Huhu.
Feeling ibu2 uols.

Then msj incik lalan :
"Sila sediakan upah"

Hewhewhew


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, December 7, 2013

CAPTION

NYANYI :
"Laju-Laju buaiku laju.. Aku nak kawin dengan kerabat diraja"


*pang*




HAHAHAHAHA








Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MCL 30 ( MY CIK LALAN 30-AN)

MCL kak hajar hazizi kata (My Cik Lalan) ecah pula kata 30 means umur 30-AN incik lalan ;p

Allhamdulillah.
Even berat rasanya nak beli kereta baru ni. Cuma, memandangkan tanpa kereta, basah kuyup lah pi kerja. Tanpa kereta camna nak pi dating. Dan saya tak nak susahkan ssapa. Nak kena guna kereta abah ke. Susahkan parent. So saya anggap dan pandang. Mungkin, ni hikmahnya.


Incik lalan orang paling mnyebok.
Bising suruh saya tinted. Bising suruh saya tukar sportrem. Bising suruh saya tambah aksesori. Over Gila. Dan jawapan saya "membazir"...


Harini incik lalan balik kedah. saya pula esok ada event dengan family. Thenn layan movie dengan adik2 sebab masing2 merengek nak tngk wayang.

Aha, Bulan 12 penuh dengan hari penting :
1) Birthday kakak adik
2) Anniversary mama abah
3) Hari jd kk alai
4) Hari jd kk aida
5) Hari jd wahida


Semoge semua nya berjalan lancar dan semoga saya tak mencalarkan kereta saya :)


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 4, 2013

KERETA

Jumaat ni sign aggrment.
Ahad baru ambil kereta.
Tapi tanpa incik lalan,
Sebab dia balik kedah.
*sobs*

Nampak gaya nya sesat lah.
Even bertahun ulang alik melaka.
Sumpah ! Tak reti jalan melaka tu.
Sebab saya cuma duduk sebelah dan mengomel panjang.

*Sekarang baru menyesal (_ _")


Nahas lah. Nak pergi showroom Eon termasuk showroom Honda nanti ni. Hahaha.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 1, 2013

MENCARI DURIAN

Salam.

Harini, mencari durian !
Tk jumpe-jumpe.
Rumah tok memang ada,
Tapi sejak tok sakit tak tbela.
So banyak durian rosak.

Dan saya memang suka durian !
10 biji pun saya boleh makan sorang2,
Cuma tgk situasi juga lah,
Memang suka durian,
Tapi kalau waktu makan tak mengena,
Saya memang tak makan.
Tapi kalau mengena,
1 guni pun habis !!! Hehe.

Allhamdulillah--
Merasa juga nikmat durian.
Even saya pya durian cuma durian kg dan incik lalan punya durian,
Durian musang king (-_-)
*(hopefly ejaan btl)

Kalau rumah uols ada rmbutan durian,
Bagi lah saye ye.
Iols sangat suka !!

Kesian tau,
Harini mencari durian melaka lah konon,
Sampi pusing jasin lah, incik lalan tjuk kawasan kerja dia lah, memusing-musing.. Still tak ada. At last, jumpa kat bukit pasir,muar,johor. Haha.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pelakon Fast & Furious : REST IN PEACE Paul Walker

Jejaka kacak ini telah tiada,
Tegap-Macho-Segak-Kacak

Cuma,
Incik lalan lagi manis.
Hewhew ;p

Saya smemangnya pengemar Fast&Furios, dan sentiasa menjadi peminat tegar untuk menatap Paul Walker ini.

Kehilangan dia,
Mematahkan hati saya utk menonton fast&furios selepas ini.

#RIPPAULWALKERFROMMALAYSIA

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...