Muzik dan Liriknya indah
Dan memilukan jiwa.
Tq fynnjamal utk bait kata yg sentiasa melebur hati aku
_________________________________________
mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar
dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
"biar"
katanya, "biar".
wahai ayahanda bonda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?
wahai ayahanda bonda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu
mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum
dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
"biar"
katanya lagi, "biar"
wahai ayahanda bonda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu
wahai ayahanda bonda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi
ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati
ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga
ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?
ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rasulullah SAW berkata: “Sungguh dia (Khadijah R.A) tiada ganti”. Dia beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, dia membenarkanku ketika semua orang mendustaiku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menghalangku dan Allah menganugerahkan padaku semua anaknya ketika wanita lain tidak memberikanku anak.” [Musnad Ahmad].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Link
https://drive.google.com/file/d/1RquGQ9qzmYp3FxMAiOj_D5EJox-GCsq6/view?usp=drive_link
-
Fuh, resize gambar sebanyak 500keping, then edit cincai2, pun just dapat siap kan tak sampai 100keping. Owner muka dah kata ...
-
Harini, Tahniah my cousin ats pertunangan. Last week saya, This week awak. Tahniah abg ferol :) My OOTD pmberian hantaran incik lalan, Rasa ...
-
Salam. Malu betul. Rasa ketinggalan zaman. Pada tahun 2012, Baru kenal apa tu twitter. HAHA Okey lah. Lagi syok berbanding FB. saya...
No comments:
Post a Comment