FOLLOWER

Monday, September 30, 2013

RESEPI ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG MUDAH TANPA KERISIK


 
 
Hai !
Last week menu saya buat kan incik lalan adalah asam pedas ikan sembilang.
Ada juga sampingan iaitu pajeri terung dan kangkung goreng belacan. Incik lalan pula cuma bawa telur masin 4 biji. Ok la tu kan ?Pajeri terung adalah percubaan pertama. Sumpah ! Seumur hidup tak pernah makan pajeri terung. Tanya ita (adk incik lalan) mgnai resepi pajeri terung, ita pun lupa. Kalau saya pula, memang tak pernah makan, dn tak terfikir nak buat. Tapi incik lalan minta sgt saya buat. Saya pun, buka iresepi, tapi sukatan salah. Dah macam pajeri kari terung haha. Tk pa, berlatih lagi ! ;p

Ok. Harini nak share resepi Asam Pedas Ikan Sembilang. Sup dan Asam Pedas adalah masakan paling senang. Kalau uol tak reti buat, mmg serius patut bengang. Setiap rumah ada cara tersendiri dalam penyediaan makanan. TAPI at least, basic tu kena lah tahu ye awek2 sekalian, barulah tak tercengang nanti :)


BAHAN-BAHAN

1) 3 ekor ikan sembilang.
2) 2 sudu Asam jawa (untuk digaul pada ikan)
3) 1 sudu Asam jawa (untuk dicampur dalam masakan)
4) 3 sudu minyak masak
5) 20 Lada kering (direndam dengan air panas selama 10minit)
6) 6 bawang merah
7) 3 bawang putih
8) 1 inci Halia
9) 4 cawan Air kosong
10) Daun Kesum / Bendi
11) Garam
12) Gula
13) Ajinamoto*no 5/6/7/8 hendak lah diblender hingga lumat.*


CARA-CARA

1) Bagi mengelakkan hanyir, gaul ikan sembilang dengan asam jawa selama setengah jam bagi mengelakkan hanyir (macam saya, saya rendam semalaman)
2) Tuang minyak kedalam periuk, apabila minyak panas masukkan bahan2 yang telah diblender, tumis hingga naik bau. Tambah kan air.
3) Campurkan asam jawa ke dalam masakkan, gaulkan. Masukkan garam / gula dan ajinamoto secukup rasa
4) Kecil kan api dan biarkan medidih, setelah mendidih, masukkan ikan sembilang berkenaan dan tutp seketika.
5) Setelah ikan sembilang masak, masukkan pula bendi untuk temph seketika (jangan biar sayur terlalu layu)
6) Masukkan daun kesum untuk menaikkan bau dan selera :)

SIAPPPPPP---

:)Camni lah mak mertua sayangg..
*sambil kibas2 shawl*


With love,
Fatinfashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


USAH GELISAH DENGAN HIDUP DIDUNIA

CP dari Proff Dr Muhaya.
Tersenyum bila membacanya.

"USAH GELISAH"
Renungan bersama

-----------------------------------------------

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.

Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
----------------------------------------------

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.

Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

----------------------------------------------

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.

Maka kita lebih bahagia dari terganggu membayar kerosakan yang mahal.

----------------------------------------------

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus putus.

Maka kita lebih bahagia dari golongan gelandangan.

----------------------------------------------

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.

Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

-----------------------------------------

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.

Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

-----------------------------------------

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.

Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang datang tidak dijangka jangka.

-------------------------------------------

Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakkal...!!!
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil. Amiinn!!!

*sangat-sangat membahagiakan bila kita memahami konteks kesyukuran dan positif dalam hidup :')

*gambar tiada kaitan dengan post. Sesaje je ;p


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 27, 2013

JABATAN IMEGRESEN MUAR

Dukacita,
Staff sombong (kaunter numbr)
Khidmat lambat



Angry,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 26, 2013

BEKALAN LUNCH

Buah buahan dan yogurt.
bersama air dasani.

