FOLLOWER

Wednesday, December 18, 2013

MAK CIK DAN DOKTOR

2.30 petang.


Harini, ada seorang makcik,
Penghidap diabetis dan ada masalah kabur dalam penglihatan.

Balik dari hospital katanya,
Sedih wajahnya.

Jarak rumah ke hospital,
Mengambil masa dalam 2jam dengan menaiki motor.

Tetapi dari rumah ke farmasi,
20 minit sahaja.

Dia pelanggan tetap di farmasi,
Katanya mahu memeriksa kencing manis. Saya senyum dan dengan hemah bertanya sambil memakai glove dan menyiapkan alatan.

Saya tanya 3 perkara :
1) "puasa mak cik ?"
2) "hari tu buat operation mata, macammana ? Semuanya lancar?"
3) "datang naik apa ? Dengan sapa ?"

Jawapannya :
1) Puasa sebab pagi ada checkup kat hospital jumpa pakar mata.

Jawapan untuk ke (2) dan (3)
Menyentapkan saya, dengan nada suara menggigil, sayu dan tahan tangis :
"Naik motor dengan pak cik ke hospital. Mata mak cik dah okey. Cuma mak cik tak larat naik motor dengan pak cik ke Muar. Tak larat. Anak jauh bekerja.. Dah 3 tahun mak cik ulang alik hospital periksa mata. Sekarang mata dah ok. Mak cik cadang tak perlu datang lagi. Mak cik cakap elok, tapi makcik sedih dengan doktor tu"

"Mak cik cerita pada doktor tu minta doktor faham. Tapi, doktor balas KALAU MAK CIK TAK LARAT NAK KESINI NAIK MOTOR SURUH ANAK MAK CIK ATAU PERGI MAMPOS DENGAN ANAK MAK CIK BUKAN MASALAH SAYA, yang mak cik sedihkan, orang melayu kita bersikap macamtu.menangis mk cik depan doktor tu, tpi dia langsung tak peduli"


Saya ? Tergamam.


Ingatlah,
Kalau kita marah / bermasalah / stress ataupun rasa diri ni gagal. Jangan buat orang lain bersedih atau marah kerana kita.

Dosa dengan Allah,
Allah Maha Pengampun.

Dosa dengan Manusia ???
Andai tidak dimaafkan ????
Boleh bayangkan tak akhirat kita ???


Boleh tak, kalau jadi manusia yang dapat
Buat orang bahagia dengan adanya kita. Dikatakan badut sekalipun, biar.
Asalkan adanya kita, adanya senyuman.

Bukannya,
Adanya kita, adanya benci / dendam / marah dan emosi.

Pernah terfikir tak ?
Kalau kita minta sesuatu pada Allah dan doa kita tak termakbul sebab apa ?
Mungkin sebab perlakuan kita dngan orang sekeliling.

BEHAVE !!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...