Allhamdulillah dah terbiasa
Menjauhi nasi2 dn lauk pauk

KECUALI balik kerja !
Sebab mama selalu masak sedap2.
Hehe

Ok lah,
Nasi sekali je. Kan ?

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 24, 2013

SENARAI KESYUKURAN

Prof Dr Muhaya kata,
Senarai kan rasa kesyukuran supaya hari esok lagi baik untuk kita lalui :)



Saya bersyukur kerana-----------------

1) Ada mama dan abah yang sempurna
2) Family yang sempurna
3) Rumah baru family yang besar sempurna
4) Kereta yang tak meragam
5) Kucing yang pandai berdikari
6) Pekerjaan yang mendatangkan pahala
7) Boss yang memahami dan cantik
8) Boyfriend yg ada masa susah senang dan sentiasa jadi tulang belakang
9) Kawan2 perempuan yg baik dan cun
10) Kawan2 lelaki yg tak lupa kawan
11) Atok yang sporting dan sihat
12) Pak cik mak cik yg selalu cool gila dan confirm gelak besar klu lepak sama
13) Kewangan yang sentiasa cukup
14) Kehendak yg kebanyaakn tertunai
15) Lembut hati bila dgr tazkirah
16) Adik2 incik lalan baik dan peramah
17) Mak & ayah incik lalan restu hbgn kami dn tanya bila nk kawin
18) Anak2 incik lalan sayang saya
19) Janda incik lalan dah kawin lain.
20) Makan pakai semua sgt sempurna
21) Mampu nak hadiahkan dn gembira kn orang
22) Farmasi ada wifi free
23) Banyak ketawa sampai tembam
24) Reti masak lah juga
25) Tak ada sebarang penyakit
26) Tidur cukup dan makan cukup,
27) Ada kawan baik (kkain) yg pyayang
28) Mampu membantu ahli keluarga sendiri
29) Tak reti menyusahkan siapa-siapa
30) Sempurna tanpa cacat cela fizikal mental

ALLHAMDULILLAH.
Eh, uol buat lah juga.
Kalau tak ada blog. Its ok tulis kat sehelai kertas. Dan uol akan rasa "aku ni banyak merungut, padahal ada semua tapi macam tak nampak"

ALLHAMDULILLAH..
AMIN..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AWKWARD

Paling saya awkward bila orang yang saya tak kenal, tegur pasal blog saya.
Secara automatik akan membuatkan saya tercengang tergamam tersentak terkejut termalu. Hewhew

Semalam,
Ada satu abang baya2 incik lalan datang farmasi dan cakap anak dia demam campak. Saya explain3, tibe-tibe abang tu kata : "tak ada tulis kat blog pun cara makan ubat ni"

Statement "tak ada tulis kat blog pun" secara automatiknya membuatkan saya hilang fokus pada ubat demam campak yang diminta dan secara automatiknya membuatkan muka saya merah padam.

Tapi macam biasa, saya kan cool. So saya relax. Inhale exhale dn buat muke blur dan kata "eh, saya tak ada blog !" Sambil potong statement. Huhu


Saya ni kalau menaip,
Saya tak bayangkan akan ada orang baca, tak ada pun tak apa.
Rupanya, ada orang baca ea ??

Dari kecik, saya sukaa tulis diari. Sebab saya suka kalau saya ada masalah ke saya akan baca semula apa yang berlaku pada tarikh yang sama.

Cuma since ada blog, dah kurang sebab semua benda tulis kat blog. Sesetengah cerita bertapis just tulis kat hp je.

Still musykil.
Ada yang baca ea ?
Musuh2 saya ? Ada yang baca tak ?
Peminat-peminat misteri ada yg baca tak ? Hahaha.

Yang saya tahu,
Kawan serumah incik lalan, tapi ah setakat kawan2 serumah incik lalan. Chill. Tak tulis kt blog pn confirm dieorang dah faham benar perangai saya dan lokasi saya.

Yang saya tak tahu,
Custmer farmasi,
Yang perempuan tak pelik. Normel. Yang lelaki. Memang saya hairan. Huhu.

Apapun,
Kepada yang baca,
Better tak payah tegur kata baca.
Sebab bila uols kata baca,
Akn membuatkan saya terfikir
"Apa ek aku tulis selama ni !!" Dan 24jam saya menghadap hasil penulisan saya dengan sesalan sambil berkata "POYONYA AYAT AKU--- MALUNYAAA!!!"


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 22, 2013

CEMILAN

Makanan ringan
untuk ringankan badan

Orang jawa panggil "cemilan"

1) Buah buahan
2) Air kosong

WAJIB


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BUAH LAGI

Borong buah buahan
1 trolli tau.
Penuh buah buahan.

Ok, tak pa.
Buah buahan pn byk manfaatnya.
Hidup kena lah sihat kan,
Barulah awet muda.
Walaupun setiap kali org teka umur saya dan membunyikan angka lagi tua.
*nangis*

;p

Dan lokasi dating mcm biasa, jusco melaka. Bo-bo-bo-sann (-_-)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RESEPI NASI LEMAK MUDAH

 
Harini breakfast dengan incik lalan,
Buatkan dia nasi lemak pula.

Pesanan :
Saya bukan hebat memasak ye,
Tak pun. Praktis make perfect kan ?
So saja rajin2kan diri masakkan dia.
Sambil2 tu minta mama turunkan ilmu.

My mom kalau masak memang best !
Sedap gile ! Tak caya ? Datang rumah. Memang sedap. Sebab tu slu minta mama turunkan ilmu pada saya. Petua pikat hati pasangan gitew. Haha.

Harini nak share
RESEPI NASI LEMAK MUDAH :)

BAHAN MEMBUAT SAMBAL NASI LEMAK
1) 20 lada kering (kisar)
2) 5 bawang merah (kisar)
3) 3 bawang putih (kisar)
4) 1 inci halia (kisar)
5) 1 inci kunyit (kisar)
6) Asam jawa secubit
7) 3 cawan air
8) 3 sudu gula
9) 2 sudu garam
10) Secubit ajinamoto

BAHAN TAMBAHAN
11) 3 sudu bilis besar (digoreng)
12) Bawang besar (dihiris dan digoreng)


CARA-CARA MEMBUAT SAMBAL NASI LEMAK.

Caranya mudah, cuma komitmen masa diperlukan. 1jam30minit bagi memastikan sambal naik minyak dan sedapppp :)

1) panaskan minyak, tumis bahan kisar (lada/bawang merah/bawang putih/halia/kunyit)
2) Setelah naik bau. Masukkan 3 cawan air kedalam kuali.
3) Kecilkan api
4) Masukkan 3 sudu gula, 2 sudu garam dan Secubit ajinamoto
5) Masukkan asam jawa
6) Kacau dan biarkan sehingga naik minyak

Siap----
nk lagi sedap ??

7) Masukkan bilis yang dah digoreng dan bawang besar ke dalam sambal :)


_________________________________________

CARA MEMBUAT NASI LEMAK

Senang uols.
Tak perlu daun2 pandan bagai ye.
Hanya :
-BERAS
-3 HALIA (sebesar ibu jari)

Masak nasi seperti biasa
Dan tambah kan halia kedalamnya.
Kacaukan dan tunggu nasi masak.

SIAPP :)

_________________________________________


#resepifatinovela,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 19, 2013

TOPIK BUNCIT YANG SENTAP

Sejujurnya.
Dah 2 bulan saya stop excercise,
Since berjaya dapat 48kg masa puasa haritu. Skg saya mengembung lagi.


Teruk gila attitude kan ?
Dah lah bab diet ke laut.
Excercise pun malas ?

Dan sekarang saya merasa kan otot-otot perut kian mengendur kembali.
Entah lah, psikologi je kot.

Tapi, saya serius rasa tak selesa !
Rasa diri macam dugong (-_-)
Nak macam ikan duyong !!


Ye, bukan main-main,
Ini betul-betul.

Saya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya anggota lain membesar. Tapi tolonglah jangan "perut".

Perut tu aset penting okey--
bila perut tak flet,
Bila langgar dinding ke,
Perut dulu yg kena.
Hahahahaah.


Kawan-kawan dekat kata,
"Ekin. Mana gemuk ?"
-maybe sbb slu nampak


Kawan-kawan lama tak jumpa,
Lari menerpa kearas saya. Memegang lengan saya dn menarik-narik pipi saya. Sambil ternganga :
"Ekin !! Tembamnya sekarang ! Ya Allah ! Mana lesung pipit kau yg dulu tu ! Dah hilang ??? Tembamnya--- lengan pun hah makin besar.. Pipi tu ! Bulatnyaaaaa !!"

*ambil tisu kesat hidung berdarah sebab sentap mak noks*

Memandangkan dah lama tak excercise, harini balik kerja saya mulakan dengan aktiviti ringan seperti membasuh kereta. Berkilat dah sekarang ! Hehe

Kemudian, segala ceruk habuk saya hilangkan tanpa bantuan vacuum. Lepastu saya menyental lantai dan mengemop lantai tanpa bantuan mop tetapi menggunakan kudrat dan tangan.

Termengah-mengah.
Patah riuk pinggang.
Peluh sebaldi.


Mama kata :
"Haa-- bagus, hari2 macamni baru boleh kurus"

Me : (-____-")


"Ya Allah Ya Tuhan Ku,
Kau gemukkan lah poket ku,
Kau kuruskan lah badanku--
Jangan terbalikkan nya
Wahai Ya Allah"


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 17, 2013

KAKTUS

1 untuk mama letak kt ofis
1 untuk awal jaga
1 untuk danny jaga

Saya ? Memerhati.
Sapa punya mati dulu ;p

With love,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 16, 2013

SUNGAI BULUH NURSERY #KEDAIBUNGA

Haa--
Then 2 weeknya ke sungai bulh lagi.
Dah jumpa kawasan sebenar yg populer tu.

Memang rambang mata.
Sana bunga sini bunga.

Bunga yang gemuk-gemuk tau.
Biasanya kat cameron kan ?
Ni tak. Pada cuaca panas.
Tapi bunga gemuk-gemuk.

Warna pun cantik.
Uols bayangkan. Disekeliling uols.
Segala jenis pokok dan bunga ada.
Pelbagai jenis bunga.
Pelbagai jenis pasu.

Entry ni gambar memang banyak.
Saya sendiri suka apa yg saya tgk dihadapan mata.
So saya bagi uols tgk dihadapan laptop masing2 lah ye.

Kalau stress2 nk release tension.
Datang lah jenguk2 bunga indah dsungai bluh ni. Syok habis :)

Kat sini,
Orang jual aiskrim bsepah.
So penat bjalan sambil tgk bunga.
Sambil feeling2 ladies.
Boleh makan aiskrim ye.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SUNGAI BULUH NURSERY & LANDSCAPING

Last month saya dan incik lalan ke nursery sungai buluh yang ramai memperkatakan keindahannya dan keseronokkn bagi penggemar flora2.

Actually kami tersilap.
Kami ingatkan, nursery ni lah yg menjadi bualan. Rupanya, BUKAN.

Rupanya,
Ada area lain yg lagi best.
Diingatkan, harga disetiap kedai berbeza. Ada yg jauh sgt mahal. Ada yg jauh sgt murah. Bijak lah memilih k.

Bagi uols yg suka landscape.
Sini memang terbaik.
Macam incik lalan, dia suka pada bongsai (is it betul ejaan saya ?) Haha.

Sangat penat.
Sangat panas.
Kawasan ni besar.
Makesure sediakan air yg cukup ye :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RESEPI SUP TULANG MUDAH


 
Saya pernah buat entry resepi ni.
Ok tak pa, saya repeat ye :)


BAHAN-BAHAN

1) Tulang / daging (agak-agak lah ye jumlahnya)
2) Lada Putih ( 2 sudu )
4) 8 biji bawang kecil
5) 4 biji bawang putih
6) 1 inci Halia
7) Daun Sup
8) Garam
9) Gula


CARA-CARANYA

1)Panas kan periuk, masukkan air separuh periuk. Biarkan air mendidih,
2)masukkan TULANG DAN DAGING kemudian rebus sampai empuk.
3)Letak garam secukup rasa. Jangan tawar ! Sup tak sedap tawar.
4)Sambil tunggu rebusan empuk. Tumbuk lada putih sampai betul-betul lumat.
5)Bawang kecil, bawang putih dan halia, uall kena blend kan bsama setengah cawan air.
6) APABILA REBUSAN EMPUK, Campurkan lada putih dan bahan yang dah di blend kan ke dalam periuk rebusan.
7)Tambahkan air ke dalam periuk rebusan, sebab kita akan rebus tulang dan daging tu selama 45minit pula untuk makesure daging betul-betul empuk.

MAKESURE EMPUK YE SAYANG SEKALIAN ! :)


Macam saya, johorean jawa. So wajib ada sambal kicap. Baru lah sedap--

CARA MEMBUAT SAMBAL KICAP :
1) Kicap
2) Gula
3) Bawang putih sebiji
4) Lada cili 15 biji
5) Minyak panas

Panaskan minyak, goreng lada cili dan bawang putih. Memang confirm meletup letup ye. Hati2 ye. Nampak garing, toskan.

Masukkan bawang putih dan lada dalam blender, 2 sudu gula dan separuh kicap.

Blend kan sampai lumat.
Siap !!!!

#resepifatinovela,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RESEPI SIAKAP 3 RASA PALING MUDAH SENANG RINGKAS

 
BAHAN IKAN

1)Seekor ikan Siakap
2)minyak masak (untuk goreng ikan)
3)sedikit tepung jagung (lumur pada ikan so nnti bila dgoreng mjdi rangup)
4)Garam


BAHAN SOS

1) 1 tin nenas ayam brand 280g
2) 6 biji bawang merah - dipotong dadu
3) 2 biji bawang putih - dicincang halus
4) 8biji cili padi - dipotong kecil
5) 1 inci halia - dihiris halus
6) 1 biji tomato - dipotong dadu
7) 5 sudu besar sos cili
8) 5 sudu besar sos ikan
9) Garam secukup rasa
10) Ajinomoto secukup rasa
11) Gula secukup rasa
12) Minyak


BAHAN HIASAN
-Beberapa helai daun limau purut
-Daun sup/daun bawang untuk hiasan



CARA MEMBUATNYA
A) kita bermula dengan BAHAN IKAN

1.  Ikan dibersihkan
2.  Lumurkan ikan dengan garam, kemudian tepung jagung luar dan dalam.
3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan.

Bila siap bahan ikan. Toskan ikan dan ketepikan ye :)


BAHAN SOS
B) jangan risau, jangan khuatir. Senang ringkas dan mudah ye anak2 dara sekalian yg baru mencari resepi untuk bt siakap 3 rasa. Hehe

1)Tuangkan sedikit minyak dalam kuali, Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
2) Bila dh naik bau mengharum, masukkan sos cili, dan sos ikan
3) Kemudian masukkan nenas dan tomato
4) Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto dan cukup rasa.
5) SIAP !!


BAHAN HIASAN
C) bahan C ni terpulang pada kreativiti kalian lah ye. Hehe.

1) Taburkan daun sup/daun bawang.


SIAPPPPPPPP

Mudah kan ?
Senangkan ?

Selamat memasak ye.
Bye-bye-bye

#resepifatinovela,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 15, 2013

GAMBAR LAUK

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MEMASAK UNTUK DIA DEMAM

Budak demam ada permintaan nk sup tulang. Hehe. Ok2 dia tak ada lah minta mengada, since demam tu tanya dia "nk makan apa?"

Dia suka betul sup tulang, so memandangkan weekend ni. Buatkan lah. Jumaat lepas hegeh2 saya mencari tulang lembu.

Then terfikir, tk kan cuma sup tulang ? Saya pula suka siakap 3 rasa. So tu yang buat 3 menu.

1) Sup Tulang
2) Siakap 3 Rasa
3) Kailan udang.

Masakan ini sangat mudah--
Kalau saya punya resepi,
Tak leceh.
Bahan depan mata yg saya gunakan.

Nanti saya share resipi ea,
Macam best juga buat blog resepi.
Sebab saya tgk hari2 org dtg ke blog saya mencari resepi. Huhu.

Setahu saya baru 3 resepi saya letak. 1) resepi nasi paprik 2) resepi nasi ayam 3) resepi sup. Tapi semuanya saya akhiri dengan ayat RESEPI PALING MUDAH. Oo uols ni nk memasak yg mudah2 je ea. Heheh.

Sama lah kita.
Saya pun tak lah terror memasak.
Tapi saya ada effort nk buat kalau ada permintaan. Kalau ikut perut saya ? Senang. Asalkan ada ayam. Hehe.

Ok. Esok plan nk buat mee bandung pula, nnti iols share2 cara2 bt sup tulang/siakap 3 rasa paling mudah kat dunia ye..

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 14, 2013

MENU ESOK

1) Sup tulang
2) Kailan Udang
3) Siakap 3 Rasa

Sambil kat dapur,
Memotong-motong
Dan kata pada diri sendiri
"haa-- macamni lah mak metua sayang"

HAHAHA

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 11, 2013

MENANTI OKTOBER

11/12/13 Oktober ni,
InsyaAllah ke USS Singapore lagi.
Hehe.

Sekarang dah jarang update blog,
Incik lalan pun depan mata.

Ni 3 hari dia demam.
tapi jenguk dia harini,
Dah ok la.
Cuma sengau dia keterlaluan.

Ada tanya dia,
"Sian demam. Ada teringin nak makan apa2 tak ? Saya buatkan ?"
Incik lalan kata nak makan sup tulang.

Ye, orang jawa johor ni,
Kalau sakit ke,
Dia akan tanya "nk makan apa?"
Bukannya tanya dah makan ubt blm.


Dulu masa form2,
Saya accident patah kaki.
Wak mah datang kata "nk makan apa"
Blur-blur juga saya jawab,hehe
Tapi automtik jwb "TOM YAM !!"
Mama pn bt kn tomyam.Hahah

Bila diamati,
Oo, takut terjadi macam batu belah batu btangkup kot. Huhu.
Takut kempunan kan ?

Ahad lepas bila incik lalan selseme tahap kritikel, rasa diri ni Gf yg kejam.
Dikelilingi ubt setiap hari tapi bila dia sakit xda ubat.

Puas lah round melaka,
Semua kata pharmacist tk ada.
Tension. Nk ambil antamin je kot..
Rasa nk terjah je masuk kaunter dieorg, ambil antamin, bayar dan blah. Haha.


Haih, mgu lepas kucing demam.
Kucing dah baik.
Doktor kucing pulak demam.
Nasib mak kucing sihat ! Hahahaah

Ok. Byk pula bebel.
Bye-bye.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 10, 2013

HEADER

Bila saya punya header nak siap ?
Lamanya.
Kan ?


Fatinovela.blogspot.com


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 8, 2013

GIRANG

Hati dia senang.
Kereta dah major servis.
Lepastu dapat 1 kegembiraan lagi.
Happy gila dia.

Hahaha.

Shh,
Dia dah pesan jgn cerita kt blog
Hahahahahah



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CENDERAHATI DARI DIA

Ha-ha-ha,
Jangan assume bukan-bukan ea.

Ipod ni incik lalan dapat free sebab johan wakil malaysia kuiz kat bangkok,
Memandangkan incik lalan adalah seorang lelaki yang tidak taksub pada muzik. So dia bagi saya dengan hati tak rela. Hehe.

Yes. Even while driving,
Dia tak buka radio.
Nasib lah saya ni banyak cakap,
Tak ada radio pun 24jam ada topik.
Haha.

Apapun, TQ atas ipod nano dan coklat. Coklat dah kata tak mau, tapi dia kata adat. Terima kasih. Maka nya, makin gemuk lah saya.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...